Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 20 May 2011

Dr. Mahathir beri respons baik terhadap rawatan






KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), awal pagi semalam.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu juga mampu mengambil makanan dengan baik dan doktor yang merawatnya turut berpuas hati dengan respons yang diberikan bagi rawatan berkenaan.

"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan dijangka terus menerima rawatan di IJN untuk beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

Pada 2 Oktober lalu, negarawan berusia 86 tahun itu pernah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia akibat jangkitan yang sama sewaktu berada di sana bagi menyampaikan ucapan pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

Dalam pada itu, Sufi berkata, doktor turut menasihatkan Dr. Mahathir berehat dan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga terdekat.

KOMEN : SEMUGA TUN. M CEPAT SEMBUH DAN DIBERIKAN ALLAH swt DENGAN KESIHATAN YANG LEBIH BAIK... AMIN

Jangan ragu usaha kerajaan bangun negara Islam - Muhyiddin


DARI UTUSAN MALAYSIA
20.5.2011




MUHYIDDIN Yassin melawat Arpah Hashim yang uzur di rumahnya di Kuala Sanglang, Arau, Perlis, semalam. Turut hadir Md. Isa Sabu (kiri), Hishammuddin Tun Hussein dan Shahidan Kassim. - BERNAMA


KANGAR 19 Mei - Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.

''Tidak payah kita nak sebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.

"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Muhyiddin berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam, ia bukan bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam yang diamalkan kerajaan BN adalah memberi layanan adil kepada semua.

Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurut beliau, dalam kerajaan menyediakan segala kemudahan asas, pada masa sama pendapatan rakyat perlu ditingkatkan selagi ada ruang dan peluang supaya tiada jurang di antara bandar dan luar bandar.

"Usaha untuk membangunkan infrastruktur kita lakukan secara berterusan. Apa yang kita mahu lihat adalah negara kita maju dan masyarakatnya berjaya dengan mempunyai pendapatan yang baik," kata beliau.

Terdahulu, Muhyiddin yang diiringi tetamu kenamaan lain melawat seorang warga emas, Arpah Hashim, 83, di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang yang menghidap sakit tua.

Warga emas itu yang menerima skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dijaga oleh anaknya, Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan.

Turut tinggal bersama mereka ialah seorang anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun yang bercerai dengan suaminya setahun lalu dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Timbalan Perdana Menteri juga melakukan tinjauan mesra di pekan kecil Kuala Sanglang dan melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang serta menjamu selera pada majlis jamuan berkenaan yang juadahnya dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung.

KOMEN : ADAKAH PERLU PAS MENUBUHKAN SEBUAH LAGI NEGARA ISLAM DI MALAYSIA? RASANYA TAK PERLU KERANA PARTI YANG DIKATAKAN BERLANDASKAN ISLAM ITU SEMAKIN HARI SEMAKIN BERCELARU. PARTI YANG DIASASKAN DARI PERASAAN DENDAM DAN HASAD DENGKI KEPADA UMNO TIDAK AKAN DAPAT MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG MAJU DAN BERDAYA SAING DIPERSANDA DUNIA. ADAKAH CUKUP DENGAN BERPOLITIK SEPANJANG HARI DENGAN FITNAH YANG DITABUR MERATA-RATA DAPAT MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM YANG MENJADI CONTOH KEPADA NAGARA ISLAM LAIN? RAKYAT MALAYSIA KENA BERFIKIR LEBIH KEHADAPAN DAN BUKAN MENGIKUT EMOSI SEPERTI MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR.... MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

Thursday, 19 May 2011

Kontrak sosial aset keharmonian kaum Melayu, Cina dan India


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
19.5.2011



PEMBENTUKAN Perlembagaan Negara mempunyai sejarah yang panjang.

Ia hasil tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu pada waktu itu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Semua pihak saling menerima di antara satu sama lain.

Melalui perjanjian itu juga, setiap kaum tidak akan mempersoalkan lagi apa yang telah dipersetujui bersama.

Ia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, agama Islam sebagai agama rasmi negara serta hak-hak istimewa orang Melayu. Begitulah sebaliknya orang Melayu juga menerima hak-hak istimewa kaum lain di negara ini.

Kerana itu, dalam apa jua pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk balik kepada sejarah. Tidak kira apa isu pun, yang penting faktanya.

Katakanlah, terdapat kegiatan pihak tertentu cuba mewujudkan 'perlembagaan baru' bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan, kita mungkin belum lagi terkejut. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri sudah dipinda banyak kali.

Namun apabila dikaitkan 'perlembagaan baru' itu akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang, kita khususnya orang Melayu pasti berasa terhiris, lagi tersayat.

Sekadar renungan, meskipun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak 45 kali, peruntukan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain tetap kekal sehingga kini di bawah perkara yang sama.

Justeru, ada sebabnya Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya tidak sesekali mempersoalkan isu agama dan kontrak sosial. Hakikatnya adalah mujur kaum Melayu masih mempunyai satu aset yang tidak berjaya dihapuskan oleh penjajah Inggeris iaitu hak-hak keistimewaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan institusi tradisional tersebut yang sentiasa rapat dengan 'psyche keMelayuan'. Dan secara tradisi, pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lainnya sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu.

Ini kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai hak mereka dalam pewaris kepada Tanah Melayu.

Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pula, pegawai-pegawai tinggi Inggeris terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal ketika Bintang Tiga dan penjahat komunis cuba merampas Malaya.

Perkara pokok seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran raja-raja Melayu, hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diberi peruntukan di dalam perjanjian tersebut. Dan perjanjian itu sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak akan disia-siakan dan ia menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid sembilan tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Ini diperkuatkan lagi dengan laporan Suruhanjaya Reid yang terkandung ayat: "Pihak Pakatan dalam memorandum mereka berkata, Perlembagaan seharusnya memperuntukkan bahawa Yang Di Pertuan Besar (Agong) perlu mempunyai tanggungjawab khas bagi mengawal kedudukan istimewa orang Melayu".

Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain di Malaya ketika itu.

Maka, hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dan walaupun ia telah dipinda berpuluh-puluh kali, peruntukan itu tetap kekal sehingga kini.

Setiap perlembagaan sesebuah negara mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa tetapi hanya melalui kelulusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat.

Perlembagaan Persekutuan dengan kontrak sosial perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam supaya erti kata sebenarnya tidak lagi dipersoalkan - seolah-olah menolak isi kandungan yang telah sedia dibentuk.

Bangsa Malaysia yang progresif pada tahun 2020 akan tinggal sekadar utopia tanpa penghayatan terhadap semua ini.

KOMEN : BACA , HAYATI DAN FAHAMI SERTA USAH PERSOALKAN KONTRAK SOSIAL INI.

KEBEBASAN DI AMERIKA


Strauss-Kahn digesa letak jawatan




Dominique Strauss-Kahn (kanan) kelihatan murung semasa menanti kesnya disebut di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York, Isnin lalu. – AFP


NEW YORK 18 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn menghadapi tekanan semakin meningkat hari ini untuk meletakkan jawatan selepas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Timothy Geithner melahirkan kesangsian mengenai keupayaan beliau untuk memimpin badan dunia itu.

Strauss-Kahn yang menafikan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel menghabiskan malam kedua di penjara Rikers Island di sini, malam tadi.

“Beliau ternyata tidak lagi berada dalam kedudukan untuk mengetuai IMF,” kata Geithner dalam kenyataan terbuka pertamanya mengenai kes itu.

Jurucakap IMF, William Murray berkata, agensi berpangkalan di Washington itu belum berhubung dengan Strauss-Kahn sejak beliau ditangkap di bahagian kelas pertama sebuah jet penumpang Air France pada petang Sabtu lalu.

“Kami sedar tentang spekulasi meluas mengenai status Pengarah Urusan,” katanya.

Strauss-Kahn, 62, dituduh melakukan serangan seksual ke atas seorang pengemas bilik yang masuk ke biliknya di hotel mewah Sofitel.

Ketua IMF itu didakwa muncul dari bilik mandi dalam keadaan bogel lalu cuba merogol wanita tersebut yang akhirnya dapat menangkis serangan dan sempat melarikan diri.

Identiti wanita berusia 32 tahun itu belum didedahkan tetapi peguamnya, Jeff Shapiro memberitahu CNN, anak guamnya, seorang pendatang yang memiliki visa kerja dari Guinea, Afrika Barat kini mengalami trauma ‘luar biasa’.

Kelmarin seorang hakim enggan membenarkan ikat jamin untuk Strauss-Kahn dan menetapkan kes itu didengar semula pada Jumaat ini.

Sebuah juri agung dijadual bersidang bagi memutuskan sama ada terdapat cukup bukti dalam pertuduhan untuk membolehkan kes itu dibicarakan. – AFP

KOMEN : ALANGKAH BEBASNYA NEGARA MALAYSIA... INGATKAN AMERIKA LEBIH BEBAS DARI MALAYSIA? AWAS MEREKA TIDAK PEDULI ANDA SIAPA JIKA JENAYAH TELAH DILAKUKAN, BERSEDIALAH UNTUK DITAHAH DILOKAP/PENJARA. BARU DITUDUH SUDAH DISURUH MELETAKAN JAWATAN YANG DIPEGANG. KALAU KAT MALAYSIA WALAUPUN SUDAH DI ARAH MEMBELA DIRI OLEH MAHKAMAH, TERTUDUH BEBAS KEMANA-MANA TANPA SEKATAN DAN BEBAS MEMBURUK-BURUKAN KERAJAAN DILUAR NEGARA... NEGARA MANA YANG LEBIH BEBAS? MALAYSIA KE ATAU AMERIKA? LUPA PULAK INDONESIA PALING BEBAS... KATA ANWAR

AZIZAH DAN ANWAR


Pembaca Harakahdaily.net mahu Azizah sumpah laknat


KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang pembaca Harakahdaily.net, Wan Nasuha Wan Hassan hari ini meminta Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersumpah laknat atas nama Allah, bagi menafikan lelaki dalam video seks yang didedahkan trio 'Datuk T' bukan suaminya.

Ini kerana, tegas beliau, penafian lisan semata-mata oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum ini, tidak mampu meyakinkan rakyat, bahawa pelaku dalam video seks tersebut bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaliknya Wan Azizah pula yang diperlekehkan.

Pada masa sama, Wan Nasuha juga meminta Wan Azizah mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja selesai bersumpah, bagi menunjukkan kepada umum bahawa jam tangan Omega milik Anwar 'berada' dalam simpanan beliau dan bukan dalam simpanan polis.

Menurut pembaca Harakahdaily itu lagi, Wan Azizah perlu mengambil tindakan tegas dan berani seperti itu, bukan sahaja bagi menamatkan 'fitnah' jijik terhadap Anwar tetapi yang lebih penting, untuk menyatukan semula ummah negara ini yang berpecah akibat pendedahan video seks.

"Hanya Wan Azizah sahaja di muka bumi ini yang berupaya menyelesaikan kekusutan ini. Beliau perlu akur bahawa isu video ini telah menjangkaui kepentingan peribadi, keluarga dan politik. Keharmonian ummah sudah terancam dan kestabilan negara telah tergugat.

"Hanya Wan Azizah yang mampu menyelamatkan ummah daripada terus dilanda musibah ini. Penafian lisan sahaja tidak cukup. Tambahan pula 'si isteri' adalah presiden parti yang berketua umumkan 'si suami'," katanya seperti dipetik dari http://harakahdaily.net.

Beliau yang sering menulis surat terbuka berkaitan isu semasa dan dipercayai aktivis Pas menambah, jika Presiden PKR itu bersumpah, segala 'fitnah' terhadap Anwar akan tamat kerana tiada insan rasional menolak kesahihan sumpah laknat apatah lagi, ia dilakukan sendiri oleh isteri kepada mangsa fitnah.

Dalam pada itu, Wan Nasuha berkeyakinan bahawa Wan Azizah sedar dan peka bahawa kewajipan Presiden PKR itu kepada Allah, untuk menegakkan kebenaran dan keadilan mengatasi segala pertimbangan duniawi.

"Sesungguhnya penyelesaian kepada isu ini terletak di tangan beliau. Saya amat berharap dan berdoa agar beliau menyambut baik cadangan ini. Seterusnya mengambil tindakan yang dicadangkan, insya-Allah," ujarnya lagi.

Mengenai pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu, Wan Nasuha berkata, sebagai isteri dan ibu, beliau bersimpati dan memahami penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Wan Azizah sekeluarga.

Buktikan video seks itu palsu - Ahmad

PUTRAJAYA 18 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menggunakan kepakaran dari luar negara untuk membuktikan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip wajahnya adalah rekaan dan tidak tulen.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi menyanggah siasatan polis yang mengatakan bahawa video seks tersebut adalah tulen.

Katanya, selagi Anwar enggan berbuat demikian, rakyat akan percaya dakwaan polis yang turut mengaitkan pelaku video seks tersebut adalah tulen.

“Perkara ini sudah menjadi semakin mengelirukan rakyat dan menjadi berita sensasi yang tiada kata muktamad. Ia akan berpanjangan selagi beliau hanya menafikan tanpa berbuat apa-apa seperti menyaman Datuk Eskay atau menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja.

“Kalau macam kes liwat Anwar dahulu ada juga muktamadnya di mahkamah tetapi kes ini macam tergantung pula,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengesahan polis baru-baru ini bahawa rakaman video seks melibatkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Ahmad berkata, polis seharusnya mendedahkan pelaku sebenar video seks tersebut kerana kegagalan berbuat demikian mengundang pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap pihak berkuasa.

Katanya, berikutan keengganan polis itu juga menyebabkan sesetengah media dituduh menyebelahi sesuatu pihak dan menyebarkan fitnah walaupun bertindak melaporkan berita secara profesional.

“Polis perlu segera dedahkan siapa pelaku video seks itu dan mengambil tindakan undang-undang kerana ini kali kedua polis kata ia tulen tetapi masih berahsia tentang siapa pelakunya.

“Yang akan jadi mangsa tuduhan fitnah lagi ialah Utusan Malaysia dan bukannya orang lain. Ia tambah kacau lagi apabila ada pihak sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Utusan Melayu,” katanya.

KOMEN : BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH... USAHLAH SEMUANYA NAK DI POLITIKAN SEHINGGAKAN MARUAH DIRI SENDIRI DIPERMAINKAN DEMI MENGEJAR IMPIAN MENJADI PERDANA MENTERI. KALAU BERADA DIPIHAK YANG BENAR SAMANLAH MEREKA YANG TELAH DITUDUH OLEH PUAK PEMBANGKANG SEBAGAI PENABUR FITNAH... TAPI HENDAKLAH DENGAN BUKTI YANG JELAS DAN BUKAN DENGAN HANYA MENUDUH TANPA BUKTI. JALAN PENYELESAIAN TERLETAK DITANGAN AZIZAH DAN ANWAR, ATAUPUN MEREKA MASIH MAHU TERUS BERPOLITIK DENGAN TERUS MEMPERMAINKAN MARUAH DIRI DAN KELUARGA.

RAHSIA APA YANG HENDAK DITUTUP

Keengganan Anwar, polis menghairankan - Syed Ali
DARI UTUSAN MALAYSIA
19.5.2011


KUALA LUMPUR 18 Mei - Keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang menuduh beliau melakukan hubungan seks seperti dalam pendedahan rakaman video baru-baru ini adalah sesuatu yang amat menghairankan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, selain itu, keengganan polis mendedahkan identiti pelaku sebenar dalam rakaman video seks tersebut juga menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, keengganan kedua-dua pihak tersebut melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan itu sedikit sebanyak menimbulkan keresahan masyarakat awam yang peka dengan perkembangan semasa.

"Setahu saya, Anwar sebelum ini memang terkenal sebagai kaki saman. Jika ada sebarang tuduhan terhadap beliau, Anwar akan lekas-lekas ambil tindakan saman tetapi dalam isu video seks dia diam membisu," katanya melalui entri terbaru di http://umnobahagiancheras.blogspot.com/ hari ini.

Syed Ali mengulas keengganan Anwar menyaman Shazryl Eskay yang telah melakukan sumpah laknat bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu merupakan pelaku dalam video seks berkenaan, sedangkan Anwar sebelum ini menyatakan pendedahan tersebut merupakan satu bentuk konspirasi bagi menjatuhkannya.

Syed Ali juga mempersoalkan tindakan polis yang enggan mendedahkan identiti pelaku sebenar dalam rakaman itu walhal ketulenannya telah disahkan oleh pakar tempatan dan antarabangsa.

Beliau menambah, pendedahan Shazryl Eskay mengenai rakaman video itu seperti sia-sia tanpa sebarang tindakan lanjut pihak polis.

Katanya, polis juga akan terus dipandang serong oleh masyarakat awam selagi pihak berkuasa itu tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video tersebut.

"Anwar bukan pemimpin istimewa, maka tidak ada sebab kenapa kes video seks itu dilengah-lengahkan," ujarnya.

KOMEN : PDRM MENGATAKAN RAKYAT PERLU MENILAI SENDIRI SIAPA PELAKON DALAM VIDEO TERSEBUT... ADAKAH PDRM MENGGALAKAN RAKYAT MENONTON VIDEO LUCAH TERSEBUT? SEDANGKAN MEMILIKI DAN MENONTON VIDEO TERSEBUT ADALAH SALAH DISISI UNDANG-UNDANG. ANWAR TIDAK AKAN BERANI MENYAMAN ESKAY BERKEMUNGKINAN KERANA TAKUT SAMAN ITU AKAN MEMAKAN DIRINYA SENDIRI.

Lebih 500 orang Asli berhimpun bantah Ladang Rakyat


DARI UTUSAN MALAYSIA
19.5.2011




MASYARAKAT orang asli berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum menuntut hak di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang, semalam.



GUA MUSANG 18 Mei - Protes membantah program Ladang Rakyat dan pengambilan tanah penduduk di kawasan Hulu Kelantan berterusan serta semakin kuat selepas perhimpunan secara aman diadakan di hadapan pusat pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim kelmarin.

Hari ini, lebih 500 masyarakat Orang Asli dari seluruh negeri ini berkumpul secara aman bermula pukul 9.30 pagi di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang bagi menuntut pengiktirafan serta mengekalkan tanah adat seperti termaktub dalam Perlembagaan dan yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Wakil pertubuhan yang mewakili masyarakat tersebut, Jaringan Orang Asal Semalaysia (JAOS), Azmi Badol bagaimanapun kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pegawai daripada pejabat tersebut yang enggan membuka pintu pagar bagi menerima memorandum bantahan.

"Hina sangatkah kami sehingga tidak mahu membuka pintu pagar, kami datang secara aman untuk menyerah semula memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 14 Februari lalu di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10.

"Hari ini, kami berkumpul kembali dan datang ke sini untuk menyerahkan semula memorandum selepas tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh Nik Abdul Aziz dan pemimpin kerajaan yang lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu, Azmi hanya berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil Pegawai Daerah melalui celah-celah jeriji pintu pagar dan tidak dapat berbincang secara mendalam.

Difahamkan, Pegawai Daerah Gua Musang tidak ada di pejabat kerana menghadiri mesyuarat di Kota Bharu pagi ini.

Peserta perhimpunan itu turut membawa pelbagai kain rentang dan berpakaian tradisi suku Temiar serta menyanyikan lagu masyarakat mereka.

Sebelum ini, tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang Kerajaan Pas Kelantan meluluskan tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk dibangunkan ladang di kawasan tanah adat mereka.

Azmi berkata, kegiatan pembalakan, Ladang Rakyat dan perlombongan emas serta bijih timah berlaku secara berleluasa di kawasan tanah adat mereka sehingga menjejaskan pendapatan serta mencemarkan alam sekitar.

"Perkara ini bukan baru malah beberapa kali kami bangkitkan dan mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz sendiri tetapi tidak ada sebarang tindakan.

"Malah semakin hari, kami dihimpit dengan masalah ini dan suara kami langsung tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Pas Kelantan," katanya.

KOMEN : BN JUGA YANG AKAN DISALAHKAN KERANA TELAH BERJAYA MENDIDIK DAN MENYEDARKAN ORANG ASLI DIGUA MUSANG AKAN HAK MEREKA YANG TERMAKTUD DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA. PAS BUKANNYA SEBUAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM. MEREKA MERUPAKAN PARTI PEMERINTAH YANG AKAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENYUSAHKAN RAKYAT. JANGAN HARAP NIK AZIZ AKAN MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT YANG HIDUP DALAM KESUSAHAN...

Vitamin untuk SKMM


SKMM lesu, hilang taring
Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



Azwanddin Hamzah (tengah) menunjukkan laporan dan bukti terhadap The Malaysia Insider yang membangkitkan isu perkauman di Cyberjaya, semalam.



CYBERJAYA 18 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini sudah tidak mempunyai sebarang peranan dan seolah-olah sudah kehilangan taring.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, dakwaan tersebut berasas kerana SKMM gagal mengambil sebarang tindakan ke atas portal berita The Malaysian Insider berdasarkan beberapa laporan yang dibuat JMM sebelum ini.

Menurutnya, laporan JMM ada asasnya dan pihaknya mempunyai bukti kukuh di mana portal berita tersebut memang terkenal dengan artikel biadab yang cuba membangkitkan isu perkauman terutama bersifat anti-Melayu dan kerajaan.

"JMM sudah tiga kali melaporkan kepada SKMM mengenai artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil ke atas portal berita tersebut.

"Malah, pihak kami yang membuat laporan pula disiasat. Tiada guna SKMM membuka kertas siasatan jika tidak memanggil pihak yang terbabit dalam penerbitan portal berita tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum bagi mendesak pihak SKMM mengambil tindakan ke atas portal berita itu, di sini hari ini.

Menurut Azwanddin, pihaknya menunggu tujuh bulan untuk melihat reaksi SKMM terhadap laporan pertama yang dibuat JMM namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dan siasatan dilakukan ke atas The Malaysian Insider.

"Laporan polis yang kami buat juga sia-sia kerana pihak polis perlu merujuk kepada SKMM untuk mengambil sebarang tindakan. Perkara ini diakui sendiri oleh pegawai SKMM yang mana pihaknya sehingga kini masih belum melakukan sebarang siasatan terhadap The Malaysian Insider," katanya.

Dalam pada itu, Azwanddin juga mahu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memantau kegiatan SKMM bagi memastikan mereka menjalankan tugas seperti yang diamanahkan di bawah bidang kuasa mereka.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan, menteri yang terlibat perlu mengambil tahu dan memantau segala aktiviti pertubuhan di bawahnya," katanya.

KOMEN : INILAH CIRI-CIRI SEBUAH AGENSI KERAJAAN YANG DIRASUK OLEH BAYANGAN PEMBANGKANG. BILA LITTLE NAPOLEON MEMAINKAN PERANAN BAGI MEMBURUKAN NAMA BAIK AGENSI KERAJAAN. TIDAK SUSAH NAK MENILAI KALAU SESUATU AGENSI ITU SUDAH DI RASUK OLEH HANTU JEMBALANG PUAK PEMBANGKANG ATAUPUN TIDAK... LIHAT CARA MEREKA BERKERJA? TAK ADA SIFAT BERTANGGUNGJAWAB LANGSUNG... MAKAN GAJI BUTALAH TU....

Wednesday, 18 May 2011

Bertindak tegas terhadap AMK


Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my



Kelmarin, lebih 100 penyokong Anwar Ibrahim telah berkumpul dan membuat kecoh di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan digesa bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, ‘tukang-tukang’ kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan sebutan kes Anwar semalam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, adalah jelas para penyokong Anwar yang sering membuat kecoh itu bertindak bukan untuk mencari keadilan.

“Sebagai manusia, kita tentunya mahu mencari kebenaran melalui jalan yang betul, tetapi tindakan berterusan penyokong tegar Anwar ini seumpama menghalalkan benda yang haram.

“Sepatutnya keputusan mahkamah dihormati dan tidak ditentang kerana ia berasaskan bukti dan alibi yang dikaji. Tindakan para penyokong itu secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah orang yang disokong itu bersalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam lebih 100 penyokong Anwar berkumpul dan membuat kecoh di pekarangan mahkamah ketika keputusan sama ada ketua pembangkang itu perlu membela diri dalam kes liwatnya didengar.

Pelbagai kata-kata kesat dihamburkan terhadap barisan kepimpinan negara sementara provokasi dilakukan terhadap wartawan dan jurugambar beberapa wakil media termasuk TV3, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia.

Kekecohan itu bukan pertama kali ditimbulkan AMK. Sebelum ini mereka turut melakukan perkara sama dalam cubaan menghalang Shazryl Eskay daripada menyempurnakan sumpah laknat pada 29 April lalu di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut meminta agar tindakan keras diambil terhadap para penunjuk perasaan itu.

“Mereka cuba mengganggu dan menakut-nakutkan orang awam. Saya hairan kenapa tindakan tegas tidak diambil kerana kawasan mahkamah sepatutnya mempunyai kawalan ketat.

“Kepada orang muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), belajarlah mematuhi undang-undang untuk menjadi pemimpin yang baik. Keadilan tidak dapat ditegakkan melalui tindakan hooligan,” katanya.

Sementara itu aktivis pengguna, Datuk Nadzim Johan meminta semua pihak agar tidak menyekat proses perjalanan undang-undang bagi menentukan kebenaran.

“Mana boleh hendak semua kes berpihak kepada kita saja. Lagi pun, kes ini masih di peringkat awal di mana Anwar berpeluang membuktikan dirinya tidak bersalah dengan dipanggil membela diri.

“Tindakan para penyokongnya itu menunjukkan mereka cuba menjadi defensif. Ia hanya mewujudkan rasa tidak selesa dan bosan orang ramai terhadap kekecohan ditimbulkan,” ujarnya.

KOMEN : NAK JADI PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA KONON, CITA-CITA TINGGI MELANGIT TAPI AKAL PENDEK! SIKIT-SIKIT MERUSUH DAN MEMBUAT KECOH. PERANGAI MENGALAHKAN ORANG YANG TAK ABIS SEKOLAH.. MEMALUKAN... ITU BELUM LAGI DIDAPATI BERSALAH.... AGAKNYA KALAU BOSS MEREKA KANTOL MAHU DIBAKARNYA MAHKAMAH ITU....ORANG-ORANG MACAM NI KITA KENA BERTEGAS, JANGAN BAGI MUKA..

PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Tidak salah Utusan pertahan Perlembagaan
DARI UTUSAN MALAYSIA
18.5.2011



KUALA LUMPUR 17 Mei - "Adakah usaha mempertahankan hak orang Melayu menjadi satu kesalahan yang lebih besar daripada tindakan mempertikaikan kedaulatan Perlembagaan negara ini?"

Begitulah reaksi Ketua Kluster, Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Mustafa Ishak terhadap tuduhan tidak berasas Naib Presiden MCA, Gan Ping Siew yang menyelar Utusan Malaysia kononnya akhbar itu mengamalkan agenda etnosentrik.

Jelasnya, peranan jelas akhbar tersebut sebagai pendukung Perlembagaan Persekutuan kini kerap dimanipulasikan oleh banyak pihak yang berkepentingan terutamanya golongan yang mahu menjatuhkan kedaulatan negara ini.

Tambahnya, selagi pihak seperti Utusan Malaysia membincangkan isu yang berpaksikan usaha mempertahankan Perlembagaan, ia tidak harus dianggap negatif dan sensitif oleh mana-mana pihak.

"Apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dalam usaha mendaulatkan agama dan bangsa wajar diteruskan dalam usaha akhbar ini mempertahankan kedaulatan Perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kenyataan yang diutarakan Ping Siew yang menggambarkan seolah-olah usaha memperjuangkan hak istimewa orang Melayu itu adalah suatu kesalahan dan bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini.

"Pemisahan etnik sememangnya wujud dalam pendidikan, ekonomi dan politik di seluruh dunia. Justeru, media juga tidak terkecuali.

"Dan apakah akhbar keramat seperti Utusan Malaysia perlu berdiam diri sedangkan ada pihak lain sedang berusaha untuk menggugat Perlembagaan negara? Sudah pastinya tidak sesekali," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, kenyataan Ping Siew itu membuktikan bahawa sifat beliau seiras dengan perjuangan DAP yang telah lama mempersoalkan perkara yang sama.

"MCA harus menari dengan tariannya sendiri, bukan dibayangi nilai-nilai perjuangan DAP yang kononnya menolak perkauman namun sebenarnya merekalah yang kuat dengan sentimen perkauman," katanya.

KOMEN : KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT. REALITINYA MCA SEPERTI MENGALAMI KELAHIRAN SEMULA PARTI DAP. SEGALA TINGKAH LAKU DAN KATA-KATA YANG KELUAR DARI MULUT PEMIMPIN MCA KEBELAKANGAN INI UMPAMA BAYANG-BAYANG PARTI CINA DAP YANG RASIS... SUKA ATAU TIDAK ITULAH KENYATAAN YANG PATUT DITELAN OLEH UMNO DALAM MENJAGA HATI KAUM CINA YANG SERINGKALI MEMBERIKAN UNDI MEREKA PADA DAP....

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang


DARI UTUSAN MALAYSIA
18.5.2011



IPOH 17 Mei - Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

"Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

"Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

"Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Majlis yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Terdahulu, sewaktu merumuskan muzakarah tersebut, Harussani berkata, satu komuniti khusus perlu ditubuhkan untuk menyelidik serta menjawab kembali secara serius segala hujah aliran pemikiran songsang dan sesat di negara ini agar tidak tersebar di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, gerakan dakwah Islam tersebut perlu menggunakan metodologi yang lebih segar dan semasa dalam memberikan pemahaman tepat dan benar agar mudah diterima pelbagai lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

"Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu prihatin dan selektif terhadap pembiayaan sesebuah yayasan atau badan antarabangsa yang kadangkala menyalurkan fahaman serta aliran songsang kepada mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu kerjasama antara majlis agama negeri dan Kolej Islam Darul Ridzuan perlu dijalankan bagi menjalankan satu kajian komprehensif terhadap pembetulan fakta-fakta sejarah Islam terutamanya melibatkan teks pengajian sekolah, kolej dan universiti.

KOMEN : Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam. NAK KOMEN APA LAGI... BETULAH TU... SIAPA YANG TERASA MEREKA SESAT... TAUBATLAH KEPADA ALLAH swt....

Jeff Ooi dicabar saman Mohamed Razali


DARI UTUSAN MALAYSIA
18.5.2011




MELAKA 17 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dicabar supaya mengambil tindakan mahkamah terhadap ahli DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman sekiranya laporan polis berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi di Pulau Pinang baru-baru ini, adalah tidak betul.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sebagai seorang yang mendakwa dirinya penuh integriti, wakil rakyat DAP itu juga wajar mengambil tindakan mahkamah sekiranya beliau mempunyai bukti 'ada yang tidak kena' dengan laporan Mohamed Razali itu.

"Jeff Ooi mendakwa Mohamed Razali telah dipujuk oleh saudaranya yang bekerja sebagai anggota polis cawangan khas untuk membuat laporan polis mengenai apa yang berlaku di hotel terbabit.

"Oleh itu, adalah wajar beliau mempertahankan Mohamed Razali yang juga ahli DAP jika benar ada berlaku penyelewengan dalam laporan itu seperti didakwa beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan kenyataan Ooi yang dipetik daripada portal berita Malaysiakini bertarikh 14 Mei lalu yang menyebut beliau percaya Mohamed Razali yang membuat laporan polis itu dipujuk oleh saudaranya itu yang memantau kegiatan politik di kawasan Jelutong.

Memetik laporan itu, Ooi berkata, mereka diberitahu Mohamed Razali anggota polis itu juga dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita terbabit.

Sementara itu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, wakil rakyat DAP itu perlu berani mengambil tindakan mahkamah bagi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan majlis tersebut.

"Kalau berani dan bertanggungjawab, maka untuk menegakkan kebenaran dia kena ambil tindakan mahkamah atau saman terhadap Mohamed Razali," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pertanian kawasan Parlimen Batu Pahat kepada 38 peserta di Kompleks Peladang Sungai Dulang, Rengit, Batu Pahat hari ini.

Jeff Ooi dalam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei lalu menafikan menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara itu, yang didakwa turut berikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan dan melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Majlis pertemuan paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan itu didedahkan dua laman blog iaitu bigdog di www.bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Kata Mohd. Puad, dakwaan itu serius dan sudah menjadi isu, maka Jeff Ooi tidak boleh melarikan diri dengan membuat penafian bahawa ia tidak wujud sedangkan laporan polis dibuat oleh ahli DAP sendiri malah kawan baik beliau.

"Oleh itu Ahli Parlimen Jelutong kena berani, maksudnya jangan hendak menyembunyikan diri, melepaskan diri dan kemudian mengalihkan tuduhan kepada pihak lain seperti Utusan Malaysia berbohong dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, isu tersebut amat serius dan berbahaya justeru tidak boleh didiamkan begitu sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya.

KOMEN : KALAU TAK ADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG. TAK SALAH MELAPORKAN PERKARA YANG BENAR, YANG SALAHNYA BILA MEMBUAT PENAFIAN DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN.... ASAL APA SAJA YANG DATANG DARI DAP TIDAK ADA YANG BAIK UNTUK ORANG MELAYU/ISLAM. DAH MEMANG DARAH DAGING DAP MENIPU DAN MENGHANCURKAN PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERJALIN SEJAK DAHULUI LAGI.

RAKYAT DIAJAK BERTEKA-TEKI


Dedah segera demi kredibiliti polis
DARI UTUSAN MALAYSIA
18.5.2011



KUALA LUMPUR 17 Mei - Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain 'tarik tali' memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional.

"Apa lagi polis nak tunggu? Siasatan sudah lengkap dan disahkan tulen oleh pakar antarabangsa, dedahkanlah siapa pelakunya. Rakyat bukan sekadar hendak tahu ketulenan video tapi lebih penting siapa pelakunya.

"Jangan sampai masyarakat melihat polis pun mengikut rentak tarian orang politik. Kalau bukan polis yang dedahkan pelaku, pihak mana lagi yang hendak diharapkan. Ini bukan lagi soal ada keperluan perundangan atau tidak.

"Seseorang sudah dikaitkan dan saya yang menonton juga yakin tetapi pemimpin tersebut menafikan. Jadi penting polis sahkan siapa pelaku agar kekeliruan ini ditamatkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas keengganan polis mendedahkan identiti pelaku dalam video seks meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

Dalam pada itu, Zaid yang juga pengamal undang-undang berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didakwa kerana membuat laporan palsu jika terbukti pelaku dalam video seks tersebut adalah dirinya.

"Sudah tentu Anwar boleh didakwa, tiada sebarang keraguan mengenai peruntukan undang-undang untuk pendakwaan tersebut jika terbukti dia membuat laporan palsu. Sebab itulah pentingnya identiti pelaku didedahkan.

"Jika benar lelaki dalam video seks tersebut Anwar, dia harus didakwa atas kesalahan membuat laporan palsu. Semua pihak tidak boleh dwi standard dalam hal ini kerana jika kita menghormati nilai perundangan, pendakwaan perlu dibuat," katanya.

KOMEN : BILA PDRM MULA BERMAIN TEKA-TEKI, RAKYAT MESTI AWAS KERANA TAKUT DITUDUH MENCAMPURI URUSAN/SIASATAN POLIS... SAMPAI BILA RAKYAT DIBIARKAN TERTANYA-TANYA APA CERITA DISEBALIK VIDEO ITU?

Monday, 16 May 2011

KONVOKESYEN UiTM KE 74- 12-20 MEI 2011


Suami isteri terima PhD
DARI UTUSAN MALAYSIA



Mohd. Ariff Kassim dan Siti Rosmaini Mohd. Hanafi berkongsi kegembiraan selepas bersama dianugerahkan PhD Perakaunan di UiTM, Shah Alam, semalam - Utusan/Mohd Shaharani Saibi



SHAH ALAM 12 Mei - Sepasang suami isteri, Dr. Mohd. Ariff Kasim dan Dr. Siti Rosmaini Mohd. Hanafi menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Perakaunan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-74, di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini hari ini.

Pasangan berusia 35 tahun itu mengakui mula menjalin hubungan cinta sejak mengikuti program Diploma Perakaunan di UiTM Machang, Kelantan dan berkahwin selepas tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Arau, Perlis pada 2000.

Kedua-duanya yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Muadzam Shah, Pahang juga melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana di UiTM dan seterusnya ke peringkat PhD.

Pasangan sehati sejiwa itu antara 704 graduan yang menerima anugerah masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM.

Mohd. Ariff berkata, walaupun terpaksa berulang-alik dari Muadzam Shah ke UiTM di sini selama 40 bulan, tetapi dia bertuah kerana dapat melakukannya bersama isteri.

''Dengan sentiasa bersama, kami berasa bersemangat dan mendapat galakan meskipun masing-masing berada dalam keadaan tertekan untuk melengkapkan tesis kami.

''Selain mengulang kaji, kami turut bangun malam melakukan solat tahajud bersama-sama agar berjaya dalam pengajian," katanya.

Sementara itu, hasrat seorang bapa, Hashim Isa, 67, untuk melihat anaknya, Hasnan Hashim, 29, menerima Anugerah Ijazah Sarjana Cemerlang tidak kesampaian apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dua hari lalu akibat penyakit kencing manis.

Hashim dan isterinya, Rahi Ismail, 57, tiba di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu dari rumahnya di Kota Bharu, Kelantan, untuk menghadiri majlis konvokesyen anak ketiganya.

Anak mereka yang merupakan graduan Sarjana Sains Pengurusan Fasiliti menerima anugerah tersebut selepas memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.97.

Rahi berkata, dia berbangga dengan anugerah yang diterima anaknya itu dan menganggap ia sebagai hadiah Hari Ibu paling bermakna buatnya.

''Walaupun terpaksa hadir seorang diri tanpa ditemani suami yang sedang sakit, saya tetap gembira dengan kejayaan anak saya itu malah menganggapnya sebagai hadiah Hari Ibu yang diraikan minggu lalu," katanya.

Hasnan yang merupakan pensyarah di UiTM Kampus Perak berkata, walaupun terpaksa berulang-alik ke kampus Shah Alam dua kali setiap minggu untuk menghadiri kuliah, dia tetap menguatkan semangat demi memastikan hasratnya tercapai.

''Saya terpaksa menempuh cabaran untuk membahagikan masa belajar dan bekerja selama dua tahun," katanya.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN...

PPIM akui wujud gerakan cabar Islam sebagai agama rasmi kerajaan


DARI UTUSAN MALAYSIA
16.5.2011


KUALA LUMPUR 15 Mei - Pihak yang sengaja enggan menghormati kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya dipersalahkan dan bukannya menyalahkan Utusan Malaysia kerana didakwa sengaja 'bermain api.'

Demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman (gambar) ketika menjawab tuduhan pelbagai pihak termasuk parti Pas yang menyalahkan Utusan dalam laporan bertajuk Kristian Agama Rasmi? pada 7 Mei lalu.

Sambil mengesahkan bahawa laporan muka depan Utusan itu sebagai berasas, Maamor berkata, PPIM sendiri mempunyai maklumat bahawa terdapat usaha daripada kumpulan tertentu untuk mencabar kedudukan Islam selaku agama rasmi negara ini.

Sehubungan itu, beliau menganggap pendedahan akhbar tersebut adalah sebagai satu tanggungjawab mulia demi kesucian agama Islam, agar pihak berkuasa sedar bahawa memang wujud satu gerakan yang bertujuan menghancur keharmonian negara ini.

"Kami boleh sahkan laporan itu berasas. Kami mempunyai maklumat dan ini bukan kali pertama kumpulan itu menganjurkan program seperti itu. Usaha untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini telah lama berlaku.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan mereka ini mendapat dana daripada sebuah pertubuhan antarabangsa sebagaimana yang pernah berlaku di Sabah sebelum ini. Mereka ini sebenarnya yang patut dikecam kerana sengaja mencurah minyak ke dalam api dan bukannya Utusan.

"Fakta ini harus dipandang serius oleh pihak bertanggungjawab. Jika Utusan diberi amaran kerana mendedahkan hal sebenar, usaha pihak tersebut juga perlu dipastikan berkubur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini semalam.

Utusan pada Sabtu minggu lalu menyiarkan berita bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang dipetik daripada dua blog tempatan iaitu Bigdog serta Marahku dan pada masa yang sama, turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang hadir pada majlis kontroversi tersebut.

Dalam pada itu, Maamor menempelak parti politik Melayu terutamanya yang mendakwa diri mereka berjuang atas landasan Islam, kerana turut bersekongkol dengan pihak bukan Islam bagi memburukkan Utusan sedangkan, hakikat sebenarnya mengesahkan pendedahan itu.

Jelasnya, parti politik tersebut sepatutnya mendapatkan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terlebih dahulu untuk mengetahui hal sebenar, dan bukannya mendahului pihak polis dalam menjatuhkan 'hukuman' ke atas Utusan.

Mengulas lanjut, beliau menambah, isu berhubung soal agama ini tidak boleh diselesaikan secara 'menyapu di bawah permaidani,' sebaliknya ia perlu disiasat dengan terperinci dan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang cuba menidakkan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita kena fokus kepada isu pokok iaitu cubaan untuk mencemarkan agama Islam. Penafian pihak tersebut sahaja tidak cukup. Polis kena siasat dengan terperinci dan selagi siasatan belum selesai semua pihak perlu bertenang. Serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa," katanya.

KOMEN : ADAKAH KERAJAAN ATAU KDN AKAN TAHU KOMPLOT PIHAK TERTENTU UNTUK MENCABAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA JIKA TIDAK DISIARKAN DI AKHBAR ARUS PERDANA? MUNGKIN SELAMA INI BANYAK KES-KES YANG CUMA DISOROK DIBAWAH KARPET UNTUK MENJAGA KETENTERAMAN AWAM. TAPI SAMPAI BILA KITA SEBAGAI ORANG MELAYU HARUS TUNDUK PADA PROVOKASI PUAK YANG TAK SEDAR DIRI TERUTAMA PUAK PAKATAN PEMBANGKANG. KDN DILIHAT TERLALU GOYANG DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN UNDANG-UNDANG YANG MEREKA PIKUL. ADAKAH MEMADAI DENGAN HANYA MEMBERI AMARAN?

Liwat Saiful Bukhari: Anwar diperintah bela diri


DARI UTUSAN MALAYSIA
Oleh SUWARNI MOKHTAR
16/05/2011 12:17pm


KUALA LUMPUR 16 Mei – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas mendapati keterangan Mohd. Saiful Bukhari boleh dipercayai, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat di peringkat bela diri. – Utusan

Sikap rakan sekerja yang dibenci


Johardy Ibrahim
DARI UTUSAN MALAYSIA
15.5.2011


SEMASA meraikan Hari Pekerja 1 Mei lepas, timbul isu yang menarik untuk dikupas ketika berbual bersama beberapa teman. Mudah saja. Fikirkan apa perkara paling anda geram atau tidak senang mengenai rakan sekerja anda. Sudah dapat? Apakah kriteria tersebut menepati senarai ‘7 sikap rakan sepejabat yang anda tidak suka’ seperti yang saya senaraikan berikut:

1. Main facebook, Blackberry

Nampak begitu tekun dari kejauhan. Tambah lagi bila komputer itu membelakangkan penyelia. Tapi bila diperhatikan, mata mereka begitu fokus dan sesekali bibir tersenyum. Takkan buat penyata kira-kira boleh tersengih sendirian? Bila disiasat, rupa-rupanya main facebook. Ada yang berutus-utus jawapan dalam pernyataan mereka. Tidak cukup itu, ada pula sembang dalam FB. Jika tidak main FB, tangan mereka tidak lekang dengan telefon pintar BB.

Hendak dilarang sama sekali dengan mengehadkan akses FB kepada kakitangan, tidak berapa molek dalam era IT ini. Maka seharusnya, kakitangan (dan penyelia juga) berpada-padalah bermain FB. Jangan sampai terjejas kerja atau kena tangkap bos!

BAHAYA : Bahasa penulisan dalam FB ada gaya tersendiri. Bila sudah terlalu asyik, surat rasmi pun terkesan perkataan ‘con4m’ (confirm) atau ‘GB’ (good bye).

2. Suka bercakap lucah

Berbeza dengan tanggapan umum, ia bukan kepakaran yang hanya dimiliki oleh orang tua gatal semata-mata tetapi sebenarnya oleh semua peringkat usia dan jantina, mengikut masa dan tempat yang terhidang. Paling mudah ialah bagi rakan sekerja yang sudah setahun duduk dalam pejabat yang sama. Tahap kemesraan telah mengetuk pintu keintiman, kononnya.

Amat menjijikkan bukan sekadar kepada pegawai yang sudah berusia dan menghampiri usia persaraan, berkata-kata lucah atau dua makna kepada teman sepejabat. Lebih meloyakan jika ia adalah pegawai wanita! Ini bukan rekaan, ini betul-betul punya!

Mereka ini bukan tidak tahu kewujudan peraturan anti-gangguan seksual di tempat kerja. Mereka ini mungkin sekadar menyakat (kerana tidak memiliki skil lawak ala-Jozan) dan ingat ia sesuatu yang lucu serta boleh merapatkan hubungan. Walhal, ia hanya mendatangkan rasa hilang hormat dan meluat tahap maksimum orang yang terkena.

BAHAYA : Golongan tua yang kaki cakap lucah ini cenderung untuk berpoligami atau bahasa lain, memang gila seks. Elakkan diri anda bersendirian dalam pejabat atau lif dengan golongan ini, bimbang teori lucah itu bertukar menjadi praktikal pula.

3. Kaki MC

MC atau Sijil Cuti Sakit banyak disalah gunakan. Hujan lebat sikit, terus MC. Ada siaran langsung bola sepak 4 pagi boleh bangun tapi tidak berdaya ke pejabat jam 8 pagi. Ambik MC. Dalam akta buruh memang termaktub hak untuk pekerja meminta MC, atas alasan tulen seperti sakit, keluarga sakit, kematian atau kecemasan lain. Tapi kalau sudah terlampau kerap ( terutama selepas cuti umum rasa nak satu hari lagi cuti), tentulah ia menimbulkan syak wasangka.

BAHAYA : Rakan yang kerap MC, memberi kesan kepada anda yang terpaksa menanggung pula kerjanya. Dan bila anda pula betul-betul perlukan MC, anda dapati diri anda pula dicurigai majikan disebabkan kes tipu MC orang lain.

4. Radio Transistor

Golongan ini mungkin pernah mendapat hadiah galakan sastera dalam bidang drama atau penulisan kreatif kerana cerita yang sebenarnya luka di jari, boleh melarat sudah dipotong kaki bila sampai ke telinga anda.

Elakkanlah menjadi bahan fokus mingguan golongan ini kerana walaupun dia mungkin duduk beberapa meja dari anda, jangan terkejut jika pengawal keselamatan di luar bertanya anda pula mengenainya. Cerita dah tersebar!

BAHAYA : Nak elak tak boleh, jadi pandai-pandailah jaga tingkah-laku supaya tidak termasuk dalam Tajuk Berita Utama Radio Transistor. Ia mungkin membabitkan cara anda berpakaian atau cara anda melihat rakan sekerja yang lain. Semuanya boleh jadi bahan menarik!

5. Geng Tidak Puas Hati

Mereka ini adalah pekerja yang sentiasa merungut. Bagi tugasan mudah pun, jadi punca ketidakpuasan yang meruap-ruap. Bagi mereka, semua tugasan adalah tidak setimpal dengan gaji yang dibayar. Mereka mahu gaji Ketua Pegawai Eksekutif.

Dalam mesyuarat, mereka ini jenis yang tidak akan bersuara walau ditanya berulang kali oleh ketua jabatan. Di kafetaria kemudiannya hampir sejam duduk belum habis hujah pembentangan dan ia belum sampai pun ke tahap penggulungan.

Apa sahaja kelemahan, walaupun berpunca dari faktor luaran, syarikat atau jabatan juga disalahkan. Golongan ini biasanya ada pasangan regu. Mereka hanya duduk sesama sendiri dan tidak boleh disertai orang lain kerana butir perbualan mereka hanya dimengerti oleh diri mereka sendiri.

BAHAYA : Macam loji nuklear rosak, mereka ini boleh melampiaskan radiasi kepada rakan sekerja lain dengan sikap negatif mereka yang tidak puas hati kepada syarikat tetapi tidak juga pergi ke syarikat lain yang lebih baik untuk mereka.

6. Egois

Golongan ini memiliki sedikit kelebihan berbanding rakan lain, sama ada daripada segi pendidikan atau harta atau rupa paras. Ia menjadi melarat bila mereka diberi peranan atau kuasa. Kalau benar-benar bertaraf pengurus tidak mengapa, tetapi baru ketua unit pun sudah mempamerkan ciri-ciri Adolf Hitler, memanglah anak buah semua bertekad menjadi komando mensabotaj projek.

Golongan ini sebenarnya sudah lama mengidam jawatan dan bila diperolehi, mahu memastikan anak buah menghafal lagu Frank Sinatra, My Way. Tiada sesiapa boleh memberi pandangan atau pendapat kerana ia bukan ‘cara dia’.

BAHAYA : Walaupun mendakwa dirinya bukan ego, tetapi tutur perkataan dan bahasa badan menidakkan semuanya. Anak buah yang tidak mengikut ‘cara dia’ akan mendapati diri mereka menjadi perantau ke jabatan lain (dipindahkan).

7. Bercakap dalam nada nyaring

Dalam semua organisasi mesti ada watak ini. Sama ada sudah jadi impiannya untuk meraih jawatan `badut pejabat' pun kita tidak pasti. Ada masanya seronok tapi kebanyakan masa jadi pelik dan janggal. Ini terutama bila bahan jenakanya membabitkan soal politik atau peribadi.

Satu lagi spesies berkaitan ialah mereka yang bercakap kuat untuk memberitahu semua bahawa dia sedang bekerja, macam kanak-kanak menghafal sifir 12. Hafal boleh hafal, pusing sikit soalan, belum tentu boleh jawap. Ini lagi bahaya sebab untuk didengar sedang bekerja, tiada jaminan dia benar-benar buat kerja.

BAHAYA : Oleh kerana tarikan graviti yang kuat kesan daripada lontaran vokal orang sebegini, anda yang berada di ukur lilit tiga meja dengannya, pasti turut menjadi pandangan teman sekerja yang lain. Jadi, bila dia mula meninggi suara, beredarlah segera ke mesin fotostat.

KOMEN : ITULAH NAMANYA MANUSIA, MASING-MASING ADA KEKUATAN DAN KELEMAHAN. PERGILAH KEMANA SAJA, ITULAH PERWATAKAN YANG AKAN KITA TEMUI.. YANG TERINDAH SENYUMAN YANG IKHLAS... DARI LUBUK HATI YANG TENANG...

Toleransi agama ada sempadannya


Maulana Arrif
DARI UTUSAN MALAYSIA
15.5.2011


HAMBA dibesarkan di sebuah pekan kecil di Pahang di mana majoriti penduduknya ialah kaum Cina. Pekan itu dikelilingi oleh perkampungan Melayu. Di pekan itu terdapat sebuah masjid di mana orang Melayu menunaikan solat Jumaat dan berjemaah lima waktu.

Pada setiap tahun, kaum Cina merayakan apa yang dikenali sebagai “pesta hantu.” Mereka menyusun barisan meja panjang di tengah-tengah jalan di pekan itu dan meletakkan pelbagai makanan di atasnya. Di kedua-dua hujung meja ditempatkan seekor babi panggang yang besar.

Sebilangan orang Islam yang hendak ke masjid akan melalui kawasan “pesta hantu” itu, tetapi kehadiran dua ekor babi panggang berhampiran laluan mereka tidak pernah diambil peduli, apatah lagi dijadikan isu.

Di merata pekan dan bandar di seluruh Semenanjung, kaum India berarak Thaipusam. Setakat ini tidak kedengaran ada kekacauan yang ditimbulkan oleh orang Islam terhadap mereka, walaupun kadang kala perarakan Hindu itu mengganggu lalu lintas.

Orang Melayu yang beragama Islam menerima kehadiran kaum Cina dan India dengan agama mereka yang berbeza tanpa rasa terancam atau diganggu-gugat. Agama kaum Cina, sama ada Buddha, Taoisme atau apa jua agama lain, di toleransi selagi mereka tidak mengancam agama Islam. Begitu juga agama Hindu.

Orang Cina dan India pula sejak sebelum merdeka sudah menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan dan Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi yang diinstitusikan, ia hanyalah satu proses kelangsungan yang juga tidak menimbulkan apa perasaan negatif di kalangan kaum Cina dan India.

Toleransi beragama secara tidak bertulis berdiri di atas persefahaman bahawa “kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami.” Tiada kebimbangan selagi “engkau tidak kacau aku, dan aku tidak kacau engkau.”

Bagaimanapun dalam beberapa tahun kebelakangan sudah nampak bibit-bibit yang mahu merungkai persefahaman yang sudah wujud lebih separuh abad ini. Sudah ada suara yang mempertikai kelantangan suara azan yang sekian lama turut didengari oleh bukan Islam tanpa bantahan.

Ada juga Ahli Parlimen bukan Islam yang mempertikai jumlah peruntukan kerajaan untuk pembinaan masjid. Wakil rakyat wanita bukan Islam juga sudah berani masuk ke masjid untuk berceramah. Adakah dijamin mereka ini suci daripada haid?

Ahli-ahli politik bukan Islam juga tanpa segan-silu memetik maksud ayat-ayat Quran kepada khalayak Islam. Ada orang Islam bertanya, apa tujuan mereka? Jika benar-benar tertarik dengan ayat-ayat Allah itu, masuklah Islam. Janganlah cuba mengajar sesuatu yang mereka sendiri tidak percayai.

Di Pulau Pinang sudah diwujudkan jawatan Exco bagi menjaga hal ehwal agama bukan Islam. Ini juga menimbulkan pertanyaan di kalangan majoriti umat Islam.

Jika mahu disebut satu persatu, mungkin banyak lagi episod yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang menyinggung perasaan orang Islam atau setidak-tidaknya menimbulkan pertanyaan. Memadailah dinyatakan bahawa usaha untuk menyebarkan Bible atau al-Kitab dalam Bahasa Melayu di Semenanjung dilihat oleh sebahagian besar umat Islam sebagai satu ancaman yang menggusarkan.

Kenapa di negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Islam sahaja pihak gereja beria-ia sangat mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa ibunda? Contohnya di Indonesia, Mesir dan kini Malaysia. Kenapa tidak di negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian? Apa niat mereka?

Betul ada orang Melayu yang telah membakar gereja, tetapi bukan baru hari ini gereja berdiri tegak di Malaysia. Sejak Portugis menakluki Melaka lagi sudah terbina gereja yang bangunannya masih wujud sampai sekarang. Tidak ada orang Islam yang cuba membakarnya.

Kenapa ada segelintir orang Islam (hanya beberapa orang sahaja) yang tiba-tiba tidak dapat mengawal perasaan, lalu membakar gereja di Taman Melawati? Dan kenapa tiba-tiba ada orang Islam yang menyuarakan pertanyaan terhadap perjumpaan paderi di Pulau Pinang?

Marilah kita berterus terang untuk kebaikan semua pihak. Sebenarnya umat Islam di Malaysia sudah mulai berasa tergugat atau terancam ekoran satu demi satu perbuatan yang dilihat sebagai provokasi terhadap kedudukan Islam yang sekian lama diterima sebagai agama rasmi.

Orang Islam hanya mencemburui agama lain jika mereka berasa kedudukan Islam tergugat. Mereka tidak berdiam diri kerana mereka takut anak cucu kelak menjadi mangsa kealpaan pada hari ini.

“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberikan Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka , kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa kafir terhadap ayat-ayat Allah sangat cepat hisab-Nya.” (Ali Imran): 19

Bagi orang Islam, inilah agama yang boleh menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah Yang Maha Esa, Nabi Muhammad, Quran dan Islam adalah keyakinan yang dipegang tanpa berbelah bahagi. Bagi mereka agama-agama lain tidak lagi diredai kerana tidak lagi berlandaskan tauhid yang betul.

Jika boleh, umat Islam juga mahukan semua manusia lain memeluk agama ini. Tetapi disebabkan tiada paksaan untuk memeluk Islam, maka umat Islam di Malaysia mempunyai daya toleransi yang tinggi terhadap agama-agama lain. Malah mereka sedikit pun tidak memperlekeh agama lain di khalayak umum.

Inilah yang perlu difahami dan dihormati oleh penganut-penganut agama lain. Jangan cuba menganggu-gugat kedudukan yang sudah lama tegak kukuh di Malaysia. Umat Islam sekali-kali tidak akan mempertikai, apatah lagi menghalang agama lain selagi mereka tidak berasa Islam terancam, atau memang jelas diancam.

Inilah kedudukan atau status quo yang perlu dipelihara oleh semua pihak, bukan tanggungjawab umat Islam sahaja. Inilah juga sempadan toleransi agama di Malaysia.

Sebarang tindakan oleh kerajaan untuk memelihara keharmonian agama mestilah dilaksanakan dengan bijak dan saksama, tetapi tegas. Pendirian yang goyah hanya mengundang keburukan.

Penyelesaian di mahkamah juga tidak semestinya akan membawa kebaikan. Malah kes Natrah di Singapura pada 1950 membuktikan bahawa keputusan mahkamah boleh menambah buruk keadaan.

KOMEN : ITULAH NATIJAHNYA BILA AGAMA DI POLITIKAN. “Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberikan Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka , kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa kafir terhadap ayat-ayat Allah sangat cepat hisab-Nya.” (Ali Imran): 19. KENAPA AYAT DIATAS JAUH LARINYA DARI FATWA TOK GURU PAS?

Ambil tindakan undang-undang


Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 14 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mahu pihak berkuasa terutama pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seseorang yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas video tersebut disahkan tulen.

Selain itu, beliau berkata, pihak yang mendedahkan video tersebut mesti disiasat segera iaitu bagaimana mereka memperoleh video berkenaan dan siapa dalang di sebalik rakaman video itu.

Menurutnya, pendakwa syarie perlu melakukan tindakan sama terhadap pihak terlibat dan bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam serta mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral itu.

“Saya percaya tindakan boleh dikenakan dalam bentuk perundangan sama ada oleh polis atau mahkamah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Sekiranya kerajaan Indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi Ariel Peterpan (terlibat rakaman video lucah) mengapa Malaysia tidak?" katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Polis semalam mengesahkan rakaman video seks melibatkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

Mengulas lanjut, Juanda berkata, tindakan tegas dan segera daripada pihak polis juga boleh mengelakkan isu itu menjadi semakin parah selain mampu membantutkan sebarang usaha khususnya pihak yang mahu mengambil kesempatan.

“Kita tidak mahu imej polis dan undang-undang Malaysia tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang dalam usaha kita menjaga akhlak serta memelihara moral rakyat.

“Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Begitu juga tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkan aksi itu dan mengedarkannya untuk tontonan umum,” ujarnya.

Seperkara lagi, beliau berkata, pihak polis sebenarnya berperanan sebagai pihak yang wajib menjalankan tugas hisbah (penguatkuasaan undang-undang) dalam sebuah negara Islam iaitu wajib menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar supaya wujud masyarakat berakhlak dan bermoral.

Dalam pada itu, beliau menyarankan Malaysia mengikut jejak Indonesia kerana negara itu mempunyai undang-undang antipornografi dan antipornoaksi.

“Selain kes seorang artis terkenal beberapa minggu lalu, seorang ahli Parlimen sebuah parti Islam di Indonesia juga dikenakan tindakan kerana menonton rakaman video lucah sewaktu sidang Parlimen.

“Hasil rakaman kamera seorang wartawan terhadap perbuatannya itu Ahli Parlimen berkenaan dikenakan tindakan dan sanggup meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab terhadap tingkah lakunya itu,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mendesak semua pihak berkuasa sama ada polis, Jabatan Peguam Negara, penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah agar tidak hanya menjadi penonton dan duduk atas pagar sama seperti rakyat biasa.

“Semua pihak yang bertanggungjawab soal penguatkuasaan undang-undang ini bertanggungjawab terhadap undang-undang dan di hadapan Allah SWT,” katanya.

KOMEN : SETUJU SANGAT, AGENSI YANG MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA HENDAKLAH LEBIH TEGAS DALAM MENEGAKAN UNDANG-UNDANG YANG DIPIKUL. SAMPAI BILA MEREKA NAK JADI AGENSI YANG HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. TAKAN MEREKA PUN NAK BERPOLITIK DAN BERPOLIMIK DALAM MENANGANI MASALAH SALAH LAKU PEMIMPIN BESAR PEMBANGKANG HATTA PEMIMPIN BESAR KERAJAAN SEKALI PUN. YANG BERSALAH PERLU DIDAKWA?

Bertindak ke atas semua pihak


Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 14 Mei - Semua agensi penguat kuasa diingatkan supaya tidak hanya berani mengambil tindakan undang-undang ke atas sesama sendiri atau sesama kaum sahaja.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas semua pihak dan kaum.

"Kementerian Dalam Negeri selain berani memberi amaran atau memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, perlu tegas dengan akhbar-akhbar Cina dan penulis blog yang menghina Islam. Apa dilakukan Utusan Malaysia ada baiknya sebagai peringatan.

"Apabila tembelang terbongkar, macam-macam penafian dibuat tetapi apabila bertemu, pasti macam-macam perkara timbul dalam perbualan. Saya tidak hairan dengan penafian," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Kementerian Dalam Negeri semalam, telah memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan bagi menyerahkan surat teguran ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain membawa agenda menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Perkara itu didedahkan dalam dua laman blog iaitu bigdog di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Bagaimanapun, kumpulan pemimpin Kristian dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam telah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim berkata, Perkasa berasa lega apabila kumpulan pemimpin Kristian memberi pengakuan mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Walaupun agama lain bebas diamalkan, tetapi ia tidak sama dengan kedudukan Islam dari segi Perlembagaan. Begitu juga kena mengambil kira adat resam dan budaya Melayu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, terdapat portal berita yang kerap menyiarkan kenyataan pelbagai pihak yang sama sekali tiada asas serta boleh mendatangkan kemarahan banyak pihak.

"Contohnya The Malaysian Insider baru-baru ini menyiarkan kenyataan seorang peguam Melayu berkaitan dengan isu Islam bukan agama rasmi Persekutuan, ia adalah lebih dahsyat daripada laporan Utusan Malaysia.

"Secara terang-terangan kenyataan itu salah dan tidak perlu disiasat lagi. Ia mendatangkan kemarahan umat Islam yang bertindak membuat beberapa laporan polis," katanya.

Namun, katanya, isu Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan seorang penulis blog mengenai agenda menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan itu masih perlu disiasat kerana ia mungkin betul.

KOMEN : KDN TIDAK AKAN BERANI BERTINDAK ADIL SELAGI MENTERI YANG MENERAJUINYA DILIHAT TIDAK PROAKTIF DAN TIADA KEBERANIAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN. YANG PALING KUAT DIA PUNYA MELATAH IALAH "SAYA BERI AMARAN........" DILIHAT SELALU BERTINDAK BILA ADA ARAHAN DARI PM. APA NAK KATA BILA MENTERI PUN MEMBUAT KEPUTUSAN BERPILIH DALAM MENCARI POPULARITI UNTUK DIRI SENDIRI. ADAKAH KITA SEBAGAI RAKYAT MEMPUNYAI PILIHAN?

Manchester United juara EPL


DARI UTUSAN MALAYSIA
15.5.2011




WAYNE Rooney meraikan kejayaan menyempurnakan penalti untuk mengikat 1-1 dengan Blackburn di Ewood Park, semalam. Seri memadai buat United untuk merangkul gelaran Liga Perdana England kali ke-19. – AP

EWOOD PARK – Jaringan penalti Wayne Rooney pada minit ke-73 cukup untuk membolehkan Manchester United menjulang gelaran Liga Perdana England buat kali ke-19, semalam.

Jaringan penyamaan Rooney itu mengikat kedudukan 1-1 dengan Blackburn di Ewood Park.

Kejayaan itu juga bermakna United muncul kelab yang paling banyak meraih gelaran liga di England mengatasi senarai Liverpool yang mempunyai rekod kejuaraan liga sebanyak 18 kali.

Walaupun dikejutkan oleh gol pendahuluan oleh pemain antarabangsa Australia, Brett Emerton pada minit ke-20, ia tidak memadamkan api perjuangan pemain United yang sedar keputusan seri sudah memadai buat mereka bergelar juara.

Hasilnya, kesilapan penjaga gol Blackburn, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez pada minit ke-72, pengadil perlawanan, Philip Dowd yang pada mulanya teragak-agak memberikan tendangan penalti kepada United, menghadiahkan sepakan tersebut selepas berbincang dengan pembantu pengadil.

Rooney yang ditugaskan mengambil sepakan berkenaan tidak mensia-siakan peluang keemasan berkenaan dengan memilih untuk menyepak ke kanan gawang ketika Paul Robinson tersalah agakan merebahkan badan ke sebelah kiri.

Bagi pemain veteran United, Ryan Giggs yang pernah bersama United sepanjang meraih 12 gelaran juara liga, dia menganggap kejayaan itu satu memori manis yang tidak akan dilupakan sepanjang bersama Red Devils.

‘‘Dua puluh tahun lalu, kami berada jauh di belakang Liverpool. Jadi, kejayaan ini harus ditujukan kepada pengurus dan pemain, memang satu perasaan yang menyeronokkan apabila berjaya memintas rekod seteru utama kami.

‘‘Liga EPL pada musim ini jelas cukup mencabar berbanding musim sebelumnya. Namun, kami semua mempunyai semangat yang cukup tinggi. Kami hanya mahu memenangi trofi,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, pengurus United, Alex Ferguson mengambil keputusan merehatkan tiga pemain utama iaitu Edwin Van der Sar, Paul Scholes dan Patrice Evra menjelang pertemuan akhir Liga Juara-Juara tidak lama lagi.

Sementara itu, saingan zon penyingkiran semakin sengit apabila Wolverhampton dan Blackpool mencatat kemenangan sekali gus meletakkan kedudukan Birmingham dan Blackburn masih belum berada dalam posisi yang selamat.

Wolverhampton menang 3-1 ke atas Sunderland di Stadium of Light sementara Blackpool pula berhempas pulas mengatasi Bolton 4-3. West Brom pula menang tipis 1-0 ke atas Everton.