Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 January 2011

Usah berlagak hakim - Nazri Aziz



DARI UTUSAN MALAYSIA 18/1/2011


SETIU 17 Jan. - Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak berhak mempertikaikan tuntutan saman oleh Ummi Hafilda Ali terhadapnya kerana beliau bukan seorang hakim.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan, perkara itu terletak kepada kuasa mahkamah yang akan membuat keputusan mengenainya.

Beliau seterusnya menyifatkan dakwaan Karpal yang mempertikaikan tuntutan saman oleh Ummi Hafilda terhadapnya kerana sudah melebihi tempoh enam tahun sebagai alasan pemimpin DAP itu.

Sebaliknya, kata Mohamed Nazri, tuntutan saman oleh Ummi Hafilda terhadap Karpal ada kebenarannya.

"Karpal bukan hakim. Keputusan sama ada boleh atau tak boleh, kita kena tengok dari segi undang-undang. Itu kata dia, kalau dia gunakan itu sebagai alasan, maknanya dia tak ada alasan lainlah.

"Maknanya betullah Ummi cakap itu. Kita mesti kata, samanlah. Soal sama ada ia menjangkau tempoh biar mahkamah yang putuskan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang ihsan kepada mangsa banjir sekitar daerah ini di Sungai Tong, Langkap dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas reaksi Karpal yang menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Kata Karpal, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak melebihi enam tahun.

Ummi Hafilda mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Karpal dan Pas.

Mohamed Nazri menambah, apa saja kes berkaitan Karpal, pemimpin DAP itu wajar disaman.

"Dia ini kuat gempak, jadi pada saya, saman saja dia. Kalau boleh apa saja kes terhadap Karpal, buat saja (saman)," tegasnya.


KOMEN : PADAN MUKA DIA, UNDANG-UNDANG PUN DIA NAK BELIT..

No comments: