Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 January 2011

Anwar dicabar isytihar harta


oleh SITI MAISARAH ABD. RAHIM
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk mengisytihar harta peribadinya sebagai bukti beliau tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak dari luar negara.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu juga sekali gus mampu membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersikap telus dan integriti dalam kepimpinannya.

Justeru, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera mengambil tindakan proaktif menyiasat dakwaan mengenai kemampuan kewangan sebenar ketua pembangkang itu.

"Walaupun tanpa disuruh, Anwar sepatutnya dengan rela hati mengisytihar hartanya.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah memberitahu bahawa beliau (Anwar) tidak pernah berbuat demikian sejak memegang jawatan dalam kerajaan.

"Oleh itu, SPRM diminta siasat segera dakwaan ini tanpa perlu menunggu aduan daripada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim semalam turut mempersoalkan tindakan Anwar yang sering ke luar negara dan tinggal di hotel-hotel mewah ketika berada di sana tidak langsung menampakkan seolah-olah beliau pernah menjalani hukuman penjara untuk tempoh yang lama.

Perkara itu, jelasnya, amat bertentangan dengan keadaan sewaktu di awal penubuhan parti Keadilan apabila para pengikut Anwar termasuk dirinya melakukan pelbagai cara atas nama perjuangan sehingga seolah-olah mengemis.

Dalam pada itu, Anuar turut menyifatkan Anwar sebagai desprado apabila sanggup melakukan apa saja semata-mata meraih sokongan golongan bukan Islam walaupun sehingga menggadaikan maruah agama dan negara sendiri.

"Saya percaya tentu ada dakwaan negatif pula terhadap teguran Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria supaya Anwar bertaubat walaupun saranan beliau adalah ikhlas," katanya.

Sementara itu, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail turut meminta Anwar supaya 'sedar diri' bahawa beliau kini sedang diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu di luar negara demi menghancurkan keamanan negara.

"SPRM diminta siasat segera dakwaan ini walaupun tidak ada aduan daripada orang ramai.

"Elemen keraguan sudah ada, jadi kita tidak mahu apabila nasi sudah menjadi bubur kerana ini melibatkan masa depan negara," katanya.

Ahmad Zaki berkata, adalah sesuatu yang tidak wajar apabila seseorang yang dulu pernah melaungkan Islam sebagai tonggak perjuangan kini memberi pengiktirafan kepada fahaman pluralisme.

"Tindakan Anwar itu dilihat tidak ubah seperti ajaran komunis apabila sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

"Oleh itu, beliau seharusnya kembali ke pangkal jalan dan berfikir kepentingan agama dan negara melebihi kepentingan peribadi," katanya.



KOMEN : CAKAP TAK SERUPA BIKIN MEMANG DASAR PUTAR ALAM...SANG KOMUNIS JUGA KAWAN DIA

No comments: