Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 March 2013

Memperkasa peranan wanita



Najib Tun Razak menyampaikan amanat kepada ribuan peserta 1Million Women Purple Walk di Putrajaya, semalam. Peserta berjalan sepanjang boulevard Putrajaya menuju Dataran Putrjaya di hadapan Istana Kehakiman. - BERNAMA

PUTRAJAYA 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta melantik sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah.

Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu diambil kerana transformasi negara tidak dapat dijayakan sekiranya wanita yang merupakan separuh daripada jumlah penduduk Malaysia tidak diarusperdanakan.

"Saya hendak memberi panduan kepada pemimpin GLC dan GLIC supaya mereka mengangkat sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah masing-masing.

"Ini dilakukan supaya wanita yang telah dilatih untuk menjadi ahli lembaga pengarah dapat dilantik mengisi jawatan yang ada. Saya juga menyarankan pihak swasta lain supaya memberi wanita peluang yang sama," katanya.

Beliau berucap dalam majlis 1Million Women Purple Walk yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Dataran Putrajaya, di sini hari ini yang disertai oleh lebih 400,000 orang wanita.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri-menteri Kabinet; Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Najib berkata, kerajaan bukan hanya mahu mengiktiraf sumbangan wanita semata-mata tetapi mahu mengupaya dan memperkasa golongan tersebut.

"Kita lihat dalam pengajian tinggi, sebanyak 62 peratus penuntut ialah wanita. Sebanyak 30 daripada 62 Hakim Mahkamah Tinggi terdiri daripada wanita, ini mungkin satu pencapaian tertinggi di dunia.

"Dalam kalangan Ketua Setiausaha (KSU) pula, tujuh KSU wanita telah dilantik. Terbaharu, seorang KSU wanita dilantik untuk Kementerian Kesihatan iaitu antara kementerian yang paling besar," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang keusahawanan dan memuji mereka sebagai pembayar hutang yang baik.

Menurut beliau, kerajaan akan terus membantu wanita berdikari melalui pelbagai inisiatif termasuk program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang disertai sebanyak 65,000 wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memanfaatkan beribu-ribu wanita. 

© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: