Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 9 February 2012

PRU-13: Pak Lah serah kepada PM - MASIH RELEVEN KE?

DARI UTUSAN MALAYSIA
9/2/2012



KEPALA BATAS 8 Feb. – Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Abdullah, terpulang kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan perkara itu.

“Saya serah kepada Najib untuk membuat keputusan dan saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana semua ini terpulang kepada beliau,” kata bekas Perdana Menteri itu selepas majlis penyerahan Insentif Peningkatan Hasil (IPH) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Parlimen Kepala Batas iaitu Penaga (Datuk Azhar Ibrahim) dan Bertam (Datuk Zabariah Wahab) mengesahkan tidak akan bertanding pada PRU-13 nanti.

KOMEN : ITULAH MASALAHNYA ORANG-ORANG TUA DALAM UMNO... SENDIRI PUN TAK TAHU YANG DIRI TU DAH TAK RELEVEN UNTUK JADI PEMIMPIN RAKYAT... SEMUA SERAH KAT BAHU MR. PRESIDENT... KALAU AKU TAK TERPILIH AKU AKAN MERAJUK DAN BAWA PENYOKONG AKU KELUAR UMNO, BIAR PADAN MUKA MR. PRESIDENT...BAIK KAU RECYCLE AKU KALAU TAK ?...UGUTAN TU.... AYAT DAN PERANGAI POLITIKUS YANG TAK TERPILIH SEBAGAI CALON...

No comments: