Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 6 August 2014

PALESTIN : Latih Hamas: The Jerusalem Post sengaja burukkan Malaysia


Sebahagian daripada orang ramai yang menyertai Perarakan Aman Solidariti Untuk Gaza bagi membantah kekejaman Israel anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Adilah Azhari (Pelatih UiTM)

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Portal berita, The Jerusalem Post dilihat sengaja mengadakan cerita melaporkan dakwaan kononnya Malaysia memberi latihan pengendalian para-peluncur kepada pejuang-pejuang Hamas dengan bertujuan memburukkan imej negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, Malaysia memang tidak pernah melatih mana-mana pengganas dan laporan berita itu hanya palsu semata-mata.

"Mereka sengaja menabur fitnah kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tegas menyuarakan isu kemanusiaan berhubung serangan tentera rejim Zionis Israel di Gaza.

"Serangan terhadap rakyat Palestin dikawal sepenuhnya oleh Israel dan kini majoriti masyarakat mengecam tindakan mereka yang menyerang sehingga membunuh termasuk kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Portal berita The Jerusalem Post yang berpangkalan di Israel melaporkan tentang pengakuan seorang pejuang Hamas yang ditahan tentera rejim Zionis Israel pada 21 Julai lalu.

Anggota Briged al-Qassam itu dikatakan pernah menjalani latihan pengendalian para-peluncur di Malaysia bersama sembilan pejuang Hamas yang lain pada 2012.

Menurut laporan tersebut, pejuang Hamas yang tidak didedahkan namanya itu memberitahu agensi keselamatan Israel, Shin Bet bahawa latihan itu adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menghadapi serangan darat yang dilancarkan tentera rejim Zionis Israel di Gaza.

Dalam pada itu, Musa turut menjelaskan, portal berita yang melaporkan berita palsu itu adalah semata-mata mahu mewujudkan justifikasi kewajaran mereka menyerang Gaza.

"Persoalannya, mengapa laporan tersebut tidak mendedahkan nama pejuang Hamas yang kononnya dia dilatih di Malaysia dan pelatih yang dikatakan melatih mereka.

"Jangan sebarkan cerita bohong kerana Malaysia memang tidak pernah melatih mana-mana pengganas. Mereka kini semakin berani menuduh Malaysia kerana mendapat sokongan daripada kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat," katanya.

Tambahnya, tindakan portal itu menyebarkan berita palsu tidak adil kerana Israel yang menyerang tetapi menuduh Malaysia pula kerana kita menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_14/Latih-Hamas-The-Jerusalem-Post-sengaja-burukkan-Malaysia#ixzz39Zp0OIIH  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 - Pengalaman PM berunding dengan Borodai


Pakar-pakar antarabangsa termasuk pegawai polis Belanda menyiasat di lokasi serpihan pesawat MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine, semalam. - REUTERS

AMSTERDAM 1 Ogos - Kejayaan rundingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ketua pemberontak Alexander Borodai yang menguasai wilayah Donetsk yang menjadi lokasi pesawat MH17 terhempas telah membuka mata dunia.

Kisah kejayaan itu turut dilaporkan besar-besaran oleh media antarabangsa dan menjadi viral di laman sosial namun Najib tidak pernah menceritakan secara terperinci tentang 'panggilan perhitungan' itu.

Hari ini, Perdana Menteri akhirnya menceritakan kisah itu kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau di Belanda dan berikut adalah transkrip sidang akhbar berkenaan:

"Ïa satu panggilan perhitungan yang saya buat. Saya tahu sensitiviti berbuat demikian. Saya membuatnya melepasi sempadan geopolitik. Proses pengumpulan bukti tanpa menerima mayat dan kotak hitam akan menjadi mustahil.

Semakin lama menunggu , semakin tinggi risiko kotak hitam dipinda dan dimusnahkan. Ia satu risiko yang jelas. Keluarga yang terjejas juga akan semakin tertekan secara emosi.

Panggilan itu secara tulennya berpaksikan motif tersebut. Sebab itulah saya buat (panggilan) iaitu berunding untuk selesaikan kes. Apa yang saya lakukan tidak berkaitan dengan pengiktirafan terhadap kemerdekaan (Wilayah Donetsk).

Saya hanya telefon, saya tidak pernah jumpa (Borodai). Saya perlu buat panggilan perhitungan supaya saya boleh percaya dan berpegang kepada perkataan mereka.

Tambahan pula, situasi di tapak nahas amat mencabar namun pasukan awal yang kita hantar melakukan tugas dengan baik.

Tiada apa-apa tuntutan dari mereka. Tiada wang tebusan, tiada janji, hanya merayu atas dasar kemanusiaan. Mereka perlu memberi maklum balas kerana ini merupakan tragedi kemanusiaan.

Saya perlu melakukannya sendiri, tidak boleh melalui kaedah biasa sebab ini rundingan rahsia yang perlu dibuat sendiri oleh saya.

Selain berunding, pada masa sama saya memberikan arahan kepada pasukan (Malaysia) di lapangan diketuai Leftenan Kolonel Mohd. Sakri Hussain (Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN)).

Pada masa itu, timbul juga fikiran bahawa sesuatu tidak betul telah berlaku. Hantar 12 orang diketuai Leftenan Kolonel Sakri ke zon konflik yang ada risiko tersendiri. Kalau ada sesuatu berlaku, kita tidak tahu nasib 12 orang ini.

Selain kesedihan keluarga mangsa (MH17), anda meletakkan 12 orang ini dalam risiko kalau misi gagal.

Ini yang berlegar dalam fikiran saya dan sudah tentu saya perlu lalui tekanan emosi semasa proses itu tetapi Alhamdulillah hasilnya positif dan kita mencapai sesuatu yang ramai beranggapan mustahil". - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_03/Pengalaman-PM-berunding-dengan-Borodai#ixzz39ZnuwdTt  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 : PM tahu kandungan kotak hitam


Najib Tun Razak mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia di hotel penginapan beliau di Amsterdam, selepas mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Belanda, semalam. Turut hadir Azharuddin Abdul Rahman (kanan). - BERNAMA

AMSTERDAM 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, laporan awal berhubung kandungan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan diumumkan kepada masyarakat dalam masa terdekat sejurus siasatan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di makmalnya di United Kingdom (UK) sejak seminggu lalu, selesai.

Perdana Menteri juga mengakui beliau mengetahui kandungan kotak berkenaan melalui taklimat yang diberikan kepadanya namun menjelaskan adalah tidak wajar untuk beliau membuat sebarang pendedahan.

Katanya, hal demikian kerana siasatan oleh pihak antarabangsa itu diketuai oleh Lembaga Keselamatan Belanda malah Malaysia pula merupakan sebuah negara berkepentingan selaku pemilik pesawat

"Saya tahu apa kandungannnya tapi tidak elok bagi saya (membuat kenyataan). Perlu beri AAIB di UK membuat kenyataan rasmi yang menyeluruh sebagai menghormati keluarga mangsa, " katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahmanyang turut menyertai sidang akhbar berkenaan memberikan penjelasan berhubung proses siasatan kotak hitam MH17.

Katanya, berdasarkan undang-undang, negara lokasi nahas udara diberi kuasa mengetuai siasatan namun Ukraine telah menyerahkannya kepada Belanda dan persetujuan itu dibuat melalui nota diplomatik.

Katanya, Lembaga Keselamatan Belanda yang diberi tanggungjawab itu kemudiannya menghubungi negara berkepentingan untuk menyertai pasukan siasatan, termasuk Malaysia selaku pemilik pesawat.

Katanya, turut dijemput ialah United Kingdom sebagai pembuat enjin pesawat dan Amerika Syarkat (AS) sebagai pembuat pesawat, manakala Ukraine dan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebagai pemerhati.

"Laporan akan dihantar kepada pasukan penyiasat, pihak yang diberi kuasa mengetuai siasatan iaitu Belanda mempunyai kuasa untuk membuat sebarang kenyataan mengenainya.

"Akan dikeluarkan laporan awal tidak lama lagi. Ia tidak boleh (diadakan) tergesa-gesa kerana laporan perlu berdasarkan fakta," katanya. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_02/PM-tahu-kandungan-kotak-hitam#ixzz39Zmz8bQA  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : AS lulus AS$255 juta bangun projek Iron Dome di Israel


Tentera Israel melancarkan peluru berpandu menggunakan pelancar "Iron Dome", satu sistem pertahanan peluru berpandu yang dicipta untuk menangkis dan memusnahkan roket dan serangan meriam jarak dekat di bandar Ashdod di selatan Israel pada 18 Julai lalu. - AFP

WASHINGTON 2 Ogos - Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan dana berjumlah AS$255 juta (RM817 juta) untuk membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome di Israel, hanya dua hari selepas Pentagon mengumumkan penghantaran bekalan peluru kepada Israel.

Langkah meluluskan dana itu diputuskan ketika kira-kira 1,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di New York membantah serangan kejam Israel ke atas Gaza yang kini telah mengorbankan lebih 1,600 penduduk Palestin.

Berdasarkan rekod, AS telah menyumbangkan lebih AS$700 juta (RM2.24 bilion) untuk membantu Israel menampung kos pembangunan dan penyelenggaraan sistem pertahanan tersebut, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diluluskan oleh Kongres untuk projek itu mencecah AS$1 bilion (RM3.2 bilion).

Dana terbaharu itu akan disalurkan kepada Israel, sebaik-baik sahaja Presiden AS, Barack Obama menandatangani usul tersebut.

Dalam pada itu, Obama mengulangi sokongannya ke atas Israel untuk mempertahankan wilayah Yahudi sambil menggesa penduduk awam Palestin dilindungi daripada menjadi mangsa pertempuran antara tentera rejim Zionis Israel dan pejuang Hamas.

Katanya, Iron Dome merupakan sistem pertahanan yang kukuh dan AS sedia membantu Israel melindungi keselamatan rakyatnya.

Sementara itu, bantahan ke atas kekejaman Israel terus diadakan di AS apabila lebih 1,000 penunjuk perasaan menyertai demonstrasi 'Bantahan Besar-besaran Menentang Jenayah Israel di Gaza' di New York.

Kumpulan tersebut turut berkumpul di luar pejabat rangkaian berita CNN bagi membantah syarikat penyiaran itu yang melaporkan berita berat sebelah tentang situasi di Gaza sebelum berarak ke sebuah lagi syarikat televisyen, Fox News.

Tunjuk perasaan pro-Palestin turut diadakan di Belgium, Britain, India, Jordan dan Malaysia serta bagi mengutuk tindakan ganas Israel di Gaza. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140803/lu_04/AS-lulus-AS255-juta-bangun-projek-Iron-Dome-di-Israel#ixzz39ZimDWPP  © Utusan Melayu (M) Bhd 






MH17 : Barang peribadi bantu cam mayat


SEKUMPULAN penyiasat antarabangsa melihat dari dekat serpihan bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di timur Ukraine, baru-baru ini. - REUTERS

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu melicinkan dan mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17.

Amidon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen tersebut disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih.

"Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu.

"Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun telah berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas, cincin kahwin dan sebagainya.

"Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut," katanya.

Penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang meliputi 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebaik sahaja selesai proses pengecaman mangsa bencana itu, penyiasat akan ke fasa pengisian DNA untuk tujuan pengesahan.

"Di sini, sampel darah keluarga terdekat akan diambil untuk dipadankan dengan mangsa. Kebiasaannya, proses ini cuma tidak sampai tujuh hari. Namun dalam kes MH17 ini, ia mengambil masa kerana terdapat banyak mayat dan keadaan mayat itu sendiri.

"Untuk kenal pasti mayat warganegara kita sendiri ambil masa kerana kebanyakan mayat adalah warganegara Belanda," jelasnya.

Beliau yang pernah mengendalikan pelbagai kes besar termasuk kes runtuhan kondominium Highland Tower pada 1993 berkata, mayat tertimbus di dalam tragedi itu masih tidak terjejas dan proses pengecaman tidak mengambil masa lama berbanding tragedi MH17.

"Dalam kes Highland Tower, tiada yang meletup berbanding tragedi MH17 yang perlu mengumpul kesemua anggota badan untuk tujuan identifikasi dan pengecaman.

Amidon menarik perhatian, tragedi MH17 ini juga bakal menjadi kayu pengukur dan membuka dimensi baharu dalam pengurusan krisis dunia penerbangan dan forensik penyiasat tempatan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencabar kebolehan mereka.

Dilaporkan semalam, Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Media melaporkan sebelum ini, proses tersebut terpaksa mengambil masa agak lama disebabkan bukti siasatan jenayah turut dikumpulkan daripada mayat dan jasad mangsa nahas di samping proses pengecaman itu sendiri.

Bukti siasatan jenayah itu penting berikutan terdapat dakwaan pesawat tersebut ditembak jatuh.- BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140803/dn_02/Barang-peribadi-bantu-cam-mayat#ixzz39ZgBI1Dy  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza'

Oleh ADLINAHANI KHALIL
dan MOHAMAD ARIF MOHD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peserta perhimpunan 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza' melaungkan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel yang melakukan kekejaman terhadap penduduk Palestin dalam perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar (depan, tiga dari kiri). - MINGGUAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Tanpa mengira cuaca panas terik, kira-kira 50,000 orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka di sini hari ini, bagi membantah tindakan kejam rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

Perhimpunan 'Selamatkan Kanak-Kanak Gaza' anjuran Viva Palestina bersama Aqsa Syarif itu bertujuan menggesa kuasa-kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat (AS) untuk bersama-sama membantu membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor ketika berucap dalam perhimpunan itu berkata, perhimpunan tersebut juga melambangkan kebencian rakyat Malaysia terhadap kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin.

"Ketika ini, kuasa dunia memainkan peranan penting dalam membantu membebaskan Palestin daripada Israel yang sememangnya jelas melakukan penindasan serta kekejaman sejak sekian lama.

"Sampai bila kekejaman ini akan berlaku? Sampai bila kita mahu tengok ramai kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh setiap hari?" katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dan beberapa selebriti tempatan termasuk pelakon Afdlin Shauki, Betty Banafe dan penyanyi Heliza Helmi.

Selain itu, Hafidzi turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil langkah drastik bagi membantu penduduk Palestin mendapatkan hak mereka.

Katanya, PBB sebagai satu kuasa besar dunia mampu melakukan lebih daripada sekadar mengecam kekejaman rejim Zionis.

Sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin dalam perhimpunan tersebut turut menyaksikan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) iaitu Majlis Gereja-Gereja Belia Malaysia.

Wakilnya, Dessony Tuzan ketika berucap berkata, isu kemanusiaan di Gaza melibatkan semua pihak tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

"Apa yang berlaku di Gaza ketika ini tidak boleh dinilai berdasarkan faktor agama atau bangsa sesuatu kaum, tetapi lebih kepada dasar kemanusiaan.

"Saya pasti, tiada satu pun agama di dunia ini yang membenarkan kekejaman dilakukan sesuka hati, lebih-lebih lagi membabitkan golongan lemah seperti wanita dan kanak-kanak," ujarnya.

Dalam perhimpunan yang bermula pada pukul 2 petang itu, orang ramai melaungkan slogan 'Bebas Bebas Palestin' dan 'Hidup Hidup Gaza' selain membawa sepanduk tertulis hentikan keganasan di Gaza serta persembahan 'flash mob' sebagai upacara penutup perhimpunan yang berakhir kira-kira pukul 5 petang.

Sehingga semalam, seramai 1,368 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita terkorban akibat serangan berterusan tentera Israel manakala lebih 7,000 yang lain cedera.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140803/dn_01/Selamatkan-Kanak-Kanak-Gaza#ixzz39ZebeEg9  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Tentera Israel berundur dari sempadan Genting Gaza


Sekumpulan tentera Israel daripada Briged Nahal membawa kelengkapan untuk pulang ke Israel dari sempadan Genting Gaza, semalam. - REUTERS

BAITULMAQDIS 5 Ogos - Israel hari ini mengundurkan tenteranya dari Gaza selepas gencatan senjata selama 72 jam yang dianjurkan oleh Mesir, dikuatkuasakan ekoran tekanan global untuk menamatkan konflik tersebut.

Beberapa minit sebelum gencatan senjata itu dilaksanakan, tentera Israel dan pergerakan Hamas masing-masing melancarkan serangan ketika konflik itu memasuki hari ke-29.

Israel mengumumkan semua askarnya telah diundurkan dari sempadan Genting Gaza selepas selesai memusnahkan jaringan terowong yang digunakan oleh Hamas, sekali gus menamatkan operasi darat yang bermula pada 17 Julai lalu.

Jurucakap tentera berkata, anggota tentera Israel kini ditempatkan di luar sempadan Gaza dan akan bertindak balas terhadap sebarang pelanggaran gencatan senjata itu yang diumumkan oleh Mesir semalam.

Gencatan senjata itu merupakan yang kedua dalam tempoh empat hari selepas cubaan terakhir tajaan Washington dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), gagal hanya dalam tempoh 90 minit pada 1 Ogos lalu.

Cubaan terbaharu itu dicapai selepas Palestin yang diwakili oleh Hamas dan Jihad Islam dengan Mesir mengadakan rundingan berhubung gencatan senjata tanpa kehadiran Israel.

Pegawai berkata, delegasi daripada kedua-dua pihak bertelagah akan mengadakan rundingan damai di Mesir dalam beberapa hari ini sebagai usaha menamatkan konflik tersebut.

Gencatan senjata selama tiga hari itu disambut baik oleh AS dan PBB.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, satu delegasi akan ke Kaherah hari ini bagi menyertai wakil Palestin dari Mesir dan Qatar.

Israel turut berkata, pihaknya akan menghantar satu delegasi ke ibu negara Mesir selepas pada awalnya enggan menyertai rundingan tersebut. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140806/lu_06/Tentera-Israel-berundur-dari-sempadan-Genting-Gaza#ixzz39ZbOzajz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN KOMANWEL : Memang aksi terburuk Malaysia

Oleh AIZAWATI AHMAD
aizawati.ahmad@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui, pencapaian kontinjen negara pada Sukan Komanwel XX yang berakhir di Glasgow, Ahad lalu antara yang terburuk pernah dilakar dalam sejarah penyertaan Malaysia pada temasya tersebut.

Justeru, satu program baharu perlu dirangka bagi mengelak kemerosotan daripada terus berlaku, apatah lagi Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017.

"Saya akui kita memang memerlukan satu program baharu dan kita tidak lagi boleh mengikut program lama yang telah pun kita tahu hasilnya.

"Program sekarang yang telah kita bentuk sejak 2010 dan akan berakhir pada hujung 2014 adalah untuk persediaan Sukan Komanwel serta Sukan Asia.

"Memandangkan kita telah melihat hasilnya pada Sukan Komanwel, maka kita tidak boleh lagi mengguna pakai program lama ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Malaysia menamatkan kempen Sukan Komanwel XX di Glasgow dengan sekadar meraih enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Pencapaian itu bukan sahaja gagal memenuhi sasaran rendah tujuh emas yang ditetapkan, malah ia merupakan rekod terburuk kontinjen negara pada temasya tersebut dalam tempoh 16 tahun.

Menurut Khairy, pihaknya akan turut mengambil kira pandangan yang dilontarkan oleh Datuk Wira Mazlan Ahmad kerana teguran bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu ada kebenarannya dan memang kontinjen Malaysia telah mempamer aksi terburuk mereka pada Temasya Glasgow.

Jelas beliau, program baharu yang akan disusun untuk tahun depan perlulah dipastikan keberkesanannya, agar ia dapat membantu meningkatkan prestasi atlet.

Mengulas mengenai kemerosotan prestasi beberapa acara sukan pada Sukan Komanwel kali ini, Khairy memberitahu, sukan seperti boling padang dan berbasikal telah gagal mencapai sasaran yang diletakkan.

"Seperti boling padang, kemerosotan yang berlaku memang ketara apabila mereka pernah memenangi dua emas di Melbourne, tetapi sejak aksi di New Delhi dan Scotland mereka gagal menjelmakan pingat emas buat Malaysia.

"Begitu juga dengan sukan berbasikal yang pada empat tahun lalu Malaysia telah meraih emas menerusi Josiah Ng (acara keirin), namun pada penyertaan di Scotland, kita hanya mampu memenangi gangsa menerusi Azizulhasni (Awang)," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140806/su_02/Memang-aksi-terburuk-Malaysia#ixzz39ZX3xRZS  © Utusan Melayu (M) Bhd 



AFF - Malaysia dapat undian ngeri

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

HAMIDIN MOHD. AMIN

KUALA LUMPUR - Pengendali baharu Harimau Malaya, Dollah Salleh berdepan ujian hebat dalam usaha membawa Malaysia merampas Piala Suzuki AFF selepas Malaysia diundi dalam 'Kumpulan Maut' bersama penyandang juara yang juga pemenang empat kali, Singapura serta juara tiga kali, Thailand.

Saingan Malaysia mampu menjadi bertambah sukar sekiranya slot terakhir Kumpulan B diisi oleh Myanmar yang dilihat sebagai pilihan untuk muncul juara dalam saingan kelayakan.

Dalam undian yang dilakukan di Hanoi semalam, tuan rumah Vietnam yang juga juara 2008 akan bersaing bersama Filipina dan Indonesia dalam kumpulan A. Satu lagi slot bakal diisi naib juara pusingan kelayakan.

Perlawanan kumpulan A akan berlangsung di Stadium Kebangsaan My Dinh, Hanoi, manakala saingan kumpulan B diadakan di Stadium Nasional, Singapura.

Mengulas mengenai undian itu, Penolong Pengurus Harimau Malaya, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, undian dianggap munasabah biarpun Malaysia diletak bersama Singapura dan Thailand.

SKUAD Harimau Malaya bakal berdepan ujian getir untuk merampas kejuaraan Piala Suzuki AFF hujung tahun ini selepas diundi dalam kumpulan bersama Singapura dan Thailand.

Ujarnya, pasukan negara akan menggunakan segala kelebihan serta pengalaman untuk menempatkan diri dalam perlawanan akhir.

"Undian kali ini kira munasabah, kita perlu ambil kesempatan kerana kita lebih gemar beraksi di Singapura berbanding Vietnam .

"Di Singapura kita mudah untuk menggerakkan seberapa banyak penyokong bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya ketika peringkat kumpulan," katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak termasuk persatuan-persatuan negeri serta penyokong agar memainkan peranan dengan membantu memberi semangat kepada pasukan Harimau Malaya mencipta kejayaan.

"Tanggungjawab ini tidak hanya terletak di bahu Dollah Salleh tetapi semua pihak harus memainkan peranan.

"Dengan semangat dan sokongan padu daripada semua, pasukan ini akan mencapai kecemerlangan.

"Usaha ini perlu dimulakan sekarang bagi memastikan skuad negara berada dalam keadaan bersedia ketika bulan November dan Disember ini," ujarnya lagi.

Malaysia muncul juara 2010 selepas menumbangkan Indonesia dalam perlawanan akhir menerusi agregat 4-2 selepas menang perlawanan akhir pertama 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum tewas 1-2 di Gelora Bung Karno, Jakarta.

Peringkat kelayakan pula akan dilangsungkan di Laos dari 8 hingga 19 Oktober, melibatkan tuan rumah, Myanmar, Kemboja, Brunei dan Timor Leste.

Dua pasukan akan melengkapkan Kumpulan A dan B untuk aksi Piala Suzuki AFF dari 22 November hingga 20 Disember ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140806/su_01/Malaysia-dapat-undian-ngeri#ixzz39ZVfkgPa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



'Saya sedia dihakimi jika pentadbiran tidak betul, tidak beramanah' - APA LAGI ANWAR MAHU?


Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 5 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaannya untuk dihakimi atau disemak pihak tertentu sekiranya terdapat beberapa perkara dalam pentadbirannya dilaksanakan secara tidak betul atau tidak beramanah.

Namun demikian, Abdul Khalid berkata, kesemua perkara seumpama itu sepatutnya dibincangkan dengan penuh adab dan tertib kerana beliau sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Saya bersedia untuk dihakimi atau disemak...jadi pada saya itu adalah reformasi yang saya lalui, maknanya kita percaya pada ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini bahawa wakil rakyat Pelabuhan Klang itu terlibat dengan aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.

Dalam pada itu, ketika menjawab dakwaan yang tersebar bahawa beliau telah dipecat daripada PKR semalam, Abdul Khalid tegas menafikannya malah menyatakan beliau masih anggota parti berkenaan dan tidak pernah menerima sebarang surat mengenai perkara tersebut. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140806/po_03/Saya-sedia-dihakimi-jika-pentadbiran-tidak-betul-tidak-beramanah#ixzz39ZSTvNE1  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PKR dijangka kehilangan banyak kerusi



Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka kehilangan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan semata-mata untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, PKR tidak sewajarnya bersikap terlalu yakin bahawa pengundi atas pagar akan terus menyokong parti itu dan mereka juga seharusnya tidak mengambil mudah peranan akar umbi parti yang mempunyai kuasa penentu.

"Dalam senario sekarang, PKR dilihat agak sukar mempertahankan 15 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dan orang Melayu khususnya golongan atas pagar mungkin memihak kepada UMNO atau Pas sekiranya pilihan raya negeri diadakan.

"UMNO dan Pas juga mungkin akan bekerjasama terutama dari segi pembahagian kerusi DUN yang ditandingi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan parti itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya di negeri Selangor sekiranya gagal menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu secara lancar.

Anwar membayangkan tentang kemungkinan itu berikutan ketegasan Abdul Khalid enggan mematuhi arahan parti untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya itu semata-mata bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, hasrat Anwar untuk mengadakan pilihan raya tersebut hanyalah retorik dan bertujuan menggambarkan pakatan pembangkang kononnya masih bersatu.

"Namun, sekiranya pilihan raya diadakan, pengundi atas pagar dan pengundi yang tidak bersama Barisan Nasional (BN) akan kembali menyokong parti tersebut.

"Dalam situasi ketika ini, pakatan pembangkang tidak boleh melaksanakan pilihan raya kerana berada dalam keadaan rumit. Kalau dibuat pilihan raya, mereka akan mendapat keputusan lebih teruk berbanding PRU-13," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, PKR merupakan pihak yang paling rugi sekiranya pilihan raya diadakan kerana sokongan rakyat Selangor sudah berubah.

Perkara itu jelas beliau, berikutan pelbagai isu yang timbul selepas PRU-13 terutama pilihan raya di Kajang dan masalah kebajikan rakyat di negeri itu.

"Saya optimis pilihan raya sekiranya diadakan di Selangor akan menyebabkan PKR menjadi pihak yang paling rugi. Rakyat sedang menilai kemelut ini kerana pada mereka, pilihan raya tersebut adalah tidak masuk akal," tambahnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140806/po_02/PKR-dijangka-kehilangan-banyak-kerusi#ixzz39ZO5bVVO © Utusan Melayu (M) Bhd 



PKR bersedia adakan pilihan raya - SANGGUPKAH DILIWAT SEKALI LAGI?


Oleh SHARIFAH AZMAWATI SYED ABDUL AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya di negeri Selangor sekiranya gagal menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu secara lancar.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihan raya tersebut terpaksa diadakan jika parti sudah tidak mempunyai pilihan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, beliau percaya PKR mampu menyelesaikan perkara itu secara baik dan tidak perlu mengadakan pilihan raya negeri secara mengejut.

"Kita yakin bahawa isu MB (Menteri Besar) Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat pakatan pembangkang, sama ada melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya. Namun begitu, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihan raya kerana Barisan Nasional (BN) hanya ada 12 kerusi dalam kalangan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pilihan Raya Umum Ke-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan yang lalu.

"Bagaimanapun, sekiranya pilihan raya terpaksa dilakukan, pakatan pembangkang telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya dalam kenyataan akhbar di blognya http://anwaribrahimblog.com/.

Anwar berkata, keputusan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu adalah berdasarkan kesepakatan dalam kalangan pemimpin parti sambil menegaskan persefahaman tersebut wajib dipatuhi.

"Persefahaman akan hak lantikan MB Selangor telah pun wujud dalam kalangan pimpinan pakatan pembangkang, seperti mana PKR juga telah bersetuju akan hak parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi," katanya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyeru rakan komponennya dalam pakatan pembangkang iaitu Pas dan DAP supaya terus menerima keputusan PKR yang mahukan menteri besar baharu bagi Selangor.

"Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecah-belahkan kita.

"Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar," katanya.

Beliau turut menegaskan akan cuba meyakinkan rakyat Selangor berhubung beberapa keputusan terbaru melibatkan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

"Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

"Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik.

"Jaminan kita adalah bahawa kita tidak akan sesekali menyimpang daripada nilai-nilai asas dan kita akan terus memastikan kepentingan rakyat tetap didahulukan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140806/po_01/PKR-bersedia-adakan-pilihan-raya#ixzz39ZMd2oF7  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Umat Islam perlu beri impak


Oleh NORHIDAYAH ABDUL MANAF
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Umat Islam sebagai golongan kedua terbesar di dunia perlu bersatu hati menggerakkan bantahan mereka secara terbuka berhubung kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin agar rejim Zionis itu menerima kesan paling maksimum dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharuddin Mat Isa berkata, tekanan oleh penganut Islam sedunia mampu mewujudkan impak paling efektif terutama dalam melemahkan kekuatan dan keangkuhan rejim tersebut.

Katanya, umat Islam melakukan sesuatu yang signifikan dalam memperkasakan perjuangan rakyat Palestin termasuk melalui bantuan kemanusiaan dan pada masa sama menyokong perjuangan mereka menentang Israel.

"Apa yang dilakukan rejim Zionis adalah ganas dan mereka tidak akan berhenti di situ sahaja. Keganasan ini akan berterusan secara terang-terangan. Serangan kini dilakukan bertalu-talu di Gaza, kita tidak boleh senyap tetapi bangkit menyatakan sokongan terhadap Gaza, hantar bantuan kepada Palestin.

"Kita perlu menzahirkan bantahan kepada masyarakat dunia kerana sekarang bukan lagi masa untuk menggunakan strategi senyap terhadap mereka. Memang elok mengatur strategi tetapi kalau senyap tidak boleh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad semalam bahawa umat Islam di seluruh dunia perlu mengatur strategi secara senyap bagi menentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Azmi Abdul Hamid berkata, bantahan terhadap Israel tidak boleh dilakukan dengan senyap kerana kekejaman rejim Zionis itu membunuh rakyat Palestin adalah nyata dan sangat keterlaluan.

Jelas beliau, kekejaman itu yang disaksikan oleh seluruh dunia telah menimbulkan kemarahan kepada semua pihak dan akan menjadi sesuatu yang sangat ganjil apabila umat Islam dilihat sunyi sepi daripada membantah tindakan kejam Israel.

"Kecuali jika strategi senyap untuk menentang Israel itu bersifat propaganda atau peperangan psikologi, tetapi apa yang dilakukan rejim Zionis adalah pembunuhan nyata.

"Pada saya kedua-duanya kena buat, gerakan senyap dengan memboikot barangan Israel dan bantahan secara terbuka. Selain itu, usaha negara-negara Islam mengenakan tekanan terhadap Israel menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) adalah berkesan dalam mewujudkan gerakan diplomatik bagi menghalang kekejaman Israel," tegasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140806/dn_01/Umat-Islam-perlu-beri-impak#ixzz39ZL8gDXs  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 - PDRM mula siasat kawasan nahas

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

Khalid Abu Bakar (kanan) meneliti mangkuk bertulis Malaysia Airlines di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donestk, Ukraine, semalam. - Gambar/FB PDRM

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memulakan siasatan di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donestk, Ukraine.

Menurut Facebook rasmi PDRM, pasukan berkenaan hanya dibenarkan berada di lokasi itu selama sejam setengah bermula pukul 2.30 petang hingga 4 petang waktu tempatan.

Turut serta, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Semalam, pasukan berkenaan tidak dapat memasuki kawasan nahas berikutan insiden tembak-menembak meriam antara tentera Ukraine dan puak pemisah.

Bagi tujuan keselamatan, puak pemisah tidak membenarkan Pasukan Siasatan Khas PDRM menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan hanya dapat berlindung di kawasan berhampiran lokasi nahas di sekitar tepi jalan, menunggu sehingga keadaan lebih stabil dan selamat.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik menerusi Facebook PDRM, pasukan itu memasuki kawasan nahas menaiki bas dengan diiringi oleh pacuan empat roda pihak berkuasa.

Kesemua mereka juga diwajibkan memakai vest berwarna hijau tertera perkataan MH17 recovery.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perbincangan mengenai insiden MH17 dengan Menteri Perdagangan dan Ekonomi Ukraine, Pavlo Sheremeta di Kiev.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140806/dn_04/PDRM-mula-siasat-kawasan-nahas#ixzz39ZJkn7Vw  © Utusan Melayu (M) Bhd


PALESTIN : Boikot Israel dapat sambutan


Seorang wanita memegang poster tertulis 'Boikot Israel' dalam satu demonstrasi membantah kekejaman Israel di Berlin, Jerman pada 1 Ogos lalu. - REUTERS

GAZA CITY 5 Ogos - Kempen memulaukan produk Israel, BDS (boikot, lupus, sekatan) berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap penduduk Genting Gaza, semakin mendapat perhatian masyarakat dunia yang membantah kezaliman ke atas penduduk awam tidak berdosa terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Pemulauan ke atas rejim Yahudi itu kali ini, turut dilaksanakan secara meluas bukan sahaja membabitkan barangan yang dihasilkan Israel, tetapi juga universiti-universitinya, bank-bank, pihak yang menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel serta institusi berkaitan Israel.

Selebriti antarabangsa secara terbuka turut mengecam tindakan ganas Israel selain produk yang dihasilkan di kilang-kilang yang dibina Tebing Barat, tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin turut terjejas.

Antara produk yang diboikot ialah Sodastream, Marks & Spencer, Morrisons, Waitrose, McDonalds, Coca-Cola, Motorola, HP, Nestle, Revlon, Ralph Lauren dan Starbucks.


Dua pemuda Palestin, memerhatikan kemusnahan besar akibat serangan Israel di kawasan perumahan Shejaiya di timur Gaza City, semalam. - REUTERS

Masyarakat dunia sanggup mengenepikan faktor agama dengan bersatu atas faktor kemanusiaan ekoran konflik selama sebulan itu yang meragut nyawa lebih 1,800 penduduk Palestin, kebanyakannya orang awam.

Menurut BDS, kempen boikot berkesan pada dua peringkat iaitu dengan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pendudukan dan aparteid Israel yang mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Kempen itu berkesan sekiranya tekanan ekonomi digunakan ke atas Israel dengan kempen boikot tersebut yang sedang berlangsung bukan sahaja melibatkan individu malah keseluruhan pertubuhan dan negara.

Selain boikot dari masyarakat dan negara Islam, kempen itu turut merebak dalam kalangan negara Eropah yang merupakan rakan dagang terbesar Israel.

Tindakan itu dijangka mendatangkan kerugian lebih AS$5 bilion (RM15.5 bilion) dalam tempoh setahun kepada Israel.

Tahun lalu, langkah boikot ke atas produk seperti buah kurma dan anggur yang ditanam di Lembah Jordan yang dirampas Israel, mengakibatkan kerugian sebanyak AS$29 juta (RM89.9 juta) kepada peneroka haram Yahudi yang tinggal di situ.

Menurut Washington Post, pendapatan daripada aktiviti eksport juga merosot sebanyak 14 peratus selepas rangkaian pasar raya Eropah memulaukan produk berkenaan.

Kempen BDS yang dilancarkan sejak 2005 juga membuatkan banyak pelabur di Israel menutup kilang-kilang mereka di Tebing Barat antaranya syarikat Sweden, Assa Abloy berikutan imej buruk yang diterima firmanya kerana beroperasi di Tebing Barat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140806/lu_05/Boikot-Israel-dapat-sambutan#ixzz39ZIIRZTo  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tuesday, 5 August 2014

SUKAN KOMANWEL : Tidak adil saya dikecam - Jurulatih


Muhammad Dhaarma

GLASGOW - Jurulatih skuad hoki negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menyifatkan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya ekoran persembahan buruk skuad hoki kebangsaan pada Sukan Komanwel adalah tidak adil memandangkan temasya tersebut hanya dijadikan platfrom bagi memilih pemain ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September ini.

Beliau berkata, dirinya tidak harus menjadi mangsa kecaman kerana sasaran skuad negara bukanlah pada Sukan Komanwel, tetapi sebaliknya pada pentas Sukan Asia.

"Tidak adil saya dikecam, jika benar Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mahu bersaing untuk tempat keempat atau kelima kita seharusnya menghantar skuad utama bukannya pasukan kedua.

"Jika diikutkan, pencapaian pasukan tahun ini lebih bagus berbanding empat tahun lepas. Di India, skuad hoki yang senior meraih kedudukan kelapan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan skuad kendaliannya menewaskan pasukan tuan rumah, Scotland 2-1 pada aksi penentuan tempat ketujuh dan kelapan Sukan Komanwel di Stadium Hoki Nasional Glasgow, kelmarin.

Mengulas mengenai pemilihan pemain ke Sukan Asia, Muhammad Dharma memberitahu, dia sudah pun mengenal pasti barisan pemain untuk dibawa ke temasya tersebut nanti.

Malah, Dhaarma turut memuji persembahan positif yang dipamerkan skuad negara meskipun berdepan kritikan hebat ekoran prestasi hambar dalam aksi Kumpulan B.

"Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan ketika menentang Scotland, ini kerana menentang pasukan tuan rumah bukan satu tugas yang mudah tambahan lagi tekanan semakin tinggi selepas tewas kepada Trinidad & Tobago 2-4.

"Bagaimanapun anak-anak buah saya menunjukkan moral yang begitu baik dengan memenangi perlawanan ini. Apa yang jelas saya telah mengenal pasti pemain untuk ke Sukan Asia," ujarnya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140804/su_07/Tidak-adil-saya-dikecam---Jurulatih#ixzz39UkoAMGE  © Utusan Melayu (M) Bhd 






SUKAN KOMANWEL : Faktor kepenatan gangsa terlepas daripada genggaman


PEMAIN beregu wanita negara Lai Pei Jing (kiri) mengakui kepenatan setelah terpaksa beraksi dalam empat perlawanan dalam hari yang sama menyebabkan dia dan pasangannya Lim Yin Loo gagal untuk meraih gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, semalam. - BERNAMA

GLASGOW - Faktor kepenatan menjadi punca kekalahan tiga wakil badminton negara dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pada Sukan Komanwel di Emirates Arena, semalam.

Belum sempat berehat daripada aksi separuh akhir, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Lai Pei Jing perlu menentang pasukan tuan rumah, Scotland, Robert Blair-Imogien Bankier, namun keputusan tidak memihak kepada mereka apabila tewas 17-21, 11-21.

Pei Jing juga perlu memikul satu lagi tugas iaitu bergandingan dengan Lim Yin Loo dalam saingan beregu wanita menentang Gabriel Adcock-Lauren Smith dari England.

Pei Jing-Yin Loo terpaksa akur dengan kelebihan pencabar mereka, Gabriel-Lauren, walaupun mendahului set pertama 21-16, namun kalah dalam dua set seterusnya iaitu 15-21 dan 16-21.

Turut mengalami nasib sama ialah pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi apabila dikecewakan wakil dari India P V Sindhu dengan kekalahan straight set 21-23, 9-21.

Bagi Pei Jing, dia mengakui terlalu penat kerana perlu beraksi dalam empat pertemuan, semalam iaitu dua dalam pusingan separuh akhir serta dua aksi lagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

"Saya tidak tahu kenapa pihak pengurusan mengadakan perlawanan separuh akhir dan perlawanan penentuan gangsa pada hari yang sama. Saya hanya sempat berehat selama dua jam sahaja.

"Kalau perlawanan penentuan pingat gangsa tidak diadakan hari ini (semalam) saya yakin kami (beregu campuran dan beregu wanita) mempunyai peluang untuk meraih pingat untuk kontinjen negara," kata Pei Jing. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140804/su_08/Faktor-kepenatan-gangsa-terlepas-daripada-genggaman#ixzz39UjTQSnN  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Hari-hari ada tekanan - Dollah

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my

SKUAD Harimau Malaya mengikuti latihan di bawah kendalian jurulatih, Dollah Salleh di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, kelmarin. - UTUSAN/ MOHD AZIM ABD RAHMAN

BUKIT JALIL - Sudahlah diberi tempoh seminggu menguji kombinasi terbaik pasukan, ditambah pula perlu berhadapan dengan skuad ‘misteri’ iaitu Tajikistan yang menyukarkan jurulatih baharu Harimau Malaya, Dollah Salleh untuk membayangi strategi pihak lawan menjelang pertemuan pada 8 Ogos ini.

Malah, tekanan bertali arus semakin dirasai oleh Dollah ekoran segelintir peminat dan pemerhati bola sepak tanah air mengharapkan sesuatu elemen kejutan hasil buah tangan dari pengendali berpengalaman itu.

Enggan memikirkan penghalang berkenaan, Dollah mengakui tiada sebarang masalah dalam membuat percaturan pasukannya setelah melihat ‘putik-putik’ kesebelasan utama dan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan setiap pemain untuk menentang skuad dari Asia Tengah itu.

"Kalau berceritakan tentang tekanan, hari-hari saya tertekan. Jangan harapkan terlalu tinggi sebab ia perlawanan seperti ‘jerut leher’. Tapi itu semua bukan alasan. Bagi saya, ia merupakan suatu cabaran.

"Buat masa ini saya tiada masalah, bagi saya semua pemain adalah kesebelasan utama. Cuma hari perlawanan itu sahaja saya mahu tentukan siapa yang perlu beraksi.

"Saya akan cuba yang terbaik mahu mendapatkan corak permainan dengan apa yang saya inginkan dan cukup senang untuk saya mengendalikan mengikut citarasa saya dalam latihan ini.

"Masih mengekalkan formasi 4-4-2, setakat ini formasi itu sangat selesa. Lagi pun mereka sudah biasa dengan corak permainan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), di sini semalam.

Skuad Harimau Malaya terpaksa berhadapan dengan tempoh perjalanan yang memenatkan apabila dijadualkan berlepas ke sana hari ini dan dua kali transit di China dan Kazakhstan sebelum tiba di Dushanbe, Tajikistan pada 5 Ogos.

Berhubung siapakah yang bakal memegang lilitan kapten ketika bertemu pasukan di ranking 126 dunia itu, Dollah menjawab dia akan mengumumkannya hari ini.

"Saya akan umumkan kapten esok (hari ini) sebelum berlepas ke sana. Apa yang pasti, kita harap semua pemain dapat memanfaatkan peluang yang diberikan. Sebab, saya tidak tahu strategi pihak lawan. Yang penting, kita tumpukan pada pasukan kita sahaja," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140804/su_04/Hari-hari-ada-tekanan---Dollah#ixzz39Uhozx4a  © Utusan Melayu (M) Bhd 



SUKAN KOMANWEL : Ganjaran lumayan buat Hafifi

Oleh RADHUAN HUSSAIN
sukan@utusan.com.my

AHMAD Raziff Abd. Rahman menyampaikan sumbangan kepada Mohd. Hafifi Mansor yang memenangi pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel di Glasgow ketika majlis sambutan kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD NOR

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri, semalam memberi pengiktirafan kepada jaguh angkat berat negara kelahiran Terengganu, Mohd. Hafifi Mansor atas kecemerlangannya menyumbang pingat emas pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

Sebagai bukti pengiktirafan itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman menunaikan janjinya mengumumkan bentuk insentif kepada atlet tersebut iaitu satu lot tanah di kawasan Tok Jembal dekat sini serta cek bernilai RM10,000. Selain itu, Mohd. Hafifi, 24, turut menerima insentif berjumlah RM80,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas sumbangannya kepada negara.

Ahmad Razif mengumumkan perkara itu pada majlis menyambut kepulangan Mohd. Hafifi di pekarangan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini, semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Ahmad Razif berkata, proses pemberian tanah lot banglo kepada Mohd. Hafifi dijangka dapat diselesaikan dalam masa dua hingga tiga minggu ini.

"Dalam tempoh dua tiga minggu ini kita akan selesaikan urusan memberi insentif tanah lot banglo di kawasan Tok Jembal yang saya telah kenal pasti untuk kita serahkan kepada Mohd. Hafifi.

"Saya difahamkan yang dia ingin pulang ke Terengganu untuk tabur bakti di sini sebagai jurulatih, jadi eloklah dengan lot rumah ini dia tidak perlu berhijrah ke tempat lain, dia akan tinggal di Terengganu dan boleh bantu atlet sukan angkat berat di negeri ini," katanya.

Beliau menyifatkan kejayaan Mohd. Hafifi serta beberapa atlet lain negeri ini termasuk dalam sukan lumba basikal dan kanu telah mengharumkan Terengganu ke peringkat dunia.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana hari ini (semalam) merupakan satu detik bersejarah kerana tidak secara langsung Terengganu sudah dikenali di persada dunia dan kita bukan lagi ‘jaguh kampung’.

"Hari ini kita sudah jadi jaguh antarabangsa dengan kehebatan altlet lumba basikal, kanu dan angkat berat. Selepas ini kita akan turut memberi fokus kepada sukan lain termasuk hoki dan bola sepak," jelasnya.

Sementara itu, sejurus selepas majlis menyambut kepulangan Mohd. Hafifi berakhir, atlet itu kemudian diarak dengan 10 buah kenderaan pacuan empat roda ke sekitar kawasan tempat kelahirannya di Seberang Takir.

Anak keempat daripada enam beradik itu menyumbang pingat emas pertama negara dalam kategori 69 kilogram pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow yang telah pun masuk hari terakhir temasya, semalam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140804/su_03/Ganjaran-lumayan-buat-Hafifi#ixzz39UfZ33ya  © Utusan Melayu (M) Bhd 




SUKAN KOMANWEL - Hanya perak mampu dijelmakan Tze Liang


PENERJUN negara, Ooi Tze Liang menunjukkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara terjun 10 meter platfom individu lelaki pada Sukan Komanwel XX di Glasgow, Scotland, semalam. - BERNAMA

EDINBURGH - Skuad terjun negara mengakhiri perjuangan mereka pada temasya Sukan Komanwel XX dengan kilauan pingat perak menerusi penerjun muda negara, Ooi Tze Liang dalam acara akhir 10 meter platform individu lelaki di Kolam Renang Diraja Komanwel di sini, semalam.

Keputusan itu bermakna, peluang kontinjen negara untuk mencapai sasaran tujuh emas sudah pun tertutup. Dalam aksi, semalam Tze Liang berjaya mengumpul 433.70 mata iaitu 82.85 mata di belakang jaguh Olimpik England, Tom Daley yang memungut 516.55 mata. Pingat gangsa dimenangi Vincent Riendeau dari Kanada dengan 429.25 mata.

"Macam dalam pertandingan lain saya cuba memberi fokus terbaik dalam setiap terjunan. Saya cuba sedaya upaya untuk tenang dan tidak panik," katanya selepas menamatkan saingan di sini, semalam. Dalam saingan 3m papan anjal individu lelaki pada Khamis lepas, Tze Liang menghadiahkan pingat emas keempat Malaysia bagi temasya kali ini.

"Saya mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada ibu bapa dan jurulatih saya, Huang Qiang yang banyak mengajar saya supaya tidak gugup semasa bertanding," kata penerjun berusia 20 tahun dari Pulau Pinang itu.

Seorang lagi penerjun Malaysia yang beraksi dalam saingan peringkat akhir, Chew Yiwei sekadar di tempat ke-10 dengan 358.55 mata. Secara keseluruhan, Malaysia menamatkan saingan acara terjun di Sukan Komanwel dengan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Sementara itu, dalam saingan 3m papan anjal individu wanita, penerjun negara, Ng Yan Yee terlepas peluang meraih pingat gangsa setelah dia sekadar terikat di kedudukan keempat bersama penerjun Australia, Maddison Keeney dengan 308.20 mata.

Selain Yan Yee, Malaysia turut memiliki dua lagi wakil dalam pertandingan tersebut iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Cheong Jun Hoong. Kedua-dua atlet berkenaan sekadar menamatkan saingan di tempat ke-11 setelah mengumpul 284.20 mata, manakala Jun Hoong di tempat terakhir dengan 271.95 mata.

"Saya merasa sedikit terkilan kerana melakukan kesilapan pada terjunan ketiga dan ia menyebabkan kedudukan saya jatuh, kalau tidak saya boleh menghadiahkan pingat buat Malaysia," katanya.

Pingat emas acara itu dimenangi Esther Qin dari Australia apabila mengumpul 347.25 mata dan diikuti Jennifer Abel (Kanada) serta Hannah Starling (England) yang masing-masing meraih perak serta gangsa dengan pungutan 324.70 mata dan 316.95 mata.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pencapaian di sini. Saingan di sini agak sukar juga dengan adanya penerjun dari England, Kanada dan Australia. Selepas ini, saya akan tumpukan latihan menghadapi Sukan Asia pula. Bagaimanapun, saya belum tahu acara apa yang saya akan sertai kerana semua bergantung kepada keputusan jurulatih dan persatuan (Persatuan Renang Amatur Malaysia)," katanya.

Menurut Yan Yee, saingan di Sukan Asia tidak jauh berbeza dengan Sukan Komanwel berikutan kehadiran penerjun dari China, Jepun dan Korea Selatan. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140804/su_02/Hanya-perak-mampu-dijelmakan-Tze-Liang#ixzz39UZKy5vt  © Utusan Melayu (M) Bhd