Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 17 February 2012

TELUR TEMBELANG ANWAR DAH PECAH...


The Jerusalem Post sambut baik sokongan Anwar
DARI UTUSAN MALAYSIA
17/2/2012



SEBUAH media Israel dilaporkan menyambut baik kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel ketika diwawancara oleh Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

The Jerusalem Post (jpost.com) menyiarkan tulisan penulis tamunya, Michael Ordman yang menyambut baik sokongan yang ditunjukkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap Israel.

Laporan berkenaan didedahkan oleh blog Anwar AIDC (www.anwaraidc.com) yang kemudiannya disiarkan oleh beberapa blog lain.

Ordman seperti dipetik blog itu berkata, beliau secara peribadi gembira dengan perhatian yang diberikan oleh Anwar terhadap penubuhan negara Israel

“Dari segi politik, saya secara peribadi suka dengan berita tentang perhatian tinggi diberikan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim untuk negara Yahudi ketika ditanya (oleh AWJ) sama ada beliau mahu membuka hubungan diplomatik dengan Israel,” kata Ordman.

Ordman adalah penulis blog dari “Good News From Israel” turut diiktiraf pemikirannya oleh akhbar tersebut kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah negara Israel.

Sebaliknya, bagi penulis blog propembangkang seperti Pak Bakar (penarikbeca.blogspot.com), sokongan Anwar terhadap Israel itu jelas satu tindakan tidak bijak yang boleh menggugat kedudukan pakatan pembangkang sendiri.

“Bakaq tak perlu ada Ijazah Linguistik atau Sarjana Bahasa Inggeris untuk memahami kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bakaq tak perlu otak sehebat otak saintis roket untuk memahami kenyataan bodoh dan bangang dari semua aspek itu.

“Dari awal lagi, aku dah agak dah Anwar akan kata kat aku supaya tengok dalam konteks apa Anwar bercakap. Memang ada komen lagu tu masuk dalam ruang komen blog ni,” katanya.

Katanya, sikap kepala batu dan buat-buat tidak tahu yang ditunjukkan oleh Anwar juga boleh menambah kesukaran mereka untuk melawan UMNO sedangkan kenyataannya “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” itu boleh menyukarkan tugas pembangkang.

Blog My KMU (www.mykmu.net) pula musykil dengan tindakan Anwar yang tidak membuat kenyataan kepada umum, sebaliknya hanya mahu bertemu secara peribadi dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menjelaskan isu tersebut.

Katanya, tindakan sedemikian akan memudahkan beliau memutarbelitkan fakta di hadapan Nik Aziz memandangkan Menteri Besar Kelantan itu kurang arif tentang apa yang berlaku di luar dari negeri itu.

“Jika Anwar membuat kenyataan umum, semua masyarakat dunia sudah pun arif mengenai situasi yang berlaku dan (tetapi) jika ia dilakukan secara tertutup dengan Nik Aziz, maka Nik Aziz punya fokus hanya tertumpu pada Anwar dan tidak kepada perkara-perkara sebenar di luar sana,” katanya.

Blog 1Malaysia (siemens-melayumaju.blogspot.com) pula mendedahkan sikap Anwar yang tetap mahu menyalahkan UMNO terhadap isu Israel yang membelitnya.

Katanya, Anwar dalam satu majlis di Subang Jaya baru-baru ini mendakwa UMNO telah memfitnah beliau dan memadamkan kenyataan yang mengandungi pernyataan tentang hak rakyat Palestin.

“Apa hal UMNO nak buat semuanya itu? Sudah dijangka Anwar akan pusing cerita punya dan akhirnya menyalahkan UMNO. (Sedangkan) kalau kita baca balik berita WSJ, akhbar itu tulis dengan jelas dan terang kenyataan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Azrinizam Ibrahim (anginperubahan.blogspot.com) dan blog Gelombang Rakyat (gelombang-rakyat.blogspot.com) mendedahkan kenyataan Anwar yang menyokong kegiatan homoseksual seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar di Indonesia baru-baru ini.

Dalam wawancara dengan akhbar tersebut, Anwar berkata: “Perkahwinan lelaki dengan wanita adalah suatu yang mutlak dari agama tetapi homoseksual itu tidak perlu dihukum oleh negara, melainkan ia dilakukan di tempat awam.”

Kenyataan Anwar itu jelas menunjukkan beliau menghalalkan kegiatan homoseksual, membenarkan ia dilakukan secara tertutup, sama seperti kenyataan beliau kepada BBC pada Januari lalu.

Sementara itu, Raja Petra Kamaruddin yang akhir-akhirnya membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Anwar dan parti pembangkang sekali lagi membuat dakwaan terbaru menerusi blog Malaysia Today (www. malaysia-today.net).

Kali ini beliau mendakwa kegagalan gerakan 16 September yang dirancang oleh Anwar bagi membolehkan pembangkang menduduki Putrajaya menerusi pintu belakang pada 2008 lalu adalah disebabkan keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh menyerahkan wang RM300 juta. Ia sekali gus menggagalkan hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu satu-satunya cara beliau untuk melepaskan diri daripada menghadapi dakwaan meliwat kali kedua.

Satu lagi yang menarik perhatian ialah kupasan Syed Akhbar Ali (syedsoutsidethebox.blogspot.com) mengenai pelaburan hartanah Medini oleh Khazanah Nasional.

KOMEN : PUTAR DAN BELIT ANWAR AKHIRNYA MEMBELIT DIRI SENDIRI....

No comments: