Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 5 June 2009

Kelayakan untuk bergelar 'ustaz'




JIKA kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasan maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat.

Seorang ustaz ialah yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam, malah berpakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz. Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi, seorang ustaz itu sama saja dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun sering ke kelab malam, maka dia bukanlah seorang ustaz.

Seorang ustaz bukan hanya pandai bercakap mengenai Islam tetapi juga berakhlak Islam. Justeru, tiada istilah ‘ustaz rock’, ‘ustaz hindustan’ dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz.

Asas panggilan seorang ustaz ialah beliau mesti belajar ilmu Islam sama ada secara formal atau tidak formal dalam bentuk disiplin ilmu Islam itu sendiri. Sebagai contoh belajar Islam dengan seorang guru dan memasuki kelas guru berkenaan serta memiliki kitab yang dipelajari.

Pengajiannya mesti dalam jangka masa bertahun-tahun. Ia kerana dalam disiplin ilmu Islam hampir saja menyamai mana-mana ilmu lain iaitu memerlukan masa yang panjang untuk memahaminya.

Adalah pelik dengan belajar setahun dua sudah dikatakan alim melainkan dia menerima wahyu daripada langit. Dengan itu terkeluarlah daripada panggilan ustaz, seseorang yang sesekali pergi melawat pondok dan pasentren dan tidak jelas pembelajarannya ilmu Islamnya.

Ustaz seorang yang berakhlak Islam. Dia tidak akan makan sambil berjalan, menghisap rokok, berambut panjang seperti wanita (kecuali berambut panjang mencecah bahu dengan niat semata-mata menurut sunnah Rasulullah SAW bukan kerana trend masa kini), memasuki panggung wayang dalam apa sebab sekalipun, bergaul dengan wanita bukan mahramnya dan semua bentuk akhlak yang tidak layak bagi seorang Islam. Kalau itulah yang dilakukan oleh ustaz itu, keluarkan saja ustaz sebegini daripada golongan ustaz kerana dia bukanlah seorang ustaz.

Umum menerima bahawa seorang hakim mempunyai akhlak dan etika kehakiman. Beliau tidak boleh berada di tempat tertentu serta makan dengan orang tertentu yang dikhuatiri menjejaskan kredibiliti penghakimannya. Misalnya, seorang hakim tidak boleh makan bersama peguam bela kes yang diadilinya. Sekalipun dia tidak membuat apa-apa kesalahan dan tidak menerima rasuah, namun perbuatan itu melanggar etika kehakiman.

Begitu juga dengan seorang ustaz? Mereka tidak boleh merungut, itu tidak boleh, ini tidak boleh kerana itulah harganya seorang ustaz. Sama saja seorang hakim tidak boleh merungut kerana menerima jawatan sebagai hakim.

Mampukah kita menerima ustaz yang terkinja-kinja di pentas, ustaz yang akhlaknya sama saja dengan orang lain, ustaz yang bergaul bebas dengan wanita atas alasan yang sengaja dibuat-buat dan sebagainya?

Saya menyeru kepada kita semua, marilah kembalikan maruah institusi ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan gelaran itu kepada sesiapa saja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam.

YANG PRIHATIN,
Kelantan.


Surat pembaca dari Berita Harian...Terkenang diwaktu dahulu ada nenek seorang kawan saya cakap Ustaz sekarang ada 2 jenis...satu ustaz dunia dan satu lagi ustaz dunia dan akhirat...fikir-fikirkanlah...

No comments: