MANILA 18 Mac - Ketua Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam
hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur
menjajah Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan
kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina
iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak
yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.
"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.
"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika
Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat
menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina
yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk
memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.
Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan
membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan
menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan
Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan
1996.
"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan
sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. -
AGENSI
KOMEN : SEBIJIK PERANGAI PUAK PEMBANGKANG KAT MALAYSIA... SIAP DENGAN SKRIP DAN SD NANTI DIA KELUARKAN.....
No comments:
Post a Comment