Guru tabika berkenaan, Zainab Idris, 53, berkata, pemilik berkenaan menimbun tanah di laluan berkenaan sehingga menyukarkan ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka.
“Saya tidak mengetahui punca sebenar mengapa jalan ke tabika ini ditutup, namun saya kesal dengan tindakan yang dipercayai dilakukan oleh pemilik tanah.
“Saya dimaklumkan perkara ini oleh pembantu guru pada malam Jumaat lalu. Sebelum ini tiada sebarang notis amaran diberi dan sekatan ini diadakan secara tiba-tiba,” dakwanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Zainab yang kecewa dengan tindakan pemilik tanah berkenaan yang tidak memberi sebarang notis memberitahu, beliau telah menghubungi penghulu dan penggawa kawasan berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut.
Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ibu bapa yang menggunakan kenderaan menghantar dan mengambil anak-anak mereka kini terpaksa meninggalkan kenderaan sejauh kira-kira 10 meter.
Seorang ibu, Zalina Ismail, 29, yang mempunyai dua anak belajar di tabika berkenaan menyuarakan rasa terkejut dan hairan apabila mendapati timbunan tanah di kawasan jalan tersebut kerana ia seolah-olah menutup laluan ke tabika berkenaan.
“Kami ibu bapa meminta jasa baik pemilik tanah supaya tidak bertindak sedemikian. Walaupun jaraknya tidak jauh tetapi nyata ia menyusahkan kami semua,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin memberitahu, pihaknya telah mengadakan laluan sementara untuk kemudahan ibu bapa terlibat.
“Atas rasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi Tabika Kemas Setia Jaya, sebanyak RM5,000 diperuntukkan bagi membina jalan dari rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membolehkan kenderaan memasuki kawasan tabika itu,” katanya.
KOMEN : KENAPA INI TERJADI...? TEPUK DADA TANYA IMAN.... APA SALAH ANAK-ANAK KECIL YANG INGIN BELAJAR... KASIHANNYA....
No comments:
Post a Comment