Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 16 February 2012

SPRM siasat dakwaan NGO perlu pulangkan bantuan


DARI UTUSAN MALAYSIA
16/2/2012



ALOR SETAR 15 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengarah SPRM Kedah, Mohamad Yusoff Akope berkata, siasatan itu dibuat berdasarkan kepada laporan media mengenai dakwaan yang dibuat oleh beberapa NGO Cina semasa sesi dialog bersama MCA di Sungai Petani baru-baru ini.

Katanya, suruhanjaya itu juga sedang mendapatkan kerjasama daripada pemimpin MCA dan Gerakan Kedah yang turut membuat dakwaan sama dengan NGO tersebut.

"Kita telah memulakan siasatan tetapi berdasarkan apa yang ditulis oleh media dan juga menerusi kerjasama dengan MCA serta Gerakan," katanya di sini hari ini.

MCA Kedah sebelum ini mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi penjelasan mengenai isu NGO perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew mendakwa lapan NGO di negeri ini telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pemulangan balik atau rebat antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan itu sangat serius dan jika benar berlaku, ia merupakan rasuah dan bercanggah dengan undang-undang.

Susulan daripada isu berkenaan, seorang pembantu peribadi kepada seorang Exco kerajaan negeri dilaporkan digantung tugas sejak kelmarin atas arahan pemimpin jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohamad Yusoff berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan rasmi daripada orang awam mengenai isu tersebut.

Katanya, SPRM kini dalam proses mengenal pasti NGO yang menyuarakan isu berkenaan kepada MCA dan Gerakan.

"SPRM memerlukan kerjasama mereka sendiri supaya tampil bagi membolehkan kami mengumpul maklumat berguna dan bukti yang kukuh. Hanya dengan cara ini kita boleh membuka fail siasatan secepat mungkin," katanya.

Utusan Malaysia difahamkan, Itt Chew tampil memberi keterangan hampir sejam di pejabat SPRM Kedah di sini pada pukul 4 petang semalam untuk membantu siasatan berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, tindakan menggantung tugas pembantu peribadi kepada Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri, Tan Chow Kang itu adalah tidak adil kerana kerajaan negeri yang perlu bertanggungjawab.

Kata beliau, pegawai berkenaan seolah-olah dijadikan kambing hitam bagi menutup perkara yang berlaku dalam isu tersebut jika benar ia terjadi.

"Kerajaan Pas Kedah mesti berdepan dengan rakyat dan menjelaskan apa yang terjadi. Kalau perkara ini benar-benar terjadi, mereka kena minta maaf dengan rakyat. Hal yang melibatkan undang-undang, terpulang kepada pihak berkuasa menentukannya," katanya.

KOMEN : MEREKA TAK AKAN MENGAKU PUNYA... SEMUA SALAH UMNO...

No comments: