Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 June 2014

Proton kompak dilancar hujung tahun

Oleh Fadzil Zainol dan Nizam Yatim
ekonomi@utusan.com.my


Model kereta Proton kompak yang didedahkan dalam blog funtasticko.net.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Model versi kompak pertama Proton Holdings Bhd., (Proton) bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini, menurut Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, model baharu itu adalah berlainan daripada model-model Proton sedia ada, dan merupakan usaha terbaharu syarikat kereta nasional itu untuk menyertai persaingan segmen kompak.

Beliau berkata, dari segi harga, ia jauh lebih murah daripada model-model import yang setaraf, tetapi lebih tinggi sedikit daripada harga model terdahulu.

Jelasnya, penghasilan model baharu itu membabitkan perbelanjaan yang tinggi sekitar RM2 bilion dan turut diuji di dalam cuaca berbeza.

"Jika nak dibandingkan dengan kereta daripada import yang sama setaraf dengannya (kereta kompak Proton) kita (Proton) masih murah, tetapi lebih tinggi daripada harga model terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Proton mula mempromosi pengenalan model kompak itu sejak pertengahan 2013 termasuk mengadakan peraduan kepada orang ramai untuk memberi idea nama yang akan digunakan oleh model itu.

Antara kriteria nama yang dimahukan ialah ia mesti dalam Bahasa Malaysia, tidak lebih enam huruf, boleh dikombinasikan huruf dan nombor serta tidak berkaitan dengan nama haiwan.

Dalam pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, untuk model itu Proton menjalankan kajian secara terperinci dan membabitkan pandu uji mencecah 100,000 kilometer.

"Di dalam jarak tersebut, kita menghantar kereta itu ke Sweden untuk mengujinya di dalam cuaca sejuk dan di negara-negara Asia Barat untuk cuaca panas. Penghasilannya bukan mudah kerana ia membabitkan 3,000 komponen berlainan yang mana sesetengahnya perlu diimport, hal ini mengambil sedikit masa" kata beliau.

Mengenai pasaran eksport kereta itu katanya, kajian pasaran ke atas negara-negara perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan setiap negara mempunyai perundangan dan selera pasaran berbeza yang mungkin melibatkan perubahan kepada reka bentuk kereta.

Tambah Dr. Mahathir, penghasilan kereta baharu ini turut menggunakan teknologi Lotus khususnya untuk aspek kawalan dan pemanduan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Proton menyedari pengenalan model kompak itu bakal menyaingi Perodua yang selama ini menguasai jumlah jualan tahunan (TIV) Malaysia menerusi kereta-kereta kompak.

Bagaimanapun katanya, Perodua tetap mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan syarikat itu hanya menggunakan konsep pemasangan dan menukar nama kereta Jepun sedia ada dengan kos perbelanjaan lebih rendah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140621/ko_01/Proton-kompak-dilancar-hujung-tahun#ixzz35Q0ncqZc  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Khaled nafi tidak mampu nasihati Sultan Johor



Khaled Nordin

JOHOR BAHRU 20 Jun - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menepis dakwaan segelintir pihak kononnya beliau tidak mampu menasihati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terutamanya dalam soal pentadbiran tanah.

Sebagai Menteri Besar, katanya, beliau berperanan memberi nasihat kepada baginda dan baginda juga menghormatinya sebagai pentadbir kerajaan negeri.

Tegasnya, biarlah sejarah yang menentukan sama ada Menteri Besar yang dikatakan tidak dapat menasihati Sultan Johor itu boleh membawa manfaat kepada rakyat di negeri ini atau sebaliknya.

''Saya juga tahu ada pihak yang melemparkan tuduhan kononnya saya tidak berupaya untuk 'menasihati' dan 'mengawal' Tuanku Sultan terutamanya dalam soal pentadbiran tanah.

''Ini tidak benar kerana tugas saya bukanlah untuk mengawal selia aktiviti Sultan tetapi untuk memberi nasihat kepada baginda,'' katanya menerusi status terkini laman Facebook beliau hari ini.

Mohamed Khaled turut menegaskan, Sultan Johor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak beliau menjadi Menteri Besar.

Ujar beliau, Sultan Ibrahim adalah seorang yang sangat mengambil berat hal ehwal kerajaan negeri dan Johor tetapi baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran.

''Hubungan dengan baginda menjadi asas kepada saya untuk memberi nasihat tanpa rasa gentar atau pilih kasih. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, tidak ada apa yang harus saya bimbangkan selagi tidak melakukan sesuatu yang membawa kemudaratan kepada rakyat negeri Johor,'' katanya.

Mengenai Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), beliau tidak menafikan Sultan Ibrahim kecewa dengan persepsi negatif yang dilemparkan kepada baginda berhubung enakmen tersebut.

Katanya, segala persepsi serta tuduhan yang mendakwa enakmen itu bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan adalah tidak tepat kerana kandungan draf asal pindaan ke atas enakmen tersebut adalah selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

''Kesultanan Johor telah sedia wujud sejak tahun 1885 dan harus diingat, Johor adalah negeri pelopor yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini,'' ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140621/dn_01/Khaled-nafi-tidak-mampu-nasihati-Sultan-Johor#ixzz35PyFBXQP  © Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN ; BUKA APA ADA YANG TERASA PERIUK NASI DAH DITABUR PASIR... SEBAB TU MENYALAK SEBAB TOKEY BESAR SUDAH BISING...

Friday, 20 June 2014

15 lelaki mengaku tidak salah ceroboh DUN Pulau Pinang



Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzil (depan, kiri) turut hadir memberi sokongan moral kepada 15 lelaki yang hadir ke mahkamah atas tuduhan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Mei lalu di Mahkamah Majistret, Pulau Pinang, semalam. - utusan/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 19 Jun - Seramai 15 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh Dewan Undangan Negeri(DUN) Pulau Pinang, Mei lalu.

Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Nurul Rashidah Md. Akit.

Mereka yang dituduh ialah Datuk Mohd. Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd. Noor, 36, Rosesarwandi Saad @ Yaacob, 33, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd. Nashrol Hisham Abdullah, 38, dan Azmeal Abu Bakar, 42.

Yang turut didakwa ialah Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof, 34, Mohamad Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd. Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51, dan Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31.

Mereka bersama-sama seorang yang masih bebas didakwa menceroboh DUN kira-kira pukul 1.30 petang, 21 Mei lalu dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M. Maheswari.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani dan Siti Fatimah Talib, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Abu Bakar As-Sidek.

Ketika prosiding, Razali memohon agar kesemua tertuduh diikat jamin RM6,000 setiap seorang selain pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu sebutan semula kes.

Abu Bakar pula yang meminta agar jaminan minimum dikenakan serta pasport tertuduh-tertuduh tidak diserahkan kepada mahkamah kerana ada di antara mereka yang mempunyai urusan di luar negara dalam masa terdekat.

Nurul Rashidah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140620/ma_02/15-lelaki-mengaku-tidak-salah-ceroboh-DUN-Pulau-Pinang#ixzz358wGOdkq  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Kes RSN Rayer ditangguhkan

oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my



RSN Rayer (tengah) hadir bersama peguamnya, Gobind Singh Deo (kiri) yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang, semalam.- Utusan/AZMAN ASMAYATIM

PULAU PINANG 19 Jun - Pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer atas tuduhan menghasut yang sepatutnya dilakukan hari ini di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Notis arahan penangguhan itu diterima peguam Rayer, Gobind Singh Deo daripada Ketua Unit Pendakwaan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang, Datuk Razali Che Ani pagi ini sebelum prosiding berjalan.

Rayer sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan ‘UMNO celaka’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, 20 Mei lalu.

Gobind berkata, pihaknya tidak pasti apa yang berlaku menyebabkan ada notis penangguhan itu dan akan merujuk perkara tersebut kepada Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan.

Semalam, Rayer dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut ekoran terdapat 14 laporan polis berhubung kenyataan wakil rakyat daripada DAP itu.

Selain mengeluarkan kenyataan di Sidang DUN, Rayer juga sekali lagi mengulangi ungkapan itu ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sehingga mendapat kecaman daripada ahli UMNO serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ini kerana beliau enggan menarik balik ungkapan itu menyebabkan NGO terbabit membuat laporan polis agar tindakan tegas diambil atas kebiadabannya itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140620/ma_01/Kes-RSN-Rayer-ditangguhkan#ixzz358vAoB47  © Utusan Melayu (M) Bhd

KOMEN : APA CERITA NI .... ?

Ikut proses perundangan - Sultan

Oleh LILIS SURIANI OMAR
pengarang@utusan.com.my


SULTAN Sharafuddin Idris Shah
SHAH ALAM 19 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya isu pemulangan atau pelupusan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.

Berikut adalah kenyataan penuh tersebut:

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan agar isu pemulangan atau pelupusan Bible Al-Kitab dalam Bahasa Malaysia, yang menggunakan kalimah ‘Allah’ hendaklah dilaksanakan mengikut proses dan prosedur perundangan sedia ada dan yang terpakai.

Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan.

Titah ini adalah selaras dengan arahan di dalam minit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang menyatakan "berhubung Bible Al-Kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang."

Oleh itu, pihak JAIS perlu segera merujuk perkara ini kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan rujukan dibuat ke mahkamah. Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga berpendapat isu ini tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik sehingga boleh mengelirukan dan meresahkan masyarakat dengan mengesyorkan jalan penyelesaian yang tidak berpandukan kepada undang-undang dan ada juga syor-syor yang tidak munasabah.

Di samping itu, baginda berharap ahli-ahli politik tidak menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi, kumpulan atau parti mereka.

Biarlah perkara ini diselesaikan di antara pihak-pihak yang terlibat dan juga pihak yang diberi kuasa untuk menyelesaikannya.

Isu agama adalah merupakan satu isu yang sensitif. Oleh itu baginda meminta supaya semua pihak berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Baginda juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan dilarang untuk masuk campur dalam isu ini sehingga boleh mengelirukan lagi keadaan.

Baginda juga membuat penegasan bahawa setiap tindakan dan titah baginda dalam apa jua isu sama ada berkaitan dengan agama atau negeri, tidak pernah membelakangkan undang-undang dan tidak pernah cuba bertindak mengatasi undang-undang above the law.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140620/dn_02/Ikut-proses-perundangan---Sultan#ixzz358tLnjZ3  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Jurulatih Cameroon jijik dengan sikap pemain sendiri



Achille Weboc (tengah) cuba memisahkan rakan sepasukannya, Benjamin Moukandjo (kiri) dan Benoit Assou-Ekotto yang bertelagah sewaktu Cameroon menentang Croatia di Manaus semalam. - REUTERS

MANAUS - Jurulatih Cameroon, Volker Finke berkata, pergaduhan di atas padang antara dua pemainnya ketika mereka kalah besar 4-0 kepada Croatia semalam ‘menjijikkan’, dan dia turut mengeluh tentang kekurangan disiplin dan usaha pemainnya.

Pada babak pertama, pemain tengah Alex Song dibuang padang kerana menyiku belakang pemain Croatia, Mario Mandzukic dan menjelang penghujung perlawanan pemain pertahanan, Benoit Assou-Ekotto menanduk Benjamin Mou­kandjo selepas berbalah.

Keputusan dalam perlawanan Kumpulan A itu mengesahkan penyingkiran Cameroon daripada kejohanan selepas kekalahan kedua berturut-turut.

"Jelas kami perlu mencari alasan bagi apa yang berlaku kerana kelakuan sebegitu benar-benar menjijikkan, tidak boleh diterima, mustahil," kata Finke apabila ditanya mengenai pergaduhan itu.

"Keputusan seperti ini satu keaiban buat Cameroon. Saya fikir sehingga (Song menerima) kad merah, hanya sedikit perlawanan (apabila kedua-dua pasukan bermain) setara, mungkin Croatia lebih berkesan tetapi Cameroon turut mempunyai beberapa peluang," katanya.

"Kami perlu tidur dan membuat satu kajian dan kemudian kami boleh umumkan sesuatu," tambahnya, merujuk kepada kemungkinan tindakan disiplin dikenakan selepas adegan yang tidak menyenangkan itu.

"Akan ada akibatnya daripada kejadian ini," tegasnya.

Finke turut mengeluh mengenai kekurangan disiplin pasukannya dalam bertahan pada babak kedua, apabila Cameroon melepaskan tiga gol, termasuk satu pada minit ke-48.

"Saya tahu sukar bermain 11 melawan 10 tetapi tidak perlu hilang kawalan sebegitu... gol kedua memang terlalu awal. Kami juga terpaksa cuba bermain secara menyerang, untuk kekal dalam perlawanan itu dan awak awak perlu mengambil risiko," katanya.

Finke membandingkan pertemuan itu dengan perlawanan Jerman dengan Portugal yang berakhir dengan kekalahan 4-0 buat Portugal selepas pemain pertahanan, Pepe dibuang padang.

"Perkaranya sama dan keputusannya memang sama. Saya minta maaf atas keputusan ini," ulangnya.

Jurulatih dari Jerman itu, yang hanya dilantik setahun lalu, turut ditanya mengenai masa depannya bersama pasukan Cameroon.

"Saya fikir awak amat faham bahawa seseorang perlu tidur sekurang-kurangnya satu malam selepas sebuah perlawanan sebegitu. Saya tidak boleh berikan satu penjelasan serius kepada soalan itu," katanya.

Cameroon yang kalah kepada Mexico minggu lalu akan melengkapkan perlawanan terakhir Piala Dunia mereka dengan menentang Brazil pada Selasa depan. - Reuters


WORLD CUP 2014 - Belanda mara selepas menang tipis



PENYERANG Belanda, Memphis Depay meraikan jaringan jarak jauhnya bersama ketua pasukan, Robin van Persie (kanan) sambil diperhatikan seorang pemain Australia dengan kecewa dalam perlawanan Kumpulan B di Porto Alegre semalam. Belanda menang 3-2. - AFP

PORTO ALEGRE - Louis van Gaal dapat menunjukkan di mana saatnya apabila dia berasa yakin pasukannya mampu mengekang Australia, seterusnya memenangi perlawanan untuk sekali gus meletakkan skuad Oranje ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2014.

Ketika perlawanan berbaki kira-kira 20 minit, Australia terlepas peluang keemasan untuk mendahului 3-2.

Van Gaal melihat situasi itu sebagai satu petanda dan berpaling kepada dua pembantu jurulatihnya.

"Saya memberitahu Patrick Kluivert dan Danny Blind, ‘kita akan menang perlawanan ini kerana jika mereka terlepas peluang seperti itu, kita akan menjaringkan gol," katanya.

Beberapa saat kemudian, ramalannya terbukti benar. Pemain simpanan, Memphis Depay mencuba nasib dengan melepaskan rembatan 25 meter dari gawang gol pada minit ke-68. Penjaga gol Australia, Maty Ryan yang tidak nampak bola lebih awal merebahkan badan untuk menepis, tetapi sudah terlambat.

Itu merupakan penutup perlawanan yang memuncah secara tiba-tiba apabila jaringan Arjen Robben pada minit ke-20 selepas membuat larian solo disamakan hanya beberapa saat kemudian apabila pemain veteran Australia, Tim Cahill membuat sepakan voli yang mengagumkan.

Australia kemudian mendahului apabila mendapat penalti yang disempurnakan oleh Mile Jedinak pada babak kedua, hanya untuk menyaksikan Robin Van Persie menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Keputusan itu meletakkan Belanda, yang sebelum ini membelasah Sepanyol 5-1 dalam perlawanan pembukaan, mara ke pusingan kedua dari Kumpulan B bersama-sama Chile, yang menundukkan juara bertahan itu dalam satu lagi perlawanan semalam.

"Sangat mengecewakan.

"Pemain-pemain saya sangat mengagumkan. Mereka memberi saingan kepada pasukan bertaraf dunia. Saya beri puji mereka, tetapi saya sangat kecewa kerana mereka gagal mendapat sedikit habuan dariapad usaha mereka hari ini.

"Kami ke Piala Dunia dan kami menentang tiga negara terbaik dunia," kata pengurus Australia, Ange Postecoglou.

Pada awal babak kedua, Belanda berubah daripada sistem 5-3-2 yang begitu berkesan ketika menentang Sepanyol kepada gaya lebih tradisional kepada pasukan itu iaitu 4-3-3 untuk disesuaikan dengan Depay, tetapi Australia mengejutkan mereka untuk mendahului selepas Daryl Janmaat tertampan bola di dalam kawasan penalti.

Jedinak menyempurnakan sepakan pada minit ke-54 tetapi Van Persie sekali lagi menyamakan kedudukan empat minit kemudian. Dia kemudian menerima kad kuning kedua dalam kejohanan ini, menyebabkan dia tidak akan bermain menentang Chile dalam perlawanan terakhir Belanda dalam Kumpulan B.

Peluang terbaik Australia untuk kembali mendahului tiba pada minit ke-68. Tommy Oar mendapat peluang untuk membuat percubaan dari sebelah kiri gawang tetapi membuat keputusan untuk membuat hantaran silang kepada Mathew Leckie, yang hanya mampu mendada bola kepada penjaga gol.

Jaringan Depay beberapa saat kemudian adalah yang pertama untuk negaranya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140620/sl_07/Belanda-mara-selepas-menang-tipis#ixzz358pnZPhL  © Utusan Melayu (M) Bhd


WORLD CUP 2014 - Croatia singkir Cameroon



PENJAGA gol Cameroon, Charles Itandje hanya mampu melihat bola yang disepak penyerang Croatia, Ivica Olic bergolek ke dalam gawangnya sewaktu perlawanan di Manaus semalam. Croatia menang 4-0. - AFP

MANAUS - Cameroon menghadapi hari-hari malang apabila terpaksa mengakhiri kempennya dalam Piala Dunia di peringkat awal.

Pasukan yang pernah ke suku akhir pada 1990 itu tersingkir setelah kalah 4-0 kepada Croatia semalam sekaligus menghancurkan harapan mereka untuk mara ke pusingan kedua Piala Dunia kali ini.

Penyerang utama, Mario Mandzukic menjaringkan gol pada minit ke-61 dan 73. Sebelum itu Ivic Olic meletakkan Croatia di depan menerusi jaringan seawal minit ke-11 dan Ivan Perisic menambah gol kedua ketika babak kedua berusia tiga minit.

Jurulatih Croatia, Niko Kovac berkata pasukannya masih perlu mempertingkatkan pertahanan mereka dan ketumpulan penyudah ketika menentang Cameroon jika mahu merebut peluang untuk mara.

"Kami membenarkan (Cameroon) mendapat terlalu banyak peluang dan masih banyak yang perlu kami perbaiki.

"Adalah penting buat pasukan ini untuk mendapat rehat secukupnya sebelum kami menentang Mexico kerana mereka agresif dan bertenaga.

"Tetapi kami akan bertambah semangat selepas perlawanan dengan Cameroon ini dan saya ucapkan tahniah kepada pemain-pemain saya kerana menunjukkan prestasi yang hebat dalam cuaca seperti ini," katanya.

Perlawanan itu bermula dengan kontroversi yang mengatakan pemain terbaik mereka dan berpengalaman luas, Samuel Eto’o tidak akan beraksi kerana kecederaan lutut yang dialaminya.

Keadaan menjadi bertambah buruk buat Cameroon apabila pada minit ke-40 Alex Song menyiku belakang Mario Mandzukic, mengakibatkan dia dilayangkan kad merah.

Lebih parah apabila pada masa kecederaan berlaku konflik antara Benoit Assou-Ekotto menghantuk kepalanya ke kepala rakan sepasukan, Benjamin Moukandjo.

Cameroon masih mempunyai baki perlawanan menentang Brazil pada selasa depan. Walaupun mereka sudah terkeluar daripada peringkat seterusnya, namun mereka masih berpeluang untuk memusnahkan harapan pasukan tuan rumah.

Namun tanpa kehadiran Eto’o dan Song yang digantung permainan, perlawanan berdepan Brazil bakal menjadi semakin sukar buat Cameroon.

Eto’o tiba di Brazil dengan mengalami kecederaan lutut kiri namun tetap turun bermain menentang Mexico dalam perlawanan pembukaan pada Sabtu lalu. Dia ada memberitahu merasa kesakitan ketika perlawanan berlangsung tetapi terus bermain hingga ke akhir wisel penamat. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140620/sl_06/Croatia-singkir-Cameroon#ixzz358oWrEUg  © Utusan Melayu (M) Bhd


WORLD CUP 2014 - Pertembungan dua bekas jurulatih



DUA jurulatih dari Colombia, Reinaldo Rueda (kiri) dan Luis Suarez akan mengetahui strategi siapa lebih hebat apabila Ecuador bertemu Honduras dalam perlawanan Kumpulan E esok di Stadium Baixada, Curitiba. - AFP

CURITIBA - Honduras dan Ecuador yang masing-masing tewas dalam perlawanan pembukaan kini memburu kemenangan penting yang akan menentukan masa depan mereka dalam kempen Piala Dunia.

Selain itu, perlawanan itu juga akan menyaksikan dua dua jurulatih yang sedang merancang untuk menghukum pasukan terdahulu masing-masing.

Dalam perlawanan yang agak ‘luar biasa’ itu Honduras akan dibimbing oleh Luis Fernando Suarez, yang bertanggungjawab membawa Ecuador ke pusingan 16 terakhir dalam kempen 2006, juga merupakan kempen Piala Dunia terbaik mereka.

Ecuador pula akan dibimbing oleh Reinaldo Rueda yang melatih Honduras dalam kempen Piala Dunia 2010 di mana mereka gagal melepasi peringkat kumpulan dan gagal menyumbat gol.

Bagi menambah persamaan mereka, kedua-dua jurulatih itu berasal dari Colombia.

"Saya berasa seronok ketika di Honduras, namun sekarang saya berada di sini dan saya akan terus berjuang untuk menang.

"Honduras adalah pasukan yang bagus, kami tahu keupayaan mereka. Mereka tidak bermula dengan bagus, tetapi mereka ingin dan perlukan kemenangan sama seperti kami," jelas Rueda.

Kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu di dalam kejuaraan besar namun bermain sebanyak 13 perlawanan persahabatan yang menyaksikan mereka seri lapan kali.

Kini salah satu perlu menang bagi menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya di dalam kumpulan yang juga terdiri daripada Perancis dan Switzerland.

"Saya masih kenal dan pernah mengendali empat atau lima pemain Ecuador sekarang ketika saya masih berada di sana, jadi saya tahu sedikit sebanyak tentang mereka," kata Suarez mengenai pesaingnya.

Walaupun kedua-dua pasukan kalah dalam perlawanan pertama Ahad lepas, mereka menunjukkan permainan yang memuaskan.

Penyerang Equador Enner Valencia berjaya meletakkan pasukannya di hadapan dengan ledakan gol menentang Switzerland namun akhir

nya mereka kalah 2-1 setelah melepaskan kawalan bola semasa masa kecederaan.

Honduras pula tewas 3-0 kepada Perancis setelah bermain dengan 10 pemain apabila Wilson Pala­cios dibuang padang. Palacios akan

terlepas aksi berdepan Equador ekoran digantung perlawanan.

Jelas Rueda lagi, pasukannya terlalu yakin semasa perlawanan bertemu Switzerland dan terpaksa menanggungnya akibat terlalu naif.

Honduras pula tidak pernah memenangi perlawanan di dalam kempen Piala Dunia dan akan mengharapkan penyerang, Jerry Bengtson dan Carlo Costly untuk sekurang-kurangnya memecah kebuntuan 32 tahun tanpa gol.

Mereka tidak menyumbat walau satu gol sejak kali terakhir pada tahun 1982 yang menyaksikan pasukan itu seri bertemu Ireland Utara. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140620/sl_04/Pertembungan-dua-bekas-jurulatih#ixzz358nY9TYO  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Switzerland nak kacau mimpi Perancis



Haris Seferovic, Karim Benzema

SALVADOR, Brazil - Sejak 1998, perjalanan skuad Perancis menjadi tidak menentu sepanjang bertanding dalam Piala Dunia. Mereka sama ada berjaya mara ke perlawanan akhir ataupun gagal mendapatkan mata.

Kini, selepas melakar kemenangan 3-0 kepada Honduras, para penyokong pasukan itu boleh bermimpi sekali lagi untuk menyaksikan Les Bleus meraih kemenangan kedua dalam perlawanan menentang Switzerland bagi Kumpulan E (3 pagi esok waktu Malaysia).

Perancis memulakan kempen mereka dengan cemerlang ketika menentang Honduras, berbeza dengan apa yang dilalui oleh skuad tersebut ketika bersaing di Afrika Selatan, empat tahun lalu.

Piala Dunia 2010 digemparkan apabila para pemain Perancis enggan mendengar arahan jurulatih ketika itu, Raymond Domenech dan pulang dalam keadaan memalukan.

Jurulatih baharu, Didier Deschamps tampil dengan pasukan yang lebih sepakat dan mempertaruhkan Karim Benzema, Paul Pogba dan Olivier Giroud sebagai jentera berbahaya Les Bleus.

Switzerland yang menang 2-1 ke atas Ecuador dalam aksi pembukaannya dilihat akan memperkukuhkan pertahanan dalam perlawanan yang bakal menentukan siapa yang akan melangkah ke pusingan kedua.

Dengan bahang pertandingan semakin dirasai di Brazil ditambah pula Benzema tampil bersemangat bakal menyemarakkan lagi semangat peminat Perancis untuk melihat pasukan mereka meraih kemenangan di Arena Fonte Nova.

Tetapi jika dilihat semula kepada perlawanan-perlawanan terdahulu, Switzerland mungkin mampu mencipta kejutan ke atas Les Bleus.

Ketiga-tiga perlawanan terakhir di antara mereka diakhiri dengan keputusan seri dan Perancis memenangi dua perlawanan sebelum itu manakala Switzerland kali terakhir menang pada tahun 1992.

Bagaimanapun, Switzerland yang tampil bertenaga sejak beberapa tahun ini turut disertai barisan pemain yang hebat seperti ketua pasukan, Gokhan Onler dan Xherdan Shaqiri.

Deschamps sudah berasa selesa dengan formasi Mathieu Debuchy, Raphael Varane, Mamadou Sakho dan Partice Evra bermain di bahagian pertahanan. Persoalan kini terletak bagaimana jurulatih itu mahu memantapkan pertahanan di bahagian kiri dan tengah.

Antoine muncul dengan aksi bertenaga semasa Benzema bermain di bahagian hadapan ketika menentang Honduras tetapi Deschamps mungkin akan meletakkan Benzema di bahagian kiri dan Giroud dibawa masuk ke hadapan untuk menembusi benteng pihak lawan.

"Sudah pasti akan terdapat lebih banyak ruang (berbanding ketika menentang Ecuador) kerana pemain Perancis lebih suka menyerang. Mereka kuat di bahagian serangan, tetapi itu mungkin menjadi kelemahan mereka apabila mahu terlalu banyak menyerang," kata penyerang Switzerland, Haris Seferovic, yang menjaringkan gol pertama pasukannya ketika bertemu Ecuador. - REUTERS




WORLD CUP 2014 - Costa Rica impikan satu lagi kejutan



PERTAHANAN Costa Rica, Michael Umana (kiri) dan penyerang, Marco Urena berebut bola sewaktu mereka menjalani latihan di Santos semalam.- AFP
RECIFE - Selepas menampilkan aksi cemerlang dalam perlawanan pertama, Costa Rica bersama barisan serangannya bersedia untuk melakarkan satu lagi kejutan dalam Piala Dunia apabila menentang Itali (pada Sabtu ini waktu Malaysia).

Pasukan dari Amerika Tengah itu awalnya diramalkan akan menjadi pasukan belasahan dalam Kumpulan D tetapi berjaya mengejutkan Uruguay 3-1 pada perlawanan pembukaan.

Di Fortaleza, mereka menunjukkan kekentalan di bahagian pertahanan dan memberi tumpuan kepada kelajuan untuk menyerang balas sekali gus memberikan imej baharu kepada pasukan Costa Rica yang sebelum ini hanya bersandarkan kepada kebolehan sebilangan individu sahaja.

"Kami berjaya membangunkan pasukan kebangsaan sama seperti Itali pada 2006, sebuah pasukan dengan corak permainan bertahan dan memiliki jentera serangan yang hebat.

"Apabila kami mendapat bola, kami akan lakukan serang balas pantas. Kami tidak mahu bercakap panjang, ia seperti pukulan maut," kata pemain tengah, Celso Borges kepada Reuters.

Dengan kehadiran Joel Campbell yang menjaringkan gol pembukaan menentang Uruguay, mereka juga memiliki pemain berkualiti yang mampu mewujudkan peluang-peluang berbahaya.

Juara Dunia 1934, 1938, 1982 dan 2006 itu mempamerkan kesabaran menerusi permainan terancang ketika menundukkan England 2-1 dalam cuaca berbahang di Manaus.

Pasukan Cesare Prandelli memiliki tradisi mencipta kemenangan dan tidak akan melakukan serangan dengan cara sama tetapi lebih tertumpu kepada permainan taktikal seperti Uruguay.

Dalam pertemuan menentang England, Andrea Pirlo sekali lagi menunjukkan dia merupakan pemain tengah terbaik pada usia tua dengan mengetepikan cabaran-cabaran pemain muda Roy Hodgson manakala Mario Balotelli memiliki kebolehan untuk mencipta gol.

Kemenangan Costa Rica ke atas Uruguay juga telah melenyapkan elemen kejutan dan sekali gus meletakkan Itali dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada menerima nasib sama.

"Pertemuan menentang Costa Rica merupakan sesuatu yang bahaya kerana kami bermain pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan dan pasti ia sesuatu yang sukar.

"Adakah kami boleh menewaskan Costa Rica? Ia tidak seperti Piala Dunia seperti dahulu, seperti Italia 90 ketika perlawanan berkesudahan 8-0. Pasukan mereka lebih terancang, memiliki pemain yang kuat dan awak tidak boleh berfikir Itali akan tewaskan Costa Rica kerana kami dipanggil Itali," kata pemain tengah, Daniele De Rossi.

Itali berharap penjaga gol, Ginaluigi Buffon yang mengalami kecederaan buku lali dan pertahanan Mattia De Sciglio (kecederaan betis) akan pulih segera daripada kecederaan selepas kedua-dua pemain itu terlepas aksi kemenangan Itali ke atas England. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140620/sl_02/Costa-Rica-impikan-satu-lagi-kejutan#ixzz358lEuhio  © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 19 June 2014

Piala Dunia: Croatia nyala impian belasah Cameroon 4-0



REAKSI penyokong Croatia selepas kejayaan pasukan mereka menewaskan Cameroon 4-0 di Amazonia arena di Manaus, awal pagi ini. - Foto Reuters

MANAUS: Croatia menyalakan harapan untuk layak ke pusingan kedua Piala Dunia selepas membelasah Cameroon 4-0 dalam saingan Kumpulan A, awal pagi ini. 

Cabaran mereka turut dibantu dengan kepincangan pihak lawan yang bermain dengan bekalan 10 pemain selepas Alex Song dilayangkan kad merah pada lewat babak pertama yang menyaksikan wakil Afrika tersingkir awal kali ini. 

Ivica Olic meletakkan Croatia di hadapan pada minit ke-11 dan Ivan Perisic menyambar bola hasil kesilapan penjaga gol Cameroon, Charles Itandje untuk meluru meledakkan gol kedua pada minit ke-48.

Mario Mandzukic yang tidak dikawal menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-61 dan menambah gol keempat pada minit ke-73. 

Cameroon yang hanya memenangi satu perlawanan selepas lima kali membuat kemunculan dalam Piala Dunia bertambah perit selepas terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain. 

Alex dilayangkan kad merah gara-gara menyiku Mandzukic di belakang dan juga tanpa Samuel Eto'o yang tercedera. 

Brazil dan Mexico masing-masing sudah mengutip empat mata dari Kumpulan A dan kemenangan bagi Croatia ke atas Mexico, Isnin ini boleh bantu mereka mara ke kelompok 16 terakhir pada edisi kali ini. - REUTERS

Piala Dunia: Sepanyol sambung badi juara bertahan





PENYOKONG Chile menunjukkan mesej "Adios Spana" yang bermaksud "Selamat Tinggal Sepanyol" selepas pasukannya membenam Sepanyol 2-0 pada perlawanan Piala Dunia di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, awal pagi tadi. Kekalahan itu menjadikan Sepanyol negara keempat menyambung badi selaku juara bertahan yang tersingkir awal dalam sejarah kejohanan Piala Dunia setakat ini. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Sepanyol menjadi negara keempat menyambung badi selaku juara bertahan yang tersingkir awal dalam sejarah kejohanan Piala Dunia setakat ini. 

Apa pun, skuad yang dikenali dengan jolokan La Roja itu juga unik apabila muncul juara bertahan pertama tewas pada dua perlawanan awal secara berturut-turut. 

Sebelum itu, tuan rumah edisi kali ini, Brazil pernah menerima nasib sama pada tahun 1966, disusuli Perancis pada 2002 serta Itali pada 2006.

Kekalahan 2-0 La Roja kepada Chile awal pagi tadi bermakna Sepanyol sah tidak akan mara ke peringkat kalah mati bermula 29 Jun ini, biarpun masih berbaki satu lagi perlawanan menentang Australia, Selasa depan. 

Pada 1962, Brazil memenangi piala bola sepak paling berprestij itu untuk kali kedua selepas mengalahkan Czechoslovakia 3-1 di pentas final, namun mereka gagal meneruskan rentak sama pada saingan seterusnya di England. 

Kegagalan itu antara lain berpunca daripada kecederaan yang dialami dua tonggaknya ketika itu, Pele dan Garrincha. Brazil diundi bersama Hungary dan Portugal. 

Nasib malang Brazil itu kemudian diwarisi pasukan Perancis yang sebelum itu menang menewaskan Brazil pada final Piala Dunia 1998, berlangsung di Paris. 
Senegal yang membuat penampilan sulung ketika itu berjaya melakukan kejutan pada aksi pembukaan Piala Dunia 2002, menewaskan The Les Bleus itu dengan jaringan tipis, 1-0. 

Diundi dalam Kumpulan A, Perancis juga gagal memperoleh tiga mata penting selepas sekadar mencatat keputusan seri, 0-0 menentang Uruguay. 

Lebih parah apabila penyerangnya, Thierry Henry dibuang padang selepas menerima kad merah sebelum pasukan itu menamatkan kempen Piala Dunia 2002 dengan kekalahan 2-0 kepada Denmark. 

Itali, yang menjuarai Piala Dunia 2006 berkunjung ke Afrika Selatan yang menjadi tuan rumah ketika itu untuk mempertahankan gelaran dimilikinya pada 2002. 

Biarpun diundi bersama pasukan bukan pilihan iaitu Paraguay, New Zealand dan Slovakia, Azzurri terkandas di peringkat kumpulan. 

Mereka hanya mencatatkan seri, 1-1 menentang Paraguay dan New Zealand, sebelum dikalahkan Slovakia dengan jaringan 3-2 - Agensi.

WORLD CUP 2014 - Oranje jinakkan Socceroos

Porto Alegre (Brazil): Belanda meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Dunia apabila menumpaskan Australia 3-2 dalam saingan kumpulan B di Estadio Beira-Rio, awal pagi ini.

Belanda mendahului apabila Arjen Robben melakukan larian solo dari tengah padang sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol Socceroos Maty Ryan pada minit ke 19.

Seminit kemudian, Tim Cahil menjaringkan salah satu gol terbaik kejohanan apabila melakukan rembatan 'first timer' hasil hantaran Matthew Leckie.

Australia kemudian mengejutkan Belanda apabila mendahului pada minit ke 54 hasil sepakan penalti Mile Jedinak selepas bola terkena tangan pertahanan Daryl Janmaat.





Bagaimanapun Belanda menyamakan kedudukan menerusi penyudah Robin Van Persie pada minit ke 58 sebelum pemain muda Memphis Depay melakukan rembatan jarak jauh yang menerjah gawang Australia pada minit ke 68.

AUSTRALIA: Mat Ryan, Ryan McGowan, Jason Davidson, Matthew Spiranovic, Alex Wilkinson, Matt McKay, Mile Jedinak (captain), Mark Bresciano, Matthew Leckie, Tommy Oar, Tim Cahill.

BELANDA: Jasper Cillessen, Daryl Janmaat, Daley Blind, Bruno Martins Indi, Ron Vlaar, Stefan de Vrij, Nigel de Jong, Jonathan de Guzman, Wesley Sneijder, Arjen Robben, Robin van Persie.

PENGADIL: Djamel Haimoudi (ALG)


WORLD CUP 2014 - La Roja terkulai


Rio De Janeiro (Brazil): Juara bertahan Sepanyol terkulai di peringkat kumpulan selepas tewas 0-2 kepada Chile dalam pertemuan Piala Dunia Kumpulan B di Stadium Maracana, awal pagi ini.

Chile yang tidak pernah menewaskan Sepanyol dalam 10 pertemuan sebelum ini memulakan perlawanan dengan lebih agresif dan mendahului hasil jaringan Eduardo Vargas pada minit ke 20.

Derita Sepanyol berganda apabila penjaga gol, Iker Casillas membuat kesilapan menampan lemah sepakan percuma Alexis Sanchez tepat ke arah Charles Aranguiz yang merembat masuk ke gawang pada minit ke 43.

Masuk babak kedua, Sepanyol cuba mencari peluang untuk merapatkan kedudukan namun Chile berjaya mengekang asakan bertalu-talu jentera serangan La Furia Roja.

Keputusan ini bermakna Belanda dan Chile menjadi dua pasukan terawal melangkah ke pusingan kalah mati.

Sepanyol pula menjadi juara bertahan ketiga gagal layak ke pusingan seterusnya selepas Perancis pada 2002 dan Itali (2010).

SPAIN: Iker Casillas, Cesar Azpilicueta, Jordi Alba, Sergio Ramos, Javi Martinez, Sergio Busquets, Xabi Alonso, Andres Iniesta, David Silva, Pedro Rodriguez, Diego Costa.

CHILE: Claudio Bravo, Mauricio Isla, Eugenio Mena, Gary Medel, Gonzalo Jara, Charles Aranguiz, Marcelo Diaz, Arturo Vidal, Jorge Valdivia, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas.

PENGADIL: Mark Geiger (USA)

WORLD CUP 2014 - Brazil tetap berpuas hati - Scolari



Luiz Felipe Scolari

FORTALEZA - Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari berkata, mereka tetap berpuas hati de­ngan prestasi yang ditampilkan, biarpun sekadar seri tanpa jaringan dengan Mexico pada perlawanan kedua dalam Kumpulan A di Fortaleza semalam.

The Selecao bergelut untuk memecahkan kekebalan benteng Mexico di Stadium Castelao di samping kecekapan penjaga gol, Guillermo Ochoa, yang melakukan tiga aksi menyelamat berkelas dunia, dua daripadanya menerusi Neymar dan tandukan Thiago Silva.

Namun, Scolari di hadapan para media, mengakui Brazil masih berada di landasan yang tepat untuk mara ke pusingan kedua selepas meraih empat mata dalam dua perlawanan.

"Dalam pandangan saya, skuad ini beraksi jauh lebih baik ketika kami menentang Croatia, dan boleh dikatakan sekurang-kurangnya ekstra 10 peratus daripada apa kami lakukan berbanding perlawanan terdahulu.

"Skuad ini semakin berkembang, dan kami boleh meningkat lagi sebenarnya tetapi saya yakin kami mampu mara ke pusingan seterusnya kerana kami mempunyai kualiti, saya benar-benar berpuas hati, " katanya.

Cameroon, dan Croatia akan bertemu sesama sendiri dalam satu pertemuan Kumpulan A, namun tanpa mengambil kira keputusan perlawanan berkenaan, Brazil perlu mendapatkan kemenangan ke atas Cameroon di Brasilia pada 23 Jun bagi mengesahkan laluan ke pusingan kalah mati.

"Ramai peminat Brazil terlalu marahkan kami kerana tidak memberikan yang terbaik dalam perlawanan sedangkan Mexico dalam masa sama sebenarnya beraksi di tahap seperti kami selain tahap penguasaan bola yang hampir sama, dan jumlah percubaan ke arah gol.

"Keputusan ini bukan kami mahukan tetapi ada perkara yang kami gagal capai hari ini iaitu mendapatkan jaringan," kata Scolari.

Jika ada aspek yang boleh dipuji mengenai Brazil adalah di bahagian pertahanan yang memperlihatkan persefahaman tinggi antara Silva, dan David Luiz.

Mereka berdua memben­dung ancaman Oribe Peralta, penyerang yang menjaringkan gol ketika Mexico menang 1-0 ke atas Cameroon, dan menjadi pemusnah Brazil dalam perlawanan akhir Olimpik 2012 dengan kemenangan 2-1. - AGENSI

WORLD CUP 2014 - Belgium semakin kemaruk



Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne (kiri) dan pertahanan Algeria, Faouzi Ghoulam bersaing merebut bola pada perlawanan Kumpulan H di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, Brazil, semalam. - AFP
BRAZIL - Selepas 12 tahun tidak beraksi di Piala Dunia, Belgium bersiap sedia untuk menggempur setiap lawan mereka dalam misi mencipta sejarah tersendiri di bumi Brazil.

Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne, yang dinamakan pemain terbaik perlawanan apabila menjadi watak penting Red Devils semasa menewaskan Algeria 2-1, mengakui dia dan rakan sepasukan berada di tahap motivasi tertinggi pada kempen Piala Dunia kali ini.

Karier De Bruyne yang kembali menyinar selepas menyertai VfL Wolfsburg pada Januari lalu dari Chelsea, mempersembahkan aksi penuh dinamik terutama pada separuh masa kedua untuk bangkit daripada ketinggalan apabila Algeria berada di hadapan melalui Sofiane Feghouli pada minit ke-25.

"Kami diletakkan harapan yang terlalu tinggi terutama oleh peminat namun tiap perlawanan yang akan dilalui di Piala Dunia kali ini pasti sukar.

"Apa yang penting, kami mengambil kira setiap satu perlawanan yang kami lalui secara serius dan jika kami meraih tiga mata ke atas Rusia, dan daripada situ kami akan melihat sejauh mana peluang kami.

"Namun, kami begitu bersemangat tinggi buat masa ini, dan tiada siapa mampu mengatakan kami tidak akan melangkah jauh pada kali ini," katanya. - AFP


WORLD CUP 2014 - Coentrao tamatkan Piala Dunia lebih awal





RIO DE JANEIRO - Pertahanan kiri Portugal, Fabio Coentrao telah disahkan terkeluar daripada baki kempen Piala Dunia akibat kejang otot.

Persekutuan Bola Sepak Portugal memaklumkan semalam, pertahanan Real Madrid itu mengalami kejang otot paha yang serius sewaktu mereka kalah 0-4 kepada Jerman pada Isnin lalu, apabila dia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-65.

Dia memberitahu wartawan selepas perlawanan bahawa dia bimbang aksinya dalam Piala Dunia sudah berakhir.

Coentrao telah merakamkan sebuah pesanan video buat para peminat, memberitahu mereka betapa kecewanya dia kerana terlepas baki kejohanan.

Penyerang, Hugo Almeida dan penjaga gol, Rui Patricio pula kekal dalam pasukan. Almeida terhincut-hincut pada pertengahan babak pertama perlawanan di Salvador itu akibat cedera otot manakala Patricio menghabiskan keseluruhan permainan tetapi kemudian didapati cedera paha.

Portugal akan menentang Amerika Syarikat di Manaus (Ahad ini waktu Malaysia) dan tidak akan dibantu oleh Pepe yang digantung perlawanan. - AGENSI


'Sejarah yang amat memalukan Pas'


KUALA LUMPUR 18 Jun - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyelar sekeras-kerasnya tindakan empat Ahli Parlimen Pas dari Selangor yang mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedudukan agama Islam di negeri itu.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, gesaan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan untuk menjalankan peranan menjaga kedaulatan agama menjadi bukti bahawa keempat-empat wakil rak-yat itu meletakkan kepentingan politik melebihi tuntutan agama.

"Jelas mereka keliru dengan kedudukan dan peranan MAIS, isu rampasan Bible kerana tidak memahami Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam, keliru kuasa Sultan Selangor berhubung agama Islam dan keliru batasan kuasa Exco kerajaan negeri.

"Saya bersimpati, mereka kena belajar untuk memisahkan diri daripada terkongkong dalam politik sempit. Hanya jika bebas dari kongkongan parti politik sempit, baru mereka tahu isu dan batasan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah menyifatkan tindakan tersebut merupakan satu penghinaan bagi seluruh umat Islam khususnya di Selangor.

"Ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan juga umatnya kerana cuba untuk menghapuskan satu badan yang selama ini berjihad hanya untuk kepentingan agama Islam.

"Sekarang kita boleh nilai bahawa perjuangan parti itu selama ini hanya berselindung di sebalik nama sahaja dan mereka juga menggunakan isu agama untuk meraih kepentingan politik," jelasnya.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan pandangan empat Ahli Parlimen Pas Selangor yang mencadangkan supaya kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menguatkuasakan hal ehwal di negeri itu dihapuskan adalah sesuatu yang amat memalukan parti politik itu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam, beliau juga hairan bagaimana pandangan itu boleh disuarakan oleh Ahli Parlimen Pas terbabit iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

"Bagi saya, ini adalah sejarah yang amat memalukan Pas. Sepatutnya, mereka yang mempertahankan MAIS atau JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Ini tidak, mereka pula yang minta agar fungsi agensi seperti MAIS dihapuskan.

"Saya kurang pasti sama ada itu adalah pandangan peribadi mereka ataupun ia datang daripada pucuk pimpinan Pas dan juga Majlis Syura Pas. Saya harap ini bukan suatu keputusan yang dipersetujui oleh para pemimpin Pas sehinggalah ke akar umbinya," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa di sini hari ini.

Ibrahim berkata, beliau kecewa dan memandang serius isu itu kerana ia membabitkan agama Islam yang telah dijamin haknya dalam Perlembagaan negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140619/po_03/Sejarah-yang-amat-memalukan-Pas#ixzz3534u1SyU  © Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : PAS NI MASIH ADA KEMALUAN KE? ADA PEMIMPINNYA YANG DAH TERDEDAH KEMALUAN PUN MASIH TAK MALU LAGI... JUAL LAH AGAMA ISLAM SELAGI KAU BOLEH PAS... PATIK MOHON DERHAKA TUANKU...NIZAR CAKAP...

WORLD CUP 2014 - Ochoa umpama tembok kebal Mexico



PENJAGA gol Mexico, Guillermo Ochoa melayangkan badan untuk menolak keluar percubaan bahaya Neymar, yang dianggap penyelamatan terbaik dalam Piala Dunia kali ini ketika menentang Brazil di Fortaleza semalam. - AFP

FORTALEZA - Ketangkasan penjaga gol, Guillermo Ochoa yang berjaya mengekang serangan bertali arus Brazil, memaksa pasukan tuan rumah sekadar berpuas hati berkongsi satu mata dengan Mexico setelah perlawanan berkesudahan seri 0-0 dalam aksi Kumpulan A pada Piala Dunia di Estadio Castelao, semalam.

Ochoa muncul wira pasukannya setelah dia menggagalkan beberapa siri serangan yang dilancarkan oleh Paulinho, Neymar, dan Thiago Silva yang kelihatan cukup berkeyakinan untuk merobek gawang Mexico. Namun, aksi cemerlang yang dipamerkan penjaga gol itu, telah membuat anak-anak buah Luiz Felipe Scolari buntu mencari gol kemenangan.

Penjaga gol itu merupakan pemain Mexico terakhir yang meninggalkan padang setelah menerima tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan daripada ribuan penyokong yang menyarung jersi berwarna hijau sebelum dia diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

"Kami patut mengucapkan tahniah kepada penjaga gol yang beraksi cemerlang setelah sekurang-kurangnya menyelamatkan empat percubaan berbahaya yang bagi saya amat luar biasa," kata penyerang Brazil, Fred selepas pasukan tuan rumah itu kecewa kerana gagal menembusi benteng pertahanan Mexico.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari menyifatkan persembahan yang dipamerkan Ochoa amat mengagumkan. Pada aksi tersebut, Mexico turut memiliki beberapa peluang keemasan meledakkan gol dalam perlawanan menghiburkan itu, dan mereka mampu melakar kemenangan menerusi rembatan jarak jauh, jika sepakan yang dibuat disempurnakan lebih kemas.

Jose Vasquez, Hector Herrera, dan Miguel Layun, kesemua mereka memiliki peluang melakukan rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti, namun percubaan mereka itu sekadar melepasi palang gol Julio Cesar.

Keputusan seri itu sekali gus menamatkan 10 kemenangan berturut-turut yang dicatat Brazil sejak Ogos tahun lalu, setelah kali terakhir mereka tewas kepada Switzerland pada perlawanan persahabatan.

Malah, keputusan itu juga bermakna kedua-dua pasukan masih perlu mengutip mata pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan 23 Jun ini bagi membolehkan mereka layak ke pusingan kedua. Brazil bakal berdepan Cameroon di Brasilia, dan Mexico menentang Croatia di Recife.

"Kami memiliki banyak peluang, tetapi saingan yang diterima amat sengit. Ini bukan persoalan sama ada permainan kami berkembang atau tidak. Kami telah bermain dengan cara begini sebanyak 20 perlawanan, kami berjaya mencatat kemenangan ke atas pasukan yang bagus, kami perlu memahami itu," kata Scolari.

Brazil menguasai permainan, semalam dengan Marcelo, dan Oscar kerap kali menghadirkan ancaman dari sayap kiri padang, sementara Neymar mempamerkan kebijaksanaan apabila dia mengawal bola daripada pertengahan padang. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140619/sl_07/Ochoa-umpama-tembok-kebal-Mexico#ixzz3532dEMxi  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Suarez tidak sabar hendak belasah England



Bintang Uruguay, Luis Suarez berlatih bersama rakan sepasukannya di Stadium Arena do Jacare dekat Sete Lagoas, Brazil, semalam. - AGENSI

MONTEVIDEO - Penyerang Uruguay, Luis Suarez berkata, dia memiliki keinginan tinggi untuk mengalahkan England dalam perlawanan minggu ini.

Penyerang Liverpool itu yang tidak beraksi ketika pasukannya kalah kepada Costa Rica 3-1 sebelum ini, merayu peminat bola sepak Uruguay agar memberikan sokongan dan sepenuh kepercayaan kepadanya walaupun belum ada kata putus sama ada dia akan beraksi menentang England (pada 3 pagi Jumaat waktu Malaysia).

"Saya mempunyai keghairahan yang tinggi untuk membantu pasukan kami beraksi di padang nanti.

"Tidak beraksi dalam perlawanan pertama membuatkan keghairahan untuk masuk padang semakin membuak-buak," kata penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris itu kepada Ovacion Digital.

Suarez yang menjalani pembedahan bagi memperbetulkan kecederaan ligamen lutut tiga minggu lepas memberitahu dia bersedia mengambil risiko jika disenaraikan dalam pertemuan itu.

"Tetapi kini, selepas beberapa hari menjalani pemulihan, saya yakin boleh kembali cergas.

"Saya sudah 100 peratus pulih. Jika tidak, saya tidak akan bermain. Saya sering berkata akan turun bermain apabila sudah bersedia dan kini saya benar-benar bersedia.

"Mungkin saya masih tercari-cari rentak permainan kerana sudah sekian lama tidak beraksi tetapi dari aspek fizikal, saya sudah cukup cergas," katanya yang yakin sudah bersedia untuk beraksi.

Suarez juga membuat satu pengumuman di laman Twitter peribadinya tentang kesediaan Uruguay menentang England dilihat sebagai penentu untuk pasukannya mara ke peringkat seterusnya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140619/sl_06/Suarez-tidak-sabar-hendak-belasah-England#ixzz3531pWm6q  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Rooney hentam media England



Wayne Rooney

RECIFE - Wayne Rooney telah mengkritik sebahagian media yang mempersoalkan prestasinya dan membuat spekulasi bahawa penyerang England itu telah ‘diturunkan’ pangkat untuk hanya menjalani latihan bersama pemain-pemain simpanan di kem latihan mereka di Brazil.

Penyerang Manchester United itu dikritik hebat setelah permainannya tidak bagus ketika England kalah 2-1 kepada Itali dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Dunia, dengan Daily Mirror melaporkan dia sekarang terdesak untuk menyelamatkan "kedudukannya dalam Piala Dunia".

Rooney yang diletakkan di bahagian kiri, posisi yang bukan kegemarannya ketika menentang Itali, merupakan satu-satunya pemain bukan penjaga gol yang dilihat menjalani latihan penuh semalam manakala sembilan yang lain melakukan senaman ringan.

"Kadangkala hairan apa yang dimahukan oleh media.

"Saya katakan sejak awal saya mahu melakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan saya bersedia untuk perlawanan Piala Dunia dan untuk itu saya melakukan latihan tambahan seminggu sebelum skuad ini berkumpul.

"Itulah yang saya lakukan semalam (kelmarin), latihan tambahan saya sendiri kerana itulah yang saya mahu lakukan," kata Rooney menerusi Facebook.

Bagi seorang pemain yang menikmati karier cemerlang bersama kelab, prestasi Rooney di peringkat antarabangsa sering kali dipersoalkan, terutama dalam kejohanan besar, di mana dia bergelut untuk memberi impak selepas cemerlang sewaktu Euro 2004.

Rooney tidak pernah menjaringkan gol dalam Piala Dunia. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140619/sl_05/Rooney-hentam-media-England#ixzz3530zQxv4  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Colombia waspada dengan Ivory Coast



James Rodriguez, Didier Drogba

BRASILIA - Colombia merancang untuk menguasai kawalan bola bagi menentang kelajuan dan kekuatan fizikal Ivory Coast apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam perlawanan Kumpulan C di Brasilia (esok waktu Malaysia).

Perlawanan itu juga bakal menyaksikan mereka mahukan kemenangan bagi memastikan kelayakan ke peringkat seterusnya hampir terjamin.

Colombia kini mendahului kumpulan mereka setelah menang 3-0 terhadap Greece, manakala Ivory Coast bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jepun 2-1 dalam perlawanan pembukaan.

Pasukan Jepun menghadapi pelbagai masalah ketika menentang Ivory Coast tetapi pemain tengah Colombia, Fredy Guarin berkata, kawalan bola amat penting untuk mengatasi fizikal bakal lawan mereka itu.

"Mereka amat kuat dari segi fizikal, dalam perebutan bola untuk sepanjang perlawanan serta merupakan aset mereka, namun kawalan bola kami boleh mendatangkan hasil jika konsisten melakukannya.

"Kami perlu bijak dalam mengekalkan corak permainan berpihak kepada Colombia dan tidak membenarkan mereka mendapatkan bola sewenang-wenangnya serta paling penting, kami perlu yakin pada diri sendiri," katanya.

Guarin juga membayangkan pasukannya akan bermain untuk memastikan gawang mereka tidak dibolosi pihak lawan.

"Konsentrasi kami merupakan faktor terbesar ketika menentang Greece dan penting untuk tidak melepaskan sebarang gol kepada pihak lawan kerana seluruh pasukan diterapkan dengan strategi bertahan," katanya.

Sementara itu, pendekatan fizikal Ivory Coast bakal menyaksikan Didier Drogba diletakkan di barisan hadapan pasukannya setelah mengubah haluan perlawanan ketika menentang Jepun.

Jurulatih Ivory Coast, Sabri Lamouchi turut menyanjung impak yang diberikan Drogba dalam perlawanan tersebut setelah Wilfried Bony tidak mempamerkan aksi yang baik.

"Penampilan Drogba mengubah nasib kami apabila menyebabkan beberapa pemain lawan menumpukan perhatian terhadapnya yang membuatkan mereka memberi ruang kepada rakan sepasukan lain untuk menggunakan peluang yang ada.

"Dengan adanya pemain seperti Drogba dan Yaya Toure, pastinya akan memudahkan permainan sesebuah pasukan itu," katanya.

Piala Dunia kali ini memberi peluang kepada Ivory Coast untuk mara dari peringkat kumpulan setelah tersingkir pada peringkat sama pada 2006 dan 2010 apabila tidak memenangi perlawanan pembukaan mereka.- AFP