Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 7 August 2014

PALESTIN : Penduduk Gaza malu dikenali sebagai bangsa Arab

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KANAK-KANAK Palestin yang cedera dalam serangan udara oleh rejim Zionis Israel dirawat di Hospital Kamal Edwan di Beit Lahia di utara Gaza, baru-baru ini. - AFP

"Kami adalah rakyat Palestin, kami adalah bangsa Palestin, kami bukan bangsa Arab, Arab tidak menolong kami, kami bukan bangsa Arab!"

Itu luahan penduduk Gaza terhadap sikap mendiamkan diri negara-negara Arab ketika mereka menerima bedilan tanpa henti dari rejim Zionis.

Namun, kesedihan itu sedikit terubat selepas penduduk Gaza meraikan kejayaan cawangan ketenteraan Hamas, Briged Izzudin Al-Qassam berjaya menculik seorang tentera rejim Zionis, Shaol Aron dengan nombor tentera 6092065.

Ternyata penculikan seorang tentera ini menunjukkan kemampuan Al-Qassam untuk melakukan apa sahaja dalam menyelamatkan Gaza daripada terus diserang rejim Zionis.

Apa pun, lewat malam 19 Julai lalu juga merupakan hari yang paling sukar bagi penduduk timur Gaza, di Hayyu Shujaeyya kerana kempen pengeboman tentera Israel sehingga menyebabkan lebih daripada 100 orang awam terkorban di situ sahaja dan menyebabkan statistik yang terkorban sehingga kini ialah 1,258 orang.

Malah, semasa berita ini ditulis, Hayyu Shujaeyya terus dibom oleh rejim Zionis selain menurunkan bom-bom fosforus dalam usaha untuk menghalau penduduk awam di sana untuk keluar dari rumah bagi melaksanakan kempen pengeboman mereka.

Anak kecil, wanita, orang tua, sesiapa sahaja dianggap pengganas oleh tentera Israel sehingga 'menghalalkan' tubuh mereka yang tidak berdosa itu dibedil tanpa belas kasihan.

Malah pihak ambulans dan paramedik yang mahu memasuki kawasan itu turut dibedil sehingga mengorbankan seorang petugas ambulans, Fuad Jaber.

Peluru rejim Zionis tidak mengenal sesiapa, semua yang ada di Gaza adalah sasaran mereka waima kanak-kanak dan juga wanita serta orang tua.

Selain paramedik itu, seorang wartawan foto yang masih memakai vest yang tertera 'PRESS' turut syahid terkena bedilan roket pesawat pejuang F-16 ketika serangan itu.

Zionis mula memainkan propaganda dengan mengatakan cawangan ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam menyimpan segala peralatan perang di rumah orang awam dan atas alasan itu, penempatan awam dibedil.

Itulah sebenarnya perangai tentera Israel. Tiada belasan kasihan namun dalam diam mereka sebenarnya pengecut. Menghancurkan orang awam terutama kanak-kanak adalah agenda mereka dalam menghancurkan sebuah negara bernama Palestin.

Walaupun setiap hari penduduk dunia dipaparkan dengan berita menyedihkan yang menimpa Gaza, Liga Arab, kesatuan yang menggabungkan negara-negara Arab di Asia Barat diam tanpa berhasrat berusaha mahu memberikan bantuan.

Setakat ini hanya Tunisia yang bersuara mahu memberikan bantuan manakala Qatar mahu menjadi orang tengah antara Mahmoud Abbas, Presiden Palestin di Tebing Barat dengan Israel yang disaksikan oleh setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon untuk mencapai satu persetujuan gencatan senjata.

Apa pun, semuanya belum muktamad. Yang paling menarik, sebelum persetujuan itu dicapai, hanya perkataan desak dan kecam sahaja kedengaran tanpa ada sebarang usaha untuk memberhentikan serangan rejim Zionis yang sudah membunuh lebih 1,200 nyawa orang awam di Genting Gaza.

Negara-negara Arab tidak melakukan desakan agar Israel menghentikan serangan terhadap penduduk awam Gaza malah, jiran terdekat Gaza, Mesir juga masih membiarkan pintu sempadan di Rafah ditutup.

Malah, pelbagai konvoi bantuan dan perubatan termasuk kami, Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza turut dinafikan untuk meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah bagi membolehkan kami memasuki Gaza.

Alasan mereka, sempadan Rafah sedang tegang dengan kereta kebal Israel mula memenuhi kawasan berkenaan.

Selain itu, kami turut diberitahu oleh rakan di Gaza, di mana Mesir ada menghantar bekalan makanan namun apa yang dihantar ialah makanan yang sudah luput tarikh dan berulat.

Itulah Mesir pada era pemerintahan presiden baharu, Abdel Fattah el-Sisi yang melancarkan kudeta terhadap bekas presiden, Dr. Mohamed Morsi. Mereka kini adalah paksi kejahatan Israel.

Zaman pemerintahan Dr. Mohamed Morsi, Gaza menerima pelbagai kemudahan terbaik termasuk pintu sempadan dibuka seluas-luasnya tanpa ada sekatan yang membebankan 1.8 juta penduduk di situ. Kini semua ini tidak lagi. Negara Arab terkaya yang juga penjaga dua kota suci, Mekah dan Madinah, Arab Saudi juga diam. Tanpa ada sebarang usaha untuk membantu.

"Saya tidak mahu lagi mengaku sebagai bangsa Arab, saya bukan bangsa Arab, saya bangsa Palestin. Saudara sebangsa tak akan membiarkan saudaranya tertindas oleh orang lain.

"Mereka buta hati, mereka sedang berseronok untuk menyambut Aidilfitri tapi kami di sini sedang menangisi mereka yang terkorban syahid mempertahankan negara kami.

"Anak-anak mereka mencari-cari kompleks membeli belah untuk mendapatkan baju Hari Raya yang baharu, anak-anak kami sedang mencari perlindungan daripada diserang dengan bom rejim Zionis dan hanya mampu membeli kain kafan," kata koordinator media Aman Palestin Gaza, Hamza Deirawi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140731/re_02/Penduduk-Gaza-malu-dikenali-sebagai-bangsa-Arab#ixzz39g8TQnpa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 - Persediaan menyambut jenazah di KLIA


ANGGOTA tentera mengadakan latihan persediaan mengusung keranda semasa membawa pulang jenazah mangsa warga Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - BERNAMA

SEPANG 30 Julai - Persediaan telah dibuat untuk menerima kepulang-an jenazah rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine.

Ketika tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, van-van jenazah sudah tersusun rapi.

Beberapa khemah turut didirikan di perkarangan kompleks.

Dalam satu raptai, anggota tentera daripada Rejimen Askar Melayu Diraja yang lengkap beruniform kelihatan mengusung keranda dengan penuh hormat untuk diberi penghormatan terakhir.

Namun jenazah 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi.

Seorang pegawai yang terlibat dalam urusan pengendalian jenazah berkata persediaan awal dibuat bertujuan untuk memastikan proses ketibaan jenazah bakal berjalan lancar.

"Hari ini hanya satu raptai untuk menyambut jenazah. Ia masih dalam peringkat perancangan dan ia masih belum dimuktamadkan. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.

"Satu mesyuarat akan diadakan esok (Khamis) untuk membincangkan secara terperinci proses me-nyambut ketibaan jenazah nanti," katanya.

Pada 17 Julai lalu, pesawat Boeing 777 MAS yang membawa 283 orang penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai akibat ditembak. Tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.

Setakat ini sejumlah 227 keranda yang mengandungi jenazah mangsa pesawat telah diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda yang mengetuai pasukan siasatan antarabangsa.

Kini 21 pakar Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang terdiri daripada lapan ahli patologi, lapan ahli forensik odontologi, empat pakar penyiasat lokasi jenayah (CSI) dan seorang pakar DNA berada di Utrecht, Belanda dalam usaha mengenal pasti identiti mangsa nahas.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke Belanda hari ini dijangka menyegerakan proses membawa pulang jenazah rakyat Malaysia.

Perdana Menteri dijangka bertemu rakan sejawatannya, Mark Rutte di The Hague yang akan mengadakan perbincangan termasuk soal urusan pengecaman mayat, membawa pulang jenazah dan meng-heret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ke muka pengadilan. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140731/dn_06/Persediaan-menyambut-jenazah-di-KLIA#ixzz39g6fREV6  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 tumpuan Najib di Belanda

Oleh Saiful Haizan Hasam


AMSTERDAM 30 Julai - Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu akan terus diberi keutamaan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengadakan lawatan kerja khas ke negara ini bermula esok.

Lawatan kerja Perdana Menteri itu secara khusus adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini proses penyiasatan dan pengecaman mangsa bencana (DVI) sekali gus membincangkan dan mengukuhkan kerjasama dalam isu berkenaan dengan kerajaan Belanda.

Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr. Fauziah Mohd. Taib (gambar) berkata, Perdana Menteri akan tiba di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol pada pukul 8 pagi esok, waktu tempatan.

Beliau berkata, program pertama Najib bermula pada tengah hari melalui mesyuarat bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di pejabatnya di pusat pentadbiran The Hague.

Katanya, Perdana Menteri kemudiannya akan mengadakan sidang akhbar ringkas bersama Rutte sebelum menandatangani buku ucapan takziah.

"Dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri dijangka membincangkan tentang jalinan kerjasama berterusan dalam isu MH17.

"Hal ini penting kerana operasi di tapak nahas di Ukraine masih berterusan manakala bangkai pesawat MH17 berada di sana, sebab itu kerjasama perlu berterusan dengan mengambil kira aspek tersebut," katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut serta dalam lawatan kerja Perdana Menteri ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini berkata, Najib akan menemui Rutte untuk membincangkan sama ada ahli patologi Malaysia dapat membantu bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa.

"Kedua-dua Perdana Menteri juga akan membincangkan tentang memperoleh akses penuh ke tapak nahas supaya pasukan antarabangsa dapat menjalankan penyiasatan yang komprehensif bagi menentukan punca nahas dan siapa yang bertangggungjawab," kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, Perdana Menteri dan Rutte selepas itu akan ke pangkalan tentera Hilversum, lokasi mayat mangsa MH27 ditempatkan untuk proses DVI.

Sejurus sahaja tiba, kata Fauziah, Perdana Menteri akan meletakkan jambangan bunga bagi memperingati mangsa tragedi sekali gus muncul pemimpin dunia pertama yang berbuat demikian dan kerajaan Belanda amat menghargainya.

Katanya, di pangkalan tentera itu, Perdana Menteri akan diberi taklimat oleh Ketua DVI Pusat Krisis Kebangsaan Belanda, Arie De Bruin yang dibantu tiga anggota pasukan DVI dari Malaysia.

"Mereka akan memaklumkan status dan prosedur pengecaman dan dari situ akan dapat dijangka bila mayat mangsa warganegara Malaysia dihantar ke tanah air.

"Semua maklumat itu akan dimaklumkan oleh Perdana Menteri kepada keluarga mangsa di tanah air," katanya.

Program terakhir Perdana Menteri adalah majlis makan malam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama semua petugas dari Malaysia yang berada di sini bagi membantu melicinkan proses DVI mayat sebelum meninggalkan Amsterdam pada pagi Jumaat ini. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140731/dn_01/MH17-tumpuan-Najib-di-Belanda#ixzz39g5mfkB2  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 - Reda andai ada yang tidak ditemui

Oleh MD AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

DRAHMAN Jiee (kiri) dan Rohani Abdul Karim (kanan) mengaminkan doa dalam Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 31 Julai Abang sulung kepada Tambi Jiee, 49, yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bersama isteri dan empat anaknya, reda seandainya ada dalam kalangan mayat enam beranak itu gagal ditemui kerana menganggap semua yang terjadi adalah ketentuan Allah.

Drahman Jiee berkata, jika boleh, memang menjadi harapan mereka sekeluarga mahu mendapatkan kesemua jenazah ahli keluarga mereka itu dalam apa juga keadaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka terpaksa reda seandainya ada dalam kalangan ahli keluarganya itu tidak ditemui kerana berpendapat apa yang terjadi di dunia ini sudah tentu mempunyai hikmah di sebaliknya.

''Tapi kalau seandainya tidak terdapat secebis pun (mayat), kalau tidak dapat, tidak dapatlah, itulah ketentuan Allah SWT, kita kena reda atas semua ini.

''Itu semua adalah ketetapan Allah SWT yang ada hikmah di sebaliknya. Yalah, semua orang berdoa nak semuanya dapat walau sekecil mana atau pun sebesar mana.

"Kalau dapat semua alhamdulillah...andai kata seorang tidak dapat, kita kena pasrah kepada takdir Allah SWT,'' katanya dalam nada tenang.

GAMBAR Tambi Jiee, Ariza Ghazalee dan empat anak mereka yang dirakamkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa hadir Majlis Sambutan Rumah Terbuka Jalinan Kasih Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Tambi dan isteri, Ariza Ghazalee, 46, bersama empat anak mereka iaitu Muhammad Afif, 19; Muhammad Afzal, 17; Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, adalah antara penumpang yang menaiki pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Drahman memberitahu, penerangan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai pengurusan jenazah di dalam Islam adalah cukup mudah iaitu seandainya mayat dijumpai walau sekecil mana pun pastikan ia diuruskan mengikut cara Islam.

''Jenazah kena dimandikan kalau boleh mandi, kalau tidak boleh ditayamumkan, dikafankan kemudian disembahyangkan dan dikebumikan.

"Kami keduadua belah keluarga kepada enam beranak ini juga telah bersetuju akan mengebumikan jenazah mereka, InsyaAllah di Tanah Perkuburan Semariang di sini,'' katanya.

Dalam pada itu, Drahman mewakili keluarga mereka turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia kerana memberi perhatian serta sokongan kuat kepada mereka sekeluarga.

"Ini (tragedi) adalah ketetapan Allah SWT. Kini, segala urusan bukan sahaja menjadi urusan keluarga tetapi urusan seluruh negara kerana negara turut terlibat," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140801/dn_07/Reda-andai-ada-yang-tidak-ditemui#ixzz39g3uTz5v  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 : 80 mayat mangsa dipercayai masih di lokasi kejadian


SEKUMPULAN anggota Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) yang menyertai Misi Pemantauan Khas ke Ukraine mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemberontak di Donetsk, kelmarin. - AFP

SYDNEY 31 Julai - Menteri Luar Australia, Julie Bishop percaya kira-kira 80 mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, masih berada di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine, selain menyuarakan kebimbangan penglibatan Rusia untuk menghalang pasukan misi antarabangsa memasuki kawasan insiden.

Portal berita stuff.co.nz yang memetik kenyataan Bishop berkata, tugas utama pasukan siasatan antarabangsa termasuk anggota polis dari Australia, Belanda dan Malaysia adalah untuk mencari dan membawa pulang mayat selain mencari bukti yang menunjukkan pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

"Saya bimbang jika Rusia mengganggu usaha pasukan polis dan pakar memasuki lokasi nahas dengan melancarkan serangan meriam pada setiap hari di kawasan pertempuran antara tentera kerajaan Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Moscow.

"Walaupun saya tidak boleh menyalahkan pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan itu, kerajaan Kiev memberi jaminan bahawa tentera Ukraine tidak melancarkan serangan tersebut," katanya.

Bagaimanapun Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyuarakan pandangan yang berbeza apabila menyifatkan dakwaan Bishop berhubung penglibatan Rusia masih terlalu awal untuk disahkan.

Ditanya sama ada Rusia memainkan peranan dalam menggagalkan usaha misi pasukan polis Australia memasuki lokasi nahas MH17, Abbot berkata, Moscow dilihat hanya mengejar kepentingan sendiri.

"Tetapi saya mengesyaki Rusia mungkin mempunyai kepentingan untuk memastikan misi tersebut berjaya.

"Masih terlalu awal mengatakan pembabitan Rusia dan jika pasukan misi berjaya masuk ke lokasi nahas untuk mengeluarkan mayat dan membantu siasatan tanpa dihalang oleh pemberontak, kita tahu bahawa beliau (Presiden Vladimir Putin) telah membantu sebaik mungkin," katanya.

Kenyataan Abbott itu dilihat seolah-olah beliau tidak mahu menyalahkan Rusia dalam insiden MH17 walaupun sekutunya, Amerika Syarikat (AS) menuduh Moscow terlibat dalam kes menembak jatuh pesawat MAS yang membawa 298 penumpang tersebut pada 17 Julai lalu di timur Ukraine, kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Malah sebelum ini, Abbott enggan mengikut jejak AS dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia sebagai langkah menekan Putin agar menghentikan sokongan ke atas aktiviti kumpulan pemberontak pro-Moscow di timur Ukraine.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140801/dn_06/80-mayat-mangsa-dipercayai-masih-di-lokasi-kejadian#ixzz39fp1IwnK  © Utusan Melayu (M) Bhd


MH17 - Gesa segera gencatan senjata

Oleh Saiful Haizan Hasam

NAJIB Tun Razak menandatangani buku takziah mangsa Malaysia Airlines (MAS) MH17 sambil disaksikan oleh Mark Rutte di Pejabat Perdana Menteri Belanda, The Hague, semalam. - BERNAMA

THE HAGUE 31 Julai - Malaysia dan Belanda hari ini mendesak Ukraine dan pemberontak di timur negara itu melakukan gencatan senjata di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan kawasan sekitarnya secara serta merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memahami bahawa konflik di timur Ukraine sukar diselesaikan namun semua pihak diingatkan bahawa mangsa yang menaiki pesawat berkenaan langsung tiada kaitan dengan masalah yang berlaku.

"Kami mendesak kedua-dua belah pihak menghormati kehilangan nyawa serta integriti kawasan nahas dan dengan cara itu, penyiasatan boleh diteruskan.

"Perjalanan yang jauh ke arah keadilan bermula dengan langkah ini," tegasnya.

Najib membacakan kenyataan bersama selepas mengadakan mesyuarat berhubung tragedi MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di sini hari ini.

Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr. Fauziah Mohd. Taib.

Sementara itu, Najib berkata, dalam mesyuarat bersama Rutte, kedua-dua belah pihak memperkatakan mengenai aktiviti ketenteraan yang berterusan di lokasi nahas, ketidakmampuan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu dan isu saki baki mayat mangsa yang masih berada di sana.

Katanya, demi kepentingan keluarga mangsa yang masih bersedih, adalah penting untuk membawa keluar mayat berkenaan dalam kadar segera kerana setiap daripada mereka perlu diberikan pengebumian yang sewajarnya dan bermaruah.

"Keutamaan lain kami adalah memastikan pasukan penyiasat antarabangsa diberikan akses penuh yang selamat bagi membolehkan mereka mengumpul bukti dan menjalankan tugas penting.

"Hanya dengan cara itu, kita mampu mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku terhadap MH17 dan mencapai keadilan buat mangsa dan keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, sepasukan 68 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di Kiev, Ukraine untuk bekerjasama dengan pasukan Belanda dan Australia bagi mendapatkan jaminan akses ke lokasi nahas.

Katanya, Malaysia amat menyokong penyiasatan antarabangsa dan amat bersyukur dengan peranan utama Belanda selain bersedia memberikan lebih banyak bantuan sekiranya diperlukan.

"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Rutte dan rakyat Belanda atas segala usaha serta bantuan dan terus berbuat demikian untuk mangsa perbuatan tragik dan tidak berperikemanusiaan ini," katanya.

Selepas mesyuarat bersama Rutte, Perdana Menteri berlepas ke pangkalan tentera Hilversum, lokasi mayat mangsa MH17 ditempatkan untuk proses penyiasatan dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Sejurus tiba, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meletakkan jambangan bunga dan bertafakur kira-kira seminit di hadapan pintu masuk pangkalan tentera itu bagi memperingati mangsa tragedi sekali gus muncul pemimpin dunia pertama yang berbuat demikian.

Perdana Menteri turut diberi taklimat oleh Ketua DVI, Pusat Krisis Kebangsaan Belanda, Arie De Bruin. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140801/dn_01/Gesa-segera-gencatan-senjata#ixzz39fnqWsWY  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Rundingan gencatan senjata Israel-Hamas di Kaherah


MENTERI Luar Palestin, Riyad al-Malki (kiri) dan Duta Palestin ke Belanda, Nabil Abuznaid (kanan) mengadakan sidang akhbar bersama di bangunan wakil diplomatik Palestin ke Belanda di The Hague, kelmarin. - AFP

KAHERAH 6 Ogos - Pegawai kerajaan Mesir, hari ini mengadakan rundingan dengan wakil Israel untuk menyelesaikan konflik di Gaza dan akan menyampaikan tuntutan rejim Zionis kepada wakil Palestin, sehari selepas kedua-dua pihak bertelagah mengadakan gencatan senjata selama 72 jam.

Sumber Palestin melaporkan, semua syarat-syarat yang dikemukakan oleh Israel akan dinilai terlebih dahulu, walaupun seorang pemimpin kanan pergerakan Hamas menolak tuntutan rejim yang mahu kumpulan pejuang yang menguasai wilayah Gaza meletakkan senjata.

Bantahan itu disuarakan oleh pegawai Hamas, Ezzat al-Rishq melalui laman sosial Twitter yang menolak permintaan Israel untuk meletakkan senjata termasuk roket dan peluru berpandu anti kereta kebal.

"Mana-mana pihak yang cuba mengambil senjata kami (Hamas), Hamas akan menentang mereka," tulis beliau.

Hamas sebelum ini mengulangi tuntutan agar sekatan selama lapan tahun ke atas Gaza ditamatkan dan pembebasan tahanan Palestin oleh rejim Zionis.

Penganalisis antarabangsa berkata, kemelut lain di Gaza, wilayah kecil yang bersempadan dengan Israel dan Mesir itu, perlu diselesaikan termasuk isu penutupan sempadan di Rafah, keluasan kawasan tangkapan ikan oleh nelayan Palestin dan pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa seperti yang ditetapkan Hamas.

Hamas merupakan pergerakan Islam yang memenangi pilihan raya di Gaza pada 2006 secara sah, tetapi dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Sementara itu, wakil keamanan antarabangsa di Asia Barat, Tony Blair dan penyelaras rundingan damai Asia Barat, Robert Serry dijadual untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Mesir bagi mencari jalan melanjutkan tempoh gencatan senjata yang lebih lama ekoran serangan Israel di Gaza. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_05/Rundingan-gencatan-senjata-Israel-Hamas-di-Kaherah#ixzz39fbWk0dD  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Genting Gaza tanggung kemusnahan RM19.2 bilion


SEBUAH keluarga pulang ke rumah mereka di Beit Hanun, Gaza yang musnah teruk akibat serangan Israel, selepas gencatan senjata selama 72 jam dikuatkuasakan, kelmarin. - AFP

RAMALLAH 6 Ogos - Palestin menanggung kerugian antara AS$4 bilion (RM12.8 bilion) dan AS$6 bilion (RM19.2 bilion) akibat kemusnahan ekoran serangan tentera Israel ke atas Gaza selama sebulan.

Timbalan Menteri Ekonomi Palestin, Taysir Amro semalam berkata, jumlah itu hanya melibatkan kemusnahan terhadap ekonomi Gaza dan beliau menjangkakan nilai tersebut mungkin meningkat berikutan kesan ekonomi yang ditanggung lebih 1.8 juta penduduk Palestin di Gaza.

Beliau berkata, penilaian terperinci akan dilakukan apabila keadaan kembali tenang selepas serangan yang mengakibatkan lebih 1,875 orang terbunuh dan hampir setengah juta penduduk Gaza terpaksa melarikan diri.

Taysir berkata, agensi bantuan antarabangsa dijangka mengadakan pertemuan di Norway pada September ini, namun beliau tidak memberi maklumat lanjut tentang perkara itu.

Sementara itu, gencatan senjata selama 72 jam tajaan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) dikuatkuasakan semalam bermula pada pukul 8 pagi (pukul 1 petang waktu Malaysia) ketika tentera Zionis Israek mula meninggalkan sempadan Gaza, setelah melancarkan serangan ke Genting Gaza sejak 8 Julai lalu dan diperluas dengan operasi tentera darat pada 17 Julai lalu.

Bagaimanapun, Israel sempat melancarkan serangan sebelum gencatan senjata itu dikuatkuasakan mengakibatkan beratus-ratus rumah kediaman musnah dan satu-satunya loji janakuasa di Gaza terkena bedilan meriam menyebabkan bekalan elektrik terputus selama 12 jam di seluruh wilayah Palestin itu.

Malah, penduduk Palestin menghadapi kekurangan bekalan air ekoran sekatan Israel dan Mesir. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_04/Genting-Gaza-tanggung-kemusnahan-RM192-bilion#ixzz39fZwpmXr  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Sekolah untuk semua kaum


Oleh Radhuan hussain
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 6 Ogos - Persatuan Alumni GPMS Kebangsaan (Alumni GPMS) mahu kerajaan bertindak lebih tegas dan berani merangka pendekatan bagi mengembalikan kedudukan sekolah kebangsaan sebagai sekolah untuk semua kaum.

Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pada masa yang sama sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) tidak harus dikembangkan lagi, semata-mata atas tuntutan politik.

"Langkah itu wajar bagi membolehkan lebih ramai kalangan pelbagai kaum diletakkan sebumbung di bawah satu sistem persekolahan seperti dilaksanakan negara lain kerana kesan buruk pemisahan melalui pelbagai sistem kini mulai menyerlah,'' ujarnya.

Katanya, kewujudan sekolah jenis itu di negara ini bukan sahaja telah menyimpang daripada matlamat sebenar mencapai integrasi nasional malah jurang perpaduan antara kaum semakin melebar.

"Alumni GPMS berpendapat konsep 1Malaysia akan mudah dicapai sekiranya sekolah satu aliran diwujudkan kerana kesemua kaum akan berada di bawah satu sistem persekolahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim agar kerajaan menghentikan pembinaan SKJC baharu kerana kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional dan meretakkan hubungan antara kaum.

Razali berkata, sudah sampai masa perkara itu dipertimbangkan memandangkan keharmonian antara kaum ketika ini semakin renggang dengan pelbagai isu.

Syed Anuar berkata, Alumni GPMS menyokong penuh kenyataan Razali supaya kerajaan tidak lagi melayan sebarang permohonan dan tuntutan bagi membina SJKC atau SJKT baharu.

"Alumni GPMS berpandangan isu penghinaan dan mencabar agama Islam, bangsa Melayu dan institusi kesultanan sedikit sebanyak disumbangkan oleh sikap tidak sensitif generasi hari ini akibat berlakunya pengasingan dalam sistem persekolahan sejak dulu lagi," ujarnya.

Sehubungan itu juga, katanya, Alumni GPMS menyarankan agar Kementerian Pendidikan memberi penekanan khas terhadap pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran (P & P) subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan bagi memastikannya mencapai matlamat dan dapat diamalkan dalam kalangan murid dengan lebih berkesan.

"Walaupun hanya merupakan subjek elektif dan bukan teras, guru-guru sepatutnya diberi pendedahan atau kursus khas kerana menyentuh pelbagai aspek termasuk pengwujudan perpaduan dan toleransi antara kaum di Malaysia," tambahnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140807/dn_01/Sekolah-untuk-semua-kaum#ixzz39fTIApRh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Barat sertai boikot Israel


SEORANG anggota polis Jordan mengawasi penduduk Jordan yang mengadakan tunjuk perasaan menggesa supaya dilancarkan kempen boikot produk keluaran Israel di hadapan bangunan pejabat Perdana Menteri Jordan di Amman, kelmarin. - REUTERS

DUBLIN 6 Ogos - Kempen pulaukan produk-produk Israel kini bukan sahaja dilancarkan di negara-negara Islam tetapi mendapat sambutan di negara-negara bukan Islam di seluruh dunia selepas serangan rejim Zionis ke atas Gaza menyaksikan lebih 1,800 penduduk Palestin terkorban.

Akhbar Australia, The Guardian melaporkan, selain barangan dihasilkan oleh Israel, penduduk negara termasuk Ireland, Sweden dan Norway menggesa universiti, bank, perdagangan serta penjualan senjata api kepada rejim Zionis berkenaan dipulaukan.

Ahli Parlimen Norway, Anniken Huitfeldt yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Luar Parlimen menggesa pemulauan segera ke atas semua produk Israel dihasilkan di kawasan jajahan rejim Zionis itu.

Parti Buruh dan Parti Pusat di Norway juga menggesa polisi penjualan senjata kepada negara dunia ketiga dikaji semula kerana senjata-senjata berkenaan dijual semula kepada Israel.

Di Sweden, gesaan semakin meningkat untuk menghentikan semua kerjasama dalam bidang akademik dan budaya antara institusi negara itu dan Israel.

Di Ireland pula, Majlis Perbandaran Dublin menggesa kerajaan menguatkuasakan penangguhan perdagangan dan penjualan senjata api dengan ISrael.

Sebanyak 17 negara Kesatuan Eropah (EU) turut mengeluarkan garis panduan berhubung risiko berurus niaga dengan Israel.

Antara negara tersebut adalah Portugal, Austria, Malta, Ireland, Finland, Denmark, Luxembourg, Slovenia, Greece, Slovakia, Belgium, Croatia, Perancis, Itali dan Sepanyol.

Kerajaan Maldives pula membatalkan tiga perjanjian dengan Israel dan merancang untuk menghentikan import barangan rejim Zionis itu.

Sementara itu, gesaan di Afrika Selatan semakin memuncak, mendesak Duta Israel ke negara itu dihantar pulang manakala Duta Afrika Selatan ke Israel juga telah dipanggil balik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_03/Barat-sertai-boikot-Israel#ixzz39fROP5Nu  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 : Komuniti Islam Belanda bantu urus jenazah warga Malaysia


JAMIL KHIR BAHAROM

PUTRAJAYA 6 Ogos - Komuniti Islam tempatan di Belanda bersedia memberikan bantuan kepada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pengurusan pengendalian jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, persediaan untuk menguruskan jenazah oleh enam imam daripada Jakim juga berjalan lancar dengan bantuan serta hubungan baik dengan komuniti tempatan itu.

"Persiapan pengurusan jenazah di sana (Belanda) serta di sini berjalan lancar. Setibanya di sini (Malaysia) pengurusan jenazah akan dilakukan oleh saya serta Jakim bagi jenazah Islam manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dengan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau meminta semua pemilik sekolah agama rakyat (SAR) supaya berdaftar di bawah SABK supaya mendapat manfaat seperti kemudahan pinjaman buku, prasarana serta pendedahan latihan perguruan.

"Pendaftaran dengan SABK tidak menjadikan pihak lembaga sekolah tidak mempunyai kuasa terhadap sekolah mereka, malah sekolah yang didaftarkan adalah kekal di bawah bidang kuasa mereka," katanya sambil menambah masih banyak SAR yang tidak berdaftar dengan SABK.

Beliau berkata dengan mendaftar di bawah SABK, pelajar SAR bukan saja berjaya dalam bidang agama semata-mata, malah dilengkapi dengan akademik. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140807/dn_04/Komuniti-Islam-Belanda-bantu-urus-jenazah-warga-Malaysia#ixzz39fQT53cJ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Jawatankuasa Koordinasi terima mangsa MH17 ditubuh


HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Koordinasi bagi menerima mangsa-mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang akan diterbangkan dari Belanda.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dicapai selepas perbincangan lanjut mengenai persediaan rapi bagi menyambut dan memberi penghormatan terakhir kepada warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu.

''Jawatankuasa Koordinasi ini akan dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai oleh 10 menteri yang berkenaan manakala saya selaku Menteri Pertahanan dipertanggungjawabkan mengkoordinasi Jawatankuasa Koordinasi tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara (SAM) ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di wilayah Donetsk di timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, mesyuarat pertama jawatankuasa koordinasi tersebut akan diadakan esok pada pukul 12 tengah hari di Kementerian Pertahanan dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

Sebelum itu, jelasnya, beliau terlebih dahulu akan mempengerusikan satu mesyuarat khas di peringkat Kementerian Pertahanan pada sebelah pagi.

"Selain itu, Jawatankuasa Operasi melibatkan pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi yang berkenaan telah mengadakan dua mesyuarat penyelarasan pada 25 dan 31 Julai lalu berhubung perkara ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140807/dn_03/Jawatankuasa-Koordinasi-terima-mangsa-MH17-ditubuh#ixzz39fPXhICU  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH17 - Turut cari mayat di kawasan tasik

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan kedudukan tasik di Donetsk, Ukraine yang kini termasuk dalam kawasan pencarianmayat mangsa nahas MH17 dalam sidang akhbar sejurus tiba dari Ukraine di KLIA, Sepang, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SEPANG 6 Ogos - Pencarian mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu akan diteruskan di kawasan tasik berdekatan tempat nahas tersebut berlaku di timur Ukraine.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan penyelam dari Belanda, Australia dan Malaysia telah menjalankan operasi di kawasan tasik terbabit hari ini berikutan wujud kemungkinan masih terdapat mayat di kawasan itu.

Beliau berkata, operasi terbabit telah dimulakan pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan dan sehingga kini, pasukan tersebut belum menemui sebarang bukti atau mayat mangsa.

''Pasukan siasatan akan menghantar pasukan penyelam kerana dikhuatiri mayat dan angota badan mayat mungkin berada dalam tasik berkenaan berikutan terdapat 62 lagi mangsa belum ditemui.

''Sebanyak 10 penyelam dari tiga negara terbabit akan terlibat dalam operasi ini dengan Malaysia akan menghantar beberapa anggota penyelam VAT69,'' katanya selepas tiba dari Misi Khas ke Ukraine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sehingga kini terdapat seramai 87 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di Soledar, Ukraine bagi meneruskan misi tersebut dan mereka tidak dibenarkan membawa senjata untuk memasuki kawasan nahas.

Mengulas mengenai perkembangan misi itu, beliau berkata, Ketua Polis Negara bersama pasukannya telah dibenarkan memasuki kawasan nahas itu yang berada dalam radius 20 kilometer sebanyak dua kali selama satu jam setengah untuk setiap siasatan.

Beliau berkata, sepanjang siasatan itu pasukan dari Malaysia telah menemui kokpit pesawat tersebut di ladang penternakan ayam dan barangan peribadi mangsa di kawasan nahas terbabit.

Ahmad Zahid berkata, sehingga kini lebih 50 peratus siasatan mengenai nahas itu telah berjaya diselesaikan dan pihak siasatan antarabangsa memerlukan sekurang-kurangnya tiga minggu lagi untuk mengeluarkan seluruh bangkai pesawat itu dari kawasan nahas.

''Kita menemui bangkai kokpit itu dengan kesan tembakan peluru berpandu, siasatan ini agak sukar dan akan mengambil tempoh yang lama kerana keutamaan kita bukan sahaja mencari bahan bukti tetapi menyelesaikan urusan pengambilan mayat dan anggota mangsa," katanya.

Mengulas mengenai bahaya yang dihadapi pasukan terbabit, beliau berkata, biarpun tiada jaminan keselamatan diberikan setakat ini pihaknya mendapat kerjasama baik daripada Ukraine dan berharap tiada insiden buruk berlaku terhadap pasukan itu.

Ditanya mengenai urusan penghantaran mayat, beliau berkata, keputusan sama ada menghantar mayat tersebut secara berperingkat atau sebaliknya hanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140807/dn_02/Turut-cari-mayat-di-kawasan-tasik#ixzz39fODQ4mE  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Khalid umum kedudukan Ahad ini


KLANG 6 Ogos - Walaupun menerima tekanan cukup hebat daripada pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, namun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat terus bertegas dengan pendirian beliau.

Ia terbukti apabila hari ini Abdul Khalid menegaskan, hanya akan membuat keputusan muktamad mengenai kedudukannya pada Ahad ini.

Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu selepas mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang yang akan diadakan pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci bila atau di mana kenyataan akhbar itu akan dibuat.

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar akan ditentukan oleh proses Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Sekarang hanya bercakap sahaja, tiada pelaksanaan apa-apa. Untuk itu saya masih bekerja sebagai Menteri Besar dengan penuh minat dan tanggungjawab.

"Keputusan-keputusan ini (kedu­du­kan menteri besar) biasanya melalui proses Dewan Undangan Negeri dan penglibatan Sultan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jambatan ketiga Klang di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas kedudukan beliau yang dilihat semakin genting berikutan tekanan yang diberikan oleh kepimpinan PKR untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Berhubung surat tunjuk sebab yang diterima daripada Lembaga Disiplin PKR, Abdul Khalid berkata, beliau telah membalas surat tersebut.

"Saya sudah membalas surat itu dan apabila mereka mendapat surat berkenaan, saya fikir atas dasar ketelusan, mereka akan muat naik surat itu untuk perhatian ahli-ahli PKR," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Khalid menyifatkan tekanan yang dihadapinya ketika ini sebagai sebahagian daripada rencah politik dan enggan melayannya.

"Sebagai seorang profesional, saya anggap ini sebagai budaya politik, jadi saya perlu memperlihatkan kematangan saya dan memastikan rasa hormat diberikan kepada pengundi dan rakyat," ujarnya.

Beliau turut menafikan menerima sebarang tawaran daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail supaya meletakkan jawatan dan menyifatkannya sebagai tidak perlu.

Katanya, rakyat juga tidak mahukan tawaran seperti itu kerana hanya akan menimbulkan budaya rasuah.

"Tawaran? Tak payahlah tawaran....terima kasih. Rakyat tak nak buat macam tu nanti kata ada rasuah lagi," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140807/po_04/Khalid-umum-kedudukan-Ahad-ini#ixzz39fMytjyz  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Nik Abdul Aziz bidas pemimpin PKR


NIK ABDUL AZIZ

KOTA BHARU 6 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat pelbagai tuduhan salah laku terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan pemimpin PKR itu hanya membuka keaiban seseorang dan memberikan kesan yang buruk terhadap parti tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan sekali lagi pendiriannya untuk menyokong Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sebarang tuduhan sesama sendiri membawa kesan tidak baik. Tidak elok buka keaiban seseorang itu.

"Saya pegang pada pendirian berkaitan isu itu ( pertukaran Menteri Besar) dan rujuk pada kenyataan saya pertama dahulu ( menyokong Khalid) dikekalkan. Saya tidak mahu ulas lanjut, ini hal dalaman PKR," katanya ketika ditemui di kediaman beliau di sini, hari ini.

Kelmarin Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutangnya dengan sebuah bank.

Bekas Ahli Parlimen Machang itu juga mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan ke­rajaan negeri dan sebu­ah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Abdul Khalid.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pendirian Abdul Hadi mendapat sokongan Nik Abdul Aziz yang turut mahu Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140807/po_03/Nik-Abdul-Aziz-bidas-pemimpin-PKR#ixzz39fLVxdoj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Hanya sultan boleh bubar DUN

Oleh MOHD. SHARIZA ABDUULAH
pengarang@utusan.com.my

DR. AZIZUDDIN MOHD. SANI

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri terletak sepenuhnya atas budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menerima nasihat daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod berkata, persoalan sama ada berlaku pilihan raya di Selangor bergantung kepada keputusan Sultan Sharafuddin untuk membubarkan DUN dan tiada pihak lain termasuk parti politik mempunyai kuasa dalam hal tersebut.

Katanya, dalam kemelut pelantikan Menteri Besar baharu di Selangor, Abdul Khalid hanya boleh dipecat menerusi undi tidak percaya terhadap beliau oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan majoriti biasa sekiranya enggan melepaskan jawatan tersebut.

"Jika ada undi tidak percaya, menteri besar wajib meletakkan jawatan kecuali beliau memohon Sultan Selangor membubarkan DUN. Jika Sultan Selangor enggan, baginda boleh melantik menteri besar baharu daripada calon yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

"Ini bermakna jika Sultan Selangor tidak membubarkan DUN, maka tiadalah pilihan raya di negeri itu. Pihak-pihak lain tidak mempunyai kuasa dalam soal ini. Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan pembubaran DUN dalam keadaan sedemikian adalah budi bicara baginda,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan bersiap sedia untuk me­ngadakan pilihan raya di negeri Selangor jika gagal menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar baharu secara lancar.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihan raya tersebut terpaksa diadakan sekiranya parti itu tidak mempunyai pilihan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Menteri Besar Sela­ngor yang baharu.

Dalam pada itu, Nik Kamal berkata, jika pilihan raya tetap dilakukan di Selangor, rakyat negeri itu mempunyai peluang kedua untuk menentukan kerajaan baharu sama ada ingin meneruskan dengan pakatan pembangkang sebagai pentadbir negeri atau memilih semula Barisan Nasional (BN).

Katanya, PKR boleh diramalkan hilang beberapa kerusi DUN atas dasar kehilangan kepercayaan pengundi terhadap parti itu kerana masalah dalaman yang timbul ekoran krisis penggantian menteri besar dan masalah ketika pemilihannya baru-baru ini.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, pakatan pembangkang boleh kehilangan kuasa di negeri Selangor jika pilihan raya diadakan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan wujud percanggahan pendapat sesama mereka khususnya antara pemimpin PKR dan Pas berhubung isu Menteri Besar.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, situasi yang berlaku itu memberi ke­lebihan kepada BN khususnya dalam meraih sokongan pengundi Melayu yang bosan dengan perkembangan berkenaan, namun masih memerlukan kerja kuat bagi mendapat undi kaum Cina.

"Rakyat Selangor kini berasa bosan selepas memberi kepercayaan majoriti dua pertiga kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu tetapi membawa masalah dalam pentadbiran negeri dengan terlalu banyak berpolitiking sehingga matlamat menunaikan amanah terpinggir.

"Orang Melayu mungkin akan memberi lebih banyak sokongan kepada BN, namun MCA dan Gerakan perlu memainkan peranan agresif untuk menarik sokongan pengundi Cina," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140807/po_02/Hanya-sultan-boleh-bubar-DUN#ixzz39fGwkmyd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Pas sifatkan Anwar zalim, mengaibkan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

PRESIDEN Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Barisan Nasional, Zulkarnain Mahdar (dua dari kanan) pada prapelancaran peringkat Sabah 'Kami Anti Kronisma dan Nepotisma' di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pas terutama daripada kalangan pemimpin ulama ternyata sudah membulat tekad untuk menghalang permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Malah Pas menerusi Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Nasruddin Hassan secara terbuka melabelkan tindakan Ketua Pembangkang sebagai satu bentuk kezaliman yang mengaibkan dan seterusnya menegaskan, menjadi kewajipan parti itu untuk membela Abdul Khalid.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat itu juga tidak berselindung tentang penentangannya apabila tampil menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) 2.0 bagi menggagalkan niat serong Anwar.

Kenyataan keras itu adalah yang pertama keluar daripada mulut pemimpin Pas sejak krisis politik di Selangor bermula dan dipercayai ada kaitan dengan serangan terbaharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Abdul Khalid menerusi Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid perlu dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit untuk membela Abdul Khalid?

"Jika Anwar yang disingkir oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 menyaksikan kebangkitan Pas yang dipimpin bekas Presiden, Datuk Fadzil Noor melalui Gerak pada waktu itu.

"Saya kira, andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar, sewajarnya Pas yang dipimpin tuan guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui Gerak 2.0," kata Nasruddin menerusi Facebooknya hari ini.

Krisis politik di Selangor yang berpunca daripada Anwar, hanya kerana mahu menjatuhkan Abdul Khalid menyebabkan pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu berada dalam keadaan tidak menentu tetapi semua itu langsung tidak dihiraukan Ketua Pembangkang.

Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan Anwar ialah menabalkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun jika keadaan itu menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan pilihan raya negeri.

Dalam pada itu, Nasruddin mempersoal sikap pemimpin PKR yang menuduh tindakan Dr. Mahathir menyingkir Anwar pada tahun 1998 sebagai suatu kezaliman dan fitnah tetapi mengapa apabila tindakan serupa dibuat ke atas Abdul Khalid, rakyat tidak boleh bangkit menentang.

"Anwar dipecat atas tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela. Mereka tak anggap itu masalah UMNO dan kini berlaku pergolakan di Selangor yang menyaksikan Abdul Khalid diperlakukan dengan tindakan serupa, apakah rakyat tidak boleh bangkit membela," soalnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140807/po_01/Pas-sifatkan-Anwar-zalim-mengaibkan#ixzz39fEroXAu  © Utusan Melayu (M) Bhd 



GERAKAN ANTI PKR: NAJIB SAKAT KETUA UMUM ..KETUM.

GERAKAN ANTI PKR: NAJIB SAKAT KETUA UMUM ..KETUM.

House PK: PANAS! APA MAKSUD KHALID BILA DIA KATA SELANGOR DA...

House PK: PANAS! APA MAKSUD KHALID BILA DIA KATA SELANGOR DA...: Apa maksud Khalid Ibrahim ni sebenarnya? Selangor akan bahaya dari siapa kalau dia melepaskan jawatan MB? Hmmmm...

SEMUT HITAM: KHALID GEMBIRA RAIKAN PESTA BUIH DALAM PKR!!!

SEMUT HITAM: KHALID GEMBIRA RAIKAN PESTA BUIH DALAM PKR!!!: Dikala orang lain sibuk meroyan diluar pagar Pejabat SUK Selangor mendesak agar dia melepaskan jawatan sebagai MB Selangor, lain pulak ...

Wednesday, 6 August 2014

DAP, PKR tidak perlu risau - Puad

Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my

Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR 1 Ogos - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu risau tentang teori penggabungan UMNO serta Pas seperti yang dibentangkan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dalam analisisnya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, puak Erdogan yang pro-DAP mempunyai suara yang amat kuat di dalam Pas dan menolak kerjasama antara parti itu dengan UMNO.

Menurut beliau, pemimpin-pemimpin Pas mulai sedar bahawa mereka memerlukan DAP dan undi kaum Cina sekiranya parti itu mahu memenangi kerusi dalam pilihan raya di luar Kelantan.

"Saya yakin akhirnya Mohd. Zuhdi akan tersingkir dari Pas kerana tiada demokrasi dalam parti itu. Beliau akan senasib dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan Pas sekiranya parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak Ahad lalu.

Berdasarkan pada cetakan skrin mesej WhatsApp terbabit seperti yang disebarkan melalui media sosial, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa Pas mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.

Mohd. Puad menambah, sokongan yang diberikan Pas terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bermotif politik dan bukan atas sebab agama atau kepentingan orang Melayu.

"Pas sokong Abdul Khalid sebab mereka tahu orang Melayu mula menolak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Inilah peluang Pas untuk membersihkan parti itu daripada stigma Anwar sebelum Anwar mengheret mereka jatuh tersungkur," jelasnya.

Beliau memberitahu, Pas juga sedar orang Melayu kini telah hilang keyakinan terhadap parti itu berikutan pendiriannya yang terang-terangan menyokong DAP dalam isu kalimah Allah dan percetakan Bible berbahasa Melayu.

Mohd. Puad berkata, orang Melayu telah melihat bagaimana Pas sanggup mengkhianati Islam demi mengejar kepentingan politik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140802/po_02/DAP-PKR-tidak-perlu-risau---Puad#ixzz39ZuMHCmr  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Abbas mahu heret Israel ke ICC


Mahmoud Abbas

GAZA CITY 1 Ogos - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melancarkan usaha meraih sokongan rasmi daripada semua kumpulan politik termasuk pesaingnya, Hamas, untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kesalahan jenayah perang di Gaza.

Usaha tersebut dijalankan selepas Abbas yang merupakan pemimpin pergerakan Fatah, menerima tekanan hebat daripada pemimpin pergerakan politik lain di Palestin ekoran angka korban yang semakin meningkat di Gaza ekoran kekejaman Israel.

Anggota Parlimen Bebas Palestin, Mustafa Barghouti berkata, Abbas meminta semua ahli politik menandatangani surat sokongan untuk mengemukakan dakwaan ke atas rejim Zionis Israel, dan kesemua mereka memberi kerjasama yang baik.

"Kami telah lama memberi tekanan kepada Abbas dan kini terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tindakan itu," katanya.

Usaha Abbas itu dilaksanakan hanya sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel melakukan jenayah perang ke atas Gaza dalam usaha rejim Zionis Israel memerangi kumpulan Hamas, dan kuasa dunia perlu mengambil kira semua keganasan yang dilakukan Israel.

Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay berkata, Israel mengingkari undang-undang antarabangsa kerana menyerang kawasan awam termasuk hospital, sekolah, rumah dan kemudahan PBB.

Pillay berkata, rejim Zionis Israel turut bertindak melampau batas apabila mengebom pusat bekalan tenaga, sistem pembetungan dan kawasan tadahan air di Gaza, sekali gus dilihat sebagai tindakan sengaja melanggar peraturan antarabangsa yang termaktub dalam Konvensyen Geneva.

Jelasnya, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutu kuat Israel juga gagal memainkan peranan yang lebih besar untuk menghentikan pembunuhan orang awam di Gaza dan membawa kesemua pihak terlibat ke meja rundingan, selain menamatkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu.

"Mereka (AS) bukan sahaja menyediakan senjata berat yang digunakan Israel ke atas Gaza tetapi memberi dana berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk membangunkan sistem pertahanan Iron Domes bagi melindungi rakyat Yahudi daripada serangan roket.

"Tetapi adakah AS menyediakan perlindungan yang sama kepada penduduk Gaza daripada dibedil tentera Israel?" katanya. - AGENSI/REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140802/lu_04/Abbas-mahu-heret-Israel-ke-ICC#ixzz39ZsRLdPK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PALESTIN : Israel cabul gencatan senjata


Beberapa orang kanak-kanak Palestin yang cedera dalam serangan Israel dirawat di sebuah hospital di Rafah, selatan Gaza Strip, semalam. - AGENSI

GAZA CITY 1 Ogos - Israel mencabul gencatan senjata dengan Hamas, beberapa jam selepas ia dikuatkuasakan hari ini dengan melancarkan serangan kereta kebal di bandar Rafah, selatan Gaza mengakibatkan lapan penduduk Palestin terkorban.

Ini diikuti dengan serangan udara tidak lama kemudian di Gaza yang mengorbankan 40 orang lagi penduduk Palestin.

Dalam pada itu, beberapa jam sebelum gencatan dikuatkuasakan, tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 17 penduduk Palestin, termasuk 10 orang daripada satu keluarga dalam satu serangan udara di pekan Khan Younis di selatan Gaza.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam pula berjaya membunuh lima askar Israel, menjadikan korban di pihak Israel meningkat kepada 66 orang, tiga daripadanya penduduk awam.

Israel dan Hamas sebelum itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 72 jam bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan hari ini (pukul 1 petang waktu Malaysia) bagi memberi laluan kepada misi kemanusiaan di Gaza selepas penduduk Palestin mengalami kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan rawatan.

Gencatan senjata itu diusahakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus diharap akan membuka jalan kepada kedua-dua pihak untuk berunding mencari jalan perdamaian, namun Israel mencabuli gencatan senjata itu dengan mendakwa Hamas dan beberapa kumpulan pejuang Palestin lain mencabuli gencatan senjata selama 72 jam itu, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut perkara tersebut, walaupun media rejim Zionis Israel mendakwa askar Israel ditembak oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali di kawasan Rafah.

Di Baitulmaqdis, pihak berkuasa Israel membunyikan siren amaran ekoran serangan roket Hamas dari Gaza selepas Israel melancarkan serangan di Rafah, tetapi tiada kematian atau kerosakan dilaporkan di wilayah Israel.

Persetujuan itu dicapai ketika angka korban akibat serangan Israel di Gaza meningkat kepada 1,450 orang, dua pertiga daripada mereka adalah orang awam Palestin, dan lebih 8,200 lagi cedera, jumlah yang melebihi angka kematian ketika operasi ketenteraan rejim Zionis Israel ke atas Gaza pada 2009.

Sementara itu, Kerry ketika bercakap di New Delhi, India bagaimanapun berkata, walaupun gencatan senjata dipersetujui, Israel masih boleh melancarkan operasi ketenteraan untuk memusnahkan terowong-terowong yang dibina Hamas yang menjadi ancaman terbesar Israel sepanjang kempen ketenteraan ke atas Gaza yang bermula pada 8 Julai lalu. - AFP/AGENSI/REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140802/lu_03/Israel-cabul-gencatan-senjata#ixzz39Zrb5RX2  © Utusan Melayu (M) Bhd