Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 2 February 2012

United buat City semakin tertekan


DARI UTUSAN MALAYSIA
2/2/2012





JAVIER Hernandez meraikan jaringannya ketika aksi Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Stoke City di Old Trafford, semalam. Perlawanan berakhir United menang 2-0. - REUTERS

LONDON - Dua penalti membantu Manchester United sama 54 mata dengan pendahulu liga, Manchester City selepas mengalahkan Stoke 2-0 semalam.

Dalam masa yang sama, jaringan bekas pemain United, Darron Gibson menyebabkan City tunduk 1-0 di Everton.

Pemain tengah Ireland, Gibson meninggalkan United untuk berpindah ke Goodison Park pada awal bulan lalu dan jaringannya bukan saja memberi sumbangan besar kepada pasukan barunya, malah kepada bekas kelabnya juga.

United kini berkongsi 54 mata dengan City, namun skuad Alex Ferguson di tangga kedua kerana perbezaan gol. City memiliki kelebihan enam gol berbanding United.

Tottenham yang menumpaskan Wigan Athletic 3-1 di White Hart Lane, mengekori di tangga ketiga dengan lima mata di belakang, manakala Chelsea kekal di tangga keempat.

Kelebihan mata yang dimiliki semakin mengecil selepas Chelsea seri 1-1 dengan Swansea, membolehkan Liverpool merapatkan jurang kepada empat mata di belakang hasil kemenangan 3-0 ke atas Wolves.

Dalam saingan di Old Trafford, United diselamatkan menerusi dua penalti yang disempurnakan Javier Hernandez dan Dimitar Berbatov.

Sejurus membenam Stoke dan berkongsi mata dengan pendahulu, Ferguson segera mengalihkan tumpuan kepada pertembungan yang dianggap titik penentu siapa bakal bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini, iaitu berdepan City April nanti.

Jurulatih itu juga yakin pasukannya akan lebih mantap apabila berkunjung ke Chelsea Ahad.

Ini kerana United kembali diperkuatkan dengan kepulangan penyerang utama, Wayne Rooney, Nani dan Ashley Young yang pulih daripada kecederaan.

"Kemenangan hari ini amat penting tetapi ia cuma hari terakhir bulan Januari. Saya sering melihat apabila memasuki Mac adalah tempoh yang paling genting, dan kami pula akan menentang City, April ini, jadi kami perlu tumpukan kepada perlawanan besar itu.

"Kami berharap Wayne, Nani dan Ashley Young akan kembali memperkuatkan pasukan, Ahad ini. Kami telah mengharungi malam yang bagus hari ini, namun saya percaya persembahan kami boleh diperbaiki lagi hujung minggu nanti,'' kata Ferguson. - AFP

No comments: