Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 January 2011

Strategi dapatkan majoriti dua pertiga


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang semalam sebagai satu strategi untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga pada Sidang DUN Isnin ini.

Katanya, langkah itu diambil kerana pakatan pembangkang tidak menyangka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memberi perkenan mengadakan sidang tersebut bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 supaya kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri diserahkan semula kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar.

"Mereka sangka Tuanku tidak akan memberi perkenan dan sidang tidak akan berlangsung, mereka juga tahu kalau berlangsung pun mereka akan tewas kerana tiada majoriti dua pertiga," katanya dalam entri terbaru blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk 'Kera Dapat Bunga!' hari ini.

Menurutnya, keputusan Sultan Selangor memberi perkenan itu turut menyanggah dakyah mereka sebelum ini kononnya Sultan telah dibonekakan oleh UMNO atau BN.

"Apabila berdepan realiti, lakonan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka bakal tewas tanpa majoriti dua pertiga, maka mereka terpaksa mencari cara bagi memperoleh undi tersebut,'' ujarnya.

Menurutnya, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam DUN Selangor seramai 56 orang dengan ADUN pakatan pembangkang seramai 35 orang, BN 20 orang dan Bebas seorang.

"Pakatan pembangkang memerlukan dua lagi ADUN untuk mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang dalam DUN. Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan daripada BN, maka strateginya adalah mengurangkan kerusi lawan,'' katanya.

Sebab itu katanya, beliau tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menjadi mangsa pemecatan.

"Ini bermakna majoriti dua pertiga yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi. Sama ada mereka beli mana-mana ADUN BN atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan,'' katanya.


KOMEN : KALAU DAH DASAR KOMUNIS YANG DIGUNAKAN APA SAJA BOLEH TERJADI... INILAH DIA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...DASAR SEGILA KUASA NAK BERKUASA...

No comments: