Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 3 February 2012

IIM, Kumpulan Utusan terus budayakan integriti


DARI UTUSAN MALAYSIA
3/2/2012




JAMAL Ahmed (kiri) dan Mohd. Tap Salleh bersalaman selepas menandatangani memorandum persefahaman mengukuhkan kerjasama antara UMES dan IIM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Seperti mana tahun lalu, Institut Integriti Malaysia (IIM) akan terus bekerjasama dengan Kumpulan Utusan bagi menyebar luas kempen membudaya integriti dalam masyarakat.

Presiden IIM, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, Agenda Integriti Nasional merupakan agenda penting kerajaan, justeru kerjasama dan sumbangan media amat penting dalam usaha menerapkan pembudayaan integriti di kalangan masyarakat.

"Sejak tahun lalu IIM telah mengadakan kerjasama dengan Kumpulan Utusan untuk menghebahkan mesej integriti melalui akhbar dan penerbitan.

" Pada tahun ini kami akan terus menerbitkan pelbagai rencana dan iklan bertemakan integriti dalam akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! bagi menjayakan kempen tersebut yang sedang dilaksanakan IIM,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili IIM menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Utusan yang diwakili Pengurus Besar (Cetak dan Web) Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES), Jamal Ahmed.

Tambah Mohd. Tap, pihaknya amat berpuas hati dengan kerjasama yang telah dijalin dengan Kumpulan Utusan sebelum ini setelah mendapat maklum balas positif daripada masyarakat.

"Contohnya buku bertajuk Jangan Mengelat: Integriti dalam Jenaka yang menggunakan koleksi kartun popular Hello Bos dalam Utusan Malaysia, telah menjadikan penyampaian mesej integriti lebih menarik.

"Justeru, kerjasama ini dilihat mampu untuk memperluaskan penyampaian mesej integriti dan kaitannya dengan kualiti hidup di kalangan masyarakat dengan menggunakan kaedah yang lebih kreatif,"katanya.

No comments: