Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 March 2013

Puluhan ribu banjiri Dataran Putrajaya

1Million Women PurpleWalk
Ribuan peserta membanjiri Dataran Putrajaya untuk menjayakan program 1Million Women Purple Walk dan majlis pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PUTRAJAYA 17 Mac - Dataran Putrajaya hari ini mencatatkan sejarah apabila menghimpunkan lebih 400,000 wanita untuk menyertai Program 1Million Women Purple Walk yang berlangsung dalam suasana penuh meriah.

Himpunan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini turut berlangsung serentak di beberapa tempat di seluruh negara.

Program ini merupakan satu inisiatif bagi melambangkan solidariti wanita Malaysia dan meraikan kejayaan kaum hawa dalam pelbagai bidang.

Ratusan ribu peserta pelbagai kaum membanjiri Dataran Putrajaya, di sini hari ini untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Bersesuaian dengan warna tema sambutan, Najib dan Rosmah yang berbaju ungu disertai Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan kenamaan lain berjalan kaki hampir satu kilometer dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke Dataran Putrajaya yang menjadi fokus sambutan.

Sejurus mereka tiba di kawasan pentas utama yang dipenuhi peserta acara berbaju ungu, lagu kebangsaan "Negaraku" dinyanyikan disusuli bacaan doa dan bertafakur untuk wira-wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Program bersejarah ini turut dihadiri wakil-wakil kedutaan asing, agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, badan beruniform dan pelajar insitusi pengajian tinggi.

Para peserta turut dihiburkan dengan persembahan artis, pancaragam dan pasukan sorak.

Sempena program itu, Perdana Menteri turut melancarkan trak kafe bergerak Purplelicious selain mencuba hidangan kafe tersebut yang dikendalikan golongan ibu tunggal.

Najib dan Muhyiddin kemudiannya menghadiri program santai sarapan dengan orang ramai termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di tempat meletak kenderaan di Istana Kehakiman.

Kedua-dua pemimpin berkenaan meninggalkan majlis selepas melawat gerai-gerai dan ruang pameran yang dibuka sempena program tersebut.


No comments: