Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 15 April 2015

Penyata 1MDB 
bersih, capai standard - SENANGLAH KERJA AUDITOR...

15 April 2015 1:53 AM


Ahmad Husni Hanadzlah

KUALA LUMPUR 14 April - Penyata kewangan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah disahkan bersih dan menepati standard laporan kewangan antarabangsa oleh firma audit terbesar dunia, Deloitte yang menjadi juruaudit kepada syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perkara tersebut bagaimanapun tidak diambil kira oleh beberapa media yang lebih berminat mencari kesilapan dan mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB bagi menjejaskan reputasinya serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, contoh yang jelas adalah berhubung pelaburan dalam projek cari gali minyak antara 1MDB dan PetroSaudi International (PSI) apabila laporan yang dikeluarkan oleh media-media tertentu lebih berbentuk tuduhan dan mengaitkannya dengan individu tertentu, namun untung sebanyak RM1.494 bilion yang berjaya diraih langsung tidak disebut.

“Isu ini diwujudkan berasaskan persepsi oleh golongan tertentu, kita lihat media tertentu telah main isu ini, letak Low Taek Jho (ahli perniagaan) dapat RM700 juta yang tidak ada dalam laporan Ketua Audit Negara, Deloitte dan KPMG. Petro Saudi sudah membuat laporan polis di London mengenai dakwaan ini.

“Kita lihat dalam laporan akhbar, biasanya bercakap tentang syarikat, untung dan rugi atau penyata kira-kira, ini dia (media) tidak ada langsung ceritakan yang pelaburan dalam PSI telah menjana keuntu­ngan sebanyak AS$487 juta (RM1.49 bilion), pelaburan ini telah membawa balik keuntungan yang begitu besar,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad berhubung langkah meyakinkan kembali rakyat terhadap 1MDB, Ahmad Husni berkata, Deloitte dan KPMG iaitu sebuah lagi firma audit terkemuka telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan kewangan 1MDB bertepatan dengan standard laporan kewangan Malaysia serta standard laporan kewa­ngan antarabangsa selain menepati syarat-syarat Akta Syarikat 1965.

Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan urus niaga 1MDB telah ditunjukkan apabila Ketua Audit Negara diminta mengesahkan akaun syarikat itu selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) melakukan penilaian terhadapnya.

“Kalau kita lihat secara rasional, tidak mungkin firma terbesar dunia ini mahu berbohong. Maka, pihak Kabinet memanggil, kita selaraskan satu demi satu dan minta 1MDB bentang, daripada situ Kabinet sepatutnya sudah berpuas hati tetapi oleh kerana kita mahu ke­telusan, kita minta pula Ketua Audit Negara dan PAC yang ada pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk berbincang,” jelasnya.

Dalam pada itu tambahnya, hanya pada 2014 1MDB mengalami kerugian dalam pelaburan sebanyak RM665.4 juta, bagaimanapun keuntungan diraih dalam tempoh empat tahun sebelumnya iaitu RM424.6 juta (2010), RM544.3 juta (2011), RM44.7 juta (2012) dan RM778.2 juta pada 2013.

Berhubung persoalan ditimbulkan mengenai wang 1MDB yang diletakkan di Pulau Cayman, jelas beliau, wang berkenaan sebenarnya dilaburkan ke pasaran seluruh dunia melalui syarikat-syarikat gergasi yang beroperasi di situ bukannya hanya disimpan semata-mata.

Jelasnya, dana berkenaan ba­gaimanapun telah dibawa balik tahun lalu yang sebahagiannya digunakan untuk membayar hutang, faedah pelaburan selain modal kerja manakala bakinya disimpan di Si­ngapura bagi menyelesaikan hutang 1MDB dalam tempoh beberapa bulan ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/penyata-1mdb-8232-bersih-capai-standard-1.81139#sthash.e0z7LpDE.dpuf


No comments: