Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 28 January 2011

Setakat mana sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah, soal Tun M


2011/01/28



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang segala pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah benar negara. Beliau berkata sekiranya pengalaman dahulu yang dialami dilupakan atau diketepikan, tidak dapat tidak, pembaikan iklim dalam masyarakat manusia tidak akan menjadi lebih baik.

"Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira. "Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidak kebenaran sejarah?

Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng dan bukan sejarah," katanya dalam entri terbaru dalam blognya chedet.co.cc hari ini. Beliau memberi contoh umpamanya dakwaan berkenaan dengan penduduk asal Semenanjung yang bercanggah dengan kebenaran, dan apakah kerana sensitifnya perkara itu, maka kita tidak akan sebut berkenaan penduduk asal negeri-negeri Semenanjung, berkenaan orang asing yang menduduki Semenanjung, yang menjadikan bahasa tempatan sebagai bahasa mereka, menerap sebahagian daripada budaya dan pakaian tempatan sebagai budaya dan pakaian mereka.

"Sekarang tidak ada lagi orang seperti ini kerana di zaman ini perlakuan seperti ini tidak dapat diterima oleh kaum tertentu," katanya. Dr Mahathir berkata banyak lagi kebenaran sejarah yang boleh dianggap sensitif iaitu sensitif kepada Melayu, Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum. "Jika semua yang sensitif kepada kaum-kaum di Malaysia ditapis, maka tidak ada pelajaran yang akan diperoleh penuntut," katanya.

Menurutnya beliau sudah membaca buku teks sejarah dan mendapati banyak peristiwa penting yang berlaku di zaman penjajahan British, Jepun, Siam dan sekali lagi British yang tidak terdapat dalam buku-buku ini. "Saya tahu apa yang tertinggal atau apa yang tidak diberi ulasan yang tepat kerana saya melalui zaman-zaman ini. Saya harap penulis yang akan menulis buku teks yang baru,sambil mengambilkira sensitiviti tetapi akan berpegang kepada kebenaran," katanya.

Dr Mahathir berkata satu daripada hasil daripada matapelajaran sejarah ialah masyarakat lebih prihatin dengan tidak melakukan kesalahan-kesalahan dahulu dalam tindak-tanduk rakyat dan pemerintah. "Jika dahulu sistem raja berkuasa mutlak kerap membinasakan negara, maka sistem itu diganti dengan sistem pemerintahan oleh rakyat. Tanpa pengalaman dalam sejarah maka pembetulan cara pemerintahan negara tidak akan dapat dibuat," katanya.

Beliau berkata semua golongan masyarakat, belajar daripada pengalaman dan jika zaman ini lebih baik iklimnya dari dahulu sebabnya ialah kerana kesilapan-kesilapan dahulu tidak lagi diamalkan. "Kita telah belajar daripada pengalaman kita dan pengalaman ini adalah sebahagian daripada sejarah,"katanya. Memetik kata-kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika Syarikat, Dr Mahathir berkata "Mereka yang lupa akan sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali". -- BERNAMA


KOMEN ; SEJARAH TETAP SEJARAH. SEJARAH TIDAK MELUPAKAN MANUSIA TETAPI MANUSIA SERING MELUPAKAN SEJARAH

No comments: