Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 December 2013

Tidak guna pendekatan populis

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD  

pengarang@utusan.com.my 





KUALA LUMPUR 17 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam pentadbirannya kerana cara tersebut hanya akan meranapkan masa depan negara.

Sebaliknya Perdana Menteri menegaskan, kerajaan di bawah eranya ditadbir secara berhemah bagi memastikan kepentingan setiap rakyat termasuk kakitangan awam terus terbela.

Beliau sehubungan itu menegaskan, kerajaan akan terus mengembangkan sektor ekonomi dengan meningkatkan hasil serta pendapatan negara dan jika itu berlaku rakyat secara keseluruhan akan mendapat faedah.

''Masakan kita boleh hapuskan hutang, tambah subsidi, tidak naikkan cukai, siapa nak bagi (pendapatan). Ini bukan pentadbiran yang cekap. Ini pentadbiran yang cuba mengaburi mata rakyat. Ini janji yang dibuat tidak berasas kepada bumi yang nyata.

''Saya boleh jadi Perdana Menteri yang berdiri atas platform populis tetapi saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta,'' katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-26 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Perdana Menteri turut menarik perhatian hadirin apabila beliau menyatakan kesan buruk kepada negara sekiranya kerajaan gagal menguruskan ekonomi dengan cekap.

''Tahun hadapan pendapatan negara adalah sebanyak RM224 bilion, dalam masa sama belanja mengurus meningkat kepada RM217 bilion.

''Sebagai sebuah negara sekiranya belanja mengurus lebih daripada hasil, apa akan terjadi? Ini bererti kita terpaksa meminjam dari institusi kewangan dan pasaran-pasaran untuk membayar gaji kakitangan awam,'' ujarnya.

Beliau berkata, jika keadaan itu benar-benar berlaku sudah pasti akan membawa kepada situasi yang amat mencemaskan khususnya kepada masa depan Malaysia.

''Inilah resipi yang akan membawa kepada kejatuhan ekonomi negara. Apabila ekonomi jatuh, alamatnya musibah besar akan menimpa bukan saja rakyat tetapi penjawat awam serta mereka yang telah pencen.

''Oleh itu kita mesti fikir tentang kepentingan keseluruhan. Jangan termakan dengan janji-janji manis iaitu hutang boleh dijimatkan, harga minyak boleh diturunkan tetapi tidak sebut dari mana punca kewangan. Ini bukan cara kita mentadbir negara,'' katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara merupakan tulang belakang dan teras kepada kerajaan.

Katanya, sebab itu kejayaan sesebuah kerajaan bukan sahaja terletak kepada kepimpinan tertinggi serta bergantung kepada dasar-dasar induk tetapi melibatkan juga cara bekerja kakitangan awam.

''Sekiranya penjawat awam bekerja dengan baik, beramah mesra, bersopan, berkesan dan tegas, maka pandangan rakyat terhadap kerajaan juga akan membawa kepada tahap keyakinan yang kian meningkat, penjawat awam akan terus dapat manfaat,'' katanya lagi.

Dalam ucapannya, Najib turut menyatakan komitmen kerajaan khusus untuk membela nasib kakitangan awam.

''Kita selalu cari jalan bagaimana kita boleh tingkatkan lagi kebajikan anggota perkhidmatan awam di semua peringkat terutama di peringkat penjawat awam.

''Jika ada kenaikan gaji hak menteri akan kita tangguh sebaliknya gaji penjawat awam akan kita naikkan terlebih dahulu terutama mereka di peringkat pelaksana. Kita pun tidak terfikir hendak menaikkan gaji menteri sehingga 333 peratus,'' katanya lagi. ( layak ke Menteri2 cap AYAM kabinet Najib diberi kenaikan GAJI... terutama yang baru dilantik... Dah menteri nya pun punyalah ramai....)



 

KOMEN : IA KE TAK POPULIS... CUBA BACA JANJI2 BN UNTUK PRU 13... LUPA KOT... CUBA INGAT JANJI2 MANIS NAJIB PADA ORANG CINA DAN WANG DITABUR PADA SEKOLAH VERNAKULAR.... SUDAH LUPA KE????? MACAM SEMUA JANJI DICAPATI AJE...

No comments: