Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 4 June 2009

Paling nipis dan ringan


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN







KOMPUTER buku MSI X Slim.

--------------------------------------------------------------------------------
Teknologi terkini menjadikan komputer buku semakin nipis bagi memudahkan pengguna menyimpan dan membawanya ke mana-mana.

Terkini, MSI telah mengeluarkan komputer buku nipis dalam rangkaian MSI X Slim iaitu X320, X340, X400 dan x600.

Tidak hanya komputer buku, MSI juga menghasilkan komputer meja yang sesuai bagi kegunaan peribadi di rumah serta pejabat dengan desktop skrin sentuh Wind Top AE1900 All-in-One.

Semasa dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna (CES 2009), MSI X Slim X340 telah dianugerahkan gelaran 'Komputer Buku 13 inci Paling Ringan dan Nipis'.

Mempunyai ketebalan 6 milimeter (mm) dan lebar 19.8 mm dan berat hanya 1.3 kilogram (kg) dengan bateri, menjadikan X Slim X340 gajet bergaya.

Pengarah Pemasaran Komputer Buku MSI, Sam Chern berkata, pihaknya amat komited menghasilkan produk terbaik seperti rangkaian komputer riba X Slim dan desktop Wind Top AE1900 seperti yang dijanjikan.

"Produk ini menunjukkan komitmen MSI dalam menghasilkan produk terbaik untuk meningkatkan minat gaya hidup pengguna digital dalam pakej yang mampu dimiliki selain bergaya," katanya.

MSI X Slim X400 menampilkan skrin LED 14.1 inci bagi pengalaman hiburan hebat sementara X600 dilengkapi dengan skrin LED 15.6 inci.

Ditambah dengan ATi Mobility Radeon HD 4330 dengan 512MB VRAM, X600 memberikan persembahan grafik terbaik dalam kelasnya, semuanya nipis, bergaya dalam pakej mampu miliknya.

Selain itu, MSI merupakan produk mesra alam yang menggunakan kuasa terendah dalam operasinya.

MSI juga mengumumkan perkhidmatan terkini hotline untuk pengguna negara ini iaitu 1-300-22-1986 bagi sokongan pengguna.

Empat angka terakhir dipilih menunjukkan tahun MSI ditubuhkan dan selama 23 tahun MSI mendapat keyakinan dan pengiktirafan pengguna.

Rangkaian komputer riba MSI X Slim boleh didapati dalam pilihan warna perak, putih dan hitam.

MSI X320, X340, X400 dan X600 boleh didapati pada harga runcit RM2,699, RM3,699, RM2,799 dan RM3,099.

MSI Wind Top AE1900 pula pada harga 2,099 dan semuanya telah berada di pasaran.

Kepada anda yang masih mencari-cari komputer yang menjimatkan penggunaan ruang dan mudah untuk di bawa kemana-mana kenapa tidak mencuba komputer ini yang harganya pun berpatutan.....

1 comment:

Onna said...

salam,

macam nak beli aje ek....