Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 29 February 2012

Perjanjian “Rasis” Rasulullah dan Wasiat Raja Melayu


Oleh Fathul Bari Mat Jahya
DARI UTUSAN MALAYSIA
29/2/2012



Tuhan Menentukan Keturunan

CUBA bayangkan seandainya setiap manusia diberi kebebasan mutlak untuk membuat pilihan. Pasti kehidupan manusia akan hancur dan dunia akan lebur. Ketika itu akan terlihat banyak bangsa Melayu yang memakai tengkolok berkahwin dengan lelaki yang lain.

Justeru manusia telah sepakat dari dahulu, kini dan selamanya; malah sampailah malaikat menggulung bumi seperti gulungan kertas; kebebasan dan hak untuk memilih memiliki batas.

Jika saya diberi hak memilih keturunan, pasti saya akan memilih untuk lahir dalam aliran darah Rasulullah SAW, bukannya manusia yang kulitnya sawo matang, rambutnya hitam dan tingginya tidaklah seberapa. Maksud saya – Melayu.

Kerana sebagai Muslim, saya kuat beriman bahawa Allah telah mengangkat Ahlul Bait dengan beberapa keistimewaan. Malah Rasulullah SAW mengarahkan kita sebagai umatnya yang mencintai dirinya agar memuliakan keturunannya.

Sungguhpun begitu Tuhan tidak memberi kebebasan memilih keturunan kepada saya. Celik-celik sahaja, saya telah berada dalam keluarga Mat Jahya. Dengar namanya sahaja cukup menggambarkan saya ini seorang Melayu. Apakah saya malu?

Demi Allah; tidak! Lantas apakah saya bangga? Ya, sangat berbesar hati menjadi ahli keluarga ini.

Suka saya andaikan bahawa saya ini bernama Syed Fathul Bari Al Malizi. Memiliki susur galur dari keturunan Nabi. Namun Allah telah memberi rezeki kepada saya berupa sebuah rumah yang diperbuat daripada kotak kertas, berhalamankan kaki lima dan kipasnya adalah tiupan angin malam.

Lantas datanglah seorang amil zakat dengan membawa wang yang banyak untuk diberikan kepada saya. Harapannya dengan wang tersebut akan mengeluarkan saya daripada kefakiran.

Namun atas sebab sesudu darah yang tertumpah dalam jasad ini, menyebabkan saya tidak boleh menerima pemberian itu. Diharamkan Allah kepada seluruh keturunan Muhammad Bin Abdullah untuk menerima zakat.

Ketika itu, pemikiran jahat pun menyelinap dalam hati ini; “Rasulullah SAW telah banyak berkorban bersama-sama kerabatnya. Sewajarnya mereka diberi keutamaan dan kemuliaan. Namun itu sudah berlalu 1000 tahun dahulu. Saya adalah gelandangan yang sama seperti gelandangan yang lain; tidur kesejukan di atas lantai kotor. Saya tidak pernah meminta untuk dilahirkan dalam salasilah Ahlul Bait dan tidak pernah meminta untuk menjadi fakir miskin”.

Tetapi kerana “sesudu darah” itu menyebabkan saya memiliki hak dan tanggunjawab. Hak saya untuk dimuliakan oleh bangsa lain. Hak saya untuk menerima hadiah. Tanggungjawab saya untuk berpegang-teguh kepada sunnah. Tanggungjawab saya mempertahankan ajaran Rasulullah. Begitu juga saya dilarang untuk menerima zakat.

Rasulullah dan Perjanjian “Rasis”

Zaid Bin Arqam berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada seluruh manusia yang menjadi rakyat Madinah: “Aku ingatkan kepada kalian agar berpedoman dengan hukum Allah dan memperlakukan Ahlul Bait (keluargaku) dengan baik (tiga kali)". Kemudian Zaid menyambung: “Ahlul Bait beliau adalah orang yang diharamkan menerima zakat sampai sepeninggalan beliau”. (riwayat Muslim, no:2408)

Ketika Nabi menakluk Mekah dan sedang duduk di Masjidil Haram, Ali datang kepadanya lalu berkata: Wahai Rasulullah, kita telah menguasai kunci Ka‘bah dan Air Zam-Zam. Lalu nabi berkata: Di mana Usman bin Thalhah? Ini kuncimu (kunci Ka‘bah), ambil kunci ini selamanya dan tidak akan merebutnya kecuali orang yang zalim. (riwayat al-Thabrani, no:11234)

Lihat bagaimana Rasulullah SAW memberikan hak untuk memegang kunci Ka‘bah sekali gus kuasa mengagihkan Air Zam-Zam kepada manusia yang datang ke Masjidil Haram berdasarkan “keturunan” yang termaktub dalam perjanjian Muthayyibin. Perjanjian ini berlangsung antara Bani Abdud Dar, Bani Jamah, Bani Salim, Bani Makhzum dan Bani Adi untuk tidak berebut kekuasaan atas penjagaan Ka‘bah sekali gus atas urusan Air Zam-Zam.

Rasulullah SAW sempat menyaksikan perjanjian ini dimeterai dan Rasulullah SAW mengiktiraf perjanjian “Rasis” ini dengan berkata: “Aku menyaksikan berlangsungnya al-Muthayyibin, aku tidak ingin membatalkannya walaupun aku diberikan unta merah.” (riwayat Ahmad, no:1567).

Saya masih teringat sebuah perjanjian yang hampir sama dengan Wasiat Raja-Raja Melayu. Inilah Perjanjian Fudhul antara Suku Hasyim, Suku Muthalib, Suku Asad bin Abdul ‘Uzza, Suku Zuhrah bin Kilab dan Suku Taim bin Murrah untuk menentang kezaliman di kota Mekah baik terhadap penduduk pribumi mahupun pendatang (lihat: Sirah Ibnu Hisyam oleh Abdul Malik bin Hisyam (w.213H), 1/265, Dar al-Jail, Beirut, thn.1411H)

Perjanjian ini berlaku setelah peperangan Al-Fujjar yang ketika itu baginda berumur sekitar 15 tahun. Baginda bersabda: “Aku telah menyaksikan perjanjian Fudhul di kediaman Abdullah bin Jad‘an, perjanjian yang tidak akan aku batalkan walaupun aku hanya diberi kekuasaan atas binatang ternak. Dan sekiranya perjanjian itu dilaksanakan pada masa Islam, maka aku akan menyetujuinya.” (riwayat al-Baihaqi, no:12114)

Cermatilah, bagaimana Rasulullah SAW menegaskan walaupun dia memiliki kekuasaan yang besar atas urusan manusia, namun dia tetap tidak akan mencabuli perjanjian-perjanjian tersebut.

Cukuplah saya membawakan dua contoh tentang keterkaitan darah dan hak. Saya tidak berani untuk mengatakan Rasulullah SAW sebagai berfahaman “kepuakan” atau penentang kepada kesamarataan. Tetapi wasiat Rasulullah SAW itu wajib kita laksanakan sehinggalah dunia berakhir.

Wasiat Raja Melayu

Cuba kita pindahkan peristiwa tersebut ke negara kita. Setelah tewasnya tentera kita di tangan penjajah, para penjajah membawa masuk beberapa bangsa lain dalam jumlah yang besar untuk berkerja dengan mereka.

Akhirnya terbentuk sebuah masyarakat yang berbilang seperti yang ada pada hari ini. Mereka sedar bahawa mereka datang bertamu di rumah orang.

Oleh itu ketika tanah ini hampir merdeka, mereka telah bersetuju dengan Wasiat Raja-Raja Melayu, empunya sebenar tanah ini. Bahawa orang Melayu memiliki hak keistimewaan yang perlu dihormati dan tidak boleh dipersoalkan. Atas persetujuan inilah, nenek moyang kita memberikan hak kerakyatan kepada mereka.

Sebagai manusia yang beriman kepada Rasulullah SAW, setelah kita membaca sejarah perjuangan baginda, jelaslah Rasulullah SAW mengiktiraf segenggam hak dari sesudu darah.

Perjanjian Hudaibiah kemenangan Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Kaabah di Kota Mekah pada tahun 1880. Pada tahun 6 Hijrah, umat Islam yang berhijrah ke Madinah begitu merindui untuk kembali beribadat di situ.

PERJANJIAN Hudaibiah antara catatan sejarah yang masyhur di kalangan umat Islam. Peristiwa itu cukup jelas dan tidak ada apa lagi persoalan mengenainya yang boleh ditimbulkan..

Ia merupakan satu peristiwa besar yang menjadi kunci dan permulaan kepada pembukaan Kota Mekah serta kemenangan umat Islam di Semenanjung Arab.

Tetapi tahukah anda bahawa perjanjian itu sebenarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati terutama di kalangan para sahabat Rasulullah sendiri, terutamanya Umar bin Al Khattab.

Sebelum itu dikisahkan bagaimana Umar menceraikan kedua-dua isterinya bagi mematuhi wahyu Allah supaya menceraikan isteri yang masih tidak memeluk Islam, yakni kafir.

Ini kerana, ekoran daripada perjanjian Hudaibiah, perempuan-perempuan Islam mengadu kepada Nabi Muhammad bahawa wali-wali menuntut supaya mereka mesti pulang atau dikembalikan.

Ia sebagaimana termaktub dalam isi atau syarat perjanjian yang keempat: "Orang Quraisy yang datang kepada Muhammad tanpa kebenaran walinya, iaitu melarikan diri kepada Muhammad, hendaklah dikembalikan kepada mereka."

Namun sudah tentu Rasulullah menolak tuntutan yang seperti itu dengan alasan bahawa isi perjanjian tidak termasuk golongan wanita. Hanya golongan lelaki sahaja yang dimaksudkan.

Kemudian turun ayat al-Quran bagi menegaskan lagi alasan Rasulullah itu, iaitu firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka. Allah lebih mengetahui akan iman mereka dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu sebagai isteri dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka sebagai suami…. (al-Mumtahanah: 10)

Ekoran daripada ayat ini juga Umar menceraikan dua orang isterinya yang masih syirik itu.

Setelah bercerai, kedua-duanya berkahwin lain, seorang berkahwin dengan Muawiyah bin Abi Suffian dan seorang lagi berkahwin dengan Safwan bin Umayyah.

Ramai yang berpendapat bahawa Perjanjian Hudaibiah dilihat satu kemenangan kepada pihak Islam atau memberikan banyak faedah kepada Islam berbanding golongan kafir Quraisy.

Walaupun sekali imbas ia nampak sebaliknya, seolah-olah Islam yang banyak 'mengalah' dan terpaksa tunduk kepada kehendak-kehendak pihak Quraisy itu.

Ini terutamanya apabila niat dan kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah untuk mengerjakan umrah dan haji dihalang.

Malah mereka dikehendaki supaya pulang dan hanya dibenarkan melakukan ibadat tersebut pada tahun hadapan dan dalam tempoh tiga hari sahaja.

Kejayaan kepada umat Islam dapat dilihat apabila kaum Quraisy mula mengiktiraf Nabi Muhammad dan agama yang disebarkan oleh baginda.

Sebelum ini puak Quraisy hanya ingin memerangi Islam hingga ke akar umbi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat berakhirnya riwayat umat Islam terutamanya Nabi Muhammad itu sendiri.

Tapi apabila mereka boleh diajak berbincang dan membawa kepada gencatan senjata, itu menunjukkan mereka tidak lagi mempunyai keupayaan menentang Islam.

Walaupun umat Islam hanya dibenarkan mengerjakan umrah dan haji pada tahun berikutnya, ia merupakan satu kemenangan kerana selepas itu mereka boleh melakukan ibadat itu pada bila-bila masa tanpa sekatan.

Malah jika ada orang Quraisy yang lari kepada Islam dan Rasulullah di Madinah dan perlu dipulangkan kepada puaknya di Mekah, ia juga merupakan satu kelebihan kepada Islam dan bukan sesuatu yang merugikan.

Bagi baginda golongan yang lari itu tentunya bukan lagi seorang Islam. Hanya mereka yang murtad sahaja yang akan berbuat demikian.

Justeru kalau ada yang murtad maka dia tidak diperlukan lagi dalam masyarakat Islam.

Maka adalah lebih baik orang seperti itu keluar daripada komuniti Islam.

Tuesday 28 February 2012

MPV - VW SHARAN


Pelengkap tawaran VW

CARCOSA SRI NEGARA pada petang Ahad minggu lalu cukup meriah. Sekali pandang seperti hari keluarga. Banyak betul aktivitinya. Makan-makan, sesi fotografi, permainan video, sudut mewarna, sesi bercerita, kereta kawalan jauh, urut, malah merias kuku pun ada. Bagi kanak-kanak, pastinya kaunter gula kapas dan bertih jagung menjadi sasaran utama. Semua nampak relaks menghabiskan masa selama beberapa jam di sana.

Nampaknya, tema dan suasana aktiviti santai bersama keluarga sebegitu memang kena dengan pelancaran model terbaharu daripada Volkswagen Group Malaysia (VGM).

Ciri terbaik VW

Dikenali sebagai Sharan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sudah memasuki generasi kedua. Ia menjadi tawaran terbaharu VGM kepada pengguna Malaysia yang dilihat kian selesa dengan jenama dari Jerman itu selepas model-model seperti Polo, Golf, Jetta, Cross Touran, Passat, Passat CC, Tiguan dan Touareg.

Volkswagen (VW) mula mengeluarkan Sharan pada tahun 1995, sebagai respons kepada pasaran yang gemarkan MPV bersaiz besar, tetapi mampu menawarkan pemanduan seperti sebuah kereta.

Ketika itu, Sharan dibangunkan bersama Ford menerusi model Ford Galaxy sebelum VW melakukan rebadged model sama menggunakan jenama SEAT yang kemudian diberi nama Alhambra. Pada tahun 2006, Ford tampil dengan Galaxy baharu yang tiada kena mengena dengan Sharan, selain model MPV S-Max yang dibina di atas kerangka sedan Mondeo.

Selepas 15 tahun, biarpun cuma mengalami proses penambahbaikan (facelift) sebanyak dua kali, Sharan nyata diterima baik terutama di pasaran Eropah apabila lebih 600,000 unit berjaya dijual.


BUKAAN pintu yang luas untuk memudahkan proses keluar masuk kenderaan.

Di Malaysia yang kenderaan import sepenuhnya (CBU) memang mahal, VGM memposisikan Sharan sebagai sebuah MPV premium. Ini bukan dakwaan semata-mata kerana Sharan hadir bersama pelbagai ciri yang membuatkannya lebih mewah berbanding MPV sekelas dengannya.

Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay menyifatkan Sharan sebagai sebuah MPV yang unik. Sharan memiliki semua inovasi terbaik Volkswagen. Nilai tambahnya juga terletak pada rekabentuk menarik, ciri-ciri termaju dan sistem keselamatan. Di samping teknologi termasyur Volkswagen, enjin TSI turbocharged dan kotak gear berkembar Direct Shift Gearbox (DSG).

“Jadi, selain bersifat versatil untuk membawa seisi keluarga, MPV ini juga menawarkan pemanduan sporty,” kata Ricky.

Berdasarkan kepada penampilan luaran, rekaan Sharan terbaharu itu nyata lebih menarik. Ia merupakan hasil tangan Ketua Perekabentuk Kumpulan VW, Walter de Silva dan Ketua Perekabentuk Jenama VW, Klaus Bischoff yang berpaksikan kepada DNA rekabentuk VW baharu.

Walaupun sekali pandang ia tetap berkotak seperti MPV lain, Sharan sebenarnya memiliki garis sisi yang kemas. Rekaan ringkas sebegitu bertujuan mencipta keseimbangan dan kelihatan energetik.

Rekaan itu tidak mengujakan saya. Namun kalau diikutkan, pembeli kenderaan sebegini tidak meletakkan rekaan sebagai kriteria terpenting untuk membelinya. Mereka lebih berminat kepada ruang dalaman luas, banyak ruang penyimpanan barang, tahan lasak dan menawarkan pengendalian yang stabil.

MPV itu tidak menggunakan teknik bukaan pintu konvensional. Ia sebaliknya diganti dengan pintu gelongsor yang boleh dikawal secara elektrik dengan hanya menekan butang pada rantai kunci. Satu ciri yang bagus jika anda terpaksa memakir di ruang sempit.

Satu lagi perkara yang semestinya disukai ramai ialah sistem bantuan ketika memakir kenderaan. Dikenali sebagai Park Assist 2.0, ia sangat berguna jika hendak memakir sama ada secara sejajar atau mengundur. Sistem itu dipertingkat lagi menerusi Park Distance Control (PDC) dan paparan kamera belakang.

Sebenarnya, inilah kali pertama Park Assist 2.0 dipasang pada kenderaan VW. Jadi, kalau dengan Park Assist 2.0 pun kereta boleh kemek, mungkin ada baiknya beli Perodua Viva sahaja.

Sesuai dengan statusnya sebagai MPV mewah, tempat duduk Sharan yang boleh menempatkan tujuh orang penumpang dewasa dengan selesa (termasuk tempat duduk baris ketiga) itu dibalut dengan kulit ‘Vienna’.


ANDA boleh mengharapkan kualiti pemanduan yang responsif menerusi padanan enjin TSI 2.0 liter dan kotak gear DSG enam kelajuan automatik.

Kalau hendak mengangkat barang besar dan mahukan ruang kargo luas, lipat sahaja tempat duduk baris kedua dan ketiga. Operasinya juga mudah dengan hanya menarik satu tuil. Sekelip mata, ruang itu menjadi seluas 2,430 liter.

Tech Package

Papan pemuka yang berwarna hitam itu diserikan dengan kemasan berwarna perak titanium pada bingkai corong pendingin hawa, sistem audio dan butang kawalan. Sistem audio RNS510 dengan skrin sentuh pula diintegrasi bersama sistem navigasi yang turut boleh membaca fail daripada sumber kad SD.

Sementara pacuan DVD memiliki kapasiti simpanan fail mencecah 30GB. Maklumat navigasi dan audio dipapar menerusi paparan TFT. Sistem sama dipertingkat menerusi peranti antara muka MEDIA-IN bersama satu kabel adapter USB dan opsyen AUX-IN.

Bagi memudahkan pemanduan, Sharan dibekalkan dengan stereng multi fungsi dengan butang kawalan. Pemandu juga kekal berhubung dengan kenderaan melalui paparan multi fungsi ‘Plus’ yang diletakkan pada bahagian meter .

Jika di pasaran lain, misalnya United Kingdom Sharan ditawarkan sehingga 14 varian yang dibezakan menerusi pilihan enjin dan aksesori, VGM sebaliknya hanya menawarkan dua varian Sharan untuk pengguna Malaysia. Varian itu dibezakan oleh pakej teknologi atau Tech Package.

Pakej tersebut merangkumi Adaptive Chassis control (DCC), sistem bunyi premium DYNAUDIO dengan lapan pembesar suara berkuasa 800 watt, sistem kunci ‘Keyless Access’, sistem penghidup serta sistem amaran ‘Lane Assist’.


PINTU gelongsor pada kedua-dua belah sisi yang bergaya dan praktikal.

Biarpun begitu, kedua-dua varian itu menerima aspek mekanikal yang sama. Sharan dipacu menggunakan enjin bersesaran 2.0 liter TSI turbocharged. Enjin dengan sistem pancitan terus yang turut digunakan oleh model Golf GTI itu mampu menjana kuasa sehingga 200PS @ 5,100rpm dan tork puncak 280Nm yang boleh diperoleh pada putaran enjin serendah 1,700rpm hingga 5,000rpm.

Enjin bercekapan tinggi itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan DSG. Ia bukan sekadar menawarkan pemanduan yang lancar, malah penjimatan penggunaan bahan api dengan catatan 8,5 liter untuk setiap 100 kilometer.

Jadi, jika anda merancang untuk membeli sebuah MPV bersaiz penuh yang mewah, ada baiknya singgah sebentar ke mana-mana bilik pameran VW. Anda mungkin berkenan dengan Sharan.

Kelebihan syuhada dan anbia di barzakh

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Sesungguhnya kehidupan di alam barzakh yang hakiki adalah perasaan yang sempurna, pengenalan yang lengkap dan pengetahuan yang benar. - Gambar hiasan

KELEBIHAN hidup alam kubur (barzakh) bagi para nabi akan mudah difahami jika kita merenung tentang kelebihan mereka yang mati syahid. Sudah jelas dalam pelbagai nas yang mereka menerima pelbagai kelebihan di alam tersebut dan bukan hanya sekadar roh yang tidak binasa.

Sekiranya 'hidup di alam kubur' bermaksud roh yang kekal, tidak fana dan tidak binasa, maka tiadalah sebarang keistimewaan bagi para syuhada untuk layak disebut dengan kemuliaan tersebut, kerana ruh semua anak Adam juga adalah baqa' (kekal) iaitu tidak fana dan tidak binasa.

Inilah yang sebenarnya diakui oleh para pentahqiq seperti yang ditegaskan oleh Sheikh Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.

Maka semestinya, para syuhada itu memiliki keistimewaan yang melebihi manusia biasa. Sekiranya tiada keistimewaan itu, maka sia-sialah kehidupan mereka.

Lebih-lebih lagi, Allah SWT melarang kita mengatakan mereka itu 'orang mati'. Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Justeru, apa yang ingin diperkatakan, semestinya kehidupan mereka itu lebih sempurna dan mulia daripada kehidupan manusia biasa.

Inilah yang ditegaskan oleh nas-nas di atas. Hakikatnya, roh-roh golongan itu dikurniakan rezeki. Mereka mendatangi sungai-sungai di dalam syurga dan menikmati buah-buahan yang terdapat di dalamnya.

Ia sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: Di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (ali-'Imran: 169)

Seterusnya, segala yang mereka rasai seperti makanan, minuman dan segala bentuk nikmat dapat rasakan dengan rasa yang amat sempurna.

Ada perasaan yang amat puas, kelazatan yang begitu menggiurkan dan keseronokan yang hakiki.

Ia seperti yang dinyatakan di dalam hadis: "Ketika mereka merasai kenikmatan makanan, minuman dan tempat tidur, mereka pun berkata, Alangkah baiknya, kalau saudara-saudara kita tahu apa yang telah Allah kurniakan kepada kita ini." (Ibnu Kathir meriwayatkan daripada Ahmad)

Malahan, roh para syuhada itu memiliki keistimewaan tasarruf (pengurusan dan pentadbiran) yang lebih besar dan luas daripada manusia lain.

Mereka dapat mengembara dan bergerak bebas dalam syurga Allah SWT mengikut kehendaknya. Kemudian mereka menuju ke arah pelita-pelita yang terletak di bawah arasy Allah. Begitulah seperti yang disebut dalam hadis sahih.

Para syuhada dapat mendengar setiap pertuturan dan memahami apa yang diperkatakan kepadanya. Disebut dalam hadis sahih: Sesungguhnya Allah SWT berfirman kepada mereka, apakah yang kalian inginkan?" Maka mereka menjawab: "Ini dan ini. Berterusan soalan dengan disertai jawapannya. Kemudian mereka meminta supaya mereka dikembalikan ke dunia untuk berjihad. Kemudian, mereka memohon lagi supaya Allah menyampaikan daripada mereka suatu risalah (berita) kepada saudara-saudara mereka di dunia yang menceritakan tentang segala kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Maka Allah berfirman: Aku akan menyampaikannya daripada kalian.

Sekiranya perkara itu thabit pada hak syuhada, maka para nabi adalah jauh lebih berhak daripada mereka dalam dua aspek.

Yang pertama ialah kedudukan yang mulia itu dianugerahkan kepada para syuhada sebagai kemuliaan dan penghormatan untuk mereka.

Kita ketahui, tidak ada kedudukan yang lebih tinggi dan mulia daripada kedudukan yang dianugerahi kepada para nabi.

Kita juga tidak meragui, bahawa keadaan para nabi adalah jauh lebih tinggi dan sempurna berbanding keadaan kesemua para syuhada. Maka adalah mustahil sekiranya kesempurnaan nikmat itu hanya dirasai oleh para syuhada dan tidak dikurniakan kepada para nabi.

Lebih-lebih lagi kesempurnaan ini berupa kesempurnaan yang sudah pasti menambahkan taqarrub, pendekatan, nikmat dan kemesraan (al- Uns) mereka dengan Allah Yang Maha Tinggi.

Aspek kedua pula kedudukan yang mulia untuk para syuhada itu adalah sebagai ganjaran terhadap jihad dan pengorbanan mereka semata-mata kerana Allah.

Tetapi, nabi adalah insan yang telah mempelopori sunnah tersebut kepada kita. Bahkan, baginda mengajak dan menunjuki kita kepada jalan tersebut dengan izin Allah SWT dan taufik-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa berkurangan walau sedikit pun dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya tanpa berkurangan walau sedikit pun."

Banyak lagi hadis sahih yang masyhur mengenai hal ini. Justeru, setiap pahala yang dikurniakan kepada para syuhada, dikurniakan juga kepada nabi kerana kebaikan yang dilakukan sama seperti yang pernah dilakukan oleh nabi.

Beli undi: Kadir wajar mohon maaf


DARI UTUSAN MALAYSIA
28/2/2012



KUALA LUMPUR 27 Feb. - Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir wajar memohon maaf kepada para pengundi di kawasan Parlimen Kulim Bandar-Baharu ekoran kenyataannya yang menggambarkan pengundi di kawasan itu mudah untuk 'dibeli'.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Kadir wajar berbuat demikian jika perbuatan membeli undi itu benar-benar berlaku.

"Dia seolah-olah telah menghina pengundi di kawasan itu. Maka dia kena minta maaf jika ia berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir semasa berucap dalam satu forum pada Januari lalu yang mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai 'bom'.

Dakwa Abdul Kadir, beliau mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Menurut bekas Menteri Penerangan itu, dia telah menjadi ketua dalam banyak kempen pilihan raya dan diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan kepada pengundi.

Zahrain berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat perkara itu memandangkan ia adalah pengakuan yang dibuat oleh Abdul Kadir.

"Bagi saya, siasatan menyeluruh perlu dilakukan memandangkan Abdul Kadir adalah bekas wakil rakyat kawasan itu untuk beberapa penggal, bagi memastikan sama ada beliau terbabit dengan politik wang ataupun tidak,'' katanya.

"Beliau (Abdul Kadir) perlu berterima kasih kepada UMNO kerana sudah menikmati kemewahan dan kekayaan hasil penyertaannya dalam parti itu.

''Kekalahan pemimpin UMNO pada pilihan raya umum lalu termasuk di Kulim bukan kerana duit, tetapi kerana sikap pemimpinnya seperti Abdul Kadir ini,'' katanya.

Dalam pada itu, Zahrain turut mendesak Abdul Kadir supaya menyatakan pendiriannya sama ada masih lagi menyokong UMNO atau berhasrat menyertai pembangkang ekoran kenyataannya sejak kebelakangan ini yang mengkritik parti itu dan kerajaan.

Katanya, Abdul Kadir yang sudah pencen itu wajar mendiamkan diri dan tidak perlu mengkritik tanpa asas sehingga boleh menjejaskan parti yang disertainya sebelum ini.

KOMEN : INILAH DIA MAKLUK BELAAN YANG MAKAN TUAN... BUKAN UMNO SAJA YANG KENA SIASAT HAL INI... SPRM PUN KENA MAINKAN PERANAN PENTING DARI MANA KADIR NI DAPAT DUIT UNTUK RASUAH PENGUNDI? BANYAK TU?

SPRM diberi akses penuh



NAJIB Tun Razak meneliti isi kandungan buku Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah pada majlis perasmian program berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Turut hadir Mohd. Sidek Hassan (kiri) dan Abu Kassim Mohamad. - BERNAMA

PUTRAJAYA 27 Feb. - Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persetujuan itu sejajar dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM supaya anggota pentadbiran kerajaan termasuk ahli keluarga terdekat mengisytiharkan harta masing-masing bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka kepada umum.

''Berhubung langkah pengisytiharan harta yang dicadangkan oleh lembaga terbabit, ingin saya jelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengamalkan proses itu jauh lebih awal berbanding yang lain.

''Setiap anggota pentadbiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri termasuklah setiap tambahan atau pelupusan harta dan pengisytiharan itu dibuat secara berkanun," katanya ketika berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah 2012 di sini, hari ini.

Januari lalu, Lembaga Penasihat SPRM mencadangkan kepada kerajaan supaya mewajibkan ahli keluarga dan pasangan menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada agensi itu.

Cadangan itu, menurut Pengerusinya, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh bagi memastikan integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Abu Kassim ketika ditemui menjelaskan, jumlah aset milik menteri, timbalan dan anggota pentadbiran kerajaan Persekutuan lain yang menjadi perhatian SPRM adalah sepanjang tempoh mereka memegang jawatan sahaja.

Menurut beliau, pihaknya akan melihat dengan teliti sama ada wujud atau tidak pertambahan yang mendadak terhadap jumlah aset milik mereka, termasuk ahli keluarga terdekat dalam tempoh itu.

''Apa yang menjadi perhatian SPRM bukanlah jumlah aset sebelum mereka menyandang jawatan dalam kerajaan, tetapi yang penting ada atau tidak pertambahan yang mendadak sehingga boleh menimbulkan keraguan sepanjang memegang jawatan kerajaan.

''Jadi, jumlah aset atau harta yang mereka peroleh atau sedia ada, kita akur," katanya.

KOMEN : RASA-RASANYA ADA TAK YANG SANGKUT KERANA MEMPUNYAI KEKAYAAN YANG LUAR BIASA... ?

Monday 27 February 2012

TUKAR REJIM APA KEBENDANYA?

Pihak guna kuasa asing tiada tempat dalam negara demokratik
DARI UTUSAN MALAYSIA
27/2/2012




Mahathir Mohamad bersalaman dengan penuntut Universiti Malaysia Sarawak pada Konvensyen Kebangsaan Patriotisme dan Politik: Hala Tuju Sebenar di Samarahan, Sarawak, semalam. - BERNAMA

SAMARAHAN 26 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihak yang menggunakan kuasa asing untuk menjayakan cita-cita politik mereka tidak mempunyai tempat dalam sebuah negara demokratik.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, golongan sedemikian juga tidak patriotik walaupun cita-cita politik mereka itu adalah sesuatu yang murni demi kebaikan negara.

Katanya, walaupun amalan demokrasi membolehkan semua rakyat menentukan kerajaan mereka, jika ia terdiri daripada kerajaan pilihan kuasa asing, maka negara itu sudah tidak bebas lagi.

"Seseorang yang patriotik tidak boleh membenarkan dia diperalat oleh kuasa asing untuk menjatuhkan pemerintah walaupun mereka mungkin tidak begitu prihatin kepada rakyat.

"Niat dan hasrat kuasa asing melakukan perubahan rejim adalah supaya rejim baharu itu dapat diperalat untuk melaksanakan agenda mereka," katanya ketika berucap pada Konvensyen Kebangsaan Patriotisme dan Politik: Hala Tuju Sebenar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir berkata, hak asasi manusia perlu diutamakan, namun semua pihak harus berjaga-jaga dalam mempromosikannya kerana ia dikhuatiri menyebabkan seseorang itu dijadikan alat kuasa asing tanpa disedarinya.

Sebagai contoh, katanya, hak untuk menyoal pemerintah merupakan satu perkara yang sudah diterima sebagai hak asasi, namun ia boleh digunakan secara halus pihak ketiga untuk kepentingan agenda mereka.

"Kalau kita persoal demi kepentingan negara, itu adalah baik tetapi mungkin soalan yang dikemukakan tersebut menepati kehendak pihak lain

"Secara jelas, kita perlu lebih setia kepada negara daripada setia kepada ideologi asing yang masuk ke dalam negara kita," katanya.

Mengenai sistem demokrasi pula, beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah selain memerlukan rakyat yang boleh berfikir dan menilai.

Katanya, jika kita mengamalkan demokrasi dengan terlalu mengikut apa yang dilakukan pihak lain, kita bakal berdepan risiko untuk diperalatkan.

"Dengan itu, negara kita akan menjadi tidak stabil kerana setiap pemerintahan yang dirikan akan diruntuhkan kerana ingin mendirikan pemerintahan lain yang kononnya lebih baik tetapi akhirnya akan ditentang oleh satu pihak lain pula," tegasnya.

KOMEN : ITU CONTOH TERBAIK PERTUKARAN REJIM DI AFGANISTAN, IRAQ, MESIR, TUNISIA, LIBYA,,, NEGARA HANCUR DALAM SEKELIP MATA... ADA PUAK YANG MENYERANG DAN BATU API MACAM USA AMBIL KESAH NAK BANGUNKAN SEMULA... LANTAK KAU ORANGLAH... JANJI YANG SELAMAT NEGARA ISRAEL.... ORANG ISLAM BERBUNUH SESAMA SENDIRI KERANA TERIKUT-IKUT DEMOKRASI ALA BARAT...

SURAT BERACUN UNTUK PUAK PEMBANGKANG...

Surat Dr. Mahathir kepada Ehud Barak akan didedah - Najib
DARI UTUSAN MALAYSIA
27/2/2012



SABAK BERNAM 26 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menyiarkan surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada minggu depan.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan seluruh rakyat memahami tujuan sebenar Dr. Mahathir menghantar surat berkenaan.

"Saya telah meminta supaya surat yang diutuskan oleh Dr. Mahathir itu disemak dan diberikan ulasan oleh Wisma Putra.

"Saya telah semak surat itu dan mendapati ia boleh didedahkan kepada pengetahuan umum... hari ini Ahad, esok atau lusa kita boleh menyiarkannya kepada umum," katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan ucapan majlis pecah tanah pembinaan blok 18 bilik darjah tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Yoke Kuan, dekat sini hari ini.

Dr. Mahathir baru-baru ini mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Jelasnya, dalam surat itu, beliau mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

Mengulas lanjut, menurut Najib, beliau mendapati Dr. Mahathir menulis surat tersebut adalah untuk memperjuangkan untung nasib rakyat Palestin yang menuntut sebuah negara berdaulat.

"Surat itu adalah menunjukkan keprihatinan Dr. Mahathir dalam proses kedamaian Asia Barat yang ketika itu sedang giat diusahakan dan isi kandungan surat itu menepati dasar kerajaan Malaysia, dulu dan pendirian kita hari ini.

"Dengan surat itu disiarkan secara terbuka, saya harap (menghentikan) segala pertikaian dan polemik yang dibangkitkan oleh parti pembangkang kerana mereka khuatir kemarahan rakyat terhadap kenyataan Ketua Pembangkang menyokong segala usaha mempertahankan keselamatan negara Israel," katanya.

Beliau berkata, tindakan parti pembangkang itu hanya untuk mengalihkan pandangan rakyat supaya berasa sangsi terhadap pendirian sebenar kerajaan berhubung kedudukan Israel.

Sementara itu, mengenai isu kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corporation (Lynas), Perdana Menteri menegaskan, kerajaan sudah membuat kajian terhadap projek tersebut dan mengenakan syarat yang cukup ketat.

"Kita tidak akan memberikan lesen beroperasi melainkan kita berpuas hati dan orang tempatan boleh menerima projek itu serta ia selamat dari segi kepentingan rakyat.

"Melainkan ada pihak yang sengaja menolak atas sebab politik itu kita tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Jelasnya, apa yang penting adalah fakta dan bukti saintifik menunjukkan kilang itu tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat tempatan.

Beliau berkata, pihaknya sudah menduga parti pembangkang akan mencari isu seperti projek Lynas untuk dijadikan sebagai modal menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan masyarakat tempatan.

KOMEN : NAH KAU! ASYIK NAK BUAT FITNAH AJE ... BACA NI... JANGAN NAK TEGAKAN BENANG BASAH PULAK...

Pas sudah rosak


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/2/2012




NAMA Abdullah Sa‘amah akhir-akhir ini menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang acapkali mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, yang menjadi lokasi pengajian ilmu agama dalam kalangan anak muda ini, tidak takut berhadapan kecaman asalkan beliau menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan hala tuju Pas yang dilihatnya semakin tersasar daripada landasan asal perjuangannya untuk menegakkan negara Islam.

Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini kerana, beliau melihat kecelaruan Pas semakin ketara sejak membentuk pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sokongan Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau dan terbaru, kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara haram Israel, tidak boleh diterima sama sekali oleh Abdullah.

Dalam pertemuan singkat di pondok beliau baru-baru ini, Abdullah berkongsi pandangannya dalam beberapa isu mengenai Pas dengan wartawan YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR bersama-sama jurugambar, AIZZUL ABDUL MAJID.

“Pas ini adalah sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah belah orang Islam dan Islam,” kata Abdullah.

MINGGUAN: Bagaimana ustaz melihat Pas sekarang?

ABDULLAH: Saya melihat Pas akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majoriti, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.

Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.

Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.

Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.

Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh ‘akidah taksim’, ‘akidah tasbih’ dan syariat ‘alla mazhab’, ‘alla kitab’, ‘alla ulama’ dan ini adalah sesat.

Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.

Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.

Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?

ABDULLAH: Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.

Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.

Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?

ABDULLAH: Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.

Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH: Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?

ABDULLAH: Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.

Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.

Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam, adakah kemungkinan Pas bersatu dengan UMNO?

ABDULLAH: Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, ‘bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.’ Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.

Bagaimana pula dengan perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan?

ABDULLAH: Pada pandangan saya perubahan itu berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.

Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah?

ABDULLAH: Dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.

Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?

Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan?

ABDULLAH: Nama parti Islam, tak jadi soal. Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah. Apa komen ustaz?

ABDULLAH: Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang menyata setia dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, “Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah.” Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.

Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.

Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.

Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.

Sejak dulu, Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas, apa pandangan ustaz?

ABDULLAH: Nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.

UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia?

Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.

Macam mana perjalanan politik Islam yang sepatutnya?

ABDULLAH: Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.

Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.

Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambil yang secara darurat, ini terpaksa.

Kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.

Apa nasihat ustaz kepada rakyat Malaysia menjelang PRU13 ini?

ABDULLAH: Saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.

Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.

Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan, buanglah Nik Aziz, buanglah Pas.

Ustaz bersedia menerima kritikan dan hentaman daripada Pas berikutan pendirian Ustaz ini?

ABDULLAH: Saya sedia menerima 24 jam, kalau nak kritik pun tak apa, kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita,

KOMEN : TAK ADA TAPI-TAPI LAGI... SOKONG PAS BERDOSA DAN SESAT......

Tolak pakatan tidak pertahan IMR


DUA wanita ini kelihatan sebak sewaktu mengaminkan doa yang dibacakan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Jati ketika menghadiri Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam. – BERNAMA

KUANTAN 25 Feb. – Rakyat diajak membetulkan semula hala tuju negara pada pilihan raya umum akan datang dengan menolak pakatan atau kumpulan yang tidak mempertahankan mesej Islam, Melayu dan raja (IMR).

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, halangan utama kepada usaha mengagungkan dan membawa mesej IMR kepada rakyat adalah pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pas.

“DAP sama sekali tidak bersetuju dengan niat baik saya untuk membina Islam di Selangor. Saya nak kurangkan arak, DAP tak setuju, kurangkan judi pun mereka tak setuju, mahu kurangkan rumah urut juga dibantah keras oleh DAP.

“Halangan kedua ialah beberapa personaliti dalam institusi politik yang bukan mendorong untuk menyelesaikan isu IMR tetapi mengukir satu perkara baru yang mengharu-birukan akidah umat Islam.

“Buktinya, melalui fahaman pluralisme yang kini cuba dibawa oleh penghulunya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga amalkan satu lagi fahaman iaitu liberalisme yang mempersoalkan mengenai undang-undang homoseksual, lesbian, transeksual dan sebagainya. Ia cukup berbahaya dan perlu ditolak oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Ummah yang dihadiri kira-kira 6,000 orang di Padang Awam, Perkampungan Sungai Isap Perdana di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

Hasan berkata, pada pilihan raya umum akan datang, rakyat perlu berazam demi anak-anak dan cucu cicit bagi memilih pemimpin yang mampu mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi diraja.

“Pilihan raya umum kali ini akan menentukan hidup dan mati kita. Jadi, saya minta rakyat negara ini tidak mengundi pakatan pembangkang yang jelas memencilkan Islam, Melayu dan institusi raja,” katanya.

Setiap rakyat terutama orang Melayu katanya, perlu memainkan peranan bersama kerana mereka kini sedang dicabar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu merosakkan akidah umat Islam.

KOMEN : DAH TERANG LAGI BERSULUH SIAPA DALANGNYA... ITU PUN MASIH NAK DISOKONG KE?

Misi menyelamatkan anak bangsa


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/2/2012





SEJAK dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2010, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar seboleh mungkin cuba mengembalikan institusi itu ke landasan asal penubuhannya iaitu membantu pelajar miskin.

Sebagai anak miskin yang mendapat peluang menempa kejayaan melalui UiTM, beliau mahu mereka juga diberi ruang yang sama mencorakkan masa depan di atas tapak yang disediakan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional ini.

Dalam wawancara bersama wartawan MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau menjelaskan lebih lanjut tentang misi mencorak destini atau nasib anak bangsa.

MINGGUAN: Apa matlamat Datuk melalui projek Mencorak Destini Anak Bangsa?

SAHOL: Matlamat sebenar saya melalui program ini adalah untuk membawa balik UiTM kembali ke haluan asalnya. Asal usul universiti ini yang ditubuhkan atas usaha para pemimpin UMNO selepas Kongres Ekonomi Bumiputera, bertujuan membela orang Melayu yang jauh ketinggalan. Salah satu caranya adalah mewujudkan sebuah institusi pendidikan untuk membantu mereka.

Begitu sejarah UiTM dan pada peringkat awal golongan muda dari kampung memasuki institusi ini yang kebanyakan mereka mempunyai latar belakang pendidikan sekolah yang biasa-biasa sahaja. Ini tujuan asalnya iaitu memberi peluang pelajar yang tercicir di kampung-kampung dengan latar belakang ekonomi yang daif dan miskin. Apabila institusi ini semakin berkembang dan dinaik taraf menjadi sebuah universiti, kita lihat universiti ini semakin hilang arah tuju dan terlalu bertumpu kepada keputusan peperiksaan yang baik serta berasaskan merit.

Bagaimana masalah ini boleh timbul sekarang?

SAHOL: Sebenarnya kita tidak boleh lupa jasa kerajaan yang telah membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penubuhan pelbagai institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah seperti MRSM dan sekolah berasrama penuh hinggalah universiti seperti UiTM. Masalah mula timbul di sini apabila pelajar-pelajar yang mendapat peluang belajar yang lebih selesa di sekolah ini turut sama bersaing untuk memasuki UiTM. Ini membuatkan universiti ini terpaksa mengetatkan syarat kemasukan pelajar sehingga mengakibatkan pelajar di luar bandar semakin terhad tempatnya di UiTM. Ini mengakibatkan pelajar di kampung tidak berpeluang menyambung pelajaran, tercicir dan sebagainya. Bukan kerana tidak pandai. Ini kerana persaingan sengit dan peluang untuk pendidikan yang lebih baik adalah terhad.

Berbeza dengan pelajar di bandar yang boleh pergi tuisyen, suasana belajar yang selesa dan kondusif serta pelbagai lagi. Keadaan sebegini yang membuatkan pelajar di kampung jauh ketinggalan.

Maka apabila saya kembali ke UiTM maka antara perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah menjadi seperti peringkat awal penubuhannya.

Saya juga pelajar kampung yang diberi peluang melanjutkan pelajaran di UiTM sehingga berjaya mencapai tahap sekarang. Katalah jika saya tidak diberi peluang itu, entah sekarang jadi apa, saya pun tak tahu. Mungkin berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi kemudian menjadi mat rempit dan sebagainya.

Apakah ini bermaksud masalah yang berlaku dahulu masih terus berlaku sekarang?

SAHOL: Kita tidak boleh nafikan orang Melayu semakin berjaya dan berkembang di negara ini. Namun hakikatnya taraf ekonomi orang bandar dan kampung masih tidak berubah.

Saya berani katakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya dan orang miskin sebaliknya. Keadaan ini yang berlaku di bandar kerana orang bandar menjadi semakin kaya berbeza dengan orang kampung yang tetap di takuk lama.

Saya sedih kerana terdapat orang yang sudah berjaya ini kemudian mempersoalkan kewujudan UiTM dan meminta kemasukan pelajar dibuka kepada semua kaum. Bila saya dengar orang Melayu sendiri cakap begitu saya rasa sangat marah. Kalau bangsa lain yang cakap mungkin saya boleh terima lagi tapi apabila bangsa sendiri yang menidakkan sumbangan UiTM kepada bangsanya, itu adalah melampau. Saya tidak faham kenapa orang Melayu jadi begini, mungkin kerana mereka sudah berpelajaran tinggi atau sudah lupa sejarah. Bagi mereka, mungkin ia bukan keperluan tetapi bagi orang kampung yang hidup susah, mereka tahu bahawa UiTM boleh membantu mereka keluar daripada kemiskinan dan membantu hidup lebih baik.

Bagaimana perancangan Datuk untuk menjayakan program ini?

SAHOL: Sebenarnya projek ini telah bermula pada 2010. Sebelum ini kita terima pelajar pintar berdasarkan merit sebagai contoh untuk belajar bidang seni bina, perlu ada sekurang-kurangnya 8A. Pelajar cemerlang ini akan tetap memasuki UiTM berdasarkan merit.

Pada masa sama, saya buat satu program untuk pelajar yang hanya mendapat kelulusan sekadar tiga kredit juga dipelawa masuk ke UiTM. Memandangkan mereka ini tidak layak mendapat bantuan PTPTN, kita cari dana untuk menampung perbelanjaan mereka. Saya tubuhkan Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa – ia hasil kutipan dan potongan gaji pensyarah, alumni UiTM, zakat dan sumbangan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).

Apabila idea ini saya kemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengarahkan saya supaya menjayakan program ini. Malah beliau berjanji akan memberi bantuan seringgit untuk setiap ringgit yang saya kutip. Setakat ini pihak kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM20 juta dan Perdana Menteri setuju menambah RM20 juta lagi. Melalui dana ini, saya gunakan untuk membantu pelajar miskin ini yang kini jumlahnya seramai 11,500 orang telah terpilih dari seluruh negara.

Bagaimana pula dengan proses pengambilan pelajar ini?

SAHOL: Istimewanya program ini, pelajar tidak perlu mengisi borang termasuklah melalui Internet. Sebaliknya, kami sendiri yang mencari mereka di setiap ceruk kampung. Kami redah bersama dengan pensyarah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kami tubuhkan, Gerakan Destini Anak Bangsa.

Saya sendiri turut sama turun padang mencari pelajar-pelajar ini. Sekali keluar sebanyak 30 buah kereta akan turut serta meredah kampung-kampung yang disasarkan. Kami akan cari pelajar yang sesuai, minta kad pengenalan dan lihat sijil peperiksaan mereka. Jika sesuai kami akan terus keluarkan surat tawaran serta-merta kepada mereka.

Namun mereka ini tidak dimasukkan terus ke program diploma UiTM. Kami tempatkan mereka di kampus-kampus untuk mengikuti program khas selama lima bulan. Program ini bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran mereka supaya mereka lebih bersedia apabila memasuki kampus sebenar nanti. Alhamdulillah setakat ini daripada 11,500 pelajar, sebanyak 82 peratus berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di UiTM.

Mampukah program sebegini diteruskan pada masa-masa hadapan?

SAHOL: Program sebegini merupakan satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) UiTM untuk anak bangsa. Sekurang-kurangnya kami memberi peluang kedua kepada mereka untuk berjaya dan memperbaiki taraf hidup.

Paling penting mereka ini kami berjaya selamatkan daripada masalah sosial seperti gejala rempit, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi. Lebih membanggakan para pelajar yang dibawa masuk ini menunjukkan prestasi dan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.

Bagi saya, projek ini haruslah diteruskan pada masa-masa hadapan selagi terdapat mereka yang terpinggir untuk dibantu dan diberi harapan.

Buat masa sekarang, saya sangat berharap supaya ahli-ahli politik UMNO terutama mereka di peringkat bahagian dapat membantu kami mencari pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan ini. Saya minta mereka hanya membantu mengenal pasti pelajar yang patut dibantu memasuki program ini manakala segala bantuan lain akan kami berikan. Matlamat kami hanya satu iaitu mahu menyelamatkan mereka daripada terperangkap dengan hidup yang tidak ada masa depan.

KOMEN : SEMOGA ANAK BANGSA YANG DIBERI PELUANG UNTUK MENIMBA ILMU MENGGUNAKAN SEGALA PELUANG YANG ADA UNTUK BERJAYA,,,

Friday 24 February 2012

DOLAK-DALIK NIK AZIZ - DIA AJE YANG BETUL..


Nik Aziz tolak dakwaan Dr. M
DARI UTUSAN MALAYSIA
24/2/2012


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan amalan bai'ah dalam parti itu kerana ia bukannya untuk pemimpin sebaliknya ditujukan kepada Allah, rasul-Nya serta kepatuhan terhadap rukun berjemaah.

Sehubungan itu, beliau menolak segala dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa amalan bai'ah dalam parti itu adalah kepada pemimpin yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Sambil menyifatkan kenyataan Dr. Mahathir itu sebagai usaha melemparkan tohmahan kepada Pas, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam kerana parti itu sentiasa meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan.

"Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam tohmahan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin, tidak kepada Allah.

"Sebenarnya Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan rasul serta kepatuhan kepada rukun berjemaah, bukannya pemimpin," kata Menteri Besar Kelantan itu dalam status terkini Facebooknya yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir dalam satu program di Shah Alam, Selangor semalam berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli parti itu berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Menurutnya, ini kerana jika manusia biasa membuat bai'ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

Isu mengenai bai'ah tercetus apabila Abdul Hadi dalam satu kenyataannya kelmarin berkata, setiap calon Pas yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti diwajibkan berbai'ah dan sesiapa yang melanggar bai'ah itu akan 'celaka dunia dan akhirat'.

Mengulas isu sama Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bai'ah adalah keistimewaan dalam perjuangan Islam.

Beliau berkata, daripada sumpah kesetiaan sesama sendiri yang berdepan hukuman manusia jika dilanggar, bai'ah Islami turut mengingatkan mengenai balasan Allah di dunia dan akhirat jika mereka mengkhianati janji dan perjuangan.

Tak mudarat langgar bai'ah palsu - Abdullah

KOTA BHARU 23 Feb. - Tokoh agama yang juga pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menyifatkan, bai'ah Pas adalah bai'ah palsu dan sekiranya dilanggar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Beliau berkata, ini kerana bai'ah itu hanya bermotifkan politik dan dilakukan kerana pemimpin Pas takut kehilangan kuasa apabila ada dalam kalangan wakil rakyat mereka berkemungkinan lompat parti selepas pilihan raya umum nanti.

Katanya, Pas kini semakin tertekan melihat sokongan rakyat semakin meningkat kepada UMNO yang dilihat lebih komited dalam menegak dan mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

"Mereka membuat bai'ah kerana menganggap mereka betul dan benar. Bai'ah Pas bai'ah palsu dan kata-kata celaka dunia akhirat sekiranya melanggar adalah kata-kata kosong, tidak memudaratkan dan tidak perlu gusar.

"Pas membuat bai'ah kerana mereka tertekan sokongan terhadap UMNO semakin gagah (kuat) dan Pas takut UMNO menang, maka akan ada wakil rakyat Pas lompat parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, benar bai'ah dibenarkan dalam Islam dan para sahabat Rasulullah SAW juga pernah berbai'ah kepada nabi kerana baginda jelas memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

"Apa yang perlu dibuat ialah Pas dan UMNO kena berbai'ah untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan orang Islam," katanya.