Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 March 2013

Malaysia mampu ke Piala Dunia



Mirnawan Nawawi

KUALA LUMPUR - Biar apa orang kata, skuad hoki negara tetap mempamerkan peningkatan positif di bawah jurulatih Paul Revington sejak Ogos lalu.

Itu diakui bekas jaguh hoki negara, Mirnawan Nawawi yang kagum dengan peningkatan drastik skuad kebangsaan dalam tempoh kurang 12 bulan.

Malah, sejak skuad hoki kebangsaan berada di bawah Revington dan pembantunya Arul Selvaraj, Malaysia sudah mampu memperbaiki pencapaian lalu dalam beberapa kejohanan yang disertai setakat ini.

Kata Mirnawan, jurulatih dari Afrika Selatan itu telah meletakkan skuad kebangsaan di landasan terbaik untuk memburu tempat ke Piala Dunia pada tahun depan di Belanda.

"Bagi saya terdapat beberapa perubahan ketara yang positif dalam skuad kebangsaan terutama berkaitan dengan corak permainan mereka.

"Malaysia kini seakan sudah mampu untuk memberikan saingan pada pasukan yang jauh lebih baik dan jika mereka terus kekal begini selain berupaya memberikan cabaran getir terhadap tiga pasukan terbaik dunia sudah tentu pencapaian lebih baik lagi mampu diraih di bawah bimbingan Paul Revington terutama dalam misi melangkah ke Piala Dunia tahun depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Gelaran naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013 memperbaiki keputusan hambar pada penyertaan tiga edisi lalu.

Prestasi memuncak skuad hoki kebangsaan pada kejohanan edisi ke-22 di Ipoh itu dapat dilihat apabila berupaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang lima perlawanan sebelum tewas pada aksi akhir.

Bukan itu sahaja, sepanjang di bawah bimbingan Revington skuad kebangsaan telah memperbaiki keputusan dalam beberapa kejohanan besar seperti Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina dengan meraih tempat keempat.

Selepas ini skuad kebangsaan bakal berhadapan dua kejohanan penting untuk meraih tiket melangkah ke Piala Dunia tahun depan.

Dua kejohanan tersebut ialah Liga Dunia pusingan separuh akhir di Johor pada 29 Jun hingga 7 Julai ini dan Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 Ogos hingga 1 September 2013.

Sementara itu, Mirnawan berkata, tumpuan perlu diberikan pada dua kejohanan tersebut terutama bagi mendapatkan keputusan cemerlang selain bakal menjadi misi paling utama Revington untuk melepasi kelayakan ke Piala Dunia 2014.

"Tidak guna kita sekadar mempamerkan persembahan baik tetapi tidak berupaya mencapai misi yang ditetapkan.

"Bagi saya Revington pasti mempunyai percaturannya tersendiri kerana ketika ini kita sudah mempunyai kelompok pemain yang ramai seperti yang dimiliki pasukan-pasukan terbaik dunia," jelas Mirnawan.

Kali terakhir skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia adalah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur dengan meraih tempat kelapan.

Pencapaian terbaik Malaysia pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975.


No comments: