Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 January 2011

PERSIDANGAN DUN SELANGOR 24 JANUARI


ANGGUK-ANGGUK, GELENG-GELENG



Tarikh 24 Januari dipilih untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Apa kata KERAJAAN PAKATAN NEGERI SELANGOR :

- Speaker DUN Selangor berpuasahati bahawa kepentingan awam berkehendakan mesyuarat itu diadakan awal daripada tarikh DUN ditangguhkan.

ALAHAI BETUL KE KATA SPEAKER TU YANG KEPENTINGAN AWAM DIUTAMAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN DISELANGOR? Tak perlu kita memecahkan otak untuk berfikir apakah yang tersirat disebalik kata-kata speaker tu. Speaker pun kena dengar dan ikut arahan ketua yang melantik mereka iaitu MB Selangor. Sebagai rakyat yang menyokong Institusi Raja Berperlembagaan, tak nampak pun keadaan yang terdesak sangat untuk mereka meminda Undang-undang tu. Rakyat tak pernah pun mempersoalkan perlantikan SUK Selangor yang baru melainkan puak-puak penyokong kerajaan pakatan pembangkang. Bukankah suasana harubiru ditimbulkan oleh puak-puak ni dengan kata-kata yang mengugut dan mencela Sultan Selangor. SEGALA TINDAK-TANDUK KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG HANYALAH KERANA MEREKA TIDAK DAPAT MENJALANKAN MUSLIHAT DAN TIPUDAYA UNTUK MENJAHANAMKAN NEGERI SELANGOR SEBELUM PILIHANRAYA UMUM YANG AKAN DATANG KERANA NAMPAK YANG MEREKA AKAN DISEPAK KELUAR DARI NEGERI SELANGOR. Pada mereka halangan itu akan datang dari orang yang bernama SUK Negeri Selangor. Tentulah mereka nak melantik orang yang boleh dicucuk hidung dan menyokong perjuangan parti mereka. Nampak sangat banyak agenda mereka yang masih belum terlaksana...???

Apa Kata UMNO/BN SELANGOR :

-Umno Selangor hanya akan bersetuju dengan pindaan tersebut jika ia menjunjung kasih Sultan Selangor DAN ditolak jika ia dipinda untuk kepentingan peribadi dan politik kerajaan pakatan Selangor.

Tak payahlah pihak UMNO/BN melayan puak-puak yang terdesak ini sebab mereka tetap tidak akan menghormati Sultan dan akan terus cuba menghasut rakyat untuk menghapuskan Institusi Raja Berperlembagaan. Sebagai rakyat yang saya nampak puak-puak ini cuba mempertahankan kepentingan mereka sendiri dan bukan berjuang untuk rakyat. Untuk ADUN BN yang dilantik oleh rakyat jangan gunakan kuasa anda untuk menyokong puak-puak yang membawa rebah. RAKYAT SELANGOR MEMERHATI TINDAK-TANDUK ANDA...

DAULAT TUANKU

No comments: