Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 19 June 2009

Gapena setuju syarat lulus BI




Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Jun - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersetuju dengan cadangan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya lapan tuntutan mereka dipenuhi kerajaan.

Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, Jawatankuasa Kerja Gapena yang bermesyuarat hari ini telah bersetuju untuk menyatakan sokongan terhadap cadangan Kementerian Pelajaran itu dengan beberapa syarat dipenuhi terlebih dahulu.

Katanya, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

n Memansuhkan Pembelajaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta merta.

n Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pengantar bagi pendidikan awal sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

n Kerajaan perlu memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris yang mencukupi, berpengetahuan tinggi tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, berketerampilan dan bersedia berkhidmat di luar bandar.

n Bahasa Melayu diwajibkan lulus peringkat kredit untuk mendapat SPM.

n Prasarana dan kemudahan alat bantu mengajar termasuk makmal bahasa yang mencukupi terutama di luar bandar.

n Syarat lulus Malaysian University English Test (MUET) untuk masuk ke pusat pengajian tinggi dibatalkan bagi pelajar yang lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

n Kesusasteraan kebangsaan dan mata pelajaran Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib merentasi kokurikulum.

n Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris boleh dilaksanakan setelah semua syarat di atas dipenuhi.

Bercakap pada sidang akhbar di rumah Gapena di sini hari, Ismail berkata, pihaknya telah membincangkan syarat itu secara mendalam dan berharap kementerian dapat memahami tuntutan tersebut.

''Gapena akan menentang cadangan syarat lulus Bahasa Inggeris itu sekiranya pihak kementerian tidak melaksanakan syarat-syarat tersebut,'' ujarnya.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Jawatankuasa Gapena, Datuk Dr. Aziz Deraman dan Datuk Tengku Alaudin T. A. Majid.

Syarat-syarat itu akan dimajukan kepada kementerian hari ini juga bagi mendapatkan maklum balas segera dan Gapena mengharapkan pihak kementerian dapat mengadakan perbincangan terbuka dengan pihaknya.
Saya sebagai rakyat yang masih mempunyai anak2 yang bersekolah tidak setuju dengan syarat yang dikemukakan oleh pemimpin2 bijak pandai GAPENA kerana yang nak bersekolah tu anak2 kami..tak tahulah kalau anak2 mereka semuanya dah lepas zaman persekolahan...dan mungkin juga anak2 mereka belajar di sekolah antarabangsa...Kenapa perlu menidakkan keperluan bahasa Inggeris di sekolah...untuk anak2 kami...takan hilangnya bahasa Melayu dengan belajar menggunakan Bahasa Inggeris...Ingat kami pun dulu belajar dalam aliran Bahasa Inggeris di sekolah...tapi lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu...Suka atau tidak Bahasa Inggeris tu adalah bahasa ilmu....

No comments: