Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 25 June 2009

Tak semua pemimpin Pas tolak




Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kenegaraan, mempunyai kepentingan bersama dan melangkaui soal politik.

Perdana Menteri berkata, ini memandangkan idea tersebut bertujuan untuk menyatukan ummah selain memperjuangkan hak kepentingan umat Islam secara keseluruhan.

''Saya nampak kebanyakan orang Islam mempunyai pendapat yang sama dalam hal ini kerana perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam merupakan suatu yang wajib diperjuangkan dan dilakukan.

''Dari satu segi lain, langkah ini juga adalah untuk kita mendapatkan barakah dalam apa jua kita lakukan. Sebab itu, jika ini yang dianjurkan agama, kita sepatut mengikutnya dan jangan biarkan soal politik mengatasi tuntutan agama,'' katanya selepas majlis perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan dan kekesalan ahli akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Reaksi mereka itu merupakan rentetan daripada tindakan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang kelmarin yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Mereka menyifatkan idea itu sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

Dalam pada itu Najib meminta masyarakat bukan Melayu supaya tidak bimbang dengan idea tersebut kerana hak mereka tetap akan dilindungi sekiranya wujud kerajaan perpaduan.

''Sekiranya kita ada kerajaan perpaduan tidak bererti kita tolak bukan Islam. Masyarakat bukan Islam tetap berperanan di dalam kerajaan dan kepentingan mereka sentiasa dilindungi oleh kerajaan,'' katanya.

Menjawab satu soalan lain, Najib percaya suara penolakan kerajaan perpaduan di dalam Pas bukannya mewakili keseluruhan pemimpin di dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.

''Dalam Pas pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan Pas, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.

''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.
Nampaknya ulama/ustaz dalam PAS pun tak bole nak bersetuju sesama sendiri untuk menyatu padukan orang Melayu/Islam...apa yang difahamkan tiada seorang pun ahli PAS yang menentang keputusan yang diambil oleh Presiden PAS bersama PKR/DAP...tapi masih terdengar ada pihak2 yang tak berpuas hati...umpama rumah dah siap paku masih berbunyi...
Mungkin pada pemimpin/ahli PAS menjadi satu dosa untuk menentang kepimpinan ulamak mereka walaupun secara tak langsung mereka pun berdosa kerana menolak kebaikan dan menerima kebatilan...Adakah buruk sangat untuk menegakkan perpaduan orang Melayu/Islam seperti yang di tuntut oleh agama Islam itu sendiri...Kalau dengar cakap AnWAR tu memanglah sampai bila2 orang Melayu takan bersatu..Agenda anwar senang..buat apa saja untuk berkuasa walaupun orang Melayu dipijak-pijak oleh orang Melayu sendiri dan bangsa asing...Jangan esok kita jadi macam di Thailand, Palestina, Iraq dan negara2 Islam yang ditindas oleh bangsa asing melalui boneka Yahudi mereka...Semoga ALLAH memberkati Negara dan Penduduk Malaysia yang cintakan kedamaian...amin.

No comments: