Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 19 June 2014

WORLD CUP 2014 - Jepun, Greece congak peluang



Jurulatih Jepun, Alberto Zaccheroni memberikan arahan kepada Keisuke Honda sewaktu sesi latihan di kem latihan pasukan Jepun di Sao Paulo, semalam. - REUTERS

NATAL - Selepas tumpas dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Jepun dan Greece masing-masing akan mempersembahkan kualiti terbaik demi menyelamatkan kempen mereka daripada terus berakhir dalam perlawanan bertempat di Stadium Estadio das Dunas (6 pagi esok waktu Malaysia).

Namun jika ada di antara dua pasukan itu berjaya meraih tiga mata pun belum pasti menjamin mereka dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

Walaupun Jepun menjadi negara pertama yang layak untuk bertanding di Brazil, mereka kecundang di awal kejohanan apabila dibenam 2-1 oleh Ivory Coast di Recife Ahad lalu.

Meskipun berjaya mendahului menerusi sepakan Keisuke Honda pada minit ke-16, mereka gagal mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi Les Elephants.

"Kekuatan kami terletak kepada kawalan bola.

"Bila kami berjaya mengawal bola, kami hanya perlu terus mengawalnya daripada dirampas oleh pihak lawan. Jika bola itu berjaya dirampas oleh mereka, kami akan segera merebutnya dan mempertahankan pasukan kami. Itulah falsafah kami," kata Honda.

Jurulatihnya, Alberto Zaccheroni dilihat tidak akan membuat perubahan terhadap kesebelasan utama walaupun Yoshito Okubo memainkan peranan sebagai pengganti dengan cukup baik jika hendak dibandingkan dengan persembahan Yuya Osaka yang mengecewakan di bahagian hadapan.

Pemain tengah, Shinji Kagawa turut dikritik kerana aksinya yang hambar namun para peminat masih meletakkan harapan tinggi bahawa Kagawa akan menampilkan persembahan mantap ketika menentang Greece.

Greece hanya dibolosi empat gol dalam 10 perlawanan peringkat kelayakan ke Brazil, tetapi sudah pun dibolosi hampir sama banyak ketika dibelasah 3-0 oleh Colombia di Belo Horizonte.

Mereka datang ke Brazil dengan matlamat untuk bermain secara menyerang, dan tidak akan membiarkan kekalahan kepada Colombia mengubah corak permainan mereka.

"Semua orang menjangkakan kami akan bertahan dan bertahan supaya dapat kekal seri. Tetapi saya fikir mereka telah melihat bahawa kami ialah sebuah pasukan yang suka menyerang, dapat mengawal bola dengan baik dan sentiasa mencari peluang untuk melakukan percubaan.

"Kami masuk ke padang dengan niat untuk menang ke atas Colombia dan visi kami tidak akan berubah, Kami hanya harap dalam perlawanan Jepun ini, kami dapat memperoleh keputusan yang lebih baik kerana kami mesti menang dalam perlawanan ini.

"Kami berjaya membuka peluang ketika menentang Colombia dan itu merupakan satu perkara yang bagus. Mungkin tuah akan berpihak kepada kami di lain hari dan kami akan terus bermain dengan bersungguh-sungguh," kata penyerang berpengalaman Greece, Giorgios Samaras. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140619/sl_03/Jepun-Greece-congak-peluang#ixzz352zI9WIw  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Menang atau pulang



Daniel Sturridge, Edinson Cavani

BRAZIL - England dan Uruguay bakal bertarung nyawa bagi memastikan peluang untuk layak ke peringkat seterusnya terjamin atau pulang ke negara mereka lebih awal jika gagal meraih keputusan baik pada perlawanan tumpuan dalam Kumpulan D (pada 3 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Kekalahan masing-masing kepada Itali dan Costa Rica menyebabkan mereka berada dalam bahaya tersingkir seawal peringkat kumpulan dan menyebabkan kedua-dua pasukan itu tidak boleh melakukan banyak kesilapan dalam perlawanan itu nanti.

Jika salah satu pasukan kalah dalam pertemuan itu, pastinya kempen Piala Dunia England yang penuh dengan pemain muda serta Uruguay yang tidak beraksi dengan baik ketika tewas 1-3 kepada Costa Rica akan berakhir.

Kedua-dua pasukan berada dalam dilema apabila England buntu sama ada tidak perlu menurunkan Wayne Rooney atau meletakkannya sebagai penyerang tengah, manakala Uruguay masih resah dengan tahap kecergasan Luis Suarez yang menjalani pembedahan lutut sebelum kejohanan bermula.

Rooney membantu Daniel Sturridge menjaringkan gol ketika menentang Itali, namun mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan ketika ketinggalan 1-2 dalam perlawanan yang dia gagal menunjukkan prestasi terbaiknya.

Penyerang Manchester United berusia 28 tahun itu masih gagal menjaringkan gol sepanjang kariernya dalam Piala Dunia, dan kelibatnya berlatih bersama pemain simpanan telah menimbulkan spekulasi bahawa dia tidak akan berada dalam senarai utama menentang Uruguay.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak (FA) England menjelaskan bahawa penyerang itu meminta untuk menjalani latihan lebih masa, sementara rakan sepasukannya yang lain meneruskan rehat selepas perlawanan tempoh hari.

Kritikan terhadap Rooney telah mengaburi prestasi baik yang dipamerkan kebanyakan pemain muda England, terutama Raheem Sterling ketika kalah kepada Itali. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140619/sl_02/Menang-atau-pulang#ixzz352xrDCSp  © Utusan Melayu (M) Bhd


LIGA SUPER - KAFA teliti rakaman Fakri cedera

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my





KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan meneliti terlebih dahulu rakaman insiden ‘berdarah’ melibatkan dua tonggaknya iaitu Ahmad Fakri Saarani dan Farisham Ismail pada pertemuan Liga Super dengan Sela­ngor di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Ahmad Fakri luka di dahi akibat disiku oleh pemain pertahanan pelawat Steve Pantelidis manakala Farisham patah hidung akibat terkena tangan Ahmad Hazwan Bakri.

Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan meneliti dahulu rakaman insiden tersebut sebelum membuat sebarang tindakan berhubung perkara berkenaan.

"Kalau patut buat aduan, kita akan hantar bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai insiden berkenaan sejurus tamat perlawanan Kelantan dengan Selangor.

Insiden itu menyebabkan Ahmad Fakri terpaksa menerima tujuh jahitan di dahi manakala Farisham kini dirawat di salah sebuah hospital di sini.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-22 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi Francis Forkey Doe yang tenang menanduk bola lambungan Prince Tagoe, sebelum Wan Zahahrul Nizam Wan Zakaria meledak gol kedua pada minit ke-84.

Dalam perkembangan lain, Azman menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya yang bertungkus lumus untuk mendapatkan tiga mata kepada pasukan.

Katanya, kemenangan itu bukanlah tugas mudah kerana Selangor bukanlah calang-calang pasukan untuk ditewaskan.

"Walaupun tanpa ketua jurulatih Goerge Boateng, namun kami mampu beraksi dengan baik dan mengikut segala arahan yang telah diberikan melalui penolong jurulatih.

"Awak dapat lihat ada beberapa pemain lagi yang masih keletihan selepas beraksi dengan Pahang sebelum ini, tapi dengan disiplin yang ditunjukkan menyaksikan Kelantan berjaya meraih tiga mata penuh," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140619/su_01/KAFA-teliti-rakaman-Fakri-cedera#ixzz352w3fcGz  © Utusan Melayu (M) Bhd

Saman fitnah: Malaysiakini, dua editor kanan diarah fail pernyataan pembelaan pada 1 Julai ini


KUALA LUMPUR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pengendali portal Malaysiakini dan dua editor kanannya memfailkan pernyataan pembelaan pada 1 Julai ini berhubung kes saman fitnah terhadap mereka yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin turut memerintahkan Najib dan UMNO memfailkan pernyataan balas pada 15 Julai ini.

Beliau turut menetapkan 24 Julai ini untuk pengurusan kes.

Hadir pada pengurusan kes hari ini ialah peguam Wan Azmi Wan Najib bagi pihak plaintif, manakala kesemua defendan diwakili peguam Ashok Kandiah.

Pada 30 Mei lalu, Najib dan Ab. Rauf memfailkan saman tersebut dengan menamakan syarikat pemilik dan penerbit laman portal tersebut, Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Najib selaku plaintif kedua memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.

Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu? di bawah ruangan Yoursay di laman portal berkenaan, www.malaysiakini.com pada 14 Mei lalu.

Dalam ruangan itu, pihak defendan sendiri atau ejen atau pembantu mereka telah mengumpul komen-komen daripada pelanggan atau pengguna laman portal itu dan kemudian menggabungkan komen-komen yang terpilih sebagai satu artikel, yang secara jelas telah memfitnah pihak plaintif dan diterbitkan semula di laman portal tersebut.

Pihak plaintif mendakwa, artikel-artikel tersebut adalah komen-komen yang diberikan tanpa sebarang asas dan tanpa mempedulikan kebenarannya, hanya tuduhan melulu yang berniat jahat (mala fide) yang sangat serius kerana menyebabkan ketegangan antara rakyat dengan mereka berdua.

Pihak defendan juga dengan sengaja didakwa membenarkan penerbitan artikel-artikel itu bertujuan menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap plaintif pertama selaku sebuah parti politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) serta plaintif kedua selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, bagi meneruskan dan mementingkan agenda tersendiri pihak defendan tanpa menghiraukan sensitiviti isu-isu yang dibangkitkan.

Akibat daripada penerbitan tersebut, pihak plaintif mendakwa, reputasi mereka telah terjejas dengan teruk apabila dikecam terutama di media sosial dan media massa.

Penerbitan artikel itu, kata mereka, turut menyebabkan kredibiliti pihak plaintif dipersoalkan oleh banyak pihak sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa kerana isu skandal rasuah dan perkauman secara amnya mendapat perhatian umum.

Najib dan UMNO kemudian telah menghantar surat tuntutan pada 15 Mei lalu supaya pihak defendan antara lain membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik artikel-artikel itu serta menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan kenyataan serupa.

Bagaimanapun pihak defendan melalui surat balasannya pada keesokan harinya menjawab dengan menggunakan pembelaan komen yang wajar untuk kepentingan awam selain menawarkan peluang kepada pihak plaintif menjawab artikel-artikel itu tanpa memenuhi tuntutan asal pihak plaintif.

Sehubungan itu, pihak plaintif melalui surat bertarikh 28 Mei lalu telah menolak tawaran tersebut atas alasan pihak defendan tidak menyangkal sama sekali tuduhan-tuduhan tidak berasas dan kata-kata fitnah tersebut.

Pihak defendan sebaliknya telah menerbitkan satu lagi artikel bertajuk Najib threatens to sue Mkini over readers’ comments bertarikh 16 Mei lalu yang turut memuatkan komen daripada defendan kedua dan pada 17 Mei pula, mereka sekali lagi mengumpulkan komen-komen pengguna atau pelanggan mereka dan dijadikan artikel bertajuk Najib’s legal action aims to silence Malaysiakini.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan, pembantu atau ejen mereka daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel-artikel itu atau seakan-akan dengannya.

Di samping itu, pihak plaintif menuntut defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di surat khabar atau majalah yang akan ditentukan oleh plaintif, dalam bentuk serta istilah yang akan ditetapkan oleh pihak plaintif.

Sementara itu, Ashok ketika ditemui memberitahu, beliau akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam sama ada akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut atau memohon sekuriti kos.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140619/ma_01/Saman-fitnah-Malaysiakini-dua-editor-kanan-diarah-fail-pernyataan-pembelaan-pada-1-Julai-ini#ixzz352o42NjV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PT3: Penerangan berterusan pastikan semua pihak faham



DARI KIRI: Idris Jusoh, Irmohizam Ibrahim

KUALA LUMPUR 18 Jun - Kementerian Pendidikan akan memastikan semua pihak memahami pelaksanaan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mengelakkan salah faham terhadap sistem pentaksiran baharu itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi tujuan itu kerajaan antaranya telah mengeluarkan surat pekeliling Lembaga Pe­periksaan berkaitan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PT3.

Katanya, kedua-dua surat pekeliling itu turut dimuat naik dalam portal rasmi Lembaga Peperiksaan dan diedarkan ke semua sekolah menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

"Bagi menjelaskan mengenai PT3 ini, surat pekeliling mengandungi tiga perkara iaitu takwim PT3 2014, jadual kerja PT3 2014 dan peraturan pentadbiran PT3 2014," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang meminta kerajaan menyatakan sejauh mana pemahaman ibu bapa mengenai sistem PT3 yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula pada 1 Julai ini.

Menurut Idris, pelaksanaan program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara juga merupakan platform kepada kementerian itu menyebarluaskan maklumat mengenai PBS dan PT3.

Beliau berkata, wakil PIBG dari setiap sekolah turut dikumpulkan mengikut daerah dan diberi penerangan serta bahan maklumat mengenai sistem penilaian tersebut.

Tambah beliau, kementerian itu menerusi sekolah dengan kerjasama PPD dan JPN akan berterusan mengadakan sesi perjumpaan bersama PIBG yang dilaksanakan sejak Mei lalu.

"Ini perkara baharu, kadang-kadang penerangan sekali masih belum faham. Kita akan pastikan semua faham demi kebaikan rakyat. Asasnya adalah kita mentaksir pelajar dalam bentuk holistik," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140619/pa_03/PT3-Penerangan-berterusan-pastikan-semua-pihak-faham#ixzz352mqMDfx  © Utusan Melayu (M) Bhd

4 ahli Parlimen Pas bertindak tanpa berbincang


KUALA LUMPUR 18 Jun - Pas Selangor menegaskan kenya-taan empat ahli Parlimennya berhubung gesaan kerajaan negeri mengkaji semula enakmen dalam peruntukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), tidak langsung mewakili pandangan keseluruhan parti.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan berkenaan telah dikeluarkan tanpa perbincangan parti di peringkat negeri tersebut.

"Penyelesaian di peringkat Exco juga belum selesai. Menteri Besar akan menghadap Sultan Selangor. Sebagai parti kerajaan, kita tidak boleh bertindak bertentangan dengan keputusan-keputusan kerajaan. Pas perlu bersama dengan tindakan tersebut.

"Pas akan mengemukakan pandangan mereka di dalam kerajaan melalui wakil-wakil mereka dalam Exco. Berilah peluang kepada Menteri Besar dan kerajaan ne-geri untuk menyelesaikan kes ini.

"Tidak adil bagi Pas Selangor untuk membuat sebarang komen sekarang. Disiplin dalam kerajaan perlu dipatuhi. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Selangor sedang mematuhi disiplin ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Iskandar seterusnya menolak keadaan tidak sepakat di dalam melontarkan pendapat berhubung konflik di antara kerajaan negeri, MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akibat kegagalan memahami konsep dan dasar yang diambil pimpinan kerajaan negeri.

"Pandangan Pas disalurkan melalui wakil-wakil Pas di dalam kerajaan, iaitu Exco. Sudah tentu pandangan-pandangan itu tidak didedahkan kepada umum kerana kes ini belum selesai," katanya.

Dalam pada itu, Bendahari Pas Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi pula berkata, pihaknya buat masa ini tidak mendapat maklumat jelas mengenai cadangan berkenaan yang dibuat secara bersama oleh keempat-empat ahli Parlimennya itu.

"Pas Selangor tidak boleh buat keputusan mengenai cadangan itu buat masa ini. Kita kena bincang dahulu di peringkat Pas negeri.

"Kita akan adakan pertemuan dan perbincangan di peringkat kepemimpinan Pas negeri mengenai cadangan itu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140619/po_02/4-ahli-Parlimen-Pas-bertindak-tanpa-berbincang#ixzz352kiL6oo  © Utusan Melayu (M) Bhd

PROF. LOMBONG BERBUNYI - Pindaan bawa kesan kuasa Sultan

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my


Dr. Abdul Aziz Bari

KUALA LUMPUR 18 Jun - Desakan beberapa pemimpin Pas Selangor supaya kerajaan negeri itu meminda peruntukan enakmen yang berkaitan bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilihat bakal membawa kesan secara langsung yang menyentuh kuasa Sultan.

Penganalisis Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, kesan tersebut khususnya pada Perkara 3(2) dan Jadual Ke-8, Seksyen 1(2)(d) Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa Sultan adalah jelas.

Menurutnya, mengikut Perlembagaan, kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di Selangor terletak pada Sultan dan MAIS pada hakikatnya sebagai pembantu baginda sahaja.

"Semua akta dan enakmen yang memberi kuasa kepada MAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu dibaca dalam kerangka besar ini. Saya faham masalah yang ada sekarang ini di luar bidang kuasa kerajaan negeri, Menteri Besar boleh jumpa Sultan dan memberi pandangan tetapi baginda tidak tertakluk kepada pandangan itu.

"Saya pernah bercakap dengan seorang bekas Exco Selangor yang beranggapan bahawa Sultan mendapat nasihat MAIS. Ini perlu difahami dalam konteks di atas. Ertinya Sultan tidak tertakluk kepada nasihat MAIS kerana MAIS (dan juga JAIS) berada di bawah Sultan selaku Ketua Agama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Empat pemimpin Pas Selangor semalam mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, kajian semula enakmen itu perlu berikutan tindakan JAIS yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Khalid menegaskan, penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

Mengulas lanjut, kata Abdul Aziz, di United Kingdom (UK) sekalipun, Ratu Elizabeth II mempunyai autonomi dalam peranan baginda sebagai Supreme Governor of the Church of England namun sebaliknya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, David Cameroon hanya boleh memberi pandangan.

Sehubungan itu katanya, penyelesaian kepada masalah berkaitan Bible tersebut adalah menghadap Sultan kerana MAIS tidak mempunyai hak untuk menghalang dan Sultan perlu memberi ruang kepada BSM atau siapa sahaja yang berasa hak mereka telah dinafikan.

"BSM juga boleh membawa isu ini khususnya MAIS, ke mahkamah atas dasar hak kebebasan beragama mereka di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan telah dinafikan," katanya.



KOMEN : BERBUNYI PASAL SULTAN PUN BERPILIH... TANG SULTAN SELANGOR LAIN BUNYINYA TANG SULTAN JOHOR LAIN BUNYI NYA.. ADA APA2 KE PROF LOMBONG?

Wednesday, 18 June 2014

WORLD CUP 2014 - La Roja mahu lepas geram



Pedro Rodriguez

Penyerang Sepanyol, Fernando Torres menegaskan, skuad La Roja akan melakukan apa saja, termasuk mengorbankan permainan cantik mereka untuk menundukkan Chile pada aksi kedua Kumpulan B, esok.

Kekalahan memalukan 1-5 yang dialami kepada Belanda dalam perlawanan pertama dijangka mendorong anak-anak buah Vicente del Bosque untuk bangkit membuktikan mereka masih pasukan hebat yang perlu digeruni.

Ibarat harimau luka yang bersedia untuk melepaskan geram, Sepanyol akan turun dengan misi menyerang habis-habisan.

“Apa yang penting kami menang. Bagaimana corak permainan, cantik atau tidak itu bukan persoalannya.

“Harap kami boleh mengulangi permainan cantik pasukan ketika menjuarai Euro 2012.

“Namun kalau kami tidak boleh menang dengan cara begitu, kami akan buat apa saja yang dapat memastikan kami menang," ujar Torres.

Del Bosque yang sedar dengan kedudukan pasukannya berharap untuk mencari jaringan besar ke atas Chile.

Bagi mencapai matlamat itu, jurulatih tersebut dijangka membuat beberapa perubahan dalam barisan pemain untuk perlawanan di Rio de Janeiro.

Bintang Barcelona, Pedro Rodriguez yang direhatkan dalam pertemuan dengan Belanda dijangka mengetuai serangan untuk berganding bersama Cesc Fabregas.

Javi Martinez pula bakal dibawa masuk bagi menggantikan Gerard Pique di benteng pertahanan, manakala David Silva dalam senarai bersiap sedia.

Sekiranya Sepanyol tewas sekali lagi dan Belanda pula menang ke atas Australia, skuad La Roja bakal menyertai senarai pasukan yang gagal mempertahankan kejuaraan seperti Brazil (1966), Perancis (2002) dan Itali (2010).

Sementara itu pertahanan Chile, Gary Medel mengakui, dia sudah bersedia berdepan amukan jentera Sepanyol.

Medel yang turut dikenali dengan gelaran ‘Pitbull’ berkata, kemenangan 3-1 yang dilakar ke atas Australia dalam aksi sulung memberi keyakinan kepada pasukannya untuk berdepan La Roja.

“Pitbull hanya akan menggigit bila perlu.

“Saya rasa saya mempunyai peranan penting dalam pasukan ini, terutama apabila kami menentang Sepanyol.

“Saya boleh bercakap dengan penuh semangat kepada rakan sepasukan, malah boleh dengar jeritan semangat mereka dalam bilik persalinan," kata Medel.


WORLD CUP 2014 - Honda figura Jepun





Sebelum Piala Dunia bermula Keishuka Honda melaungkan keyakinan bahawa Jepun akan melakar kejutan di Brazil, malah mampu menjulang Piala Dunia.

Dia membuktikan kata-katanya dengan meledak gol yang cukup hebat untuk meletakkan skuad Blue Samurai di depan ketika menentang Ivory Coast dalam aksi pembukaan, minggu lalu.

Namun, tiadanya Honda kedua, ketiga atau keempat dalam skuad Jepun akhirnya membawa kepada kekalahan 1-2 pasukan itu pada saingan pembukaan Kumpulan C.

Sembilan daripada pemain yang dibawa jurulatih, Alberto Zaccheroni ke Brazil punya pengalamaan beraksi di Bundesliga, bermula dari penyerang Mainz, Shinji Okazaki sehingga pertahanan Schalke, Atsuto Uchida, manakala bek kiri, Yuro Nagatomo menyinar bersama kelab Itali, Inter Milan.

Pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa pula pemain Blue Samurai paling popular, namun Honda adalah figura paling berpengaruh dan membawa impak besar kepada Jepun setakat ini.

Pemain tengah AC Milan itu, yang menyambut ulang tahun ke-28 pada 13 Jun lalu mempunyai aura menarik di atas padang dan menjadi nadi kekuatan skuad Zaccheroni.

Dia bukan saja bermain baik di posisi tengah, malah serangan dan mula menjadi watak penting Blue Samurai sejak Piala Dunia 2010.

Honda menjadi perantara di bahagian tengah padang dengan memberi hantaran pendek kepada Kagawa dan Okazaki, malah turut memanjangkan hantarannya kepada Nagamoto dan Uchida serta mengisi ruang kotak penalti untuk menjaringkan gol.

Selepas kekalahan kepada Ivory Coast, dia masih mampu melayan wartawan dengan baik kerana pemain itu mempunyai sifat rendah diri serta sopan. Sekiranya Honda diajukan soalan yang mengarut dia akan menjawab dengan cara paling berhemah.

Semasa perlawanan pembukaan menentang Ivory Coast, ramai yang bimbang Jepun akan dibayangi oleh kehebatan Yaya Toure serta rakan-rakan sepasukan, namun Honda langsung tidak mempedulikan semua itu.

“Pertama sekali, kami akan memberi usaha 100 peratus dalam saingan kumpulan.

“Seterusnya... semua perkara boleh berlaku dalam Piala Dunia. Kami akan bermain dengan baik untuk mencari tiket ke suku akhir.

“Jelas sekali, kami perlu kekal cergas, namun sekiranya kami melakukan perkara asas dengan betul 100 peratus tanpa buat silap sudah pasti akan sampai ke suku akhir.

“Dari sana kami akan melakukan keajaiban," katanya, yang masih memasang keyakinan Blue Samurai mampu melangkah jauh sekali pun memulakan kempen dengan langkah sumbang.

Jepun bakal menentang juara Eropah 2004, Greece dalam aksi kedua Kumpulan C pada Jumaat ini, sebelum berdepan Colombia pada 25 Jun.

Dia dan seluruh skuad Jepun menjalani latihan pra Piala Dunia dalam cuaca panas di Florida, Amerika Syarikat sebelum berlepas ke Brazil.

“Saya tidak bercakap secara idealistik kerana saya bersikap realistik. Segala usaha kami akan terbalas," katanya.

Jepun yakin untuk mara ke suku akhir selepas memenangi semua perlawanan pemanas badan ketika menentang Cyprus, Costa Rica dan Zambia.

Persembahan terbaik mereka di Piala Dunia adalah layak ke pusingan 16 pasukan terakhir ketika menjadi tuan rumah bersama Korea Selatan pada 2002 dan 2010.

Namun bagi Honda, pemain yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Zambia 4-3 tetap yakin dengan kata-katanya.

“Sama ada anda percaya kepada keajaiban atau anda sendiri yang melakukan keajaiban," katanya lagi.

Jepun kekal sebagai pasukan tetap Asia yang beraksi di pentas Piala Dunia selepas membuat penampilan kali kelima.

Mereka menewaskan Costa Rica 3-1 di Tampa sebelum terpaksa berhempas pulas menewaskan Cyprus 1-0 dalam perlawanan terakhir mereka sebelum menghadapi Piala Dunia.

Tampil dengan potongan gaya rambut ‘mohawk’ serta mewarnakannya, Honda tiba di Brazil sebagai figura Blue Samurai yang paling berpengaruh, malah cukup optimis dalam segala yang mahu dilakukan.

WORLD CUP 2014 - Tuah pemain gantian



DRIES Mertens (atas) meraikan kejayaan meledak gol kemenangan Belgium ketika menundukkan Algeria 2-1 pada perlawanan Kumpulan H di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, awal pagi ini. - AFP

BINTANG bermasalah Manchester United, Marouane Fellaini masuk sebagai pemain gantian untuk mengetuai kebangkitan dramatik Belgium ketika menumpaskan Algeria 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H, awal pagi ini.

Turun dengan reputasi ‘kuda hitam’ Piala Dunia, skuad berbakat Belgium bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan Algeria pada minit ke-25 selepas Sofiane Feghouli menyempurnakan sepakan penalti.

Algeria dihadiahkan penalti selepas Jan Vertonghen menolak Feghouli dalam kotak penalti dan jaringan awal tersebut menyebabkan Belgium tersentak seketika hingga membenarkan lawan mengawal permainan.

Fellaini, 26, yang mengharungi musim suram di Old Trafford sejak berpindah dari Everton bagaimanapun mengetuai kebangkitan anak-anak buah Marc Wilmots di Stadium Mineirao, Belo Horizonte apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan padu, 20 minit sebelum tamat permainan untuk menyemarakkan semangat rakan-rakan.

Penyerang Napoli, Mertens mengesahkan kemenangan pasukannya 10 minit kemudian selepas menyambut hantaran Eden Hazard sebelum menewaskan penjaga gol Algeria, Rais M’bolhi.

Algeria, yang tidak pernah memenangi perlawanan Piala Dunia sejak menewaskan Chile pada 1982 di Sepanyol, kini perlu menunggu pertemuan dengan Korea Selatan dan Rusia untuk menamatkan kemarau.

“Dalam bilik persalinan saya menulis di papan: “Pemain simpanan akan membawa perbezaan dan apa yang saya tulis jelas berlaku," kata Wilmots.

Wilmots berkata, perlawanan ini cukup sukar buat pasukannya dan menuntut pemain menunjukkan kesabaran tinggi sebelum mencipta kemenangan.

“Ini adalah perlawanan yang sungguh getir buat kami namun kami banyak bersabar sebelum merasai kemenangan," katanya.

Penjaring gol kemenangan Belgium, Mertens berkata, kemenangan itu amat manis buatnya kerana diraih di depan keluarganya.

“Ada keluarga saya yang berada di sini menyaksikan perlawanan ini dan sungguh mengujakan apabila dapat menjaringkan gol dihadapan mereka selain hadiah buat seluruh rakyat Belgium.

“Kini kami mempunyai tiga mata penuh dan yang penting adalah memulakan saingan dengan kemenangan. Kami perlu meneruskan kemenangan ini," kata Mertens.

Belgium kembali ke pentas Piala Dunia selepas 12 tahun tidak menyertainya, malah pada perlawanan awal ini bintang utama mereka seperti Eden Hazard dan Romelu Lukaku telah beraksi dengan baik.


TNB vs IPP; Menang sorak tanah tergadai; Badlisham dan klia2

Oleh Zaini Hassan



ADAKAH syarikat swasta lain akan mengambil kira agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera seperti yang dilakukan TNB ini?

HUJUNG minggu lalu, Sabtu dan Ahad penuh dengan majlis kenduri kahwin. Lagi pun ia adalah minggu terakhir sebelum cuti sekolah berakhir.

Macam-macam cerita boleh dikongsi di meja bulat itu. Salah satu isu yang panas ialah mengenai cerita YTL, IPP (pengeluar tenaga bebas), TNB, MAS, klia2 dan lain-lain.

Tanpa disedari satu meja dengan saya adalah otai-otai pemain industri tenaga serta syarikat penerbangan nasional, MAS. Rancak sungguh bersembang sehingga tanpa disedari ramai tetamu di meja lain sudah pulang.

Namun oleh kerana kenduri di rumah Tuan Haji Nik Adnan, jiran tetangga kami, maka lamalah kami duduk sembang.

Antara soalan yang berbangkit mengapa tidak dianugerahkan projek penjanaan kuasa elektrik terus kepada TNB dan mengapa perlu diswastakan kepada syarikat-syarikat lain?

Apa kurangnya TNB yang pakar dalam bidang tenaga ini lebih 60 tahun? Perlu diingat TNB ialah penggerak kepada kemajuan negara ini. TNB bukan macam MAS, ia mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.

Persoalannya mengapa perlu diswastakan lagi sektor penjanaan tenaga ini kepada orang lain? Mahu diswastakan pula kepada 'syarikat yang tidak mengenang budi'.

TNB selama ini juga telah banyak menjana ekonomi kepada vendor-vendor bumiputera selaras dengan agenda memperkasa ekonomi bumiputera - yang gagal dilakukan oleh syarikat yang tidak mengenang budi itu.

"Beratus juta ringgit nilai kerja akan dapat diberi kepada vendor bumiputera jika tawaran itu diberikan terus kepada TNB," kata rakan saya itu sambil mengerut-ngerut dahi.

Lagi pun tambahnya, TNB bukan calang-calang syarikat. Ia sendiri telah melabur di luar negara. Ia membina dan mengendalikan loji janakuasa elektrik di Jeddah, Arab Saudi serta membuat kerja senggaraan di loji janakuasa elektrik di Kuwait.

"Hairan kenapa di negara sendiri TNB tidak diberi direct award? Di luar negara TNB turut mendapat anugerah-anugerah hebat seperti Anugerah Platts, Asia Best Utility Company dan sebagainya."

Baru-baru ini, Presiden dan CEO TNB, Azman Mohd. (Datuk Seri) menerima memorandum membantah kerjasama YTL dan TNB dalam loji janakuasa Track 4A bernilai berbilion ringgit di Johor daripada empat kesatuan TNB mewakili 34,900 ahli dan kakitangan syarikat tenaga nasional itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Kesatuan berkenaan iaitu Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Pencantuman Pekerja-Pekerja TNB, Kesatuan Pegawai Rendah TNB dan Persatuan Unit Keselamatan TNB berkata, YTL menyebabkan kesengsaraan besar-besaran kepada TNB sejak ia menandatangani perjanjian pembelian kuasa elektrik (PPA) pada 1993.

"TNB tidak menerima faedah langsung sejak berurusan dengan YTL pada 1993. Malah, generasi pertama PPA dengan TNB meletakkan beban kewangan kepada TNB, kerana ia dipaksa untuk membayar kos lebih tinggi bagi tenaga berbanding apa yang boleh dihasilkan," kata memorandum itu.

"Berdasarkan kepada angka dan maklumat yang kami terima, ia difahamkan TNB sudah membayar lebih RM20 bilion kepada YTL.

"Kami membantah dan mendesak TNB menolak sebarang tawaran bersyarat yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada konsortium YTL (YTL Power International Berhad), SIPP dan TNB untuk membangunkan projek Track 4A di Pasir Gudang, Johor."

Jelaslah "luka lama masih berdarah dan bernanah" yang sukar untuk disembuhkan. Ia adalah gambaran yang tidak dapat disembunyikan oleh warga kerja TNB.

Inilah sentimen persatuan-persatuan dan pekerja-pekerja TNB di waktu ini. Kita wajib membantu pengurusan TNB untuk bangunkan sendiri janakuasa, bukan diswastakan kepada IPP.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang mengikuti perkembangan perkara ini kerana ia adalah perjuangan kita bersama.

Bohonglah jika tiada yang peduli!

Tanah Rizab Melayu 'tergadai' kepada bukan Melayu di Selangor - Laporan Audit

SEMALAM saya terbaca laporan portal berita terkenal AgendaDaily. Lalu saya terus menghubungi bosnya, Rosli Ismail yang juga mantan bos saya di Utusan Malaysia kira-kira 20 tahun dahulu.

Saya kata laporannya mengenai isu tanah rizab Melayu di Selangor yang secara senyap-senyap terhakis amat tepat pada masanya kerana keadaan sekarang amat membimbangkan.

Kami bersembang melalui telefon: "Apa Pentadbir Tanah yang rata-rata berbangsa Melayu di Selangor buat? Mereka tak sensitifkah?"

"Itu masalahnya, jika kerajaan itu di bawah BN, maka banyaklah pihak yang bersimpati dengan Pas akan membocorkan maklumat itu dan ini. Tetapi orang yang simpati dengan UMNO sendiri tak buat benda-benda macam itu."

Namun, isu mengenai tanah rizab Melayu di Selangor ini didedahkan sendiri dalam Laporan Audit Negara 2013 siri dua.

Ingatlah. Inilah akibatnya sekiranya kita marahkan seekor nyamuk, seluruh kelambu dibakar. Kita ini juga adalah bangsa yang menang bersorak, tapi kampung tergadai. Fikir-fikirlah.

Ikuti laporan penuh AgendaDaily ini.

INI kes berat dan paling ditakuti sejak sekian lama. Baru enam tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor sudah jadi macam-macam, dalam Laporan Audit Negara 2013 siri dua, satu penemuan mengejutkan berlaku di Selangor.

Ada belasan kes yang nyata Tanah Rizab Melayu diberikan kepada orang bukan Melayu dan lebih ribuan ekar lagi tanah yang dicabut statusnya (atas pelbagai sebab) yang asalnya berstatus Tanah Rizab Melayu tidak diganti semula.

Sehingga kini, daripada lebih dua juta ekar keluasan tanah di Selangor, hanya tinggal 20.2 peratus Tanah Rizab Melayu.

Satu kajian daripada 129 sampel kes menemui 18 keadaan di mana Tanah Rizab Melayu di Selangor telah dianugerahkan kepada orang bukan Melayu walaupun undang-undang melarang perkara itu berlaku.

Daripada jumlah kes tersebut, Tanah Rizab Melayu yang 'tergadai' kepada bukan Melayu adalah sebanyak 24.08 ekar (digabungkan), yang melibatkan lot tanah di kawasan Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Pemberian tanah itu dibuat selepas pewartaan tanah rizab dibuat. Ini telah mengurangkan kepentingan orang Melayu di tanah rizab itu dan kawasan yang boleh diberikan kepada orang Melayu," kata laporan itu.

Daripada 18 kes tersebut, 11 dikesan di Klang, manakala lima berlaku di Kuala Selangor dan dua di Sabak Bernam.

Selain itu, terdapat juga kes di mana orang bukan Melayu menduduki tanpa kebenaran di kawasan Tanah Rizab Melayu dan mengusahakan perniagaan gerai makan, bengkel kereta dan membina bangunan.

"Lawatan tapak bersama pegawai PDT Sepang dan PDT Sabak Bernam masing-masing pada 19 Februari 2014 dan 26 Februari 2014 di kawasan Tanah Rizab Melayu Ampar Tenang, Daerah Sepang dan Sungai Lang, Daerah Sabak Bernam mendapati kawasan tersebut telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran oleh orang bukan Melayu dengan mengusahakan perniagaan gerai makan, bengkel kereta dan membina bangunan," dedah laporan itu lagi.

Menurut semakan Audit selanjutnya mendapati tiga orang bukan Melayu pernah memohon pemberimilikan yang melibatkan tanah negeri seluas tiga ekar antara tahun 2011 dan 2012 di kawasan tersebut.

Laporan yang sama juga mendedahkan bahawa antara bulan November 2013 dan Januari 2014, 3,960 daripada 10,265 ekar (38.6 peratus) status tanah rizab Melayu telah dibatalkan tetapi tidak pernah diganti.

"Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2013 hingga Februari 2014 mendapati secara keseluruhannya prestasi pengurusan Tanah Rizab Melayu daripada aspek penggantian TRM yang dibatalkan adalah tidak memuaskan. Ini adalah kerana tanah seluas 3,960.77 ekar (38.6%) daripada 10,265.38 ekar Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan masih belum diganti," kata laporan tersebut.

Jelas laporan itu lagi, sebahagian daripada maklumat berkaitan keluasan Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan dan diganti serta keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan kerana tidak disokong dengan dokumen dan rekod yang lengkap.

Artikel 89 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika mana-mana tanah itu adalah rizab Melayu sebelum Merdeka maka ia kekal sebagai rizab Melayu.

Manakala kuasa untuk mewartakan tanah sebagai rizab Melayu terletak di tangan Menteri Besar, atas nasihat raja-raja negeri.

Sehingga Februari 2014, terdapat 395.946 ekar Tanah Rizab Melayu di Selangor, atau 20.2 peratus daripada dua juta ekar tanah di negeri ini.

Dalam syornya kepada kerajaan, Ketua Audit Negara mahu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan Tanah Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Selain pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu yang sewajarnya.

"Selain itu, tanah perlu diperuntukkan untuk diberi milik kepada umum semasa perizaban TRM," kata laporan yang boleh didapati secara online itu.

BACA LAPORAN LENGKAP DI SINI

https://www.audit.gov.my/images/pdf/LKAN2013/Negeri/Siri2/Malay/selangor%20-%20lkan%20tahun%202013%20siri%202.pdf

Selamat Bertugas Badlisham Ghazali

TAHNIAH Datuk Mohd. Badlisham Ghazali yang akan menjadi Pengarah Urusan baru Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), berkuat kuasa 23 Jun ini.

Seorang lagi alumni UiTM menerajui sebuah GLC yang besar. Beliau ialah pemegang Ijazah Sains bagi Sains Komputer dari Norhern Illinois, Amerika Syarikat dan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Badlisham akan menggantikan Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid. Badlisham ketika ini, sehingga ke tarikh baru itu, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC) sejak 2006.

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada Badlisham. Banyak cabaran dan agenda besar kepada agama, bangsa dan negara yang harus dipikulnya.

Isu lot-lot niaga di klia2 untuk bumiputera yang layak harus dilihat semula.

Di mana silapnya sehingga beberapa pengusaha besar bumiputera tercicir daripada senarai?

Jika ada yang kelihatan tidak betul MD baru itu harus memanggil SPRM masuk dan siasat. Dia harus kelihatan tegas dan adil.

Semalam pula, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius pelbagai laporan mengenai tambahan kos yang luar biasa dan kelewatan dalam pembinaan klia2.

Walaupun PPPR berpuas hati bahawa klia2 sudah boleh digunakan sepenuhnya tetapi terdapat laporan mengenai mutu kerja yang kurang bermutu. Panel ini juga memandang berat kos pembinaannya yang khabarnya meningkat dua kali ganda daripada kos asal.

Inilah antara cabaran-cabaran yang bakal digalas oleh saudara Badlisham.

Kita doakan saudara dipelihara Allah SWT dan Selamat Maju Jaya.



Pas mahu kuasa MAIS, JAIS dihapus












Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 17 Jun - Pemimpin Pas Selangor hari ini mendesak Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.

Tegas beliau, penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

"Kami sebagai Ahli Parlimen Pas meminta kerajaan negeri mengkaji enakmen yang memberikan kuasa eksekutif kepada MAIS untuk mengarahkan JAIS dan sekiranya perlu, membuat pindaan kepada enakmen berkenaan.

"Tindakan yang seperti ini (isu rampasan Bible) boleh mencemarkan imej Sultan Selangor itu sendiri," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Yang turut hadir tiga Ahli Parlimen Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh JAIS Januari lalu dan kes itu ditutup manakala berhubung kitab-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, MAIS pada Sabtu lalu menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan serta menolak arahan Kerajaan PKR Selangor yang meminta JAIS memulangkan naskhah Bible yang dirampas dalam serbuan pada 2 Januari lalu kepada BSM.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor berkata, JAIS telah gagal dalam peranannya apabila banyak tindakan badan agama itu menimbulkan persoalan dan kontroversi.

"Jadi kita minta kerajaan kaji dan Exco agama mengetuai jawatankuasa ini demi menjaga masalah dalam negeri Selangor dan hubungan antara bukan Islam dan orang Islam.

"Dalam mesyuarat Pas negeri, kita akan timbulkan perkara sama kerana banyak sangat kes yang kita tengok Exco agama tidak tahu apa-apa dan akhirnya kerajaan negeri juga kena menangani salah faham yang timbul," tegas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140618/po_03/Pas-mahu-kuasa-MAIS-JAIS-dihapus#ixzz34x9OvVzJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Chile sudah bersedia hadapi Sepanyol



DARI KIRI: Alexis Sanchez, Andres Iniesta

BELO HORIZONTE - Chile akan menganggap pertemuan menentang Sepanyol sebagai perlawanan akhir Piala Dunia, menurut penyerangnya, Esteban Paredes ketika pasukan dari Amerika Selatan itu sedang bersiap sedia untuk mengalahkan pasukan yang mengamalkan corak permainan mengasak itu.

Paredes berkata, pasukannya turut sedar, walaupun Sepanyol telah dibelasah 5-1 oleh Belanda pada perlawanan pembukaan mereka, namun pasukan La Roja itu tetap berbisa.

"Bagi mereka, ini merupakan perlawanan sehingga ke titisan peluh terakhir. Tetapi bagi kami, ini adalah pertemuan antara dua pasukan di pentas akhir kerana kemenangan pasti menjamin kami ke peringkat seterusnya.

"Sepanyol pastinya akan berusaha lebih gigih dalam perlawanan ini dan mereka kekal sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia walau dengan apa jua cara sekalipun," katanya dalam sidang akhbar.

Chile kini penuh dengan keyakinan setelah mengalahkan Australia 3-1 dalam perlawanan pertama mereka.

Sementara itu, pemain tengah, Felipe Gutierrez berkata Chile tidak akan mengubah formulanya yang sentiasa mengasak pihak lawan dan menyerang dengan pantas untuk mengatasi Sepanyol dalam perlawanan itu nanti.

"Kami sedang bekerja keras dengan berlatih untuk menekan pihak lawan kerana tiada pasukan lain yang bermain seperti Chile dan menentang Sepanyol nanti, tiada apa yang akan berubah.

"Pasukan ini tidak bermain untuk mendapatkan keputusan seri, tetapi bersemangat untuk menang," katanya.

Chile akan menamatkan kempen peringkat Kumpulan B dengan bertemu Belanda (pada 24 Jun waktu Malaysia). - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140618/sl_05/Chile-sudah-bersedia-hadapi-Sepanyol#ixzz34x7xl0xJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Australia berangan kalahkan Belanda



DARI KIRI:Robin van Persie, Tim Cahill

PORTO ALEGRE - Penyerang Australia, Mathew Leckie yakin pasukannya boleh melakukan kejutan baharu dalam kejohanan Piala Dunia dengan menewaskan Belanda (pada Khamis ini waktu Malaysia).

The Socceroos amat memerlukan keputusan baik daripada perlawanan tersebut bagi membolehkan mereka menyamai pencapaian mara ke peringkat 16 pasukan terakhir pada Piala Dunia 2006.

Australia tewas 3-1 kepada Chile dalam perlawanan pertama mereka, bagaimanapun, Leckie meyatakan bahawa Australia telah bangkit dan mempamerkan aksi yang baik apabila mengasak Chile tanpa henti setelah ketinggalan 2-0 dan perkara itu boleh membimbangkan Belanda yang membelasah Sepanyol 5-1.

"Saya percaya Chile tidak menjangkakan asakan daripada pasukan kami dan Belanda sudah hampir pasti meneliti perlawanan tersebut untuk membuat persediaan menentang kami.

"Kami akan menggunakan strategi yang baik untuk menentang Belanda serta menjadi lebih tajam di hadapan gawang pihak lawan supaya dapat menjaringkan gol. Jika kami bermain seperti yang dipamerkan selama 70 minit menentang Chile, pastinya ada peluang untuk menewaskan Belanda," katanya.

Senjata paling utama Australia untuk bahagian serangan adalah hantaran silang kepada penyerang mereka, Tim Cahill yang menjadi pemain kelapan berjaya menjaringkan gol dalam tiga siri kejohanan Piala Dunia apabila tandukannya menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukannya ketika tewas kepada Chile.

Sementara itu, Belanda akan menghadapi perlawanan menentang Australia itu dengan penuh keyakinan setelah memalukan Sepanyol yang sekali gus melunaskan dendam kekalahan mereka dalam perlawanan akhir empat tahun lalu.

Walaupun pasukan kendalian Louis van Gaal mengamuk dalam perlawanan yang berlangsung di Salvador itu, ketua pasukan, Robin van Persie menyatakan bahawa pengalaman mengajarnya untuk tidak leka.

"Kami berjaya mendapatkan keputusan yang amat baik, tetapi perjalanan masih jauh dalam kejohanan ini. Ini merupakan kejohanan Piala Dunia kelima saya dan banyak yang telah dipelajari melalui pengalaman itu.

"Sekarang kami perlu beri tumpuan terhadap perlawanan seterusnya dan lupakan keputusan yang berjaya dilakar ketika menentang Sepanyol kerana Australia memberi suatu cabaran berlainan, dengan corak permainan berbeza," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140618/sl_04/Australia-berangan-kalahkan-Belanda#ixzz34x6yM6Oe  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Reina: Sepanyol belum mati



PENJAGA gol yang juga ketua pasukan Sepanyol, Iker Casillas (kiri) dan Pepe Reina (dua dari kanan) membuat senaman ringan bersama rakan-rakan sepasukan mereka ketika menjalani sesi latihan di Curitiba semalam untuk persediaan menentang Chile esok. - AFP
CURITIBA - Penjaga gol Sepanyol, Pepe Reina bosan dengan cakap-cakap mengenai kekalahan besar Sepanyol kepada Belanda. Adakah zaman keemasan pasukan itu sudah berakhir?

"Saya letih melayan semua soalan ini, bosan dengannya," kata Reina dalam temu bual dengan The Associated Press di kem latihan Sepanyol.

Adakah pasukan itu telah benar-benar meneliti semula kekalahan 5-1 mereka kepada Belanda dalam persediaan mereka untuk mesti menang apabila bertemu Chile dalam Kumpulan B?

"Kami hanya berbincang mengenainya, kami tidak menontonnya semula. Kami bukannya masochists (mendapatkan kenikmatan menerusi kesakitan)," kata Reina.

Di sebalik semua soalan yang terus mengelilingi Sepanyol, Reina akur bahawa semuanya disebabkan prestasi pasukan itu yang mengecewakan di Salvador.

"Memang logik apabila sesuatu tidak betul orang mula berfikir seperti itu. Tetapi kami akan cuba mengubahnya agar era (kegemilangan) ini tidak akan berakhir. Dan untuk membuatkan orang lebih yakin.

"Saya tidak fikir pasukan ini sudah mati. Pasukan ini belum habis," kata Reina.

Itulah kata-kata yang mahu didengari oleh peminat Sepanyol selepas pasukan itu layu ketika menentang Belanda yang menghadiahkan mereka kekalahan terburuk dalam tempoh 64 tahun.

Sepanyol kini berpeluang untuk bangkit semula di Maracana, di mana mereka kalah 6-1 kepada Brazil dalam Piala Dunia 1950. Di dalam bilik persalinan, Sepanyol menghadapi krisis terbesar mereka sejak mencipta kejayaan berturut-turut pada musim panas 2008 dengan memenangi Kejohanan Eropah berturut-turut dan ditengah-tengahnya mereka menjulang Piala Dunia buat kali pertama.

Prestasi pemain senior seperti Iker Casillas, Xabi Alonso, Andres Iniesta, Gerard Pique, dan Xavi Hernandez kesemuanya dipersoalkan.

Reina, yang sering menjadi penjaga gol simpanan kepada Casillas sepanjang tempoh kejayaan mereka, tidak menjangkakan dia akan berada dalam senarai utama walaupun penjaga gol Real Madrid itu menampilkan permainan paling buruk dalam 155 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Menentang Chile, Sepanyol bukan sahaja perlu menang tetapi mesti menang besar untuk menjadi kelebihan jika pasukan-pasukan dalam kumpulan mereka terikat dari segi mata.

"Kami akan menghadapi masa yang sukar. Mereka (Chile) ialah pasukan yang kuat dan sentiasa mencipta masalah kepada kami.

"Tetapi kami yakin dengan diri sendiri. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Terpulang kepada kami sendiri. Jika kami bermain dengan bagus, kami mampu melakukannya," kata Reina.

Satu kebimbangan yang mereka hadapi ialah jika nasib mereka di sini akan ditentukan oleh perlawanan terakhir iaitu menentang Australia sementara menunggu keputusan Belanda melawan Chile, yang bermakna kedua-dua pasukan itu boleh berpakat untuk menghalang Sepanyol mara ke peringkat seterusnya.

"Saya tidak fikir Belanda akan mengubah cara mereka, kami percaya dengan mereka. Ini ialah Piala Dunia, orang sentiasa mahu menang," kata penjaga gol berusia 31 tahun itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140618/sl_03/Reina-Sepanyol-belum-mati#ixzz34x5oA2WN  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Hatrik Mueller tenggelamkan Ronaldo



Pemain-pemain Jerman meraikan gol kedua mereka sewaktu menentang Portugal dalam Kumpulan G di Stadium Fonte Nova, Salvador semalam. Jerman menang 4-0. - AFP

SALVADOR - Thomas Mueller meranapkan impian Cristiano Ronaldo untuk menjadi bintang utama Piala Dunia apabila mencipta jaringan hatrik ketika Jerman membelasah Portugal 4-0 semalam.

Lebih manis, hatrik pertama bintang Bayern Munich itu di peringkat antarabangsa dicipta pada perlawanan ke-100 Jerman dalam Piala Dunia, yang turut menepis keraguan bahawa skuad bimbingan Joachim Loew itu sukar untuk bermula baik dalam kejohanan ini.

Namun, bencana menimpa Ronaldo dan Portugal di Fonte Nova Arena, Salvador apabila mereka kehilangan tonggak pertahanan, Pepe yang dibuang padang kerana menghantukkan kepalanya ke kepala Mueller pada babak pertama permainan.

Mueller membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas 12 minit perlawanan bermula. Pemain pertahanan, Mats Hummels pula menjadikan kedudukan 2-0 buat Jerman ketika permainan masuk minit ke-30. Mueller meledakkan gol lagi sebelum separuh masa pertama berakhir setelah menyempurnakan percubaan dari jarak dekat pada minit ke-78.

"Memang hebat dapat menjaringkan tiga gol dalam perlawanan seperti ini. Ia tidak berlaku setiap hari, tetapi saya beraksi baik pada Piala Dunia, dan saya mahu mendapatkan kembali sesuatu yang saya pernah tinggalkan dulu," kata Mueller yang menyerlah pada penampilan pertamanya di Piala Dunia 2010 untuk berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol.

Keadaan menjadi bertambah buruk buat Portugal apabila pemain pertahanan Real Madrid, Fabio Coentrao terpaksa dibawa keluar setelah mengalami kecederaan.

Apa yang menjadi kebimbangan jurulatih Portugal, Paulo Bento adalah tahap kecergasan Ronaldo, yang amat berharap dapat menyinar pada Piala Dunia selepas membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-juara, musim ini.

Pemain sayap berusia 29 tahun itu yang terpaksa bergelut dengan kecederaan sebelum pertandingan bermula, mengesahkan dirinya cergas 100 peratus menjelang perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, bekas bintang Manchester United itu kelihatan tidak beraksi pada tahap terbaiknya, dan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan yang cukup mengecewakan itu. Malah, Ronaldo hanya berjalan melintasi pemberita selepas perlawanan, dan enggan memberi sebarang ulasan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140618/sl_02/Hatrik-Mueller-tenggelamkan-Ronaldo#ixzz34x4ouEp1  © Utusan Melayu (M) Bhd

LIGA SUPER - JDT, Selangor tumbang, Pahang seri



FAKRI Sharani berjalan keluar padang untuk mendapatkan rawatan setelah hidungnya berdarah akibat disiku Steve Pantelidis dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR - Dua calon juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor tewas mengejut di laman lawan manakala dua pasukan tercorot, ATM dan PKNS menemui rentak kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

JDT yang turun dengan misi mempertahankan kedudukan teratas dalam carta liga terpaksa menggigit jari dengan kebangkitan mendadak The Gladiators apabila kalah 1-2 di Stadium Selayang dalam perlawanan yang dicemari dengan pemberian dua kad merah, masing-masing kepada Azrul Ahmad dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak ketika permainan berbaki lima minit.

Bintang dari Argentina, Bruno Martelotto meletakkan ATM di depan pada minit ke-39 disusuli gol Mohd. Affize Faisal Mamat minit ke-59 sebelum Asraruddin Putra Omar merapatkan kedudukan buat JDT pada minit ke-84.

Anak-anak buah B. Sathianathan berpeluang menang lebih selesa tetapi sepakan penalti Rezal Zambery Yahaya sekadar mengenai tiang pada minit ke-89.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut ATM selepas menundukkan Selangor pada Sabtu lalu, menyusul keputusan seri dengan Pahang pada minggu sebelumnya.

Kekalahan JDT gagal diambil kesempatan oleh pencabar terdekatnya, Selangor yang tidak bermaya di Stadium Sultan Muhammad ke-IV apabila tumpas 0-2 di tangan Kelantan walaupun tuan rumah turun tanpa ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi.

Hantaran menarik Prince Tagoe disambut dengan baik oleh Francis Forkey Doe untuk menanduk masuk gol pertama, menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-22 bagi meletakkan The Red Warriors mendahului satu gol pada babak pertama.

Minit ke-84, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria menambah derita Selangor apabila meledak gol kedua.

Bagaimanapun, penyerang Kelantan, Ahmad Fakhri Saarani menerima padah apabila terpaksa dirawat setelah hidungnya berdarah akibat disiku oleh pertahanan Selangor, Steve Pantelidis dari Australia.

Di Stadium Negeri, Kuching, Pahang juga gagal mengambil kesempatan di atas kekalahan yang dialami JDT dan Selangor untuk merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas apabila diikat 1-1 oleh tuan rumah, Sarawak.

Skuad Tok Gajah mendapat gol pendahuluan pada minit ke 34 menerusi penyerang Mathias Ruben Conti yang menolak ke gawang setelah rembatan Gopinathan ditampan oleh penjaga gol, Mohd. Fadzley Rahim.

Namun, tuan rumah tidak mengalah dan mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-46 apabila hantaran lintang Ashri Chuchu ke depan gawang gol ditolak masuk Joseph Kalang Tie.

Terengganu pula terus kempunan untuk melakar kemenangan selepas tiga perlawanan apabila hanya mampu mengikat Sime Darby 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tuan rumah mendahului seawal minit keempat menerusi Mario Karlovic sebelum ayam tambatan, Norfarhan Mohamad menggandakan jaringan pada minit ke-13.

Bagaimanapun, kelebihan dua gol itu gagal dipertahankan pada babak kedua apabila pelawat menyamakan kedudukan dalam tempoh tiga minit, masing-masing menerusi gol William Nii Ayi Mensah pada minit ke-68 dan Mahmoud Al-Amna pada minit ke-70.

Misi Perak untuk menjarakkan jurang dengan zon penyingkiran terjejas apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang T-Team di Stadium Perak dengan pasukan pelawat mendahului menerusi penyerangnya, Jimmy Mulisa sebelum kelebihan tersebut dipadamkan oleh pemain import Bos Gaurus, Abdulafees Abdulsalam.