Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 11 June 2009

Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya



KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan Pas terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata, tindakan itu tidak akan menjadikan Pas lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan Pas supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar Ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian 'sopan'.

Bagaimanapun, pendirian pemimpin Pas bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal. - Bernama
Biasalah Karpal dengan slogan Over my dead body...kenapa dia sibuk sangat nak persoalkan cadangan perpaduan orang Melayu/Islam...nampak sangat dah kepanasan takut orang Melayu bersatu...bagi orang Melayu yang menolak isu perpaduan tu agenda mereka hanyalah kuasa...sedarlah yang kamu tu diperkudakan untuk mereka menghancurkan kuasa orang Melayu...Karpal dah kata yang PAS tu duk kelas 3 dalam pakatan rakyat tu pun masih tak faham ke....kedudukan yang mungkin pada DAP tak ada nilai langsung....sampai bila nak jadi pengkhianat pada perpaduan orang Melayu.....Sebagai rakyat apa yang baik tulah yang hendak dicapai....

No comments: