Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 March 2013

Raikkonen tawan GP Australia



MELBOURNE - Kimi Raikkonen mempamerkan aksi pemanduan cemerlang pada Grand Prix Australia untuk Lotus, semalam dalam aksi pembukaan musim Formula Satu (F1) yang penuh mendebarkan di Albert Park.

Juara dunia 2007 dari Finland itu merangkul kejuaraan dengan strategi melakukan dua pit stop dan menamatkan saingan 12.4 saat di depan pelumba Ferrari, Fernando Alonso.

Juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk Red Bull selepas terpaksa berdepan dengan masalah penggunaan tayar sepanjang perlumbaan.

Vettel, 25, bermula baik dari petak pertama, tetapi strategi pasukan yang kerap bertukar ekoran pemilihan tayar dan pasukan pesaing Red Bull yang kelihatan cukup kompetitif menafikan peluang pemandu Jerman itu untuk muncul juara.

Tujuh jentera mendahului perlumbaan pada satu peringkat, tetapi selepas Raikkonen memintas untuk memimpin saingan buat kali kedua pada pusingan ke-43, kelihatan hanya masalah mekanikal yang mampu menghalang pemandu Lotus itu menjulang Grand Prix ke-20 yang menyamai bilangan kemenangan yang pernah dilakar rakan senegara, Mika Hakkinen.

“Jentera saya berfungsi dengan baik sepanjang minggu ini. Anda cuma perlu bertahan menerima saingan sengit pada awal perlumbaan. Sehingga ke hujung perlumbaan, saya sebenarnya masih bekerja keras kerana sedar Fernando semakin menghampiri dan pada satu ketika, saya fikir kami mungkin perlu lebih laju jika hujan turun lagi.

“Kami gembira dengan kemenangan ini, tetapi tugasan berat menanti kami untuk memenangi kejuaraan ini," kata Raikkonen, bekas pemandu McLaren dan Ferrari yang melakukan kemunculan semula musim lalu selepas dua tahu berkecimpung dalam perlumbaan rali.

Kemenangan tersebut merupakan kejayaan pertama buat Lotus pada perlumbaan pembuka musim sejak pemandu Amerika Syarikat, Mario Andretti muncul juara pada 1978 di Grand Prix Argentina.

Rakan sepasukan Alonso kelahiran Brazil, Felipe Massa menamatkan saingan di tangga keempat di depan juara 2008, Lewis Hamilton yang beraksi dalam perlumbaan pertama bersama Mercedes selepas meninggalkan McLaren.

Seorang lagi pelumba Red Bull, Mark Webber yang bermula buruk di baris pertama sekadar menamatkan saingan di tempat keenam selepas mencuba sebanyak 12 kali untuk memenangi perlumbaan di tanah airnya sendiri.

Adrian Sutil, yang kembali ke kancah Formula Satu selepas setahun tidak beraksi, turut memberikan saingan sengit apabila mendahului perlumbaan untuk tempoh yang agak lama, akhirnya menamatkan saingan di tangga ketujuh iaitu dipisahkan satu anak tangga daripada rakan sepasukan dalam Force India, Raul Di Resta.

Jenson Button, yang merupakan pemenang dalam tiga daripada empat perlumbaan terakhir di Albert Park, gagal memberikan saingan, tetapi masih tetap berjaya menamatkan saingan di tempat kesembilan dengan rakan sepasukan Raikkonen, Romain Grosjean dari Perancis menduduki tangga ke-10. - REUTERS

KOMEN : SEMOGA TERUS BERJAYA

No comments: