Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 29 April 2015

AFC : Gol Amri bawa JDT ke pusingan kedua

29 April 2015 1:12 AM


MOHD. Amri Yahyah memastikan JDT mara ke pusingan kedua Piala AFC apabila menjaringkan gol pada minit keenam ketika menentang East Bengal di Kolkata, India semalam.

KUALA LUMPUR – Biarpun berbaki satu perlawanan, Johor Darul Ta’zim(JDT) mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Piala AFC apabila memungut tiga mata berharga di tempat lawan dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas East Bengal di Stadium Vivekananda Yuba Bharati, di Kolkata, India semalam.

Jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit keenam selepas me­nerima umpanan S. Kunanlan sudah cukup untuk menjadi garis pemisah buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang terpaksa diberhentikan pada minit ke-32 kerana hujan lebat.

JDT kekal di tangga teratas Kumpulan F melalui pungutan 12 mata dan kemaraan mereka diiringi kelab dari Hong Kong, Kitchee di tangga kedua yang meraih 10 mata apabila menum­paskan kelab Singapura, Balestier Khalsa 2-1 di Stadium Jalan Besar.

Sekiranya skuad Harimau Selatan berhasrat mahu mendapat kelebihan untuk beraksi selaku pasukan tuan rumah pada pusingan kedua dalam format kalah mati, mereka wajib menumpaskan Balestier pada aksi terakhir 12 Mei depan tanpa mengambil kira apa jua keputusan antara Kitchee dan East Bengal.

Dalam perlawanan semalam, mereka tidak menunggu lama untuk cuba mendapatkan gol awal menerusi bekas penyerang antarabangsa Argentina, Luciano Figueroa yang hampir menghukum kelalaian pertahanan East Bengal namun dapat dihadang oleh pertahanan pada minit ketiga.

Namun, Amri akhirnya meletak­kan pelawat di hadapan melalui penyudah berbisa hasil kreativiti Kunanlan dalam hujan lebat dan jaringan itu ternyata membuat East Bengal tersentak untuk bangkit mendapatkan gol penyamaan.

Pada minit ke-20, Mohammed Rafique hampir berjaya menewaskan Farizal Marlias melalui rembatan menarik tetapi penjaga gol kebangsaan itu merebahkan badan dan menangkap kemas percubaan pemain tengah East Bengal berkenaan.

Akhirnya, permainan terpaksa dihentikan lebih setengah jam dan bersambung semula namun tiada aksi menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan Harimau Selatan selesa berkampung dalam kawasan sendiri serta cuba melakukan taktikal serang balas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gol-amri-bawa-jdt-ke-pusingan-kedua-1.85604#sthash.Nr1RsCLW.dpuf


No comments: