Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 14 February 2012

Proton juara kategori Super Rali Dunia


Suffian Abu Bakar
DARI UTUSAN MALAYSIA
14/2/2012



KARLSTAD, SWEDEN – Pasukan Proton Motorsports melakarkan satu kejayaan manis buat negara apabila memenangi kategori Super Kejohanan Rali Dunia S-WRC menerusi pemandu kelahiran Sweden, Per Gunnar Andersson yang memandu jentera Satria Neo S2000 di sini, semalam.

Andersson, pelumba kelahiran Arjang berusia 32 tahun bersama pembantu pemandu, Emil Axelsson berjaya mencatat masa keseluruhan 3 jam, 28 minit dan 16.8 saat untuk menggungguli kategori Super yang disertai seramai 12 pelumba.

Di peringkat WRC, Andersson menduduki tempat ke-12 keseluruhan kejohanan rali dunia yang dipenuhi salji sejauh 360 kilometer bermula Khamis lalu.

Perlumbaan hari terakhir sebanyak enam peringkat kelmarin menyaksikan Andersson berjaya mengutip 25 mata, selain memastikan tempat ke-12 kategori keseluruhan WRC dalam genggaman mereka.

“Bagi kami, kejayaan yang dicapai amat manis kerana ia berlaku di negara saya sendiri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Proton Motorsports kerana memberi kepercayaan kepada kami,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas dinobatkan sebagai juara SWRC.

Andersson ketinggalan pada peringkat pertama perlumbaan kepada Craig Breen dari Ireland yang memandu jentera Ford Fiesta S2000, dan di peringkat terakhir, beliau mencatatkan masa tiga minit lebih awal berbanding Breen.

Pemandu jentera Skoda Fabia S2000, Pontus Tidemand menduduki tempat ketiga kategori S-WRC setelah ketinggalan satu minit setengah berbanding Breen.

Sementara itu, Ketua Proton Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood berkata, Proton Motorsports amat berbangga dengan kejayaan ini walaupun pihaknya mengeluarkan kos kira-kira suku daripada keseluruhan kos dikeluarkan pasukan lain.

“Kejayaan ini menjulang nama Proton di persada pengeluar kereta dunia. Sekarang masyarakat Eropah dan dunia sudah melihat kejayaan kami.

“Kejayaan ini membolehkan Proton Motorsports dan Proton melangkah lebih jauh dalam dunia sukan automobil dunia,” kata beliau kepada pemberita Malaysia selepas sesi penyampaian hadiah di podium bandar ini.

Sirkit WRC menyediakan lapan venue perlumbaan iaitu Monte Carlo, Sweden, Portugal, New Zealand, Finland, Great Britain, Perancis dan Sepanyol.

WRC turut menyaksikan pemandu Ford Fiesta WRC, Jari-Matti Latvala muncul juara keseluruhan kejohanan dengan catatan masa 3:18.28.3s manakala pemandu Citroen, Mikko Hirvonen yang muncul juara keseluruhan tahun lalu berada di tempat kedua dengan catatan masa keseluruhan 3:18.44.9s. -

No comments: