Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 8 July 2014

WORLD CUP 2014 - Jerman berdepan ujian getir


Mesut Ozil

RIO DE JANEIRO - Jerman yang dikritik hebat pada Piala Dunia di Brazil akan berdepan cabaran Perancis yang diberi nafas baharu Sabtu ini di peringkat suku akhir di Stadium Maracana di sini dalam perlawanan antara dua kuasa besar Eropah yang menjadi sebutan peminat bola sepak ketika ini.

Perlawanan itu merupakan ujian getir buat jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas pasukannya dikritik hebat kerana beraksi di bawah tahap sebenar dalam temasya di Brazil 2014.

Perlawanan itu bakal menentukan pasukan mana yang akan menempah pertemuan dengan sama ada Brazil atau Colombia pada separuh akhir di Belo Horizonte (Rabu depan waktu Malaysia).

"Didier Deschamps telah me­ngubah Perancis daripada persembahan buruk mereka pada 2010 dan kami sudah bersedia untuk satu lagi pertembungan klasik antara ke­dua-dua pasukan,’’ kata Loew.

Kejayaan Jerman membelasah Portugal 4-0 dalam aksi pembukaan kumpulan mengesahkan status mereka selaku antara pasukan elit dunia namun beberapa siri persembahan hambar selepas itu menyaksikan skuad Loew dikritik hebat.

Selepas terikat 2-2 de­ngan Ghana sebelum bergelut untuk menang 1-0 ke atas Amerika Syarikat dalam aksi terakhir kumpulan, penyudahan tumpul memaksa juara dunia tiga kali itu bermain hingga masa tambahan sebelum menang 2-1 ke atas Algeria dalam pusingan kalah mati Selasa lalu.

Bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack, Oliver Kahn dan Lothar Matthaeus masing-masing mempersoalkan pemilihan pemain perancang Mesut Ozil yang bergelut dengan prestasinya dan pemain pertahanan, Jerome Boateng dan Benedikt Hoewedes yang bermain di posisi bukan pilihan mereka iaitu pertahanan tepi.

"Ia merupakan persembahan terburuk sejak bertahun-tahun lalu,’’ kata Ballack mengulas perlawanan Jerman menentang Algeria.

Kahn sependapat dengan Ballack yang kurang yakin dengan skuad itu dengan mengatakan: "Kesebelasan utama ini tidak lagi berfungsi’’.

Loew masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Jerman hingga Jun 2016, namun sekiranya Jerman tersingkir pada aksi suku akhir itu, jurulatih berusia 54 tahun itu mungkin akan menghadapi tekanan agar meletak jawatan.

Berbeza bagi Perancis, pasukan itu menunjukkan peningkatan berterusan sejak di bawah bimbingan Deschamps, selepas bencana yang melanda pasukan sewaktu kempen 2010 di Afrika Selatan.

Dengan Karim Benzema ber­ada di prestasi terbaik, Perancis mengimpikan untuk menjulang Piala Dunia pertama mereka selepas kejayaan 1998 di tempat sendiri, namun fokus mereka tetap pada pertemuan dengan Jerman.

Sementara Jerman bergelut untuk mencari kombinasi yang betul untuk corak serangan pantas mereka, Deschamps berkata, keharmonian dalam skuadnya adalah satu "keseronokan" untuk bekerja dan Perancis akan "mengerah seluruh tenaga yang mereka miliki".

Jerman akan mendapat semula pertahanan tengah, Mats Hummels yang tidak bermain menentang Algeria kerana selesema manakala Lukas Podolski kembali cergas daripada masalah tegang betis.

Bagaimanapun, pemain te­ngah, Bastian Schweinsteiger yang sebelum ini mengalami kejang dan cedera lutut, begitu juga dengan pertahanan Perancis, Raphael Varane yang menginap di hospital semalam akibat kekurangan air selepas mereka menang 2-0 ke atas Nigeria pada Isnin lalu.

Pertahanan Liverpool, Mamadou Sakho kembali cergas selepas lututnya pulih tetapi Deschamps masih belum memilih penyerang antara Olivier Giroud atau Antoine Griezmann untuk berganding de­ngan Benzema. - AFP




WORLD CUP 2014 - Ujian getir sebenar bermula


LIONEL Messi kelihatan memikul tanggungjawab secara berseorangan untuk membawa Argentina sehingga ke suku akhir setakat ini.

RIO DE JANEIRO - Tuan rumah, Brazil perlu mempertingkatkan permainan mereka apabila menentang Colombia manakala Jerman dan Perancis juga perlu memperbaiki diri masing-masing apabila Piala Dunia memasuki peringkat suku akhir (esok waktu Malaysia).

Brazil hampir disingkir oleh keampuhan Chile dalam pertemuan pusingan kedua, diselamatkan oleh palang pada minit terakhir masa tambahan sebelum layak menerusi penalti.

Kelibat bintang utama mereka Neymar di Fortaleza kelak berkemungkinan akan dikaburi oleh bintang Colombia, James Rodriguez, yang begitu menonjol dalam kejohanan ini serta mendahului senarai penjaring dengan lima gol.

Sementara itu, Jerman dan Perancis berhempas pulas untuk melepasi lawan mereka dari Afrika sewaktu menyingkirkan Algeria 2-1 dalam masa tambahan dan Nigeria 2-0 dalam 11 minit terakhir untuk menempah pertemuan di Maracana - dengan kedua-dua pasukan itu berharap untuk kembali ke stadium yang terkenal di Rio de Janeiro ini dalam perlawanan akhir pada 13 Julai.

Undian lain menyaksikan bintang Argentina, Lionel Messi berdepan dengan kelicikan pemain Belgium (12 tengah malam Ahad waktu Malaysia) di Brasilia selepas kedua-duanya memerlukan tambahan masa untuk mengetepikan Switzerland dan Amerika Syarikat.

Belanda, yang mengalahkan Mexico menerusi jaringan pada penghujung perlawanan, akan bertemu pasukan yang membuat kejutan, Costa Rica yang layak selepas menang menerusi penalti penentuan ke atas Greece.

Perlawanan-perlawanan dalam pusingan kedua menunjukkan bahawa tiada lawan yang mudah dalam Piala Dunia kali ini, dengan hanya Colombia yang terkecuali selepas mereka menang 2-0 ke atas Uruguay.

Pasukan Jose Pekermann itu tidak menunjukkan tanda-tanda mereka terjejas dengan ketiadaan bintang penyerang Radamel Falcao kerana rakan kelabnya di Monaco, Rodriguez lebih daripada berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

"Saya yakin itu mampu dilakukan (mara ke akhir) kerana kami memiliki apa yang diperlukan," kata pemain tengah, Carlos Sanchez.

Colombia menegaskan Brazil kuat bukan sahaja disebabkan kerana memiliki Neymar, dan mereka juga harus sedar bukan hanya Rodriguez yang menjadi kekuatan Colombia.

Pemenang perlawanan itu akan bertemu sama ada Jerman atau juara 1998, Perancis.

Ketika separuh akhir di Sepanyol pada 1982, Jerman Barat mengejar dar ketinggalan 3-1 dalam masa tambahan untuk mengalahkan Perancis dalam penalti penentuan pertama di Piala Dunia, dalam perlawanan yang turut diingati kerana penjaga gol, Toni Schumacher membuat terjahan kejam ke atas Patrick Battiston.

Jerman menang lagi di pusingan yang sama empat tahun kemudian (2-0) sementara satu-satunya kemenangan Perancis ialah dalam pertemuan pertama mereka, 6-3 dalam perlawanan untuk tempat ketiga pada 1958.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menafikan misi mereka adalah untuk membalas dendam kepada Jerman.

"Kebanyakan pemain belum pun lahir ketika itu. Apa yang saya perlu beritahu mereka? Saya berusia 14 ketika itu," katanya.

Perlawanan itu mempertemukan pasukan yang paling banyak menyepak ke arah gol (Perancis) dengan pasukan yang membuat hantaran tepat paling banyak (Jerman), menurut FIFA.

Sementara itu, Costa Rica akan berusaha untuk mencipta sau lagi kejutan apabila mereka menentang Belanda, selepas menewaskan dua bekas juara iaitu Uruguay dan Itali dalam peringkat kumpulan sebelum menewaskan Greece di peringkat kedua.

"Kami sangat sepadu, kuat dari segi mental. Orang tidak pandang pun kami, semuanya fikir kami tidak akan mendapat walau satu mata pun, dan itu membantu kami, itu telah memberi semangat kepada kam," kata penjaga gol, Keylor Navas yang sedang berada pada prestasi terbaik.

Pemain tengah Belanda, Nigel de Jong tersingkir daripada kejohanan ini akibat kecederaan tetapi jurulatih, Louis van Gaal memiliki banyak pemain lain untuk dipilih.

"Kami ada satu misi. Awak tidak ke Piala Dunia untuk bersenang-senang dengan pantai dan cuaca di Rio," kata pemain sayap, Arjen Robben.

Seperti juga Brazil yang banyak bergantung kepada Neymar, kemaraan Argentina pula banyak dibantu oleh Messi yang telah menjaringkan empat gol dan membuka peluang untuk Angel di Maria menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Switzerland.

Pertemuan dengan Belgium mengembalikan semula kenangan 1986 apabila Diego Maradona memporak-perandakan Belgium pada separuh akhir.

Tetapi Maradona bimbang yang Messi sahaja tidak cukup untuk membawa pasukan itu meneruskan kemaraan.

"Dia sering kali bersendirian. Jika sesuatu tidak menjadi, kita tidak sepatutnya menyalahkan dia apabila Argentina kalah," katanya. - DPA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140704/sl_02/Ujian-getir-sebenar-bermula#ixzz36qDs8ZKm  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Brazil tak kisah menang cara 'kotor'




BRAZIL - Penyerang Brazil, Neymar mengaku yang dia cukup gembira jika pasukannya menang dengan cara 'kotor' dalam misi memastikan negaranya meraih kejuaraan Piala Dunia buat kali keenam tercapai, lebih-lebih lagi apabila mereka menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini.

Pasukan La Selecao dikritik kerana prestasi hambar mereka sepanjang perjalanan ke peringkat suku akhir, paling ketara ketika menentang Chile pada pusingan kedua yang akhirnya dimenangi Brazil menerusi penalti penentuan.

Neymar kemudian didapati rebah di atas padang sambil menangis bersama Julio Cesar dan Thiago Silva setelah sepakan penalti pemain Chile, Gonzalo Jara tersasar dan memberi kemenangan kepada Brazil untuk layak ke suku akhir.

"Awak tidak boleh selalu menikmati permainan dan menang dengan keputusan 4-0 atau 5-0. Kini, bola sepak semakin susah kerana pasukan yang paling komited di atas padang bakal memenangi perlawanan tersebut.

"Saya bukannya mahu membuat pertunjukan (permainan cantik). Itu merupakan perkara terakhir yang kami mahukan. Tidak semestinya kami bermain untuk menghasilkan pertunjukan hebat. Kami di sini untuk berjuang hingga ke wisel penamat, hingga kami penat, dan berjaya menjadi pemenang," kata pemain Bracelona itu.

Dalam pada itu, Neymar tidak merasakan dirinya keseorangan menanggung beban untuk menyumbangkan gol kepada Brazil apabila penyerang lain seprti Fred, Jo dan Hulk gagal memberi impak terhadap pasukannya.

"Saya tidak rasa terlalu dibebani sama ada di atas padang mahupun di luar. Saya mempunyai rakan sepasukan yang membantu saya mengejar bola, menjaringkan gol dan merancang serangan.

"Pasukan bola sepak Brazil tidak hanya mempunyai seorang pemain yang perlu melakukan segala-galanya," katanya.

Brazil akan bertemu Colombia di Fortaleza pada Sabtu ini dalam perlawanan peringkat suku akhir.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari bakal membuat sekurang-kurangnya satu pertukaran pemain dalam kesebelasan utama setelah Luis Gustavo digantung perlawanan dan pemain tengah Tottenham Hotspur, Paulinho akan menggantikannya dalam perlawanan itu.

Sementara itu, pemain tengah Colombia, Carlos Sanchez tidak gentar dengan Brazil apabila pasukannya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah mereka setelah menang empat kali berturut-turut sejak kejohanan bermula.

"Takut? Tidak, menghormati, ya, kerana mereka adalah Brazil, pasukan tuan rumah, kerana pemainnya, jurulatihnya, dan segala yang diwakili negara itu," kata-nya.

James Rodriguez yang setakat ini menyerlah di Piala Dunia setelah menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan pula percaya Brazil harus risau terhadapnya, sama seperti Colombia yang mahu menyekat Neymar.

"Kami akan bertemu dengan lawan yang kuat, yang mempunyai ramai pemain hebat, namun mereka harus fikirkan yang kami juga mempunyai ramai pemain hebat," katanya.

Bagaimanapun, rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan itu tidak menyebelahi Colombia kerana mereka hanya menewaskan Brazil sebanyak dua kali daripada 25 perlawanan dan menang sekali dalam saingan kompetitif pada Copa America 1991. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140704/sl_01/Brazil-tak-kisah-menang-cara-kotor#ixzz36qD7oTDZ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wajib menghormati simbol negara

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada 500 pelajar Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching, Sarawak mengibarkan Jalur Gemilang dalam satu majlis yang diadakan di sekolah itu. - GAMBAR HIASAN

SEBAHAGIAN daripada kita sudah pasti masih ingat perbuatan biadab beberapa aktivis propembangkang yang cuba menukar Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya.

Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera yang menyerupai bendera Indonesia dan Singapura pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka selama dua tahun berturut-turut pada 2012 dan 2013.

Antara alasan yang diberikan oleh kumpulan berkenaan untuk bertindak sedemikian adalah kerana Jalur Gemilang cukup sinonim dengan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara sejak merdeka.

Oleh itu, bukan sahaja kerajaan yang perlu ditukar, malah ia juga harus melibatkan bendera walaupun pada hakikatnya Jalur Gemilang telah dipilih majoriti rakyat menerusi satu pertandingan.

Cukup menyedihkan, perbuatan kumpulan terbabit yang mengguris hati banyak pihak terlepas daripada hukuman walaupun terdapat peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang boleh digunakan.

Ekoran itu, perlakuan menghina simbol negara terus menjadi-jadi termasuk perbuatan kira-kira 100 pelajar Malaysia di Taiwan berpakaian serba hitam sambil memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.

Apabila kita menghina Jalur Gemilang, ia bererti kita memperlekehkan maksud tersirat yang terdapat pada bendera berkenaan seperti warna biru yang melambangkan perpaduan rakyat, bulan sabit sebagai tanda Islam agama rasmi dan warna kuning yang melambangkan raja-raja Melayu.

Sebenarnya, bukan sahaja bendera diperlekehkan, malah ia telah merebak untuk mencaci Malaysia, kaum Melayu, orang Islam dan agama Islam semata-mata kerana marahkan UMNO dan BN.

Perkara itu didedahkan oleh pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dalam artikel yang dimuat naik dalam portal berkenaan pada 23 Jun lalu.

Hasil pemantauan beliau terhadap komen-komen dan bahan-bahan yang dimuat naik dalam Facebook serta Twitter mendapati jurang antara kaum dan agama kini semakin melebar sehingga ke tahap melampaui batas.

Menurutnya, rakyat Malaysia kini seolah-olah tidak lagi kisah apa yang keluar dari mulut mereka dan sama ada apa yang diperkatakan itu menyinggung atau melukakan perasaan orang lain.

Penganalisis politik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling yang diminta mengulas pandangan Raja Petra itu berkata, apa yang didedahkan bukanlah sesuatu yang baharu kerana komen sedemikian sudah lama berlegar di ruang siber.

Beliau melihat fenomena itu semakin ketara setelah DAP memenangi banyak kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini termasuk berjaya memerintah Pulau Pinang.

"Bagi saya komen-komen yang memburukkan negara, raja, agama Islam dan mengaitkan Malaysia sebagai kerajaan Melayu merupakan agenda tersusun pihak-pihak berkenaan bagi memburukkan BN.

"Yang cukup menyedihkan, terdapat juga segelintir orang Melayu yang terlibat sama dalam perbuatan memburuk-burukkan negara," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau menegaskan, tragedi 13 Mei tidak akan berulang jika kerajaan dapat bertindak terhadap pihak-pihak yang jelas sekali cuba menghasut dan mencetuskan huru-hara.

"Saya melihat pertubuhan Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sehingga tidak melakukan tindak balas yang akan mencetuskan huru-hara.

Pertubuhan-pertubuhan Melayu ini masih meletak harapan kepada kerajaan untuk bertindak termasuk melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Harapan ini tidak harus disia-siakan. Pihak kerajaan tidak boleh menjadikan faktor Facebook dan Twitter dikendali syarikat asing sebagai alasan untuk tidak menyekat komen-komen sedemikian.

"Walaupun tidak mendapat kerjasama syarikat yang mengurus laman sosial terbabit, kerajaan masih boleh mendapat perintah mahkamah supaya individu terbabit menarik balik komen-komen mereka yang menghina negara," katanya.

Mengulas isu sama, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan yakin 13 Mei versi kedua seperti yang diramalkan itu tidak akan berlaku kerana semakin ramai yang mula sedar bahawa komen-komen bercorak sedemikian tidak baik untuk perpaduan kaum.

"Pengguna Internet sudah semakin matang dan saya dapati ramai di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan komen-komen yang menghina orang Melayu, raja dan Islam," katanya.

Kepada segelintir yang masih tidak mahu menggunakan Internet dengan berhemah, beliau bagaimanapun berharap kerajaan agar mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap mereka.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, secara peribadi sebagai rakyat Malaysia dan presiden pertubuhan itu, beliau berharap tragedi berkenaan tidak berulang.

Beliau berkata, terdapat tiga faktor yang akan menentukan sama ada tragedi berkenaan akan berulang atau tidak.

Pertamanya, kerajaan tegas dalam mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan keselamatan.

Kedua, jika rakyat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dan lantang, masih lagi dapat mengawal keadaan dan diri bagi mengelak detik hitam itu daripada berulang.

Bagaimanapun, jelasnya, terdapat faktor ketiga yang dibimbangi boleh mencetuskan huru-hara iaitu ‘nila setitik yang merosakkan susu sebelanga’.

Beliau menarik perhatian keadaan huru-hara yang tercetus di Mesir dan Tunisia semasa Arab Spring, gara-gara provokasi seorang dua yang terlibat dalam perhimpunan haram.

"Perkasa insya-Allah tetap (inginkan keamanan). Selagi mana saya masih menjadi Presiden, saya seboleh mungkin akan mengawal ahli-ahli agar tidak termakan provokasi yang boleh mencetuskan anarki," katanya.




Cabar perlembagaan larangan

Oleh AMIRUDDIN HARUN, SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Ariffin Zakaria

KUALA LUMPUR 7 Julai - Mahkamah Persekutuan berpendirian bahawa tindakan mencabar keperlembagaan peruntukan undang-undang berhubung larangan penggunaan kalimah Allah tidak boleh dibuat atas alasan ketidakpatuhan prosedur dan bagi mendapatkan bidang kuasa.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Gereja Roman Katolik dalam mendapatkan kebenaran merayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan adalah merupakan hak mereka, namun perlu ditekankan bahawa persoalan itu berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald.

"Saya berpandangan bahawa persoalan ini tidak boleh diteliti secara berasingan tanpa mengambil kira peruntukan yang dipertikaikan (peruntukan dalam enakmen di beberapa negeri yang melarang penggunaan Allah)," kata beliau dalam penghakiman penuh ketika menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi mendapat kebenaran merayu terhadap larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu.

Hakim Arifin seterusnya berkata, Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayan tindakan untuk mencabar kesahan atau keperlembagaan peruntukan undang-undang tersebut berdasarkan kepada kedua-dua alasan itu.

Ini kerana, menurut beliau, pihak yang mahu mencabar larangan penggunaan kalimah tersebut dari segi Perlembagaan perlu secara khusus memohon deklarasi bahawa peruntukan undang-undang itu adalah tidak sah, dan prosiding itu hanya boleh dilakukan dengan kebenaran hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau dengan itu berpendapat bahawa Mahkamah Rayuan adalah betul ketika mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati peruntukan dalam enakmen beberapa buah negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah adalah tidak berperlembagaan.

Penghakiman bertulis setebal 38 muka surat itu dikeluarkan hari ini setelah panel tujuh hakim diketuai oleh Hakim Arifin yang mencapai keputusan majoriti 4-3 menolak permohonan kebenaran merayu gereja berkenaan pada 23 Jun lalu.

Keputusan menolak dibuat oleh Ketua Hakim Negara bersama-sama bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; dan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Sementara Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha mencapai keputusan membenarkan permohonan itu.

Berhubung persoalan undang-undang pentadbiran, Hakim Arifin berkata, Mahkamah Rayuan mengguna pakai ujian kes undang-undang yang betul ketika membenarkan rayuan Kerajaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya berpuas hati bahawa Menteri Dalam Negeri telah melaksanakan budi bicaranya dengan betul selepas menimbang dengan teliti alasan beliau melarang penggunaan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi ketika itu memutuskan bahawa perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan tersebut daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Keempat-empat hakim berkenaan juga sepakat bahawa tidak sesuai bagi mereka untuk campur tangan dalam keputusan Mahkamah Rayuan dengan memberikan kebenaran merayu.

"Dalam hal ini, ingin saya menambah bahawa sekalipun mahkamah ini tidak bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan, ia bukan merupakan alasan yang mencukupi bagi kami memberikan kebenaran (merayu)," kata beliau.

Mengenai persoalan isu-isu teologi (ketuhanan), menurut Hakim Arifin, daripada fakta yang dikemukakan, adalah jelas bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu tidak berdasarkan pertimbangan teologi.

Oleh itu, beliau berkata, persoalan yang ditimbulkan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan berhubung isu itu hanya berdasarkan kepada pandangan mereka semata-mata.

Gereja Roman Katolik selaku pemohon mengemukakan sejumlah 28 persoalan undang-undang bagi menyokong permohonannya yang menamakan Menteri Dalam Negeri, kerajaan Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah, Selangor dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) selaku pihak responden.

Pada 2009, Gereja Roman Katolik diketuai Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Malaysia, terutamanya bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140708/ma_01/Cabar-perlembagaan-larangan#ixzz36pmp5RUw  © Utusan Melayu (M) Bhd 



"Kebenaran perlu diberi, keputusan bersifat umum"

PUTRAJAYA 7 Julai - Keputusan Mahkamah Rayuan sewaktu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah dilihat seolah-olah 'pukul rata' dan tidak ubah seperti satu larangan umum sedangkan permohonan kebenaran oleh Gereja Roman Katolik dalam penggunaan kalimah tersebut hanya membabitkan bahagian bahasa Melayu penerbitan tersebut.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dalam penghakiman bertentangannya berkata, terdapat merit dalam permohonan mendapatkan kebenaran oleh gereja terbabit kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan seolah-olah melarang penggunaan kalimah Allah oleh kesemua individu bukan Islam dalam apa juga bentuk, dalam semua acara.

"Ini akan melibatkan ramai pihak seperti komuniti Sikh yang tidak dinamakan sebagai pihak di dalam kes ini," katanya dalam penghakiman penuh Mahkamah Persekutuan yang diperoleh media hari ini.

Tambah hakim terbabit, tiada sebab kenapa hak beragama sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan perlu dikongkong kepada kepentingan dan keutamaan sesuatu agama sahaja sedangkan isu kebebasan beragama dan perlindungannya perlu merangkumi kesemua pihak dan bukannya diasingkan.

Oleh itu, adalah wajar kebenaran diberikan bagi memberi peluang kepada Mahkamah untuk memastikan sama ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tepat telah digunakan atau ditafsirkan dengan betul dalam mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald untuk menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Gereja Roman Katolik selaku pemohon memohon kebenaran untuk merayu namun ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun lalu dengan keputusan majoriti 4-3.

Hakim Malanjum dalam penghakimannya menyatakan, menerima pakai hujah Peguam Kanan Persekutuan berhubung usaha panel Mahkamah Rayuan yang membuat kajian sendiri berdasarkan internet secara tidak langsung akan mengikat mahkamah lebih rendah sedangkan konsep tersebut masih belum diuji keberkesanannya.

Hakim itu memberitahu, walaupun terdapat beberapa isu yang akan bertindan antara satu sama lain, namun adalah mustahak bagi mahkamah untuk menilai kesemua aspek teknikal yang perlu didengar dalam satu perbicaraan penuh sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dalam penghakiman menentang menyatakan, adalah wajar Mahkamah Persekutuan memberikan kata putus dalam hal ini.

Ujar beliau, kes ini telah menimbulkan pelbagai isu kepentingan awam yang tidak boleh dipandang remeh dan perlu dikaji dan diselesaikan atau ia akan mengakibatkan beberapa isu prinsip perundangan di peringkat Mahkamah Rayuan akan kekal tidak jelas dan tidak diperbetulkan.

Selain itu, Hakim Zainun mengatakan, fakta yang diambil daripada afidavit dan internet tidak disokong atau disahkan menjadikan ia tidak boleh diterima pakai.

"Atas alasan itu, sesuatu kemungkinan tidak boleh diterima sebagai kebenaran," katanya.

Seorang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dalam penghakimannya pula memberitahu, pada peringkat permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu, adalah tidak perlu untuk menyegerakan sesuatu penghakiman apabila isu dan meritnya masih belum dibentang dan dihujahkan.

Hakim Kok Wha berkata, terdapat bukti jelas pada setiap peringkat bahawa isu penggunaan kalimah Allah yang telah dipertimbangkan dan dinilai oleh Menteri Dalam Negeri yang kemudian melaksanakan arahan, Mahkamah Tinggi yang mengetepikan perintah menteri dan penghakiman Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan mahkamah terdahulu, jelas menunjukkan terdapat persoalan atau isu berkaitan perlembagaan mengenai kalimah terbabit.

Selain itu, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa persoalan mengenai isu-isu perlembagaan tersebut telah dikekalkan atau diberi justifikasi oleh menteri dan dijawab oleh mahkamah-mahkamah terdahulu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan kesannya.

"Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memperoleh keputusan yang berbeza. Namun, ia adalah berdasarkan peruntukan oleh perlembagaan. Persoalan berkaitan Perlembagaan perlu dijawab oleh Mahkamah Persekutuan kerana ia terlalu kabur untuk diputuskan oleh mahkamah yang lebih rendah," kata hakim terbabit.

Atas alasan-alasan yang dinyatakan, ketiga-tiga hakim tersebut berpendapat bahawa kebenaran untuk merayu perlu diberikan bagi membolehkan isu-isu berkaitan Perlembagaan terutamanya dapat diselesaikan.


© Utusan Melayu (M) Bhd 



Berkas ketua sindiket mesin judi haram - Musa


Musa Hassan

KUALA LUMPUR 7 Julai - Kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini hanya boleh diperangi jika ketua sindiket dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan undang-undang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penahanan orang suruhan atau bawahan sindiket itu tidak mendatangkan kesan jika ketuanya masih bebas berikutan kegiatan haram seperti mesin judi merupakan sumber kewangan yang besar kerana mereka tidak perlu membayar cukai.

"Banyak tindakan yang boleh diambil bagi membanteras kegiatan mesin judi haram ini antaranya mengambil tindakan mengikut undang-undang rumah perjudian manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) pula di bawah undang-undang hiburan dan keluarga.

"Operasi setiap premis ini perlu dipantau dari semasa ke semasa. Jika mereka melakukan kesalahan, maka tindakan undang-undang seperti pembatalan lesen perniagaan boleh dikenakan kepada pemiliknya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia sejak 29 Jun lalu berhubung kegiatan mesin judi haram yang berada pada tahap luar biasa.

Dalam pada itu, Musa ketika mengulas mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) menjelaskan, undang-undang tersebut boleh digunakan oleh semua agensi penguat kuasa jika terdapat individu terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram.

Jelasnya, tindakan AMLA besar dan memerlukan pemantauan serta kerjasama daripada semua pihak.

"Jika ketua atau orang tengah sindiket ini telah dikenal pasti, pihak berkuasa boleh menjalankan pemeriksaan terhadap akaun individu terbabit. Malah, tindakan mahkamah juga perlu diambil untuk memastikan mereka terlibat menerima hukuman.

"Sebagai contoh, ketika berkhidmat saya pernah menahan empat individu termasuk ah long yang terlibat dengan perjudian dan kesemua mereka ini ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga disiasat dibawah undang-undang AMLA. Walau demikian, pendakwaan dibawah undang-undang AMLA tidak dijalankan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140708/je_02/Berkas-ketua-sindiket-mesin-judi-haram---Musa#ixzz36pdtbZ5v  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Letak jawatan: MB Selangor sedia maafkan sempena Ramadan


Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 7 Julai - Mengambil sikap mahu menjaga kesucian bulan Ramadan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia memaafkan pihak tidak bertanggungjawab yang memfitnah beliau mahu meletakkan jawatan sebagaimana tersebar dalam laman sosial sejak semalam.

Sikap itu dapat dilihat apabila Abdul Khalid ketika ditanya kemungkinan perkara tersebut dilakukan oleh pesaingnya dalam parti berkata, beliau tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut bagi menghormati Ramadan.

"Itu tidak mengapa. Bulan puasa, saya tidak boleh cakap benda yang tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri di sini hari ini.

Sejak semalam, maklumat palsu mengenai Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana hari ini bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar tersebar dalam laman sosial termasuk Twitter, blog dan WhatsApp.

Selain itu, terdapat penyebaran yang didakwa dilakukan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengeluarkan berita mengenai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad telah diperkenan oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar baharu.

Bernama bagaimanapun menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya memaklumkan ada pihak tertentu menggunakan nama agensi itu menyebarkan berita tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid menafikan berita tersebut dan meminta pihak tidak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan sedemikian.

"Itu tidak benar (peletakan jawatan). Saya baru lepas mesyuarat dan saya ada lagi satu mesyuarat selepas ini," katanya.

Ditanya sama ada penyebaran berita palsu itu sebagai satu bentuk serangan peribadi terhadapnya sempena pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Khalid enggan mengulas.

Sementara itu, Iskandar ketika ditemui turut menafikan laporan beliau akan menggantikan Abdul Khalid.

"Memang tidak betul. Saya fikir spekulasi itu tidak benar," katanya.

Terdahulu, sekumpulan wartawan berkumpul seawal pukul 8 pagi di hadapan Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di sini bagi mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan Abdul Khalid akan melepaskan jawatannya.




malayan fighter: 7 Sindiran Tun Mahathir kepada orang cina

malayan fighter: 7 Sindiran Tun Mahathir kepada orang cina: 1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajia...

Monday, 7 July 2014

WORLD CUP 2014 - Lukaku musnahkan kami - Howard


JERMAINE Jones (kiri) ditenangkan rakan sepasukan, Julian Green selepas Amerika Syarikat tewas kepada Belgium di Arena Fonte Nova, Salvador, pagi ini. - AFP

PENJAGA gol Amerika Syarikat, Tim Howard mengakui, Romelu Lukaku telah memusnahkan impian mereka untuk melangkah ke suku akhir apabila menukar rentak permainan Belgium sebaik saja dibawa masuk sebagai gantian pada minit ke-91.

Jaringan Lukaku dan Kevin De Bruyne pada masa tambahan membantu Red Devils menumpaskan Amerika Syarikat 2-1 di Salvador, pagi ini, sekali gus menjadi pasukan terakhir melengkapkan tiket suku akhir.

Dilabel sebagai ‘kuda hitam’ Piala Dunia 2014, Belgium memenuhi reputasi tersebut, namun ujian sebenar mereka hanya hadir di Brasilia, Ahad ini apabila bakal berdepan juara dunia dua kali, Argentina.

Dalam perlawanan sengit di Arena Fonte Nova itu, kedua-dua pasukan buntu mencari gol sepanjang 90 minit permainan hingga memaksa saingan diheret ke masa tambahan.

Lukaku, yang dibawa masuk menggantikan Divock Origi pada minit ke-91 berjaya menukar rentak permainan, menjadikan Belgium lebih agresif sebelum akhirnya De Bruyne memecah kebuntuan dengan membuka jaringan pada minit ke-93.

Lukaku, 21, kemudian meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0 pada minit ke-105.

“Apabila mereka membawa masuk Rom (Lukaku) keadaan terus berubah. Dia melakukan banyak gerakan, berlari ke arah kami, mencipta gol dan melakukan hantaran untuk rakan-rakannya.

“Rom menukar permainan, dia memusnahkan kami.

“Hati saya amat terluka, saya tidak fikir ada apa-apa lagi yang boleh kami lakukan kerana kami sudah memberi segala-galanya hari ini.

“Kami akan meninggalkan Brazil selepas tewas di tangan pasukan yang sangat bagus. Mereka memanfaatkan peluang dengan baik," kata Howard, rakan sepasukan Lukaku di Everton.

Kemenangan Belgium juga memastikan kesemua lapan slot suku akhir dipenuhi oleh juara kumpulan, kali pertama berlaku sejak kejohanan diubah kepada format 32 negara pada 1998.

Malah, lebih menarik lagi, semua pasukan ini tidak pernah kalah dalam perlawanan masing-masing.

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots mengakui, menentang Amerika Syarikat adalah detik paling mendebarkan buatnya sepanjang kempen Piala Dunia.

“Kami memiliki kira-kira 15 peluang, selain mengawal permainan dan memang berhak meraih kemenangan ini.

“Pemain saya juga telah mencapai had maksima untuk memastikan pasukan melepasi misi awal, layak ke suku akhir. Kemenangan ini membolehkan seluruh Belgium berpesta," ujar Wilmots.

Belgium memang berhak dinobat sebagai pemenang apabila lebih banyak menguji Howard dengan serangan bertubi-tubi sebelum berjaya memperoleh jaringan menerusi sepakan kaki kiri De Bruyne pada babak pertama masa tambahan.

Lukaku menghadiahkan gol kedua menerusi gerakan pantas untuk memberi kelebihan selesa kepada Red Devils.

Biarpun Amerika Syarikat cuba mengejar dan merapatkan kedudukan 1-2 menerusi Julian Green pada minit ke-107, namun tiada apa yang mampu dilakukan anak-anak buah Juergen Klinsmann untuk menghalang kemaraan Belgium.

Pencapaian terbaik Belgium pada Piala Dunia ialah melangkah ke separuh akhir pada 1986.




WORLD CUP 2014 - Gergasi teruskan dominasi




SWITZERLAND mengikut skrip Algeria, Nigeria dan Mexico yang hampir melakar kejutan, namun pada akhirnya pasukan gergasi, Argentina menepati ramalan mara ke suku akhir selepas menang 1-0 di Brasilia, pagi ini.

Tidak kiralah dengan cara apa kemenangan dipahat skuad La Albiceleste, yang pasti Argentina memastikan tiada pasukan besar mengalami kejutan sebaik sahaja kejohanan masuk peringkat kalah mati.

Turun selaku juara dua kali, skuad yang diketuai Lionel Messi diheret ke masa tambahan dan memerlukan gol Angel Di Maria, dua minit sebelum tamat permainan untuk menang.

Kemenangan membawa Argentina bertemu Belgium, Ahad ini dan masih memegang status calon juara, biarpun ramai yang mungkin berpersoalkan kemampuan mereka selepas mengharungi 123 minit tanpa gol.

Jaringan hanya hadir pada minit ke-124 selepas Messi yang menewaskan pertahanan lawan, melakukan hantaran cantik untuk disudahkan Di Maria.

“Saya bukan wira pasukan ini. Semua 23 pemain dan kakitangan teknikal pasukan kami adalah wira sebenar.

“Kami sentiasa melakukan yang terbaik dan hanya membuat satu kesilapan pada separuh masa pertama menyebabkan berlaku situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, (Sergio) ‘Chiquito’ Romero.

“Selain kesilapan itu, kami bermain baik dan saya percaya kami lebih daripada layak untuk memenangi perlawanan ini," kata bintang Real Madrid, Di Maria.

Selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol sepanjang 90 minit permainan sebenar, Messi mengatur serangan pantas dan melepasi kawalan pertahanan Switzerland sebelum melakukan hantaran kepada Di Maria, yang membawa kemenangan kepada juara 1986 dan 1978 itu.

Biarpun ketinggalan 0-1, Switzerland tidak berputus asa dan hampir mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti, namun tandukan Blerim Dzemaili sekadar terkena tiang gol.

“Bola sepak sangat kejam, kejam dan kejam. Malang sekali, kami tidak punya cukup kekuatan pada penghujung masa tambahan.

“Itulah hakikat bola sepak, hanya satu kesalahan kecil kami dihukum. Kami berpeluang meraih gol sebelum itu...ia sangat kejam," kata penolong jurulatih Switzerland, Michel Pont.

Di sebalik kejayaan layak ke suku akhir, skrip Argentina bagaimanapun tidak berubah sejak perlawanan pertama apabila terlalu bergantung kepada kapten, Messi sama ada untuk mencipta gerakan atau meledak gol.

Switzerland yang cuba meraih tiket suku akhir buat kali pertama sejak 1954 tetap layak dipuji apabila sedikit pun tidak gentar dengan reputasi besar lawan mereka dan memperoleh beberapa peluang baik menerusi Granit Xhaka, Xherdan Shaqiri serta Josip Drmic, namun dinafikan oleh ketangkasan Romero.

Argentina kini menyertai bekas-bekas juara, Brazil, Jerman dan Perancis yang kesemuanya dipaksa berhempas pulas dalam perlawanan masing-masing sebelum meneruskan kemaraan.

Turut melangkah ke suku akhir adalah naib juara 2010, Belanda, Belgium, Colombia dan pasukan underdog, Costa Rica.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140702/sl_16/Gergasi-teruskan-dominasi#ixzz36lm3Sebj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Fernandinho mahu sekat Rodriguez


PEMAIN tengah Brazil, Fernandinho mengakui dia kagum dengan James Rodriguez tetapi tidak akan memberi ruang kepada pemain itu apabila mereka bertemu pada suku akhir Sabtu ini.

PEMAIN tengah Colombia, James Rodriguez semakin mendapat tumpuan selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Uruguay.

TERESOPOLIS - Brazil pasti berdepan dengan masalah besar jika memberikan ruang kepada James Rodriguez dalam aksi suku akhir Piala Dunia berdepan Colombia, demikian amaran pemain tengah The Selecao, Fernandinho kepada rakan sepasukannya.

Pemain berusia 22 tahun itu yang dianggap sebagai bintang paling menyerlah di Piala Dunia setakat ini, menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan dan salah satu jaringannya dilabelkan sebagai gol terbaik semasa menewaskan Uruguay pada pusingan kedua.

Malah, Fernandinho mengakui dia sebenarnya sudah lama melihat bakat yang ada pada Rodriguez apabila mereka berdua bertembung di atas padang dalam aksi Liga Juara-juara melibatkan Shakhtar Donetsk, kelab lama Fernandinho dan FC Porto pada September 2011.

"Saya ada menentang FC Porto yang diwakili oleh Rodriguez pada masa itu, dia baru sahaja bermula aksinya di Eropah dan dia tidak diletakkan dalam kesebelasan utama.

"Dalam perlawanan tersebut, dia menunjukkan keupayaan teknikal yang begitu tinggi pada bahagian kaki kirinya dan pada Piala Dunia ini, dia menunjukkan nilai yang dibayar oleh Monaco untuk mendapatkannya dari Porto adalah berbaloi dan jika dia tidak diberikan banyak ruang semasa berdepan menentang kami, ia lebih baik buat Brazil, " kata Fernandinho.

Tanpa sebarang persoalan, Fernandinho berkata, tiada sebarang persoalan yang mereka perlu merantai pergerakan Rodriguez, yang berpindah dari Porto ke Monaco dengan yuran perpindahan RM 197.5 juta (45 juta Euro) pada tahun lalu.

"Di mana sahaja dia bermain, bukan satu strategi yang sesuai merantai pergerakan pemain itu secara individu dan kami semua perlu menyekatnya secara bersama dan mengikut zon," kata pemain tengah Manchester City berkenaan.

Walau bagaimanapun, Brazil terpaksa berdepan tekanan tinggi daripada para penyokong dan mereka hampir ditunjukkan jalan keluar oleh Chile di Belo Horizonte.

Pada perlawanan berkenaan, penjaga gol, Julio Cesar, menjadi wira Brazil dengan menyelamatkan dua sepakan Chile untuk membantu pasukannya menang 3-2 manakala Nemar antara yang paling gembira selepas tamat permainan.

Ketua pasukan, Thiago Silva, turut menangis semasa meraikan kemenangan dan dia antara pemain yang dikritik kerana dianggap gagal menjadi ketua yang baik kepada pasukan.

Ketua pasukan Brazil, Carlos Alberto, yang memenangi Piala Dunia 1970 di Mexico, memberitahu akhabar harian sukan Lance: "Dia sepatutnya berada di tengah padang dan memberikan arahan kepada rakan sepasukan, dia adalah ketua pasukan."

Bagaimanapun, Fernandinho menafikan skuad Brazil pada kali ini secara mental tidak begitu kuat untuk memenangi kejuaraan di tempat sendiri.

"Kami telah melakukan persiapan rapi semenjak 26 Mei, termasuk daripada aspek psikologi, tiada sebarang keperluan lagi buat kami mengadakan perkara yang sama pada masa ini.

"Apa yang penting pada kami sekarang kami ada tanggungjawab untuk rakyat negara ini seramai 200 juta orang yang mengharapkan kegembiraan dan hari lebih baik melalui sukan bola sepak.

"Kami kena mengekalkan tahap konsentrasi sepanjang permainan terutama pada situasi sepakan penalti," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140702/sl_09/Fernandinho-mahu-sekat-Rodriguez#ixzz36lkv0Xzd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Nigeria hancur dalam 10 minit terakhir


PENYERANG Perancis, Paul Pogba (kanan) menanduk bola untuk menjaringkan gol sewaktu menentang Nigeria di pusingan kedua di Brasilia semalam. - REUTERS

BRASILIA - Perancis menamatkan impian Nigeria untuk layak ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama apabila mereka meledakkan dua gol di penghujung perlawanan untuk menang 2-0 ke atas pasukan 'Super Eagles' itu dalam saingan pusingan kedua semalam.

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba meletakkan pasukannya di hadapan menerusi tandukkan pada minit ke-79 setelah penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama gagal menolak jauh bola yang melintasi gawang gol setelah Mathieu Valbuena membuat sepakan sudut.

Kemenangan Perancis disahkan apabila Joseph Yobo secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan, sekali gus memastikan pasukan kendalian Didier Deschamps itu bakal berdepan Jerman di peringkat suku akhir.

"Saya berbangga dengan segala-galanya yang dilakukan pasukan sejak bermulanya perlawanan lagi. Keadaan menjadi sedikit tegang di atas padang kerana mereka (Nigeria) adalah sebuah pasukan yang kuat, tetapi kami telah layak ke peringkat suku akhir dan akan berusaha sepenuhnya untuk mara lebih jauh," kata Deschamps.

Pada masa sama, Pogba turut berbangga dengan jaringannya yang dilihat amat penting dalam memberikan kemenangan kepada Perancis.

"Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan perasaan ini. Saya tahu seluruh negara kami menyokong pasukan ini dan menjaringkan gol tersebut menyebabkan kami rasa seperti bebas dan saya amat gembira untuk seluruh Perancis," katanya.

Sementara itu, perlawanan tersebut dikatakan penuh dengan kontroversi apabila tonggak tengah Nigeria, Ogenyi Onazi mengalami kecederaan dan dikeluarkan setelah dikasari oleh Blaise Matuidi yang bernasib baik kerana hanya dilayangkan kad kuning.

Nigeria turut dinafikan gol pada separuh masa pertama apabila jaringan Emmanuel Emenike dikatakan ofsaid.

Jurulatih Nigeria, Stephen Keshi tidak berpuas hati dengan kedua-dua kejadian berkenaan.

"Saya tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Dua kali Onazi dikasari dengan teruk dan perkara tersebut mungkin menyebabkan dia terpaksa berehat dalam tempoh masa yang lama. Ini merupakan kali pertama saya mengkritik pengadil dan ia bukanlah perkara baik.

"Jika awak lihat gol yang kami jaringkan juga tidak mempunyai sebarang kesalahan, namun tetap dibatalkan tanpa sebab yang kukuh. Saya mahu tahu mengapa pengadil membatalkan jaringan tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan. - REUTERS



 

WORLD CUP 2014 - Kalah bukan sebab pemain puasa


Rais Mbohli melayangkan badan untuk menepis percubaan ketua pasukan Jerman, Philipp Lahm semalam. - AFP

PORTO ALEGRE - Penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi menegaskan kekalahan 2-1 pasukannya kepada Jerman pada masa tambahan sekali gus tersingkir dari Piala Dunia bukan disebabkan oleh tindakan rakan sepasukannya berpuasa.

Persembahan cemerlang M'Bolhi menjaga gawang sepanjang tempoh normal permainan melayakkannya dinobatkan pemain terbaik perlawanan sebelum dia akhirnya ditewaskan oleh jaringan Andre Schuerrle dan Mesut Ozil yang dihasilkan pada setiap babak masa tambahan yang menjadi penentu kepada pertemuan sengit itu.

Algeria berjaya mendapatkan gol sagu hati dalam aksi di Porto Alegre itu sebelum wisel ditamatkan menerusi pemain gantian, Abdelmoumene Djabou.

Algeria mempersembahkan corak serang balas pantas ke kubu Jerman dengan keazaman tinggi sepanjang 90 minit perlawanan namun dilihat mula kepenatan selepas perlawanan diheret ke masa tambahan namun M'Bolhi menegaskan, Ramadan tidak boleh dipersalahkan.

Kebanyakan pasukan dilaporkan memantau pemain mereka yang berpuasa sepanjang Ramadan yang bermula di Brazil Sabtu lalu dan mungkin hanya boleh minum air pada separuh masa pertama.

"Tidak, saya tidak fikir (ia merupakan faktor), kami bersedia untuk bermain selama yang diperlukan, tiada pihak yang percaya kami mampu bermain seperti itu.

"Perlawanan itu tidak ditentukan oleh faktor fizikal, setiap pemain adalah cergas dan sedia untuk bermain, kami hanya dibolosi dua jaringan pada masa tambahan.

"Ia lebih kepada persoalan peribadi iaitu antara kami dan tuhan, saya tidak fikir saya perlu menjawab soalan awak, Ramadan merupakan satu perkara peribadi,'' tegas M'Bolhi.

Sebelum perlawanan itu berlangsung, kebanyakan fokus tertumpu kepada hasrat Algeria untuk membalas dendam selepas lebih tiga dekad peristiwa 'Keaiban Gijon' yang menyaksikan Jerman saling mendapat manfaat hasil kemenangan 1-0 ke atas Austria, sekali gus menyingkirkan Algeria daripada Piala Dunia 1982 di Sepanyol.

"Kami amat kecewa kerana kami merasakan ada sesuatu yang patut kami dapat daripada perlawanan ini.

"Namun, kami menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Algeria, tidak ada pasukan lain yang melangkah jauh sebelum ini dan kami membuktikan kami boleh bermain di kedudukan sama pada peringkat tertinggi. Kami mahu menjadikannya titik tolak kepada kejayaan pasukan selepas ini," kata M'Bolhi.

Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic sementara itu tidak menghadiri sidang akhbar selepas perlawanan, di tengah-tengah khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan sejurus Piala Dunia.

"Memang terdapat khabar angin, namun kami perlu berterima kasih atas apa yang telah beliau lakukan kepada pasukan ini,'' kata pertahanan veteran, Madjid Bouguerra.

"Beliau mengambil alih pasukan ini ketika mereka sangat lemah dan Halilhodzic telah memberi kami keyakinan, kami semua mencium dia sejurus perlawanan tamat dan sekiranya beliau pergi, beliau perlu diberi ganjaran.

"Ya, kami agak kecewa namun kami tetap bangga tentang apa yang kami capai di temasya Brazil ini,'' katanya. - AFP




WORLD CUP 2014 - Jerman tercungap sebelum ke suku akhir




PORTO ALEGRE - Jerman terpaksa berhempas pulas ketika menewaskan Algeria 21 selepas perlawanan pusingan kedua itu terpaksa berlangsung hingga ke masa tambahan sekali gus menghancurkan misi lawan mereka untuk membalas dendam.

Jerman dipaksa berusaha keras oleh Algeria yang begitu bersemangat sebelum akhirnya jaringan Andre Schuerrle dan Mesut Ozil pada masa tambahan memberikan mereka kejayaan dalam perlawanan sengit yang menyaksikan wakil Afrika itu melancarkan serangan balas kemas manakala Jerman membedil lawan mereka bertalutalu pada babak kedua.

Nigeria, yang menjadi harapan dunia Arab, bermain penuh bertenaga dan berkeyakinan tinggi untuk beberapa kali menggugat benteng lawan, namun kekuatan dan kecergasan pemainpemain Jerman akhirnya membolehkan mereka menguasai perlawanan.

Keduadua pasukan gagal memperoleh gol dalam tempoh perlawanan sebenar namun hantaran leret Thomas Mueller kepada Schuerrle pada masa tambahan berjaya memecah kebuntuan dan derita Algeria kian bertambah selepas Ozil menjaringkan gol pada minit terakhir.

Algeria bagaimanapun tidak berputus asa dan memperoleh gol sagu hati daripada Abdelmoumene Djabou sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kejayaan Jerman ke suku akhir menyaksikan mereka tidak pernah terlepas peringkat itu sejak menyertai Piala Dunia pada 1938. Ini juga merupakan kemenangan pertama mereka ke atas Algeria daripada tiga pertemuan.

Algeria pula layak ke pusingan 16 pasukan terakhir buat kali pertama.

"Kami lebih suka menang dengan cara berbeza. Algeria melakukan dengan bagus, mereka mengawal benteng pertahanan dengan rapi dan tidak membenar kami lepas sejak awal permainan.

"Namun tidak penting bagaimana kami menang kerana yang paling mustahak sekali kami sudah berada di peringkat suku akhir untuk menentang juara 1998, Perancis," kata Schuerrle kepada wartawan.

Keputusan perlawanan itu menafikan usaha Algeria, yang menjadi tumpuan selepas menewaskan Jerman Barat di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 1982, membalas dendam terhadap dakwaan 'Disgrace of Gijon' (peristiwa memalukan di Gijon).

Selepas kalah kepada Algeria, Jerman Barat hanya menang tipis ke atas Austria dalam perlawanan yang menyaksikan mereka bermain separuh hati di Gijon sehingga menyebabkan keduadua pasukan itu mara ke peringkat seterusnya manakala Algeria tersingkir. Ini menyebabkan wujud dakwaan ada pakatan antara dua negara Eropah itu. - REUTERS




WORLD CUP 2014 - Tiada tindakan ke atas Robben - FIFA


Arjen Robben mengaku berpura-pura dikasari pada awal permainan ketika menentang Mexico untuk cuba mendapatkan sepakan penalti.

RIO DE JANEIRO - Bintang Belanda, Arjen Robben tidak akan dikenakan apa-apa tindakan disiplin walaupun dia telah mengaku sengaja menjatuhkan diri ketika pasukannya menang ke atas Mexico dalam perlawanan pusingan kedua, FIFA mengesahkan semalam.

Robben, yang mendapatkan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk membolehkan Belanda akhirnya menang 2-1, kemudian mengaku sebelum itu dia sengaja menjatuhkan diri pada awal permainan bagi mendapatkan sepakan penalti.

Bagaimanapun, jurucakap FIFA, Delia Fischer menolak apa-apa kelakuan kemungkinan retrospektif ketika ditanya mengenai komen Robben sewaktu taklimat semalam.

Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) berkata awal Isnin yang komen Robben selepas perlawanan itu telah disalah tafsir.

"Media telah menyalahtafsirkan pernyataan daripada Robben pada wawancara selepas perlawanan," kata KNVB. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140702/sl_03/Tiada-tindakan-ke-atas-Robben---FIFA#ixzz36lfnZjao  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Anakbukitgantang in Putrajaya: Bila Mujahid Yusuf Rawa jadi PM @RUU Harmoni

Anakbukitgantang in Putrajaya: Bila Mujahid Yusuf Rawa jadi PM @RUU Harmoni: Berapa Liberalnya PAS? Kita lihat tokoh PAS Mujahid Yusuf Rawa cuba nak bentangkan Rang Undang Undang  Harmoni  melalui Majlis Konsultansi ...

WORLD CUP 2014 - Suarez mohon maaf


Luis Suarez yang sedang mendukung anak lelakinya, Benjamin melambai kepada peminat dari rumah ibunya di Canelones, berdekatan Montevideo baru-baru ini. - AFP

MONTEVIDEO - Penyerang Uruguay, Luis Suarez memohon maaf kepada pertahanan Itali, Giorgio Chiellini semalam kerana menggigit pemain itu.

Perbuatan bintang Liverpool itu membenamkan giginya ke bahu Chiellini mengakibatkan dia digantung selama empat bulan, dan disingkir daripada Piala Dunia.

Ini kali pertama Suarez mengakui kesilapannya kerana menggigit Chiellini.

"Saya benar-benar menyesal terhadap apa yang berlaku. Saya meminta maaf kepada Giorgio Chiellini, dan seluruh keluarga bola sepak. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa depan," kata Suarez dalam kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi akaun Twitter miliknya.

Chiellini telah memberi maklum balas segera terhadap permohonan maaf yang dikemukakan oleh Suarez itu.

"Semuanya telah dilupakan. Saya harap FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akan mengurangkan (tempoh) penggantungan awak," kata pemain itu menerusi Twitter.

Suarez menggigit Chiellini sewaktu Uruguay melakar kemenangan 1-0 ke atas Itali pada 24 Jun lalu yang melayakkan pasukan Amerika Selatan itu ke pusingan kedua pada Piala Dunia. Uruguay bagaimanapun tewas kepada Colombia Isnin lalu.


SEORANG pelancong bergambar sambil berlagak lengannya digigit oleh Luis Suarez di hadapan sebuah papan iklan yang menggunakan gambar pemain itu di pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil. Lagak itu menjadi fenomena sejak Suarez menggigit Giorgio Chiellini. - AFP

Penyerang prolifik itu pada awalnya menafikan tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Pemain itu memaklumkan kepada suruhanjaya disiplin FIFA bahawa dia gagal mengawal badannya, dan menafikan menggigit Chiellini.

Namun, dalam tempoh 48 jam insiden tersebut berlaku, Suarez telah dijatuhkan hukuman digantung daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan, dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa, serta didenda 100,000 Swiss franc (RM361,512).

Kesalahan menggigit pemain lawan merupakan kali ketiga dilakukan Suarez. Dia pulang ke Uruguay pada Jumaat lalu yang mana hukuman tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat negara itu.

Presiden Jose Mujica telah menyelar pemimpin FIFA, dan mencerca mereka dengan kata-kata makian ekoran hukuman tersebut.

"Selepas beberapa hari berehat di rumah dengan keluarga saya, saya berpeluang untuk mendapatkan ketenangan, dan mengenang kembali insiden yang berlaku sewaktu perlawanan Itali-Uruguay pada 24 Jun 2014," kata Suarez.

Katanya lagi, terdapat kenyataan yang bercanggah, tetapi dia sama sekali tidak berniat untuk mengganggu persembahan baik yang dipamerkan skuad kebangsaannya.

"Kebenarannya rakan sepejuangan saya, Giorgio Chiellini telah terjejas secara fizikal kerana gigitan tersebut ekoran perlanggaran yang berlaku dengan saya. Untuk itu saya dengan ikhlas memohon maaf terhadap insiden yang berlaku," ujar penyerang Liverpool berusia 27 tahun itu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140702/sl_01/Suarez-mohon-maaf#ixzz36lc1FMuC  © Utusan Melayu (M) Bhd