Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 March 2013

Beri mandat BN terajui negara



Najib Tun Razak bertanya sesuatu kepada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) pada Majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan PNB Bersama Perdana Menteri Sempena Ulang Tahun Ke-35 kumpulan tersebut di Taman Ekspo Pertanian Serdang, Selangor, malam tadi. - utusan/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat meneruskan sokongan dan memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus meneraju negara pada masa depan demi kesinambungan pembangunan.

Perdana Menteri berkata, kesinambungan pentadbiran BN amat penting untuk memastikan kestabilan politik tanah air, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai contoh, katanya, dasar BN yang mewujudkan kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sejak 35 tahun lalu menunjukkan syarikat itu setakat ini telah mengeluarkan agihan pendapatan dan bonus berjumlah RM103.5 bilion serta menghasilkan lebih 200,000 peluang pekerjaan di bawah anak syarikatnya.

"Sekiranya kerajaan hari ini diberi mandat, kita akan pastikan PNB dan kumpulan terus mencipta kejayaan di masa hadapan.

"Sebaliknya, kalau kerajaan hari ini tidak mendapat mandat, saya tidak pasti nasib PNB dan kumpulan. Ini realiti sebab pihak lain itu (pembangkang) tidak menjadikan perbadanan ini sebagai agenda yang didukung dalam manifesto mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Syarikat Kumpulan PNB Bersama Perdana Menteri Sempena Ulang Tahun Ke-35 PNB di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) dekat sini malam ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada kesemua pekerja tetap dan kontrak syarikat kumpulan PNB sebagai tambahan kepada bonus 2012 yang dibayar sebelum ini.

Di samping itu katanya, sebanyak 2,474 anak warga PNB yang berumur 23 tahun ke bawah turut diberikan RM1,000 setiap seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia.

Katanya, keupayaan pemberian insentif itu adalah hasil kepada kecemerlangan PNB mengumpul aset berjumlah RM237 bilion setakat Disember tahun lalu.

"Kejayaan PNB dan kumpulan jelas menunjukkan warga bumiputera mampu dilantik mengendalikan syarikat korporat yang besar.

"Kalau dulu mereka tiada peluang, tapi sejak kewujudan PNB, ramai anak bangsa yang dibariskan dalam kalangan mereka yang menguruskan perniagaan berbilion ringgit," katanya.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelancaran skim Hibah Amanah dan Perisytiharan Amanah PNB iaitu perkhidmatan terbaharu berkaitan perwarisan unit Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) untuk manfaat lebih 11 juta pemegang unit yang melanggan sembilan tabung unit amanah syarikat tersebut.

Katanya, pendaftaran skim itu yang dibuka mulai esok akan memudahkan pengagihan unit amanah ASNB kepada waris dengan lebih cepat, berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa selepas pemegang unit meninggal dunia.
 
KOMEN : NAK MEMBINA MEMANG MEMAKAN MASA 35 TAHUN... KALAU NAK BAGI ROBOH DALAM MASA SEMINIT , BERI KAT PUAK PEMBANGKANG... PAKAR ROBOH BANYAK DUDUK DALAM PUAK NI....
 


No comments: