Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 2 April 2015

POLITIK : DAP punca keretakan pembangkang

02 April 2015 2:16 AM


KUALA LUMPUR 1 April – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, DAP menjadi punca segala masalah keretakan dalam pakatan pembangkang ketika ini.

Nik Mohamad Abduh

Kata beliau, Pas yang menyertai pakatan tersebut sejak 2008, sebaliknya lebih arif dalam mengurus perbezaan pendapat dan ekspresi.

“Kita (Pas) selesa de­ngan pakatan pembangkang, malah kita tahu bagaimana untuk me­nguruskan pendapat dan perkataan.

“Cuma masalahnya ialah pada DAP. Dia mahu duduk dalam pakatan pembangkang, tetapi DAP tak tahu hendak menguruskan perbezaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Mohamad Abduh mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng minggu lalu bahawa DAP membuat keputusan memutuskan hubu­ngan dengannya berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Jumaat lalu, DAP Sarawak pula mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang negeri berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, atas dasar kecekapan me­ngurus perbezaan pendapat itu, Pas sebulat suara tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang.

“Kalau ada masalah pun kita akan terus konsisten dalam pakatan pembangkang. Apa jua urusan DAP, biarlah DAP yang selesaikan sebab masalah bersama dalam pakatan pembangkang bukan Pas tetapi DAP,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin pakatan bakal menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selepas ini berikutan pertambahan undi simpati.

Katanya, undi simpati itu adalah berikutan pemenjaraan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahan pula, katanya, kawasan Parlimen tersebut merupakan kubu kuat pakatan pembangkang sejak sekian lama dan sudah semestinya kemenangan akan dikekalkan.

“Dalam pilihanraya, peningkatan dan pengurangan majoriti adalah perkara biasa tetapi bagi PRK ini, dijangka tidak berlaku.

“Kita akan menang dengan majoriti yang lebih besar kerana mendapat undi simpati yang bertambah selepas Anwar dipenjarakan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-punca-keretakan-pembangkang-1.76183#sthash.nlC14P0U.dpuf


No comments: