Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 January 2011

ANWAR MAHU BERDEPAN PM


ISU PROGRAM 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG



Tidak perlulah PM menyusahkan diri melayan ajakan Anwar untuk berdebat berkenaan dengan angan-angan Mat Jenin Pembangkang untuk memberikan BULAN DAN BINTANG kepada rakyat Malaysia jika mereka dapat menawan Putrajaya dan memerintah Malaysia. Rakyat yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi pun tahu menilai apa yang dicanangkan pihak pembangkang akan membawa kehancuran kepada kestabilan dan kemakmuran NEGARA. Kemungkinan Negara akan dijual kepada IMF seperti yang pernah cuba dilakukan ketika krisis matawang melanda Malaysia. Kena ingat tu dah jadi Sejarah siapa yang cuba menghancurkan ekonomi Malaysia masa tu.

Cadangan saya agar pakatan pembangkang merealisasikan apa yang mereka cadangkan ke Negeri-negeri dibawah pemerintahan mereka dulu. 100 hari mereka memerintah pun penuh dengan tipu muslihat dan putarbelit yang berpanjangan. Kepada rakyat negeri-negeri ini SUDAHKAH GULA-GULA PILIHANRAYA YANG LALU SUDAH ANDA NIKMATI?? ATAU MASIH BELUM TERTUNAI.??

Mari kita lihat apa yang terjadi di negeri Selangor, nak lantik seorang SUK pun dah diputarbelitkan menjadi agenda yang tak berkesudahan bila yang memerintah dengan sendirinya menjadi pembangkang. Kita beralih ke Pulau Pinang pula, krisis kerajaan negeri dengan orang-orang Melayu semakin bertambah parah sehinggakan timbul ayat-ayat yang berbau perkauman. Masalahnya kalau yang bercakap itu orang Melayu terus aje orang tu bersifat perkauman tapi kalau orang pembangkang atau bangsa lain yang bercakap, ayat-ayat mereka telah diputarbelitkan oleh akhbar.

Macam ada udang disebalik batu pula ya bila gula-gula yang dicanangkan oleh pembangkang mesti terselit keistimewaan kepada guru-guru. Kenapa hanya guru-guru sahaja yang diberikan elaun sebanyak RM 500.00 sebulan? Hanya mereka sahajakah yang membuat kerja?. Kenapa kakitangan kerajaan yang lain dipinggirkan? TEPUK DADA TANYA IMAN... Tak mahu menuduh tapi terpaksa menelan kenyataan yang pahit.

APAKATA ANWAR BERDEBAT ISU APCO DENGAN DATUK SERI NAZRI AZIZ. ADA BERANI??

No comments: