Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 December 2013

PM harap Dr. Mahathir kekal Penasihat Petronas








KUALA LUMPUR 3 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) memikirkan semula keputusan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Najib berkata, ini kerana kerajaan berpendapat amat wajar dan sesuai untuk bekas perdana menteri itu terus berkhidmat kerana beliau mampu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan Petronas.

"Dalam saya menghormati keputusan yang dibuat Tun atas nasihat doktor, saya berharap Tun dapat fikir semula atas keputusan yang dibuat itu.

"Kerajaan mengalu-alukan Tun untuk terus berkhidmat sebagai Penasihat Petronas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata, beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada Dr, Mahathir yang turut mengandungi ucapan terima kasihnya di atas kesudian Najib menziarahinya ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini akibat jangkitan dada.

"Kerana nasihat doktor beliau terpaksa mengurangkan penglibatan beliau dalam tugas-tugas seharian, oleh itu, beliau telah memaklumkan kepada saya hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas," katanya.

Dr, Mahathir mengesahkan beliau telah melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Disember kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

Beliau dilantik sebagai Penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131204/dn_01/PM-harap-Dr-Mahathir-kekal-Penasihat-Petronas#ixzz2mT1o4TiF ©  Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments: