Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 27 January 2011

UKM, UiTM gelanggang perkasa jati diri bumiputera - Ibrahim


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 26 Jan. - Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu menjadikan universiti mereka sebagai gelanggang memperkasakan jati diri dan semangat patriotisme Melayu bumiputera serta orang Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan dua universiti itu mempunyai sejarah tersendiri yang ada kena mengena dengan perjuangan air mata orang Melayu dalam mengisi kemerdekaan.

"Orang Melayu dan Islam kini dalam keadaan cukup bahaya kerana menerima ancaman pelbagai pihak. Jadi UKM dan UiTM seharusnya menjadi penggerak ke arah memartabatkan kembali jati diri dan semangat patriotisme yang perlu bermula di menara gading," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas berucap pada seminar bertajuk Memperkasa Perjuangan Bangsa anjuran Kumpulan Aspirasi UKM di sini malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali.

Mengulas lanjut, Ibrahim menyeru kepada mahasiswa di setiap universiti di negara ini supaya jangan terikut-ikut dengan budaya politik luar yang hanya akan menyebabkan orang Melayu berpecah belah.

"Mahasiswa harus menjadi contoh kepada perpaduan ummah, perpaduan orang Melayu dan jangan berpecah belah serta terikut-ikut dengan budaya politik luar yang bertujuan memecahbelahkan kita," katanya.

Beliau berkata, mahasiswa seharusnya mendokong idealisme sebagai seorang pelajar yang menegur perkara tidak benar dan menyokong perkara yang benar tanpa sentimen kepada mana-mana pihak.

"Kalau ini dapat dilakukan melibatkan mahasiswa di setiap universiti, saya yakin ia akan dapat membantu ke arah memperkasakan orang Melayu pada masa depan," katanya.

Menurut Ibrahim lagi, mahasiswa juga perlu berbahas dan berbincang mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sudut pidato di setiap universiti terutama yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan bumiputera.

"Kita bincang bukan sebab untuk mengacau kaum lain, tetapi untuk memastikan kita ada kekuatan dan tidak akan dipijak, ditindas oleh pihak lain sekiranya kita lemah di bumi sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menggubal satu akta baru yang melarang orang bukan Islam mempermainkan ayat-ayat suci al-Quran.

Akta baru itu katanya, perlu bagi menjaga kemuliaan Islam sebagai agama Allah dan agama rasmi persekutuan serta mengelak timbulnya salah faham yang akan menyebabkan pergaduhan antara kaum.

"Sudah sampai masanya akta baru itu digubal kerana ada pihak yang dilihat sengaja mengambil kesempatan untuk menggugat keharmonian kaum bagi merealisasikan matlamat politik mereka," katanya.

No comments: