Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 11 June 2014

Hasan Ali sertai semula Pas?



HASAN Ali

SHAH ALAM 10 Jun - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012.

Menurut sumber parti itu, kemasukan semula Hasan mungkin boleh berlaku apabila dikatakan wujud usaha dalaman yang digerakkan beberapa kepimpinan Pas termasuk anak-anak kepada pengasas serta golongan veteran bagi 'memperbetulkan' semula Pas supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangan asalnya sebelum ini.

Katanya, usaha dalaman itu difahamkan dibuat atas perkiraan perkembangan politik semasa ketika ini termasuk kesan-kesan lain yang terpaksa dihadapi Pas ekoran kerjasama parti tersebut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sesuatu isu yang ada kalanya tidak selari dengan matlamat asal parti berkenaan.

"Memang tidak dapat dinafikan Pas ketika ini dilihat sedikit demi sedikit telah lari daripada matlamat perjuangannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti apabila mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

"Malah ada pemimpin daripada parti sekutu Pas secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud yang merupakan antara agenda perjuangan Pas selain isu-isu yang melibatkan soal agama dan perpaduan umat Islam. Atas sebab itulah dikatakan wujudnya usaha dalaman bagi memperbetulkan semula Pas agar tidak terpesong daripada landasan asal perjuangannya.

"Usaha dalaman ini juga mungkin akan melibatkan usaha menarik semula Hasan ke dalam Pas bagi bersama-sama memperbetulkan semula parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, usaha dalaman tersebut juga adalah untuk menyokong Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilihat berseorangan dalam memastikan Pas terus mengikut perjuangan asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut sumber itu, usaha Abdul Hadi difahamkan tidak disambut begitu baik oleh sebilangan kepimpinan Pas ketika ini.

Sementara itu, Hasan ketika dihubungi menyatakan beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai wujudnya usaha dalaman tersebut sebagaimana yang didakwa.

"Saya tidak ada dengar mengenai perkara ini (usaha untuk menarik beliau ke dalam Pas semula). Perkara ini tidak sampai ke pengetahuan saya.

"Jika ada pelawaan, saya akan fikirkan. Banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memutuskan perkara itu," ujarnya.



LIGA SUPER - Selangor kekal pendahulu



PENGADIL, Mohd. Nafeez Abdul Wahab mengarahkan pemain Selangor, Paulo Rangel (kiri) keluar padang setelah dilayangkan kad merah ketika perlawanan Liga Super antara Selangor dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. - UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor

KUALA LUMPUR - Selangor kehilangan penyerang berbisa, Paulo Rangel yang menerima kad merah namun masih mampu membelasah Terengganu 4-1 dalam perlawanan kontroversi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi untuk mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Super.

Selangor kini mengumpul 37 mata ketika kempen berbaki empat perlawanan, namun disaingi oleh pasukan di tangga kedua, Johor Darul Ta'zim yang menang besar di tempat sendiri.

Penyerang dari Brazil, Rangel meletakkan Selangor di depan pada awal permainan menerusi tandukan, namun tercetus kontroversi apabila pemain itu dilayangkan kad merah kerana didakwa terlebih dahulu menyiku pertahanan tuan rumah, Mazlizam Mohamad sedangkan jaringannya disahkan oleh pengadil.

Kehilangan seorang pemain bagaimanapun tidak menjejaskan rentak pelawat sebaliknya mereka terus selesa mendahului tuan rumah apabila penyerang, Abdul Hadi Yahya mudah menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-47 selepas dia dijatuhkan.

Tuan rumah mengatur serangan dalam usaha mereka kembali bersaing dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang import, Moustapha Dabo pada minit ke-51 yang berpunca daripada tendangan sudut.

Usaha Terengganu untuk menyamakan kedudukan terus terbantut apabila pemain tengah Selangor, S. Veenod menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-88 sebelum S. Kunanlan menghapuskan sisa-sisa perjuangan tuan rumah dengan gol keempat pada masa kecederaan.

Sementara itu Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memberikan saingan kepada Selangor apabila membenam Sime Darby 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-44 untuk memecah benteng pertahanan lawan menerusi tendangan Amri Yahyah dari luar kotak penalti.

Anak buah Bojan Hodak tidak menunggu lama untuk mengukuhkan kedudukan mereka apabila memperoleh gol kedua pada minit ke-51 menerusi pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz yang menyempurnakan umpanan Asraruruddin Putra Omar.

Diaz sekali lagi menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-80, hasil umpanan rakan senegara, Luciano Gabriel Figueroa.

Sementara itu, Pahang yang masih segar dengan kejayaan merangkul Piala FA bagaimanapun tersentak apabila hanya mampu seri 2-2 dengan pasukan kedua tercorot, ATM di Stadium Selayang.

Kesilapan Ahmad Fauzi Shaari yang tertanduk bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-20 hasil bola sepakan lintang Saiful Nizam Miswan meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan.

ATM menyamakan kedudukan hasil tindakan bijak Juan Manuel Arostegui mengambil kesempatan kelekaan Damion Stewart pada minit ke-56 dengan mencuri bola di dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan kencang menewaskan Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Sebelas minit kemudian, Saiful Nizam kembali meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-67 yang memanfaatkan bola sepakan sudut Azidan Sarudin sebelum menanduk masuk ke dalam gawang The Gladiators.

Namun, semangat juang ATM sukar disekat apabila sekali lagi bangkit menyamakan kedudukan melalui sentuhan pertama Bruno Martelotto yang masuk selaku pemain gantian pada minit ke-77 apabila menolak masuk bola hantaran Venice Elphi Danny Kaya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140611/su_01/Selangor-kekal-pendahulu#ixzz34I83bdQ9  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Kelantan jinakkan Lions XII

KOTA BHARU - Kelantan terus memberikan tekanan ke atas pasukan kelompok teratas Liga Super apabila menjinakkan Lions XII 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.

The Red Warriors mendahului Lions XII menerusi jaringan Fakri Saarani yang bijak menyudahkan hantaran Wan Zaharul Nizam pada minit ke-30 dan menjarakkan kedudukan apabila Khairul Izuan meledakkan gol kedua pada minit ke-63.

Lions XII mendapat gol sagu hati pada minit ke-68 menerusi Faris Ramli.

Di Stadium Bandaraya, Kuching skuad Bujang Senang membaham T-Team 2-0 apabila penyerang, Muamer Salibasic dan kapten, Joseph Kalang Tie berjaya menyumbat gol pada perlawanan itu.

Tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-28 apabila Salibasic menyambar sepakan sudut Joseph dan melepaskan rembatan lencong ke penjuru kanan pintu gol lawan.

Sarawak memperoleh gol kedua apabila Joseph membuat gerakan solo sebelum kemudiannya melepaskan rembatan kencang yang gagal diselamatkan Mohd. Shahril sekali gus memberikan 28 mata dalam kemenangan kesembilan buat mereka.

Sementara itu, PKNS FC terus kekal di tangga tercorot apabila tewas di tangan Perak 1-3 di Stadium Shah Alam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140611/su_03/Kelantan-jinakkan-Lions-XII#ixzz34I8ceUe9  © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 10 June 2014

Kereta elektrik Proton: Adakah menjadi kenyataan?




Malah, saya juga turut diundang ke United Kingdom pada Disember 2011 untuk menyaksikan sendiri kemampuan kereta elektrik yahg dibangunkan oleh jurutera anak muda tempatan Proton dengan usahasama Frazer-Nash Research Limited (Frazer-Nash) United Kingdom yang ketika itu turut menyertai perlumbaan berprestij tahunan Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London RAC (FCCBTL-RAC).




Dan menariknya, prototaip kereta berasaskan teknologi elektrik Proton iaitu Proton Exora REEV (Range Extender Electric Vehicle) ketika itu berjaya memenangi buat kali kedua berturut-turut anugerah Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga terbaik dan turut berkongsi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) keseluruhan terbaik dengan jenama terkemuka pembuat kereta global, Toyota.




Tahun itu, Proton selain mempertaruhkan Exora REEV, turut meletakkan Proton Persona REEV dan Saga EV (Electric Vehicle) untuk bersaing dengan pembuat kereta gergasi dunia. Sila lihat videonya di sini.




Malah, kumpulan pemberita yang berada di situ turut diberitahu bahawa Proton ketika itu semakin mencapai ke kemuncaknya untuk menghasilkan secara besar-besaran kereta berasaskan elektrik atau separa elektrik pada tahun 2013 selepas mendapat maklum balas daripada Program Kenderaan Fleet Test yang sedang dilakukan oleh kerajaan.

Dan lebih menarik, khabar angin jelas menyatakan Proton Saga EV, iaitu kereta dengan konsep teknologi elektrik sepenuhnya itu kemungkinan akan dijual dengan harga RM70,000, satu harga yang agak kompetetif berbanding kenderaan elektrik sepenuhnya jenama lain.

Ketika pertandingan itu, Proton sebenarnya sudah berjaya membangunkan sebuah konsep kenderaan famili yang mampu berada di atas jalan raya dan tidak perlu lagi dipanggil kereta prototaip.

Ini berikutan, ada kenderaan yang menyertai FCCBTL-RAC itu masih di peringkat pembinaan dan belum boleh berada di atas jalan raya. Itu bermakna, Proton sudah bersedia untuk produksi besar-besaran dan hanya perlu melihat dari segi kos pengeluaran bateri dan komponen elektrik yang agak mahal harganya di United Kingdom berbanding di Malaysia.

Namun, sekembalinya kami ke Malaysia sehingga hari ini, iaitu selepas tiga tahun, Proton dilihat belum mahu mengeluarkan kereta berkonsepkan elektrik. Program Kenderaan Fleet Test itu juga terus senyap tanpa ada khabar berita.

Kemungkinan ia adalah keputusan industri untuk tidak mengeluarkan Proton berteknologi elektrik atas beberapa sebab tanpa diketahui dengan mendalam.

Prasarana yang dipasang di semua kementerian yang mengambil bahagian dalam Program Kenderaan Fleet Test itu juga semakin suram dan menjadi lokasi parkir kenderaan bukan elektrik.




Apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa prasarana stesen mengecas kereta elektrik turut disediakan oleh beberapa kompleks membeli belah di Kuala Lumpur dan juga da di Melaka, namun dalam skala besar, belum ada.

Kesempatan saya berjumpa dengan Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil ketika programm penyerahan kereta Proton Perdana baharu kepada kerajaan Disember tahun lepas sedikit merungkaikan persoalan.

Menurut Mohd. Khamil, program kenderaan elektrik yang kita lihat seakan-akan sudah berjaya sebelum itu dimansuhkan dan akan digantikan dengan program pembangunan kenderaan hibrid.

Menurut Mohd. Khamil, ia lebih berdaya saing berbanding kenderaan elektrik dan beliau turut yakin dengan mengatakan, kereta hibrid Proton itu akan dipasarkan pada penghujung tahun 2015 tanpa mengulas panjang.

Kontra dengan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri yang mengatakan Proton hibrid itu akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini ketika menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pada sidang Parlimen Mac, tahun ini. Dan kata beliau, kereta Proton elektrik akan turut dikeluarkan pada penghujung tahun 2015.

Apa pun, dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad, saya percaya ramai yang berhasrat untuk melihat projek kereta elektrik dan hibrid ini direalisasikan dengan segara. 

Kerana pada tahun 2011, Pengarah Proton dan Pengarah Teknologi Hijau Proton, Datuk Zainuddin Che Din turut membayangkan Proton mampu jadi peneraju dalam pembuatan kenderaan elektrik di rantau Asia Tenggara disebabkan teknologi itu masih baru di kalangan pembuat kereta global. 

Tapi jika lambat, saya percaya, Indonesia dan Australia akan melangkaui kita dalam teknologi sedia ada yang akhirnya kita akan kembali terkebelakang.

Namun saya masih percaya kemampuan Tun Mahathir dalam merencanakan perjalanan Proton, sama seperti ketika dia merealisasikan kemunculan kereta Proton pertama yang dipanggil 'tin sardin' oleh sesetengah rakyat Malaysia yang masih skeptikal dengan kemampuan anak muda tempatan pada tahun 1985.





Proton jadi pengeluar kereta dunia





KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata pengerusi baharu Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar).

Perdana Menteri keempat itu berkata, Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

"Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton.

Beliau berkata, semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton.

"Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda (pengguna) mahukan kereta murah, ok, Proton akan mengeluarkan kereta murah," kata Dr. Mahathir.

Ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr. Mahathir menjawab: "Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak." Mengulas sama ada Proton sudah didatangi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas untuk menawarkan dana, beliau berkata, Proton tidak pernah meminta dana.

Ditanya sama ada beliau sendiri selaku pengerusi Proton akan menemui mereka untuk mendapatkan dana, Dr. Mahathir menjawab: "Tidak sama sekali," "Ini disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan," katanya.

Dr. Mahathir juga berkata, kerajaan kini menggalakkan import kereta daripada menggalakkan industri tempatan.

"Bila anda import kereta, wang mengalir keluar dan anda tidak dapat sebarang teknologi daripadanya," katanya.- BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140610/ko_02/Proton-jadi-pengeluar-kereta-dunia#ixzz34C894lt6  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Hatrik Immobile ceriakan Itali



PENYERANG Itali, Ciro Immobile menyepak melepasi penjaga gol Fluminense, Felipe Garcia dalam perlawanan persahabatan di Volta Redonda, Brazil semalam. Itali menang 5-3. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Ciro Immobile menghasilkan jaringan hatrik bagi membantu barisan pemain kedua Itali menewaskan kelab Brazil, Fluminense 5-3 dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia semalam.

Lorenzo Insigne turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang berlangsung di padang tidak rata itu, meskipun terdapat kelemahan dalam barisan pertahanan dan penjaga gol ketiga, Mattia Perin.

Kira-kira 17,000 penyokong memenuhi Stadium Raulino de Oliveira yang terletak di bandar industri keluli Volta Redonda ini untuk memberikan sokongan kepada Fluminense dan mereka mengejek pemain tengah Itali kelahiran Brazil, Thiago Motta setiap kali dia menyentuh bola.

"Kami dapat lihat beberapa perkara menarik dan dua pemain di bahagian serangan beraksi dengan baik," kata jurulatih Itali, Cesare Prandelli kepada rangkaian televisyen RAI mengenai Immobile dan Insigne.

Dua pemain itu masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama tetapi Fluminense, yang menduduki tempat kedua dalam liga Brazil, menyamakan kedudukan menerusi Chiquinho dan Carlinhos dengan percubaan-percubaan mudah yang menewaskan Perrin.

Immobile kemudian menjaringkan dua gol sejurus selepas rehat, yang kedua menerusi percubaan menarik apabila menyungkit bola selepas menerima hantaran Motta dan Insigne menjadikan kedudukan 5-2 selepas menyudahkan hantaran jarak dekat Immobile.

Matheus Carvalho mengurangkan defisit menerusi jaringan jarak jauh dengan Prandelli kemudian memberikan ruang kepada pemain pilihan utamanya termasuk perancang, Andrea Pirlo dan Mario Ballotelli untuk beraksi dalam tempoh 30 minit terakhir.

Itali terikat tanpa jaringan ketika menentang Ireland dan dikejutkan dengan keputusan 1-1 dengan Luxemburg di laman sendiri dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini.

Itali akan bertemu England pada pertemuan pembukaan di Manaus, Sabtu ini sebelum bertemu Costa Rica dan Uruguay dalam saingan Kumpulan D. - REUTERS



WORLD CUP 2014 - Jaringan Benzema ubat luka ketiadaan Ribery



PENYERANG Perancis, Karim Benzema (kiri) meraikan jaringannya bersama Patrice Evra dalam perlawanan persahabatan menentang Jamaica di Lille semalam. Perancis menang 8-0. - AFP

LILLE, Perancis - Karim Benzema menjaringkan dua gol ketika Perancis menewaskan Jamaica 8-0, sekaligus mengubat kedukaan mereka akibat kehilangan penyerang sensasi, Franck Ribery pada kejohanan Piala Dunia kali ini.

Blaise Matuidi dan Antoine Griezmann juga meledak dua gol dalam aksi pemanas badan terakhir di hadapan 49,000 penyokong di Lille.

Keputusan itu menjadi pembakar semangat kepada pasukan Didier Deschamps menjelang Piala Dunia yang akan mula membuka tirainya dalam tempoh dua hari lagi setelah Ribery terpaksa diketepikan akibat kecederaan belakang badan.

"Ribery adalah suatu kehilangan tetapi kami perlu berhenti bercakap mengenainya dan teruskan bersaing tanpanya," kata pemain Paris St. Germain, Matuidi yang menjaringkan gol pertamanya bersama Perancis.

Deschamps menegaskan Perancis kekal bersatu meskipun tanpa kelibat bintang Bayern Munich, Ribery.

"Kami ada barisan pemain berkelas dunia. Pasukan Perancis lebih kuat dengan kehadirannya ketika dia berada pada tahap 100 peratus tetapi masih ramai lagi pemain hebat.

"Kemenangan adalah sesuatu yang sangat kami perlukan sebelum berangkat (ke Brazil). Ia memberikan keyakinan. Semua orang gembira. Kami mempamerkan banyak perkara hebat," kata bintang Real Madrid, Benzema.

Jaringan pertama Benzema merupakan sepakan lencong dari hujung kotak penalti manakala jaringan keduanya adalah dari hujung kotak penalti yang berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Jamaica, Jacomeno Barrett.

Matuidi dan Olivier Giroud juga menjaringkan gol selepas beberapa percubaan Benzema terkena palang.

Griezmann, yang merupakan pencabar Giroud untuk posisi Ribery, dimasukkan pada babak kedua sebagai pemain gantian dan menjaringkan dua gol dalam tempoh 12 minit.

Yohan Cabaye membuka tirai jaringan seawal minit ke-17 dan kemenangan itu melebarkan rekod Perancis kepada lima perlawanan tanpa kalah.

Deschamps menyifatkan perlawanan itu sebagai medan terakhir untuk menguji Benzema dengan watak yang lebih besar selain gandingannya bersama Giroud di posisi Ribery.

"Saya mahu melihat mereka bersama semula tetapi bukan sahaja mereka," katanya yang menyifatkan kedua-dua pemain itu berada pada tahap fizikal terbaik.

Giroud pula merasakan dia adalah pilihan pertama untuk bergandingan bersama Benzema dalam kempen di Brazil.

"Saya akan beraksi untuk Piala Dunia pertama saya dan ia di Brazil. Saya seperti kanak-kanak yang mendapat hadiah semasa Hari Krismas," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140610/sl_02/Jaringan-Benzema-ubat-luka-ketiadaan-Ribery#ixzz34C4wQNP0  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Rooney masih digeruni



Wayne Rooney (kiri) masih dianggap oleh David Beckham sebagai pemain yang mampu membuatkan pasukan lawan gerun sungguh pun prestasinya tahun ini kurang menyerlah
LONDON - Penyerang England, Wayne Rooney yang akan bermain dalam Piala Dunia buat kali ketiga bersama-sama ketua pasukan terkini, Steven Gerrard dan Frank Lampard merupakan pemain berpengalaman walaupun berusia 28 tahun.

Bintang Manchester United itu gagal menyerlah dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu, selain dibayangi kebimbangan terhadap kecergasannya.

Meskipun rekod jaringan antarabangsanya bagus, namun Rooney gagal menjaringkan gol dalam lapan penampilan di pusingan akhir Piala Dunia, akan tetapi David Beckham yang bermain 155 kali untuk England percaya bahawa rakannya itu masih digeruni pasukan lain.

"Kalau pihak lawan tengok nama Wayne Rooney tersenarai dalam skuad England, ia tetap akan menakutkan mereka.

"Saya sentiasa menyokong 'Wazza' sebab dia berbakat besar dan seorang pemain yang hebat buat England.

"Semuanya berkaitan dengan penyerang, tetapi Wazza sentiasa dilihat bukan hanya penjaring gol semata-mata.

"Dia seorang penjaring, tetapi dia bekerja keras untuk pasukan dan sebab itu aksi Wayne seringkali disebut-sebut. Jika dia tidak menjaringkan gol, di akan sama ada membantu atau mencipta sesuatu buat pasukannya. Dia penggerak, juga penjaring.

"Setiap kali menyarung jersi England, dia selalu melaksanakan tugasnya 110 peratus, Kalau Wazza bangkit, dia selalu memberikan segalanya," ujar Beckham.

Sementara itu, pemain tengah England, Jordan Henderson yakin dengan adanya Raheem Sterling dalam pertemuan pertama mereka menentang Itali pada Sabtu ini memberikan kelebihan buat skuad Three Lions itu.

"Raheem seorang pemain yang hebat. Saya rasa awak semua sudah melihat aksinya dalam Liga Perdana Inggeris dan juga semasa dia bermain untuk England.

"Mungkin ketiadaannya adalah sebagai satu senjata rahsia. Jelas sekali, dia nampak kecewa sebab tidak dapat menampilkan diri, tetapi dalam latihan dia sangat bagus dan semakin berkembang maju.

"Saya rasa dia cemerlang dan tidak gementar. Anak muda itu memiliki kesedaran yang besar dan pengetahuannya dalam permainan sangat baik. Saya rasa dia boleh menjadi penyumbang untuk kami dalam Piala Dunia," ujar Henderson. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140610/sl_01/Rooney-masih-digeruni#ixzz34C3l487J  © Utusan Melayu (M) Bhd 


40 tahun BN - Pencarian formula baru





Oleh Dr. Siva





PADA 1 Jun lalu, genap 40 tahun parti Barisan Nasional (BN) didaftar sebagai parti yang berfungsi secara sah. Barangkali tersentak dengan kemenangan di Teluk Intan, lantas terabai kewujudan hari bersejarah ini.

Pembentukan parti BN bermula selepas peristiwa 13 Mei 1969 apabila Tun Abdul Razak Hussein selaku Pengerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan kemudiannya Perdana Menteri Malaysia yang kedua merasakan perlunya sebuah entiti yang menggambarkan formula politik baru dengan ciptaan parameter dengan diselaputi oleh perpaduan sebagai asasnya.

Pertemuan di antara Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Muhammad Ghazali Shafie dan Khalil Akasah sebagai Setiausaha di Cameron Highlands untuk membangunkan struktur baru tadbir-urus menunjukkan bahawa 40 tahun lalu, 'orde baru' sudah diilhamkan menggantikan 'orde lama' yang disesuaikan dengan keperluan demografi dan geografi semasa.

Tun Abdul Razak menggunakan perkataan Barisan Nasional buat pertama kalinya di dalam ucapan Hari Kebangsaan 1972.

Pada Mac 1973, beliau sekali lagi menyatakan bahawa dengan pembentukan BN, gaya politik lama akan berakhir dan berharap BN akan dapat diperkukuhkan.

Sepanjang tiga bulan pertama 1974, Tun Abdul Razak mengadakan pelbagai perbincangan dengan pemimpin Parti Perikatan untuk menghasilkan strategi sama dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum 1974.

Pada April 1974, diumumkan penggunaan simbol dacing untuk parti BN. Simbol kapal layar parti Perikatan tidak digunakan lagi serta simbol parti masing-masing juga tidak dibenarkan.

Pada Mei 1974, satu perhimpunan raksasa diadakan di Kedah di mana diumumkan sudah diwujudkan satu jawatankuasa untuk meneliti pemilihan calon PRU 1974. BN hanya berfungsi sepenuhnya selepas PRU Ogos 1974 dan Majlis Tertinggi BN mengadakan pertemuan buat pertama kalinya pada 6 November 1974.

Tanpa disedari, 1 Jun 1974 BN menerima akuan sah pendaftarannya dengan 9 komponen parti politik yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Pas, PPP, Gerakan, SUPP, PBB dan Sabah Alliance Party (SAP).

Sepanjang 40 tahun penubuhannya, dengan melalui 10 PRU di bawah simbol dacing (1974-2013); apakah pencapaian dan cabaran yang telah dan akan dilaluinya?

BN belum pernah tewas sepanjang PRU diadakan dan hanya kehilangan majoriti dua pertiga dalam PRU 2008 dan 2013. Sebelumnya, ia gah sebagai parti yang sentiasa ke hadapan.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak, BN masih mengemudi negara berasaskan kepada formula yang sudah dipersetujui sekian lama. Ada kekuatan, kelemahan, pencapaian dan kemerosotannya tetapi ia masih bertapak dengan apa yang sudah menjadi amalan.

Namun, selepas ketiadaan majoriti dua pertiga, kerajaan dan parti politik pemerintah bergelut dengan cabaran persepsi. Kedudukan BN pasca keputusan PRU 2008 banyak mempengaruhi persekitaran hari ini. Ini termasuk persoalan membuat keputusan dengan keputusan yang membawa kepada kecelaruan sokongan. Ia tidak datang dari kepimpinan tetapi dari mereka yang memegang autoriti.

BN perlu mengasah kepimpinan terutama dalam amalan tawar menawar, kompromi, persetujuan di belakang tabir dan pada waktu yang sama berhadapan dengan rasa duka sesetengah pihak yang menjadi musuh dalam selimut, berwajah dua, bertopeng mengikut musim.

BN harus mempunyai karakter dark horse, favourite dan wild card tanpa memberi pilihan kepada lawannya. Saya pernah menulis sebelum PRU Ke-13 beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh BN.

Ini termasuklah melalui proses reformasi dengan pembaharuan menyeluruh; bebas dari kumpulan serpihan; jentera mantap; memenuhi manifesto; memiliki kekuatan sendiri dan bukan bergantung kepada kelemahan lawan; latihan kepimpinan; koordinasi dengan badan bukan kerajaan dan integrasi dengan pengundi muda.

Apakah wajar BN masih dengan idealisme sama atau memerlukan formula baru berteraskan kepada pencapaian kini? BN memerlukan pelan induk yang boleh dinamakan sebagai 'Aspirasi Malaysia'. Ia bertujuan untuk terus membentuk kerajaan dalam berhadapan dengan PRU akan datang. Satu, strateginya mesti berpusat kepada tanggungjawab kesemua parti komponen BN dan bergerak sebagai BN dan bukan semata-mata parti masing-masing.

Dua, penjenamaan dengan gaya kepimpinan yang memberi aspirasi kepada masyarakat walau berhadapan dengan penipuan, kritikan dan pembohongan dari penyelewengan maklumat. Kepimpinan mendasari pencapaian BN selama ini dan ini memerlukan pemasaran dan penjenamaan walau perlu mengambil keputusan tidak popular mahupun popular.

Ini kerana BN masih bergantung kepada skil kepimpinan individu apatah lagi personaliti/ikon menjadi pelengkap kepada kedudukan parti.

Tiga, kerjasama parti BN di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan (termasuk Pusat Daerah Mengundi) yang perlu diperhebatkan dengan program merentasi parti. Kekuatan setiap parti boleh menjadi perkongsian dan kelemahan diperbaiki sebelum berhadapan dengan PRU.

Empat, kesinambungan kepimpinan perlu dirungkai sepenuhnya oleh BN supaya tidak terus dilabel sebagai parti lama. Kepimpinan bergenerasi bermaksud BN perlu menampilkan lebih ramai pemimpin muda, berwibawa dan dilihat ikon oleh generasi pelapis.

Perlu ada pemimpin muda digandingkan dengan pemimpin berpengalaman supaya kredibiliti di semua peringkat menyerlah; ikon perlu dicipta dan dipasarkan.

Lima, bagaimanakah BN akan cuba memenangi kawasan yang gagal dipertahankan, kerusi yang dimenangi dengan undi tipis, pertahankan kerusi yang dimenangi dan kerusi yang baru dimenangi dan kerusi marginal.

Ini bermakna, ada kawasan putih, hitam dan kelabu di samping kerusi yang dimenangi semula selepas kecundang di PRU Ke-12 sebanyak 1w5 kerusi.

Sepatutnya dengan 137 yang dipertahankan ketika PRU Ke-13 dan 15 kerusi yang dimenangi semula, BN mampu untuk mendapatkan majoriti dua pertiga. Apa yang berlaku adalah kemenangan ini tidak diiringi dengan usaha pertahankan kesemua 137 kerusi sehingga akhirnya membawa kepada 133+1 (Teluk Intan).

Enam, penekanan perlu diberikan kepada kerusi bandar di samping pertahankan kerusi luar bandar. Menembusi kerusi bandar memerlukan strategi yang amat unik kerana demografi dan geografinya berbeza apatah proses urbanisasi semakin membesar saban hari. Media sosial tidak terkecuali. Ia merangkumi individu yang bukan sahaja lahir di situ tetapi juga ancaman migrasi turut mempengaruhi persekitarannya.

Tujuh, strategi khas di Sabah dan Sarawak. Barisan pembangkang membawa agenda Impian Sarawak dan Impian Sabah dan BN perlu akur bahawa sesuatu harus dilakukan jika mahu ia kekal sebagai safe deposit BN.

Lapan, konvensyen BN secara berkala penting untuk memaparkan semangat setiakawan dan ia boleh dilakukan bukan untuk hanya bersama parti komponen tetapi diterokai terma jaringan lain termasuk pertemuan dengan badan bukan kerajaan, kepimpinan pelajar dalam dan luar negara serta pihak dewan perniagaan kerana masing-masing adalah stakeholder sahabat BN.

Sembilan, mengenal pasti calon/ikon berwibawa dari awal yang diterima rakyat dan bukan parti semata-mata. Ia bertujuan agar kesilapan lalu tidak diulangi jika post-mortem PRU Ke-13 dibaca dan disemak sepenuhnya. Pakej calon mesti bersifat menyeluruh.

Sepuluh, strategi khas di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan di samping memantapkan kedudukan di negeri lain yang ditadbir oleh BN.

Kekal tidak bermakna untuk selamanya, tewas juga tidak bermakna tidak boleh dirampas semula tetapi keazaman menjadi petunjuk aras jika KPI masih digunapakai dan dinilai secara berterusan.

Dalam ketika berumur 40 tahun, ia selalunya membawa kepada alam baru kepada manusia. Bagi parti politik, kematangan akan terserlah jika muhasabah dilakukan dengan melihat kepada pencapaian dan kekurangan supaya boleh terus kekal kepentingan dan kerelevanan mengharungi masa depan alam politik yang kian berubah setiap masa.

Idealisme Perikatan kepada BN sebenarnya adalah untuk memastikan perpaduan, muhibbah dan keharmonian tidak dikompromi yang masih menjadi agenda utama formula 1957 dan 1974 tetapi penambahbaikan berterusan boleh dilakukan dengan mengadaptasi perubahan dengan senario semasa agar jurang pemahaman politik tidak merencat proses kedamaian yang dicari di Malaysia yang masih berada di bawah tadbir-urus BN. Apakah ketemu formula 2014?

* Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140610/re_05/40-tahun-BN---Pencarian-formula-baru#ixzz34C1g6VDt   © Utusan Melayu (M) Bhd 


Saman yang bukan luar biasa







Oleh Salleh Buang









PADA 3 Jun lalu, firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak bertindak bagi anak guam mereka (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh) menyerahkan satu writ saman ke portal Malaysiakini di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Writ serta pernyataan tuntutan yang diserahkan firma guaman itu menamakan 3 defendan - Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (penerbit portal berkenaan), Steven Gan (Ketua Pengarang Kumpulan) dan Fathi Aris Omar (Ketua Pengarang).

Penyampaian writ saman serta pernyataan tuntutan ini adalah langkah pertama kes tuntutan fitnah oleh kedua-dua plaintif terhadap ketiga-tiga defendan. Asas tuntutan ini adalah fitnah yang disiarkan portal Malaysiakini pada 14 Mei 2014, terkandung dalam dua artikel (kompilasi komen pembaca portal dalam bahasa Inggeris) yang dimuatkan dalam ruangan Yoursay bertajuk A case of the PM reaping what he sows dan How much will Najib spend to keep Terengganu?

Kita dimaklumkan bahawa pengurusan kes itu ditetapkan pada 18 Jun di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah. Ramai meramalkan paling awal kes ini didengar adalah pada hujung tahun ini dan mungkin berterusan hingga tahun depan.

Notis tuntutan

Kira-kira dua minggu sebelum itu, pada 15 Mei, firma guaman berkenaan menghantar notis tuntutannya kepada Malaysiakini, meminta portal itu memohon maaf tanpa bersyarat dalam tempoh 48 jam kepada anak guamnya berhubung pernyataan fitnah tersebut. Selain itu, portal itu dikehendaki menarik balik artikel tersebut dan memberi akujanjinya tidak akan mengulangi fitnah itu di masa depan.

Notis tuntutan itu menyatakan jika defendan gagal memberi maklum balas dalam tempoh ditetapkan, tindakan guaman akan diteruskan terhadap portal itu, termasuk memohon injunksi menghalang penerbitan yang sama. Mengikut peguam plaintif, Datuk Muhd Hafarizam Harun, kenyataan yang terkandung dalam artikel yang disiarkan pada 14 Mei itu "adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh" serta didorong oleh "mala fide untuk memburukkan dan merosakkan reputasi" anakguamnya.

Artikel itu juga menjejaskan kredibiliti mereka "selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik".

Dalam reaksi spontannya terhadap notis tuntutan itu, Steven Gan (defendan kedua) menyatakan dia sudah menjangka Malaysiakini akan menghadapi tuntutan sivil ini selepas portal itu "diserang oleh Utusan Malaysia" ekoran penyiaran komen pembaca Malaysiakini dalam ruangan "Yoursay" itu.

Katanya lagi, portal Malaysiakini sentiasa memberi peluang kepada Najib untuk menjawab dan menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu bagi menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan UMNO "adalah salah". Katanya, itu adalah lebih baik dari mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah.

Dalam jawapannya kepada notis tuntutan itu, Malaysiakini menyatakan apa yang disiarkan dalam artikel itu adalah "fair comment" (komen saksama) yang dibuat untuk kepentingan awam. Malaysiakini turut menyatakan enggan menarik balik artikel berkenaan, sebaliknya menawarkan plaintif peluang untuk menjawab fitnah berkenaan dalam portal Malaysiakini.

Pada 16 Mei, Malaysiakini menerbitkan satu artikel lagi bertajuk Najib Threatens To Sue Mkini Over Reader's Comments, dan ini disusuli dengan kompilasi komen pembaca dalam satu lagi artikel bertajuk Najib's Legal Action Aims To Silence Malaysiakini, diterbitkan pada hari berikutnya.

Pada 28 Mei, plaintif memaklumkan defendan bahawa ia menolak tawaran defendan itu atas alasan defendan tidak menyangkal sama sekali dakwaan kosong yang tidak berasas dan kata-kata fitnah yang diterbitkan itu.

Dalam pernyataan tuntutannya terhadap defendan, plaintif menyatakan bahawa defendan tahu dan sedar bahawa dengan mengizinkan kedua-dua artikel diterbitkan, ia melakukan fitnah dalam bentuk penerbitan semula. Kata-kata fitnah yang terkandung dalam artikel itu memberi makna bahawa UMNO tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak mempunyai integriti, bersifat perkauman, tidak bermoral dan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi jahat.

Selain itu, kata-kata fitnah itu juga memberi makna bahawa plaintif pertama tidak layak menjadi seorang ahli politik, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, tidak berintegriti, bersifat perkauman, tidak bermoral dan tidak boleh dipercayai ketulusannya.

Plaintif juga mendakwa bahawa kata-kata fitnah yang disiarkan dalam artikel itu merupakan komen yang dibuat tanpa asas kukuh, sebaliknya merupakan tuduhan melulu yang berniat jahat. Plaintif menuntut ganti rugi am, gantirugi khas/ teruk serta injunksi bagi menghalang terus menerbitkan artikel itu dan permohonan maaf secara bertulis diterbitkan di media cetak.

"Jumpa anda di mahkamah"

Walaupun menyedari kini ia berdepan dengan satu tindakan guaman, portal itu seperti biasa meneruskan serangannya terhadap plaintif pertama.

Dalam kenyataannya bertarikh 5 Jun 2014, bertajuk See you in court, Mr. Prime

Minister, defendan menyatakan walaupun Perdana Menteri dipelawa untuk menyatakan versinya dan menjawab segala tohmah yang terhadapnya, beliau memilih untuk bertarung di arena perundangan. Portal itu selanjutnya menyatakan "Najib fails to understand that he, his party, his coalition, his administration and all his politicians and top civil servants suffer from a credibility gap." (sila http://www.malaysiakini.com/news/264752)

Terus pertikai tindakan undang-undang

Malaysiakini terus menerus menyiarkan pendapat pembacanya yang antara lain, bertanya apakah Perdana Menteri tak ada kerja lain selain menyaman portal ini? (sila lihat artikel bertajuk PM's lawsuit only shows pettiness and insecurity bertarikh 5 Jun 2014.

Portal ini juga menyiarkan pendapat Naib Presiden PKR N Surendran, yang menyerang Najib kerana memfailkan tuntutan fitnahnya terhadap Malaysiakini, yang disifatkan olehnya sebagai tindakan mengekang kebebasan bersuara.

Kata Surendran lagi, Perdana Menteri Malaysia tidak sepatutnya mencontohi tindakan Perdana Menteri Singapura ("Don't ape Singapore in shutting media, Najib told", bertarikh 5 Jun 2014) Katanya, rakyat Malaysia memerlukan suara alternatif dan padanya Malaysiakini merupakan suara alternatif itu kerana ia memberi peluang kepada kedua-dua pihak jurang politik negara meluahkan pendapatnya.

Dalam bahasa mudah, Malaysiakini sudah memulakan perbicaraan kes ini di dunia maya dan mengemukakan "pembelaannya" untuk diadili oleh pembaca (penyokong portalnya).

Tidak ada yang luar biasa

Pada hemat saya, berlandaskan kajian dan penulisan saya mengenai undang-undang fitnah di negara ini dan di negara luar lebih 3 dekad, tidak ada yang luar biasa dalam kes fitnah yang difailkan oleh dua plaintif ini.

Ia adalah satu kes biasa di mana plaintif telah difitnah oleh defendan kerana dalam portal defendan itu ada disiarkan kenyataan yang memfitnah plaintif. Kenyataan itu tidak semestinya dibuat oleh pengendali/pemilik portal itu sendiri; memadai jika ia di buat oleh pihak lain, yang disiarkan semula oleh portal itu.

Defendan dalam kes yang kita bincang ini adalah sebuah portal yang bukan hanya menyiarkan berita, tetapi juga pandangan orang ramai. Sekiranya kenyataan pembacanya yang disiarkan dalam portal itu mengandungi fitnah, pengendali portal juga melakukan fitnah sebagai "penyiar semula" bahan yang mengandungi fitnah itu.

Pengendali atau pemilik portal yang menyiarkan pendapat pembacanya yang mengandungi fitnah itu tidak boleh berselindung hanya dengan wujudnya satu notis disclaimer dalam muka depan portalnya.

Sebagaimana tidak ada luar biasanya liabiliti seorang pengendali atau pemilik portal sebagai "penyiar semula" fitnah yang pada asalnya diucapkan oleh pihak lain, begitu juga tidak ada luar biasanya pembelaan komen saksama yang dibangkitkan oleh defendan dalam kes ini semasa menjawab notis tuntutan plaintif kepadanya. Undang-undang sudah jelas tentang apa yang diterima sebagai komen saksama.

Semuanya ini adalah isu perundangan biasa yang berzaman diputuskan mahkamah kita. Mengenai kenyataan Surendran bahawa dalam tindakannya terhadap defendan, plaintif pertama bertindak selaku Perdana Menteri Singapura - itu adalah pendapat peribadinya sendiri. Terlalu awal bagi kita membuat kesimpulan itu sekarang.

* PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140610/re_01/Saman-yang-bukan-luar-biasa#ixzz34Bw07WNj  © Utusan Melayu (M) Bhd 


JOHOR - LPHJ: Tiada kuasa mutlak





Oleh HANIZA HASSAN, AZIZI MAJID dan NURUL HUDA HASSAN
pengarang@utusan.com.my





NUSAJAYA 9 Jun - Rang Undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini tidak memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor, sebaliknya peranan baginda tertakluk atas nasihat Menteri Besar.

Ia diluluskan selepas pindaan dilakukan ke atas draf asal rang undang-undang tersebut yang mana kesemua peranan Raja yang disebut dalam lapan fasal digantikan dengan Pihak Berkuasa Negeri.

Antara pindaan itu membabitkan Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga iaitu ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja, dipinda kepada ahli-ahli lembaga boleh dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bagi Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat iaitu pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja, dipinda kepada segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.

Fasal 43 (1) Penggulungan dan Pembubaran iaitu Raja boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan, dipinda kepada Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta mengarahkan supaya lembaga digulung dan dibubarkan.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi pukul 2.30 petang sebelum diluluskan oleh Dewan selepas perbahasan selama tiga jam.

Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan reaksi pelbagai pihak berhubung pembentangan rang undang-undang yang dilihat memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Malah, ada beberapa pihak menggesa kerajaan negeri supaya tidak meluluskan rang undang-undang tersebut serta mendesak pembentangan tersebut ditangguhkan kerana ia boleh mendedahkan institusi beraja kepada kritikan.

Abdul Latiff ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata penyediaan enakmen berkenaan bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada membantu memperkukuh sektor perumahan dan hartanah di Johor.

Beliau berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang ditubuhkan mempunyai beberapa fungsi merangkumi penyediaan dasar, pelaksanaan, penyelarasan serta perancangan pembangunan sektor perumahan dan hartanah negeri ini.

"Ini seterusnya akan memberi kemudahan kepada rakyat, pihak-pihak berkepentingan seperti pemaju dan perunding dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah di negeri Johor," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140610/dn_02/LPHJ-Tiada-kuasa-mutlak#ixzz34BrkiR9v  © Utusan Melayu (M) Bhd

Selepas tiga bulan MH370 tidak boleh dibiarkan 'hilang'





Oleh Hassan Mohd. Noor





SEMALAM, genap tiga bulan kehilangan misteri pesawat MH370. Dunia masih tercari-cari ke mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu. Pesawat itu hilang daripada imbasan radar semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Gerakan mencari melibatkan 26 buah negara, bermula di Laut China Selatan, kemudian diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman, sebelum ke perairan di barat Australia di selatan Lautan Hindi, separuh jalan ke Antartika. Mungkin dalam sehari dua kehilangan itu, banyak pihak menjangka pesawat sebesar Boeing 777 itu akan mudah ditemui. Malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Paling terasa kehilangan ini sudah tentulah ‘anggota keluarga MH370’ yang terus menghitung hari - masuk hari ke 92 hari ini - menanti berita apa sebenarnya berlaku.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kita yang berada di luar keluarga besar MH370 itu hanya mampu berdoa dan menyatakan simpati tetapi mereka yang bergelar ibu, bapa, anak, suami, isteri dan kekasih yang terpaksa menanggung `penderitaan' itu. Mereka menderita kerana ketiadaan bukti kukuh dan sahih mengenai nasib yang menimpa pesawat itu. Jika terhempas di mana bangkainya?

Intan Maizurah Othman, isteri anak kapal MH370, menyatakan beliau tetap mendoakan keselamatan suaminya walau di mana saja suaminya berada. Seorang lagi keluarga mangsa, Jacquita Gonzales pula berkata, sepanjang tiga bulan, mereka diselubungi pelbagai emosi. "Apa yang kita boleh lakukan apabila kehilangan orang tersayang tanpa dijangka? Kehidupan rutin kami direntap dan terpaksa mengharunginya. Hati kami hancur tetapi tetap terus menaruh harapan," katanya. Walaupun Malaysia dibantu banyak negara yang hebat kepakaran di dunia, malangnya tidak ada kepastian di mana kedudukan pesawat itu? Pernah ada yang mendakwa, pesawat itu disembunyikan tetapi persoalan itu sudah pun dijawab biarpun masih ada keraguan. Jika sudah tenggelam di dasar laut, di lautan mana? Sejak pencariannya menemui jalan buntu, pelbagai spekulasi timbul. Apakah ada ‘tangan ghaib’ yang ‘menghilangkan’ pesawat itu sehingga tidak dapat dikesan? Baru-baru ini seorang pelayar memberitahu ternampak sebuah pesawat sedang terbakar di Lautan Hindi. Tetapi apakah kesan yang ditinggalkan? Apa yang pasti, teknologi yang ada gagal mengesan di mana pesawat itu. Teknologi juga gagal memberi isyarat apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat selepas dilaporkan hilang daripada radar. Dalam insiden pesawat Air France 447, pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam., dan tidak memberi tindak balas yang. Sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan. Dalam keadaan itu pun, pencarian AF447 mengambil masa selama dua tahun. Bayangkan MH370 yang hilang tanpa sebarang kesan.

Mengapa amat sukar untuk menemui pesawat ini?

Inilah persoalan yang perlu dirungkai bersama untuk dijawab terutama oleh pihak industri penerbangan. Pertengahan bulan lalu, Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui ada juga tindakan kerajaan yang kurang tepat dalam menangani kehilangan pesawat MH370. Katanya, keseluruhan industri penerbangan global perlu mempelajari dan bertindak berdasarkan pengajaran penting daripada tragedi itu. Dalam satu ruangan pendapat yang disiarkan The Wall Street Journal, perdana menteri berkata : "Tiada siapa nampak perkara ini, tiada siapa tahu kenapa tragedi itu berlaku dan tiada siapa tahu dengan tepat di mana ia berada''. Beliau menarik perhatian walaupun disertai usaha pemikiran mereka yang begitu cerdik di dunia dengan tentera terbaik, kawasan pencarian begitu luas seperti yang diingatkannya bahawa mencari pesawat dalam insiden yang "pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini" akan menjadi tidak cepat mahupun mudah. Malaysia bagaimanapun berjanji akan terus mencari pesawat itu.

Industri penerbangan telah menempuh cabaran dalam pencarian pesawat AF447 dan belajar daripada pengalaman itu, sudah tentu sesuatu penambahbaikan perlu dilakukan termasuk keupayaan kotak hitam, sistem komunikasi - iaitu transponder dan Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS), Banyak lagi yang perlu dilakukan. Jadikan pengalaman MH370 ini sebagai usaha untuk memastikan kesilapan tidak berulang dan menjamin pengangkutan udara adalah yang paling selamat. Dalam hubungan ini, kita mengalu-ngalukan ikrar Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang berikrar bahawa kehilangan pesawat komersial yang besar seperti MH370 tidak boleh berulang lagi. IATA mengakui kehilangan itu adalah satu peristiwa yang mengejutkan dan belum pernah berlaku.

Mungkin bagi mereka di luar keluarga MH370 akan mula melupakan misteri ini. Bagaimanapun bagi ahli keluarga mangsa, mereka tidak berputus asa. Sekumpulan anggota keluarga penumpang dari beberapa buah negara bakal melancarkan kempen kutipan dana untuk mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) bagi memulakan satu lagi siasatan baharu. Kempen yang digelar sebagai Reward MH370: The Search for the Truth itu akan secara rasmi dilancarkan hari ini menerusi laman web Indiegogo.

Dalam pencarian ini, perisikan manusia menjadi keutamaan berbanding penggunaan bot. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pula membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari MH370. ATSB menyebut pencarian dalam air itu akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan. Pencarian dijangka melibatkan kawasan seluas sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan persetujuan bersama di mana pesawat itu berkomunikasi buat kali terakhir dengan satelit Inmarsat. Begitulah usaha berterusan yang dilakukan.

MH370 tidak boleh dibiarkan ‘hilang’ begitu sahaja.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140609/re_03/Selepas-tiga-bulan-mh370-tidak-boleh-dibiarkan-hilang#ixzz34BloclVI  © Utusan Melayu (M) Bhd

 

Monday, 9 June 2014

WORLD CUP 2014 - Habuan lumayan nanti La Roja



Cesc Fabregas (tengah) dan rakan-rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium RFK, Washington semalam dalam persiapan Sepanyol menghadapi Piala Dunia di Brazil yang bermula minggu depan. - REUTERS

MADRID - Pemain Sepanyol dijanjikan habuan dua kali ganda daripada apa yang bakal dinikmati oleh Brazil dan Jerman sekiranya berjaya mempertahankan kejua­raan Piala Dunia.

Juara dunia dan Eropah itu bakal menikmati 27 juta Euro (RM118 juta), peningkatan 37 peratus berbanding wang kemenangan yang ditawarkan oleh FIFA pada 2010. Pemain juga akan menerima bonus 20 peratus lebih daripada apa yang mereka terima, empat tahun lalu.

Kapten Sepanyol, Iker Casillas dan penolong ketua pasukan, Xavi Alonso telah mencapai persetujuan dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sepanyol, Jorge Perez berkenaan bonus yang bakal diterima pemain-pemain La Roja.

Setiap pemain serta pegawai teknikal akan menerima 720,000 Euro (RM3.2 juta) jika berjaya mengukir sejarah menjadi negara pertama yang menjuarai Piala Dunia dua kali berturut-turut, manakala pemain Brazil akan menikmati 330,000 Euro (RM1.5 juta) dan pemain Jerman pula diberi 330,000 Euro (RM1.3 juta) setiap seorang.

Jumlah wang tersebut telah mencetus kontroversi di Sepanyol di mana seorang ahli politik telah memuat naik statusnya di Twitter: "Sepanyol akan membayar dua kali ganda lebih daripada Jerman untuk bola sepak di Piala Dunia. Adakah kita dua kali ganda lebih kaya daripada Jerman?".

Bagaimanapun jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menafikan jumlah tersebut.

"Kami mahu semuanya menjadi tanda tanya. Kami berharap Sepanyol akan menang dan mengenai ganjaran yang bakal dinikmati, semua terserah kepada bahagian kewangan," ujar Del Bosque.

Sementara itu, pemain tengah Manchester United, Juan Mata menegaskan, ganjaran yang ditawarkan bukan motivasi buat dirinya.

"Kadang kala perkara begini dikaitkan dengan pemain, namun saya bermain dengan impian yang sama semasa saya seorang kanak-kanak iaitu memenangi Piala Dunia," ujarnya.

Badan induk bola sepak Sepa­nyol ketika menjawab mengenai isu tersebut menegaskan, jumlah yang ditawarkan adalah masuk akal.

"Kami melihatnya sebagai satu pelaburan.

"Kami hanya berkongsi apa yang ditawarkan oleh FIFA bersama de­ngan pemain." - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140607/sl_03/Habuan-lumayan-nanti-La-Roja#ixzz347EL1wBY  © Utusan Melayu (M) Bhd


WORLD CUP 2014 - Argentina berpeluh tunggu nasib Aguero, Garay



Sergio Aguero (kiri) menjalani latihan skuad Argentina di Buenos Aires bersama jurulatih, Alejandro Sabella menjelang Piala Dunia yang membuka tirai di Brazil, minggu depan. - Agensi

BUENOS ARIES - Tahap kecergasan dua tonggak Argentina, Sergio Aguero dan Ezequiel Garay terus menimbulkan keresahan buat pasukan La Albiceleste itu seminggu menjelang Piala Dunia di Brazil.

Penyerang berbisa Manchester City, Aguero dan pertahanan Benfica, Garay kedua-duanya diletakkan di bangku simpanan ketika mereka beraksi dalam beberapa perlawanan pemanas badan, termasuk ketika menumpaskan Trinidad & Tobago 3-0, kelmarin.

Aguero, 26, yang bakal mengetuai jentera serangan Argentina bersama bintang Barcelona, Lionel Messi dilaporkan mengalami kecederaan paha, manakala Garay pula berdepan masalah ketegangan otot.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa kedua-dua pemain itu sedang bergelut dengan masa untuk segera sembuh, sebelum membuka kempen Piala Dunia dengan menentang Bosnia & Herzegovina dalam aksi pembukaan Kumpulan F di Rio de Janeiro pada 11 Jun ini.

Aguero turut mengalami kecederaan serupa ketika beraksi buat City, yang menyaksikan dia terlepas banyak perlawanan bersama juara Liga Perdana Inggeris itu.

Bagaimanapun apabila berada dalam keadaan terbaik, pemain itu mampu menjadi peledak paling berbisa dan sentuhannya bersama Messi dijangka mampu menggerunkan mana-mana lawan yang akan berdepan Argentina.

Selain Bosnia, juara Piala Dunia 1978 dan 1986 itu turut diletak dalam satu kumpulan bersama Nigeria dan Iran. - AGENSI


WORLD CUP 2014 - Ronaldo kena sumpahan?



CRISTIANO RONALDO

MASSACHUSETTS, Boston - Nasib Cristiano Ronaldo seminggu menjelang Piala Dunia semakin tidak menentu selepas Pemain Terbaik Dunia itu disisihkan daripada pasukan Portugal dalam aksi pemanas badan menentang Mexico, semalam.

Pemain berusia 29 tahun itu disahkan mengalami dua kecederaan, iaitu paha kiri dan otot lutut kiri menyebabkan dia terpaksa digugurkan daripada perlawanan di Stadium Gillette, Foxborough.

Sementara itu di laman sosial dan media antarabangsa kecoh mengatakan bahawa bintang sayap Real Madrid itu terkena sumpahan ahli sihir Ghana, Nana Kwaku Bonsam yang mendakwa 'melakukan sesuatu' untuk memastikan Ronaldo tidak dapat beraksi pada Piala Dunia.

"Saya tahu tentang kecederaan Cristiano Ronaldo, saya sedang melakukan sesuatu ke atasnya.

"Saya serius tentang perkara ini. Minggu lalu, saya pergi mencari empat ekor anjing dan menggunakannya untuk upacara pemujaan.

"Sejak empat bulan lalu saya sudah beritahu, saya akan melakukan sesuatu ke atas Cristiano Ronaldo dan memastikan dia terlepas seluruh Piala Dunia untuk menghalang dia daripada beraksi menentang Ghana," ujar Bosnam yang dipetik akhbar Britain, Metro.

Portugal diletak dalam Kumpulan G bersama Jerman, Ghana dan Amerika Syarikat.

Selain Ronaldo, Portugal juga berdepan masalah kecederaan dua tonggak penting iaitu pemain tengah, Raul Meireles dan pertahanan, Pepe.

Ronaldo membantu Real merangkul gelaran Liga Juara-Juara ke-10, bulan lalu meskipun mengalami kecederaan kaki pada penghujung musim.

Kemungkinan bahawa pemain itu bakal terlepas seluruh Piala Dunia semakin meningkat selepas jurulatih Portugal, Paulo Bento enggan memberi tarikh sebenar bilakah ketua pasukannya itu akan kembali.

"Apabila dia bersedia untuk bermain, maka keputusan akan dibuat ketika itu, sama seperti pemain-pemain lain.

"Saya enggan membincangkan secara terperinci mengenai situasinya sekarang. Apabila dia sudah bersedia untuk kembali menjalani latihan penuh baru saya akan membuat pengumuman," kata Bento.

Perlawanan menentang Me­xico semalam adalah aksi pemanas badan terakhir Portugal sebelum memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang bekas juara dunia, Jerman pada 13 Jun ini.

Sementara itu Ronaldo menyeru warga Brazil agar memberi sokongan kepada Portugal pada kempen Piala Dunia. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140607/sl_01/Ronaldo-kena-sumpahan#ixzz347BQIUov © Utusan Melayu (M) Bhd 


HOKI - Malaysia kalah kali keempat

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my




MUHAMMAD Razie Abdul Rahim (tengah) menjaringkan gol penyamaan Malaysia, namun tidak mampu membantu pasukan negara tewas kepada India, semalam.

KUALA LUMPUR - Malaysia kini tiada pilihan kecuali menewaskan Sepanyol pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia 2014 esok jika mahu menghidupkan peluang memenuhi sasaran 10 terbaik selepas tewas 2-3 kepada India, di Stadium Green Field, The Hague, Belanda, semalam.

Malaysia kini terus menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas empat kekalahan dan mereka perlu menang untuk beraksi dalam klasifikasi sembilan dan sepuluh.

Peluang Malaysia untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kelima masih terbuka selepas Se­pan­yol kalah kepada Belgium sema­lam.

Pemain pertahanan Malaysia, Muhammad Razie Abdul Rahim sedar tiga mata penuh pada perlawanan terakhir amat penting bagi menghidupkan peluang 10 terbaik.

"Kami telah bermain dengan sebaik­nya hari ini, namun nasib tidak menyebelahi kami.

"Kekalahan kepada India amat mengecewakan kerana kami telah merancang dengan sebaiknya untuk mendapatkan kemenangan tetapi tidak berjaya," kata Razie.

Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah bermula baik de­ngan hantaran tepat dan pergerakan yang tersusun namun gol pertama lawan pada minit ke-15 menerusi pukulan sudut penalti Jasjit Singh Kular membuatkan Malaysia tertekan sepanjang babak pertama.

Bermula babak kedua menyaksikan Razie berjaya me­nyamakan kedudukan selepas pukulan sudut penaltinya pada minit ke-46 tepat memasuki gawang India sebelum pemain pasukan lawan, Akashdeep Singh dapat menjarakkan pada minit ke-49 untuk kedudukan 2-1.

Akashdeep Singh terus menambah derita skuad kebangsaan apabila jaringan padangnya pada minit ke-51 gagal dihalang oleh penjaga gol Malaysia, S. Kumar.

Usaha Malaysia untuk mengurangkan jurang jaringan jelas kelihatan apabila pemain skuad kebangsaan, Muhammad Marhan Jalil dapat menjaringkan gol kedua pada minit ke-61.

Namun, ia tetap tidak berjaya untuk menghalang India daripada me­raih tiga mata penuh.