Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday 28 June 2009

Selesema babi, influenza A diguna serentak



KUALA LUMPUR 27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mencadangkan supaya nama wabak selesema babi digunakan serentak dengan influenza A (H1N1) dalam setiap siaran berita bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, penggunaan dua nama yang disekalikan itu adalah paling tepat demi pemahaman yang lebih berkesan terutama kepada penduduk kawasan pedalaman.

Selain itu, kata beliau, agensi-agensi berita terkemuka dunia seperti BBC dan ABC serta enjin pencarian di Internet seperti Google turut menggunakan swine flu atau selesema babi yang jelas lebih ringkas dan tepat.

"Oleh itu, kementerian rasakan bahawa kami menggunakan jurusan yang mudah difaham orang, kalau hendak sebut dalam kurungan atau nak dulukan H1N1, kemudian dilangsungkan dengan selesema babi itu paling baik," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran logo serta lagu 1Malaysia dan program senam seni Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Rais meminta supaya semua pengamal media tempatan kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah H1N1.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican semalam bertegas kementerian itu akan tetap dengan istilah H1N1 selari dengan arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 29 April lalu.

Mengulas lanjut, Rais memberitahu, selesema babi sepatutnya ditakrifkan sama seperti selesema burung yang pernah melanda dunia sebelum ini.

"Kalau kementerian (kesihatan) nak teruskan H1N1, itu tidak menjadi masalah, tetapi kementerian ini yang bertanggungjawab dari segi falsafah menerangkan sesuatu, kita harus menggunakan terus kedua-dua terma tanpa apa-apa alasan lain," tegasnya

Bila nak berurusan dengan rakyat jelata kita gunakanlah bahasa yang mudah dan senang di faham...Mungkin nanti ada orang kampung yang tak faham apa tu H1N1 atau swine flu...kan senang guna perkataan atau istilah SELSEMA BABI..semua orang tahu termasuk yang tak pergi sekolah...Nak gaduh apa sekejap nak PPSMI sekejap tak nak...tanya itu pejuang BAHASA nak guna istilah apa...? Takan diam tak sokong Dato Rais...Kenapa takut ada orang tersinggung...? Kalau dah babi pembawa penyakit takan nak kata semutkan....

No comments: