Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 27 March 2013

Perlumbaan penuh drama



Lewis Hamilton memegang trofi sebagai pemenang tempat ketiga Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. - AGENSI 

KUALA LUMPUR - Belang pencabar sebenar akhirnya terserlah apabila Red Bull membuktikan kehebatan mereka mendominasi dua kedudukan teratas podium pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang yang berakhir, kelmarin.

Gandingan juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel bersama Mark Webber, ternyata sukar digugat oleh pencabar-pencabar mereka apabila menguasai kedudukan teratas sejak awal perlumbaan lagi.

Namun, di sebalik kehebatan jentera Red Bull, terselit kontroversi yang mewarnai pasukan tersebut apabila kedua-dua pemandu itu saling bertikam lidah sebaik sahaja perlumbaan tamat.

Rasa tidak puas hati Webber terhadap Vettel yang telah lama bersarang akhirnya meletus apabila rakan sepasukannya itu mengingkari arahan pasukan agar tidak memintasnya.

Suasana tegang menyelubungi Red Bull apabila prinsipal pasukan, Christian Horner turut berang dengan Vettel yang disifatkan telah bertindak bodoh.

Hubungan tidak harmoni yang sudah dihidu pihak media sejak awal akhirnya terbongkar di Sepang apabila Webber gagal membendung kemarahan dan menghentam Vettel secara terbuka.

"Saya juga mahu bersaing tetapi pada akhirnya pasukan telah membuat keputusan, yang mana kami sering berkata sebelum perlumbaan bagaimana persaingan akan berlaku.

"Kami perlu melihat kepada tayar, memastikan jentera menamatkan perlumbaan dan pada akhirnya Seb (Sebastian) telah membuat keputusan sendiri dan sudah tentu dia akan dibela, begitulah situasi yang sering berlaku," kata Webber secara terbuka.

Hubungan antara kedua-dua pemandu kini ibarat retak menanti belah dan perlu diselesaikan segera jika Red Bull mahu terus mengukuhkan cengkaman dalam perlumbaan musim 2013 yang baru memasuki dua perlumbaan.

Bagaimanapun, situasi berbeza dengan Mercedes AMG Petronas yang memiliki dua pemandu hebat yang saling hormat menghormati antara satu sama lain demi kepentingan pasukan.

Pemandu Jerman, Nico Rosberg sanggup mengorbankan peluang menaiki podium bagi memberi laluan kepada rakan sepasukan baharu, Lewis Hamilton.

Pengorbanan Rosberg amat dihargai Hamilton yang memuji sikap patuh rakan sepasukannya menerima arahan.

"Sudah tentu, bagaimana saya boleh lupakan?,"ujar Hamilton ketika ditanya apakah dia akan mengenang budi Rosberg.

Atas semangat berpasukan, Hamilton turut berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Rosberg menaiki podium dan sedia berkorban demi pasukan.

Insiden lucu turut menimpa Hamilton dalam saingan kelmarin. Dia yang baru menyertai Mercedes musim ini melakukan kekhilafan dengan memasuki pit McLaren, pasukan yang dinaungi sejak remaja tetapi ditinggalkan musim lalu. Insiden itu membuatkan dia malu besar.

Bagi Ferrari pula, tuah tidak menyebelahi mereka setelah juara GP Malaysia tahun lalu, Fernando Alonso tersingkir pada awal saingan ekoran sayap depan jenteranya mengalami kerosakan. Rakan sepasukan, Felipe Massa pula sekadar berpuas hati menamatkan perlumbaan di tangga kelima.

Lotus turut gagal mengulangi kecemerlangan di Australia apabila Kimi Raikkonen yang dikenakan penalti tiga petak kebelakang sebelum saingan bermula, hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.


Hargai pengorbanan perwira negara



BALU-BALU dan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna tidak dapat menahan kesedihan pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama

KUALA LUMPUR 25 Mac - Seluruh rakyat dan kerajaan menghargai pengorbanan mutlak para perwira negara dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menentang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya menyanjung tinggi pengorbanan mereka dan wajar menjadikan perjuangan pasukan keselamatan tersebut sebagai sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan harian.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan akan terus membela nasib dan maruah pasukan keselamatan negara di sebalik tindakan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan para perwira negara itu.

"Sesungguhnya, khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan tidak sia-sia. Walaupun ada pihak yang cuba memomok dan memperlekehkan PDRM dan ATM, pihak kerajaan dan rakyat teramai terhutang budi dengan perjuangan anda.

"Kerajaan juga memberi jaminan untuk terus membela maruah PDRM. Komitmen kerajaan yang ada pada hari ini terhadap kebajikan para pegawai dan anggota PDRM tidak dapat dinafikan. Kerajaan hari ini sentiasa menepati janji," katanya dalam Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di sini hari ini.

Najib menambah, beliau yang mewakili kerajaan dan rakyat turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PDRM yang selama ini terbukti setia kepada negara sejak zaman darurat, era konfrontasi, tragedi 13 Mei, era insurgensi dan perang terhadap keganasan kini.

Menurut beliau, Malaysia tidak mungkin berada pada kedudukan hari ini iaitu sebagai sebuah sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi tanpa keamanan hasil pengorbanan mulia para patriot PDRM dan ATM.

"Tuan-tuan dan puan-puan serta pendahulu telah dengan setia dan tanpa ragu-ragu menyambut panggilan pertiwi tercinta. Kita menyanjung tinggi kepada 10 orang pahlawan negara, di mana lapan orang daripadanya adalah anggota PDRM yang telah membuat pengorbanan mutlak," katanya.

Dengan menginsafi hakikat itu, katanya, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik skim perkhidmatan pasukan keselamatan negara bagi menjamin kebajikan para pegawai dan anggotanya.

Sebagai contoh, katanya, mulai Januari lalu, kerajaan telah menyetarakan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan PDRM dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan atau gred gaji

Dalam penyelarasan itu katanya, jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 48, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 52 Perkhidmatan Awam Am.

"Di samping itu, bagi mereka yang berjawatan konstabel hingga koperal, kerajaan telah melaksanakan kaedah kenaikan pangkat berdasarkan time-based dengan setiap anggota berjawatan konstabel akan mengisi jawatan koperal dalam tempoh masa lapan tahun sahaja jika tiada masalah.

"Ini merupakan satu pakej yang cukup bermakna kepada anggota-anggota PDRM. Kita berharap langkah itu akan merangsang setiap anggota PDRM untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai apa juga yang telah kita tetapkan sebagai objektif yang perlu dilaksanakan.," katanya.


Amanat Haji Hadi: Zainon dedah rancang bunuh Dr. M


DARI UTUSAN MALAYSIA



ZAINON ISMAIL

PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena C.N. Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Katanya, rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Pada ketika itu, saya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap. Rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan negara Islam dengan mudah, cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri Kabinet untuk dibunuh. Bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kami sudah ada Kabinet bayangan. Kami mahu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (pada waktu itu), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun rancangan ini gagal selepas dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dalam Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman; aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz dan Pengerusi Selamat Tinggal Pas, Shaidi Husin.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam, malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika dahulu Pas ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi hari ini semua perkara itu sudah tiada. Ini jelas kerana pada Januari 2003, Abdul Hadi menyebut, oleh kerana kerjasama dengan barisan alternatif terhalang, maka Pas melakukan pengorbanan besar dengan menggugurkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

"Malah pada tahun 2009, Abdul Hadi bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian untuk tidak melaksanakan hudud dan negara Islam.

"Jadi, jika pemimpin Pas pergi ke setiap cawangan dan menyatakan mereka akan melaksanakan dua perkara tersebut, itu adalah pembohongan yang besar kerana mereka sudah ada perjanjian, contohnya bila ada pemimpin Pas menyebut kembali tentang negara Islam dan hudud, Guan Eng kata lihat kembali (kepada) perjanjian," katanya.

Menurut beliau, UMNO walaupun 'batang tubuhnya' tidak menyatakan Islam tetapi tidak pernah menandatangani perjanjian seperti itu, malah mereka melaksanakan Islam.

Tambahnya untuk itu, umat Islam wajib mempertahankan kerajaan sedia ada pada pilihan raya akan datang demi agama dan negara.

Sokong pandangan Daim, Anwar tidak layak jadi PM


DARI UTUSAN MALAYSIA




KUALA LUMPUR 25 Mac - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan menyokong pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberi peluang untuk terus mentadbir negara.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Daim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Katanya, beliau cukup mengenali Anwar sepanjang 30 tahun persahabatan mereka dan yakin moral serta kerakusan politik Ketua Pembangkang itu hanya akan meletakkan Malaysia dalam keadaan tidak menentu jika menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Anwar tidak pernah berubah walaupun telah dihadapkan ke mahkamah pada 1998 dan kemudian dipenjara selama enam tahun, sebaliknya semakin rakus dalam usahanya mengejar cita-cita peribadi menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

"Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Daim kerana Najib sudah melakukan banyak perkara yang positif dalam masa empat tahun selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahu pun dalam aspek sosial.

"Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri adalah satu perjudian bagi masa depan negara,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebuah negara Islam seperti Malaysia hendak dipimpin oleh seorang yang dipersoal dan dibelenggu isu moral.

Daim dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Inggeris, New Sunday Times semalam menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang pada pilihan raya umum akan datang berbanding Anwar yang disifatkannya bukan calon tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam wawancara itu juga, Daim memberitahu, Najib telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara bagi meneruskan dasar-dasar transformasi, berbeza dengan Anwar yang disifatkan tidak cekap dalam bidang ekonomi.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan berkata, rakyat kini mengenali belang sebenar Anwar dan kegagalan Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan meyakinkan mengenai pelbagai perkara termasuk isu moral membuktikan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

"Anwar sudah menimbulkan banyak masalah kepada rakyat dan negara, beliau yang mencipta masalah tetapi kemudian menuding jari kepada pihak lain khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk dalam isu moral jadi bagaimana kita mahu memilih pemimpin seperti ini," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, BN mampu kembali mendapatkan mandat besar memandangkan sokongan kuat rakyat terhadap kerajaan serta Perdana Menteri yang komited terhadap tanggungjawab masing-masing.

''Kini rakyat sudah tahu menilai beza antara kaca dan permata, mana satu kerajaan yang baik dan mana satu kerajaan yang hanya tahu mengkritik serta berjanji kosong.

''Jadi saya optimis rakyat akan memberi peluang lebih kepada Perdana Menteri serta BN pada pilihan raya umum nanti kerana mereka mahukan kerajaan yang mampu membangunkan taraf hidup serta memajukan negara," katanya.


Jangan mati sebagai penderhaka, si Tanggang






BARU-BARU ini berlangsungnya Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden yang mengupas buku Cuit: Dilema Melayu Moden, sebuah karya himpunan rencana tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan.

Menampilkan tiga orang panel iaitu bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob, wacana hampir dua jam itu sarat dengan peringatan untuk anak bangsa dalam 'mengayuh' masa depan atas nama perjuangan Melayu.

Malah, anak bangsa juga ditiup puisi bernada 'amaran' oleh Dr. Hashim agar mereka tidak mati di bumi berdaulat ini sebagai penderhaka. Juga, ingatan untuk mereka agar mempertahan kubu negara selain tidak menjadi pengkhianat dengan 'mengagung-agungkan' penderhaka di tanah tumpah darah ini.

''...Ini kedaulatan bangsa,
Ini maruah negara,
Kita pertahan,
Kita jaga,
Aduhai saudara,
Jangan saudara bawa penderhaka
ke dalam kota kita,
Jangan saudara bawa penderhaka
ke dalam kubu kita."

Itu antara bait-bait puisi ringkas yang dirakam menerusi luahan ikhlas beliau yang tersentuh dengan senario kedudukan semasa Melayu di bumi sendiri termasuk sikap anak bangsa yang sedikit terleka dek omongan kosong sang petualang bangsa.

Ini tegasnya, telah menjadikan Melayu yang suatu ketika dahulu hanya berbeza ideologi dalam skala kecil, kini mula membesar seperti dinyatakan oleh Zaini di dalam tulisannya. Sedikit sedutan daripada penulisan tersebut, tegas Zaini, secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti.

Melayu itu berpecah kepada Melayu Liberal, Melayu Ulama, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar dan Melayu UMNO.

Hakikatnya, Melayu kini sudah jauh berubah. Tetapi, perubahan dan kemajuan yang dikecapi, ada ketika menjadikan mereka lupa siapakah Melayu itu yang hadir serta wujud dalam sanubari sendiri. Lebih mengecewakan, Melayu itu tidak mahu atau malu bergelar Melayu dan memperjuangkan kemelayuan yang diwarisi.

Dr. Hashim dalam pada itu melahirkan rasa kecewanya terhadap segelintir orang Melayu yang dahulunya berpendidikan rendah tetapi mula lupa diri setelah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dengan hasil usaha kerajaan.

''Saya ada pengalaman begini. Seorang anak Melayu yang dahulunya mendapat gred rendah dalam peperiksaan, diambil kerajaan untuk belajar ke luar negara sehingga ke peringkat kedoktoran. 

Namun, selepas itu, dia bertindak mempersoalkan apa sumbangan kerajaan terhadap dirinya. Orang macam ini cukup ramai. Banyak kali saya tegaskan, orang Melayu jangan lupa jasa kerajaan," jelasnya.

Begitu juga dengan kata-kata 'Cikgu' Sidek yang menterjemah perpecahan Melayu itu akibat daripada pengaruh simpang-siur pemikiran luar yang kemudiannya cuba dibawa masuk oleh pihak tertentu termasuk sesetengah pemimpin Melayu ke dalam persekitaran negara.

Terpukau dengan idealisme Barat, Revolusi Iran dan terbaharu cubaan 'mengimport' Arab Spring, pemikiran ini sedikit sebanyak menjadi punca Melayu itu pincang sehingga ada yang sanggup saling kafir-mengkafir antara satu sama lain.

''Simpang siur aliran pemikiran berlaku akibat tak faham sejarah budaya dan realiti kewujudan serta perubahan umat Melayu. Ini masalah kita sebenarnya. Terutama apabila kita merdeka, bila kita maju, anak-anak dihantar ke luar negara dan mula terlibat dengan pelbagai aliran pemikiran dan dakwah. 

Anak-anak kita yang pergi ke Barat mula terpukau dengan pelbagai aliran pemikiran tanpa melakukan sinergi dengan perkembangan budaya dan sejarah tempatan kita ini.

''Mereka ini apabila belajar di Barat, membawa aliran pemikiran yang revolusioner, nak wujudkan republik di Malaysia, menolak institusi beraja. Maknanya dia tak faham tentang realiti negara. Menyerap (pemikiran) dari luar, bawa balik ke sini, kemudian terlibat dengan politik kepartian dan perjuangkan pemikiran tersebut," katanya.

Seperkara lain yang disebut beliau adalah realiti mereka yang terpengaruh dengan Revolusi Iran apabila ramai kalangan umat Melayu kini mula 'menganut' fahaman syiah.

''Ini saya katakan akibat aliran pemikiran yang bersimpang siur menyebabkan perpecahan terjadi. Cuba kita lihat tokoh pembangkang ketika berlakunya Revolusi Iran. Pendekatan partinya berubah kepada radikal. Maka berlakunya isu kafir-mengkafir, sekali lagi membawa kepada perpecahan umat Melayu.

''Dan hari ini, apabila berlaku perubahan di Mesir, ada yang nak bawa Arab Spring ke Malaysia. Persoalannya, apakah sama situasi di Mesir dengan Malaysia? Tidak. Kita berubah, aman, maju membangun dan pertumbuhan terjadi serta ekonomi berkembang," tegasnya.

Dan, ujarnya, lebih menyedihkan apabila wujud watak-watak Si Tanggang yang menderhaka kepada negara dengan mewujudkan 'nada' songsang dalam aliran berfikir serta jalur bertindak.

''Antara kesannya yang kita lihat, dahulu Melayu itu penuh dengan jiwa gotong-royong, semangat bekerjasama dan ukhuwah berteraskan Islam. Tetapi hari ini ia semakin menipis. Akibat kafir-mengkafir, orang berpisah, keluarga berpecah," ujarnya penuh rasa kecewa.

Beliau menambah, selain itu sikap terbuka orang Melayu untuk mendengar pandangan dan perbezaan sudah semakin hilang.

Hal ini jauh menyimpang dengan sikap terpuji yang ditonjolkan oleh Imam Shafie ketika berada di dalam situasi perbincangan serta muzakarah. Beliau pernah menyebut : ''Pandangan aku mungkin benar dan mungkin salah. Pandangan kamu mungkin benar dan mungkin salah. Jadi ambillah yang benar sahaja."

Begitulah mulianya sikap Imam Shafie dalam menerima apa jua idea atau pandangan. Sikap sebegini perlu dicontohi semua pihak untuk kita terus maju ke depan. Perbalahan demi perbalahan, tuduh-menuduh antara satu sama lain dan mendabik dada bahawa hanya diri sendiri sahaja yang benar, sikap ini tidak ke mana. Malah, ia membuatkan kita semakin mundur.

Sementara itu, Rasulullah SAW pula pernah menyebut bahawa perbezaan pandangan dalam kalangan umatnya terkandung hikmah. Hal ini kerana mereka mengamalkan satu kaedah dalam ilmu fekah iaitu 'Adabul Ikhtilaf' atau adab perbezaan.

Bagaimanapun ujar Sidek, adab-adab itu tidak diamalkan oleh umat Melayu. ''Kita tak terbuka kepada pandangan orang lain. Kita kata pandangan kita sahaja yang betul. Dan, kita kata kita lebih Islam daripada orang lain. Itulah dilema yang sedang kita hadapi.

''Timbul rasa taksub. Parti aku adalah segala-galanya. Tetapi mereka lupa bahawa setiap organisasi politik yang dikendalikan manusia, tetap ada kelemahannya. UMNO ada kelemahannya. Begitu juga Pas. Kita kasar-kasar label orang sebagai taghut, kafir, syaitan, firaun. Ini ajaran mana?'' soalnya. Masih berpaksi kepada persoalan Melayu, beliau membidas pemikiran songsang sesetengah pihak yang mengaitkan bangsa itu dengan pelbagai persepsi khususnya bersikap perkauman dan menzalimi bangsa lain.

''Persoalan tentang Melayu, baik namanya Utusan Melayu, baik namanya orang Melayu, hari ini kita lihat pelbagai persepsi dilontarkan dengan menghubungkan Melayu itu dengan perkauman. Lalu menjadikan kita ini rasa bersalah menyebut Melayu di negara sendiri. Kita rasa bersalah dan seolah-olah orang lain dizalimi. Apakah itu benar? Ini mencuit hati kita untuk berfikir.

''Orang Melayu bukan jumud, perkauman dan anti bangsa lain. Dalam negara kita, kemajuan ekonomi itu dirasai. Tetapi siapa lebih dominan? Berapa peratus pegangan orang kita? Hakikatnya orang bukan Melayu gah dalam ekonomi. Apakah kita lakukan kezaliman kepada mereka? Jawapannya tidak," katanya.

Beliau turut membidas tanggapan songsang sesetengah pihak yang kini menganggap ulama yang mampu berdebat dengan 'panas' sebagai ulama hebat tetapi ulama yang membangunkan institusi-institusi Islam pula dilabel sebagai ulama jahat dan pembodek.

''Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, sebagai contoh. Tokoh ilmuan Islam ini menyantuni umara. Hari ini faktor syariah yang berkembang dalam kewangan Islam adalah hasil kerja beliau. Apabila kita dapat membebaskan kita daripada belenggu riba, tidakkah dia menyumbang kepada pembangunan negara?

''Orang lain yang berdegar-degar menghentam segala macam, ke mana? Dia hanya menjadi pengguna kepada model yang kita hasilkan. Dia tak jadi penyumbang. Tidakkah membangunkan UIAM, Bank Islam, Universiti al-Quran itu sesuatu yang maaruf? Tidakkah membina infrastruktur untuk kebaikan masyarakat sebagai sesuatu yang maaruf? Tidakkah menolong orang miskin itu sesuatu yang maaruf? Maaruf itu sangat luas," ujar beliau.

Sementara itu, Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dengan fakta-fakta seriusnya mengajak anak-anak Melayu supaya mengkaji sejarah bangsa agar tidak hilang jati diri. Sama seperti panel lain, beliau mahu anak bangsa mempertahankan kedaulatan negara daripada jatuh ke tangan si penderhaka yang sentiasa mencari jalan memporak-perandakan negara.


"KAMI BUKAN PENDATANG WAHAI LIM KIT SIANG!" - ORANG MELAYU


DARI BLOG TAIPING MALI
Terima Kasih TUAN


 AMARAN: ARTIKEL INI DITUJUKAN UNTUK LIM KIT SIANG, bukan semua bangsa cina.

Seperti mana yang kita semua maklum, kebencian DAP pada MELAYU bukanlah satu rahsia lagi bagi kita yang celik akal dan berpandangan jauh. Segala tindak tanduk yang dipamerkan oleh DAP sentiasa mengundang syak wasangka kita. Kali ini, DAP cuba bermain api dengan orang MELAYU.

Kalau dibenci UMNO, saya masih tidak kisah. Tetapi, jangan membawa perasaan benci itu kepada menjadikan sejarah orang Melayu sebagai taruhan politik kotor kalian. Mungkin banyak orang Melayu di sana ditipu dan juga cina yang buta sejarah, tetapi tidak saya pendekar melayu yang sudah bersedia untuk membanting akal mendedahkan betapa BANGSATNYA CINA DAP.

Kepada rakan cina yang tidak sehaluan dengan DAP, saya berharap agar kalian membacanya dengan hati terbuka, sesungguhnya artikel ini bukanlah ditujukan untuk kalian kerana saya yakin kalian juga mahukan hidup yang aman tanpa ada pergaduhan kaum, tetapi dalang 13 Mei ini tidak serik-serik untuk belajar daripada kesilapan yang lepas terutama dajjal kecil yang bernama Lim Kit Siang.

Pertama kali, kalian semua kena bersihkan daripada minda kalian daripada fakta "bahawa kerajaan orang Melayu yang pertama ialah Melaka" kerana fakta itu sememangnya sangat-sangat salah. Sebelum berdirinya melaka, terdapat banyak kerajaan orang Melayu yang bertebaran di seluruh Asia Tenggara.

Sebagai contoh, kerajaan Funan dan Champa di Indochina. Chih Tu di Kelantan serta Langkasuka di utara semenanjung Malaysia serta tidak lupa juga empayar terhebat orang Melayu iaitu Srivijaya. Letakkan di minda anda bahawa kerajaan Orang Melayu bukan bermula di Melaka untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan mereka yang berhasat dengki.

Kita mulakan artikel ini dengan saya berkongsi link di mana Lim Kit Siang dan John Doe (seorang penulis upahan DAP yang selalu menulis untuk laman portal pembangkang):


http://blog.limkitsiang.com/2011/01/20/malay-history-what’s-missing-from-the-textbooks/

Artikel tersebut diulas dalam english tetapi saya akan tulis ulasan saya di sini dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pembacaan pihak kalian. Mereka DAP memulakan penipuan dengan berceloteh panjang lebar mengenai sejarah awal penubuhan kerajaan Islam Brunei.

Kemudian, si kiasu ini mula bermain jarumnya, mahu menyalahkan BTN dan juga UMNO kononnya mencipta sejarah. Mereka mengaitkan perkahwinan antara Sultan Muhammad Shah dan seorang puteri dari Johor-Temasik kemudian terus berkongsi fakta yang bagi saya sudah tidak relevan lagi kerana penemuan baru para sejarawan. Saya petik di bawah ini:

"Sultan Muhammad Shah married a Johorean-Temasik princess in 1363. Now, for all those products of Biro Tata Negara (BTN) out there, what year was Malacca formed? 1403. So, there was a Johor king already in 1363? Are you going to argue with Ketuanan Brunei on this? (By the way, he’s more Melayu than YOU!) The Johor ruler was under the Thais. The entire Peninsular belonged to the Thais! The ‘king’ of Singapore (Temasik), whom Parameswara of the Malaccan Sultanate murdered in cold blood was in fact the brother-in-Law of the ‘King’ of Pattani, who was under Ayodthaya rule."

Apa yang DAP cuba bermain dalam isu ini ialah mereka cuba mengatakan bahawa orang Melayu bukanlah orang asal di tanah Melayu ini kerana Sultan Brunei sudah berkahwin dengan seorang puteri misteri dari semenanjung kerana Melaka belum lagi berdiri.

Apa yang si bangsat ini tidak tahu ialah sebenarnya Melaka telah berdiri lama iaitu sejak 1262 Masihi. Kemudian dakwaan yang mengatakan bahawa Johor di bawah pemerintahan Siam ialah bullshit. Hanya berpandukan kisah Parameswara membunuh pemerintahan Temasik yang dilantik oleh siam.

Tahukah DAP dan John Doe siapakah siam yang dikatakan itu? Untuk pengetahuan kalian ialah Kerajaan Sri Dharmaja bukannya kerajaan Ayutthaya. Kerajaan Sri Dharmaraja ini ialah salah satu kerajaan orang Melayu yang memerintah di Segenting Kera sehingga ke Selatan Thai.

Kena pandai beza orang Siam dan Thai. Orang Siam ini merupakan salah satu daripada rumpun Melayu manakala orang Thai merupakan salah satu daripada rumpun cina yang lari dari negara China dan merupakan pendatang di Asia Tenggara berbanding pribumi Asia Tenggara yang lain seperti Melayu, Khmer dan Mon.

Kerajaan Ayutthaya didirikan pada tahun 1351 dan bagaimana dalam masa 12 tahun seluruh semenajung boleh jatuh ke dalam tangan mereka. Kerajaan ini mengambil masa untuk berdiri bahkan pada tahun 1777 baru mereka berjaya mengalahkan kerajaan Melayu Pattani di Selatan Thai dan bagaimana dia boleh mendakwa bahawa kerajaan Pattani boleh berada di bawah pengaruh Thai?

Cubaan mengatakan bahawa orang Thai ialah pemilik asal tanah Melayu ini tidak boleh dipakai sekadar dengan sentimen seperti itu. Kita mengembara lagi menghayati penipuan bangsat mereka.

Kali ini mereka menyentuh mengenai sebuah kerajaan orang Melayu yang hebat dan boleh dilabelkan sebagai lost kingdom seperti Tamadun Maya dan Aztec. Mereka sekadar berpandukan kepada hujah yang mengatakan bahawa kerajaan itu mengamalkan agama Buddha untuk melabelkan bahawa itu bukan milik orang Melayu.

Bullshit! Bila kalian tidak tahu apa itu sejarah, lebih baik diamkan diri dan jangan tunjuk pandai. Sebelum kedatangan agama Islam, orang Melayu merupakan pengganut agama Hindu dan Buddha. Namun, selepas hidayah ALLAH datang, orang Melayu merupakan bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai.

Kerajaan Kota Gelanggi masih terakam kemas dalam Sulalatus Salatin sebagai sebuah kerajaan campuran Melayu-Mon yang saling bekerjasama melalui perkahwinan. Kemudian, kota ini diserang oleh Raja Chola yang datang dari Selatan India untuk menyerang kerajaan-kerajaan Melayu yang berada di bawah naungan Srivijaya.

Kemudian, anjing DAP ini membangkitkan sejarah seorang cina muslim yang mati di Brunei yang bernama Pu Kung Chih Mu. Tiada apa-apa yang salah mengenainya. Kita semua tahu bahawa orang Cina selalu berdagang ke kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara aka Kepulauan Melayu ini.

Saya tidak nampak ada apa yang salahnya bahawa Islam datang lebih awal ke Nusantara memandangkan bahawa Maharaja hebat empayar hebat nenek moyang kami pernah mengirimkan surat kepada kerajaan Islam untuk mengajarkan Islam kepada orang Melayu.

Apa dalam minda kau bahawa:

Islam=Melayu.
Buddha=Cina.
Hindu=Tamil.

Istilah bahawa Melayu itu mesti Islam hanya datang pada zaman moden apabila perlembagaan negara digubal. Sebelum itu, Melayu ialah Melayu. Agama mereka ada Islam, Hindu atau Buddha. Bawalah teori bahawa Islam datang ke Nusantara pada era mana pun tidak akan membuktikan bahawa orang Melayu itu pendatang.

Kemudian, bangsat kiasu ini berkongsi gambar Candi Borubudur sambil menolak dakwaan golongan anai-anai dan megat siam yang asyik bermain dengan teori tahap ultraman mereka. Itu membuatkan saya tersenyum sinis. Saya nak petik dakwaan daripada mereka yang BUTA SEJARAH tetapi cuba berlagak hebat.

"In fact, the entire peninsular Malaya had been Buddhist and/or Hindu ever since the second century when Lembah Bujang was built. And since this is the year 1363, all of Brunei and Borneo was also under the rule of King Hayam Wuruk, who was King of the Majapahit empire. And what religion did they have? (I’ll give you a hint… they built the Borobudor. And for those who claim that Borobudor is a mosque in disguise, please learn to recognize temple architecture.)"

Tak payah guna istilah in fact lah padahal fakta pun kau tak tahu. Apa yang cuba katakan? Tiada siapa yang menafikan bahawa agama Buddha dan Hindu merupakan anutan orang Melayu sebelum kedatangan Islam. Tetapi...

Borubudur di bina oleh Majapahit? Kawan-kawan, mari ketawakan mereka ini. KEBEBALAN SEJARAH SUDAH TAHAP DEWA, ada hati mahu menulis mengenai sejarah, terutama sejarah bangsa aku. Mari, aku ajarkan kalian mengenai sejarah bangsa.

Borubudur sebenarnya dibina oleh orang Melayu dari Empayar Srivijaya. Pada 775, candi borubudur ini di bina dan siap pada tahun 792 pada era pemerintahan Maharaja Samaratungga. Kalau hal sekecil ini pun tidak diketahui, janganlah berlagak seakan-alan sejarawan dan mahu menulis sejarah bohong mengenai bangsaku. Aku tidak rela!

Also important to note, that since this is 1363, Parameswara had not yet swum across Pirate-Bay to reach Temasik yet. Hence, the need to locate the earlier kingdoms which pre-date ‘His Royal Pendatangness’.

Siapa kau nak katakan nenek moyang aku pendatang? Hujah kau hanya kerana dia datang ke Melaka? Tahu tak bahawa Parameswara ini ialah putera Empayar Melayu Srivijaya? Apabila Srivijaya jatuh, Parameswara mencari tanah baru untuk menubuhkan kerajaan baru dan Melaka yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi sebuah tanah di bawah jajahan dan pemerintahan bapanya. Apakah menuntut kembali tanah milik keluarganya itu dipanggil sebagai pendatang?

JANGAN BIADAB!

Aku tak kisah kau mengarut dengan kisah Laksamana Cheng Ho tak jumpa makanan halal dan jadi marah bila tiba di tanah Melayu. Kau mengarut pada sejarah bangsa kau, itu hak kau. Tapi, jangan menyentuh sejarah bangsa aku. Kepada Lim Kit Siang dan John Doe, masih ramai melayu yang celik sejarah.

KEPADA ANAK MELAYU YANG MEMBACA ARTIKEL INI, SEBARKAN ARTIKEL INI SELEPAS MEMBACA. ANDA MAHU SUATU HARI NANTI WARISAN BANGSA ANDA MENJADI TARUHAN MEREKA YANG TAMAK. 


Tuesday 19 March 2013

'Keanehan' dan kepincangan politik PKR






PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:

Paling berkuasa bukan Presiden

l Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa.

Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.

Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan. Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding. Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.

Berjaya menanam politik kebencian

l Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi. Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.

Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti

l Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi

l Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.

Berjaya mempengaruhi Pas untuk menjadi 'pak turut'

l Inilah kehebatan PKR. Biar pun Pas ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR.

Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga Pas dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP.

Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP.

Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.

Paling ramai pemimpin kanan keluar

l PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti.

Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR.

Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR.

Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.

Mengajar rakyat demonstrasi jalanan

l Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR.

Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadi pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan Pas berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.

Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji

l Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya pandai yang pandai menunaikan janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.

Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan

l Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara.

Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN.

Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama. Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu.

''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR.

''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa.


Mengupas 7 dosa pembangkang



Najib Tun Razak beramah mesra dengah orang ramai selepas solat Jumaat di Masjid Batu 11, Tanah Merah, Kelantan pada 15 Mac lalu. - Utusan/Rosni Masri

KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.

Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.

Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.

Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.
Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.

n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah. 

- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.

Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.

- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.

n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya. 

- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.

Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.

n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.

Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.

Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian". Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.

n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.

Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.

Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.

n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.

Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "…Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."


Jiwa Anwar gelabah hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13





 
ISU terbaru 'iras tokoh pembangkang' yang disiarkan oleh harakah daily sebagai gambar 'Anwar' dimuat naik oleh rajagoyang 360.blogspot.com dengan aksi songsang seorang lelaki dengan pasangan lelaki lain.

Seperti biasa Anwar dengan segera menyatakan bahawa ini konspirasi jijik UMNO menjelang pilihan raya. Kalau Utusan Malaysia yang menyiarkannya, ia akan segera disaman tetapi tidak pula terhadap blog-blog lain yang menyiarkannya.

Sesungguhnya Anwar sedang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jiwa yang gelabah. Ia tidak bersih dan kelihatan bersih dengan imej dan kredibiiti yang banyak menimbulkan persoalan.

Isu Lahad Datu juga 'dikaitkan' dengannya dan ternyata pihak keselamatan negara hampir berjaya menghadapi masalah yang berbangkit kerana pergolakan di Sabah tidak sampai memberi kesan kepada pilihan raya yang bakal mendatang.

Peristiwa di Lahad Datu memberi kesan dan momentum yang cukup bermakna kepada warga keselamatan dan juga masyarakat umum, dan sokongan yang luar biasa terhadap wira negara yang telah pergi amat dirasakan.

Banyak perkara pokok yang diperjuangkan oleh Anwar memberi kesan kepada masyarakat. Meski penyokong tegarnya mungkin tidak berubah kerana memiliki sifat 'mati rasa' tetapi kelompok simpatisan dan atas pagar yang penting dalam pengundian ternyata ada kesannya.

Isu pluralisme agama yang dibangkitkan oleh Anwar di London School of Economics 'menyamakan semua agama itu sama' masih belum selesai dibangkitkan di seluruh negara dan ia menjadi polimik berterusan.

Pendekatan liberal Anwar dalam agama terlihat dengan sikapnya terhadap kalimah Allah walaupun Majlis Syura Pas mengambil keputusan tidak membenarkan ia digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Anwar sebagai orang politik sepatutnya faham bahawa kalimah Allah adalah perkara sensitif bagi orang Melayu dan masyarakat Islam di rantau ini. Anwar pernah menjadi pemimpin gerakan Islam semasa dalam ABIM dulu. Apakah ia tidak berasa peka terhadap perkara ini khususnya dalam kalangan akar umbi Pas dan umat Islam yang lain.

Fahaman liberal yang dianut oleh Anwar menyebabkan beliau dikatakan 'amat simpati' dengan gerakan LGBT seperti kenyataan yang dibuat oleh anaknya Nurul Izzah semasa dialog di gereja tidak lama dulu.

Terus ditunggu oleh masyarakat ialah tidak sedianya Anwar menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad penulis buku Doctor Inside the House atau terjemahannya Doktor Umum kerana memuatkan bab-bab tentang dirinya. Salah satu bab yang ditulis sangat menyentuh kredibiliti Anwar.

Ia mengingatkan penulis tentang kenyataan Lee Kuan Yew suatu ketika dulu yang membuat kenyataan dalam Wikileaks menyatakan "He did it" atau "Dia melakukannya". Kenyataan ini adalah serius dan Anwar patut saman Kuan Yew.

Lebih jauh daripada itu Anwar wajib saman Datuk Eskay Abdullah yang menyiarkan gambarnya dengan perempuan Cina kerana ia sangat memalukan. Dan orang masih bertanya ke mana gerangan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar disimpan oleh Wan Azizah.

Orang yang cintakan integriti masih terus menunggu Anwar menyaman Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang sangat kontroversial mengenai peribadi Anwar supaya beliau membersihkan dirinya. Ia penting kerana Anwar dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri.

Kesnya di Mahkamah Rayuan akan dibicara tidak lama lagi. Tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan kenyataan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang berputar arah walaupun semasa perbicaraan ia terus berdiri bersama anaknya dan sanggup bertemu Yang di-Pertuan Agong mengenai kes anaknya. Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Kes ini juga terkait dengan peguamnya Yuktes Vijay yang mengeluarkan dua pucuk surat dan mencabar Anwar menyamannya. Yuktes musykil mengapa Anwar tidak berani memberikan keterangan cara bersumpah di mahkamah.

Apakah semua ini dan banyak lagi yang belum sempat dipaparkan menyebabkan Pas semacam merasakan ada perkara yang tidak kena kepada Anwar. Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah membuat kenyataan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya Anwar.

Ia amat bercanggah dengan pendirian awal pakatan pembangkang ingin menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang. Apakah Majlis Syura telah membuat keputusan terhadap isu ini. Kalau sekadar isu kalimah Allah rasanya Nik Aziz tidak akan menziarahi Karpal Singh baru-baru ini. Karpal masih berpendirian seperti yang dilafazkan di Parlimen suatu ketika dulu bahawa Anwar adalah "kaki liwat" dan ia tidak ditarik balik hingga kini.

Karpal Singh dan DAP semacam cenderung mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri. Karpal Singh terkenal sebagai orang yang ada kredibiliti. Mengapa dalam isu Anwar, Karpal menjadi lunak sedangkan jawatan Perdana Menteri memerlukan kredibiliti yang tinggi.

Ini yang menyebabkan Anwar berasa gelabah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana isu-isu dulu tidak terlerai dan isu-isu baru datang satu demi satu. Helah sedang dicari tetapi masyarakat umum mula mengerti siapa sebenarnya Anwar.


Pembangkang tabur janji baharu untuk ibu tunggal

SEBAHAGIAN penyokong tegar pembangkang yang menghadiri ceramah perdana di Lembah Keramat, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 19 Mac - Janji untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal di Selangor pada pilihan raya lalu belum ditunaikan, pakatan pembangkang malam ini menabur janji baharu kepada golongan tersebut.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya.

Malahan beliau turut berjanji untuk memberikan saham kepada setiap pengguna air di negeri Selangor jika kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang dapat mengambil alih pengurusan air daripada Syabas dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selain Rodziah, ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu gagal mendapat sambutan apabila tidak sampai 1,000 yang hadir dan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar pembangkang. - UTUSAN

KOMEN : INI JANJI SAHIH KE MANIFESTO YANG BUKAN JANJI.... IBU TUNGGAL AJE... MANA ADIL... BAPAK TUNGGAL DAN ANAK TUNGGAL TAK DAPAT APA2 KE?

UiTM sedia 50,000 tempat






UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 50,000 tempat di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah untuk ambilan perdana pada Mei ini.

Naib Canselor UiTM, Datuk Sri Prof. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, maklumat terperinci berkaitan program pengajian dan syarat kemasukan boleh diperoleh semasa Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.

''Program tahunan ini menjadi pusat sehenti bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi serta pembiayaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / setaraf.

''Malah, ambilan kali ini adalah unik kerana para pelajar boleh mendapatkan double major untuk pengajian di peringkat diploma dan ijazah yang berlainan," katanya kepada Helo Kampus di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurut beliau, tujuan utama ekspo itu untuk mempromosi dan menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baharu yang ditawarkan oleh UiTM mulai sesi akademik 1 2013/2014.

"Ekspo ini juga bertujuan menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke program Mengubah Destini Anak Bangsa," ujarnya.

Di samping itu, ekspo itu juga bermatlamat mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksasaan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan UiTM melalui aplikasi Dalam Talian Sistem dan Sistem Selangkah.

Pengunjung ekspo juga berpeluang untuk mengetahui maklumat mengenai pelaksaan dasar pemilihan kemasukan ke UiTM yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Sahol Hamid memberitahu, melalui ekspo berkenaan, dapat memastikan calon IPT mempunyai pengetahuan dalam bidang yang dipilih demi mengurangkan kadar 'tersalah pilih program' dan 'pertukaran program'.

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 23 dan 24 Mac ini kecuali di Terengganu iaitu pada 30 dan 31 Mac.


Malaysia mampu ke Piala Dunia



Mirnawan Nawawi

KUALA LUMPUR - Biar apa orang kata, skuad hoki negara tetap mempamerkan peningkatan positif di bawah jurulatih Paul Revington sejak Ogos lalu.

Itu diakui bekas jaguh hoki negara, Mirnawan Nawawi yang kagum dengan peningkatan drastik skuad kebangsaan dalam tempoh kurang 12 bulan.

Malah, sejak skuad hoki kebangsaan berada di bawah Revington dan pembantunya Arul Selvaraj, Malaysia sudah mampu memperbaiki pencapaian lalu dalam beberapa kejohanan yang disertai setakat ini.

Kata Mirnawan, jurulatih dari Afrika Selatan itu telah meletakkan skuad kebangsaan di landasan terbaik untuk memburu tempat ke Piala Dunia pada tahun depan di Belanda.

"Bagi saya terdapat beberapa perubahan ketara yang positif dalam skuad kebangsaan terutama berkaitan dengan corak permainan mereka.

"Malaysia kini seakan sudah mampu untuk memberikan saingan pada pasukan yang jauh lebih baik dan jika mereka terus kekal begini selain berupaya memberikan cabaran getir terhadap tiga pasukan terbaik dunia sudah tentu pencapaian lebih baik lagi mampu diraih di bawah bimbingan Paul Revington terutama dalam misi melangkah ke Piala Dunia tahun depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Gelaran naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013 memperbaiki keputusan hambar pada penyertaan tiga edisi lalu.

Prestasi memuncak skuad hoki kebangsaan pada kejohanan edisi ke-22 di Ipoh itu dapat dilihat apabila berupaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang lima perlawanan sebelum tewas pada aksi akhir.

Bukan itu sahaja, sepanjang di bawah bimbingan Revington skuad kebangsaan telah memperbaiki keputusan dalam beberapa kejohanan besar seperti Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina dengan meraih tempat keempat.

Selepas ini skuad kebangsaan bakal berhadapan dua kejohanan penting untuk meraih tiket melangkah ke Piala Dunia tahun depan.

Dua kejohanan tersebut ialah Liga Dunia pusingan separuh akhir di Johor pada 29 Jun hingga 7 Julai ini dan Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 Ogos hingga 1 September 2013.

Sementara itu, Mirnawan berkata, tumpuan perlu diberikan pada dua kejohanan tersebut terutama bagi mendapatkan keputusan cemerlang selain bakal menjadi misi paling utama Revington untuk melepasi kelayakan ke Piala Dunia 2014.

"Tidak guna kita sekadar mempamerkan persembahan baik tetapi tidak berupaya mencapai misi yang ditetapkan.

"Bagi saya Revington pasti mempunyai percaturannya tersendiri kerana ketika ini kita sudah mempunyai kelompok pemain yang ramai seperti yang dimiliki pasukan-pasukan terbaik dunia," jelas Mirnawan.

Kali terakhir skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur dengan meraih tempat kelapan.

Pencapaian terbaik Malaysia pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975.