Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 10 July 2014

Misi sukar Dollah

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Datu Sudarsono Osman (kiri) berjabat tangan dengan Dollah Salleh semasa sidang akhbar pengumuman jurulatih baharu skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya , semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

PETALING JAYA - Walaupun dilantik dalam tempoh kurang lima bulan menjelang kejohanan AFF 2014, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih berani meletakkan satu sasaran yang cukup tinggi buat Dollah Salleh untuk sekurang-kurangnya layak ke perlawanan akhir.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diletakkan oleh Dollah dilihat seperti satu bebanan memandangkan pengendali berusia 51 tahun itu mempunyai masa yang singkat membentuk sebuah skuad yang mantap tambahan kejohanan Piala Malaysia turut berlangsung sepanjang tempoh persiapan menuju ke kejohanan AFF.

Malah, hanya dua perlawanan persahabatan sahaja sudah disahkan oleh FAM dengan dua lagi masih lagi dalam proses perbincangan, sekali gus menyukarkan Dollah menguji kombinasi terbaik bagi persiapan skuad Harimau Malaya sebelum terbang ke Singapura atau Vietnam pada November ini.

Bagaimanapun, pengendali berusia 51 tahun itu tidak gentar untuk menyahut cabaran berkenaan dan berazam akan menyediakan skuad yang mantap bagi menghadapi kejohanan AFF yang akan berlangsung dari 22 November hingga 20 Disember.

"Dah jadi lumrah sebagai seorang jurulatih, sasaran yang tinggi pasti akan diletakkan di bahu saya, dan walaupun masa terlalu singkat, saya telah diberikan sasaran (oleh FAM) untuk layak ke perlawanan akhir di kejohanan AFF.

"Saya akan cuba melakukan sesuatu, dan percaya boleh melakukannya untuk pasukan kebangsaan biarpun saya percaya ini bukan satu perkara yang mudah," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar memperkenalkan jurulatih baharu di Wisma FAM, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, pengurus Harimau Malaya yang juga Naib Presiden FAM, Datu Sudarsono Osman, dan Pengarah Teknikal FAM, Fritz Schmid.

Dollah ditawarkan kontrak selama dua tahun setengah bermula dari 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 bagi menggantikan tempat Datuk K. Rajagobal yang tidak ditawarkan kontrak baharu selepas 31 Disember 2013.

Sebelum ini, kerusi panas Harimau Malaya dikendalikan sementara jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee selama enam bulan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Cabaran terdekat yang akan dilalui oleh Dollah adalah mengumpulkan pemain selepas Hari Raya Aidilfitri dengan perlawanan persahabatan berdepan Tajikistan yang dijadualkan pada 8 Ogos.

"Ini satu lagi tugasan yang sukar kerana kita hanya mempunyai masa yang singkat untuk melatih semua pemain kerana hanya dua atau tiga hari sahaja di sini sebelum bertolak ke sana.

"Mungkin pada penghujung September, kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 20 hari untuk berlatih bersama, dan diharapkan daripada situ, saya dapat melakukan sesuatu, " katanya.

Dalam masa sama, Dollah membayangkan akan mengekalkan majoriti 60 hingga 70 peratus muka-muka lama dalam pasukan Harimau Malaya sambil menjadikan Piala Malaysia sebagai medan mencari bakat-bakat baru.

"Buat masa ini bagi menghadapi perlawanan persahabatan tidak lama lagi, saya akan menyenaraikan pemain-pemain lama, namun menjelang Piala Malaysia tidak lama lagi, saya akan memantau secara dekat prestasi para pemain.

"Daripada situ, saya akan membuat penilaian terbaru, dan menguji mana-mana pemain yang difikirkan layak sebelum kita mendapat kombinasi terbaik bagi mengharungi kejohanan AFF," katanya.




Ramasamy: Zaman Khan buat laporan polis - AG ADA KE?


Zaman Khan Rahim Khan

KUALA LUMPUR 9 Julai - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan bersifat subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, semua pihak termasuk Ramasamy sepatutnya perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan khususnya membabitkan isu perkauman, agama serta sensitif lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Dahulu perkara ini tidak berlaku tetapi sekarang orang ramai seperti bebas untuk bercakap apa sahaja tanpa ada rasa takut.

"Saya merasakan keadaan sekarang begitu berbeza kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuhkan membuatkan semakin ramai yang berani untuk membangkitkan perkara-perkara sensitif yang menyinggung perasaan kaum lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Tun Razak di sini hari ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur subversif.

Baru-baru ini, Ramasamy seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Zaman Khan juga berpandangan bahawa undang-undang sekarang agak longgar selepas ketiadaan ISA sehingga menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan rakyat.

"Selain isu Ramasamy, ramai lagi yang sudah berani menghina agama Islam secara terbuka di laman sosial termasuk menghina bulan Ramadan. Sepatutnya kena ada undang-undang yang boleh mencegah daripada orang ramai berani untuk bertindak sebegitu rupa," katanya.

Sementara itu, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM) 1Malaysia turut menggesa polis mengambil tindakan terhadap Ramasamy berhubung kenyataannya itu.

Gesaan itu dinyatakan menerusi laporan polis yang dibuat oleh wakilnya yang juga Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

"Sebagai pemimpin parti, tindakan Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mencabar orang Melayu untuk bergaduh itu tidak sepatutnya dibuat dan saya minta tindakan tegas dikenakan terhadap beliau," katanya.

Hadir sama Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140710/po_03/Ramasamy-Zaman-Khan-buat-laporan-polis#ixzz372RGi2i5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wan Azizah dicabar nyatakan pendirian

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR 9 Julai - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dicabar menyatakan pendirian dengan segera sama ada mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, kegagalan Wan Azizah menyatakan pendirian dengan membenarkan diri menjadi boneka hanya memusnahkan PKR dan menyusahkan rakyat Selangor.

Katanya, Wan Azizah perlu melaksanakan tanggungjawab itu kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi liabiliti bukan sahaja kepada parti tetapi negara, kerana banyak percaturan politik ketua pembangkang itu mendatangkan masalah.

"Wan Azizah kena nyatakan pendirian sama ada menyokong Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor atau beliau sendiri mahu mengambil alih kedudukan tersebut dan bukannya membiarkan Anwar terus menerus menekan Abdul Khalid.

Nallakaruppan

"Presiden parti perlu memainkan peranan dengan membuat keputusan kerana jika tidak, beliau akan kekal dikenang sebagai seorang boneka yang hanya diperalatkan suami sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Khalid kini ditekan hebat pemimpin PKR sendiri agar melepaskan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor selepas cubaan untuk berbuat demikian melalui 'Kajang Move' dengan membawa masuk Wan Azizah dilihat belum berhasil.

Kelmarin, media dimaklumkan mengenai penyebaran maklumat palsu kononnya Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar menerusi laman sosial.

Selain itu, terdapat penyebaran maklumat kononnya dikeluarkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengenai Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad telah diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar baharu.

Bernama bagaimanapun menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan tersebut, sebaliknya memaklumkan ada pihak tertentu menggunakan nama agensi itu untuk menyebarkan berita palsu berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan berkata, Anwar perlu berhenti daripada mencampuri urusan pentadbiran Selangor dan adalah lebih baik menggunakan peluang yang ada untuk menyelesaikan masalah peribadi kronik yang dihadapinya.

"Semua mimpi-mimpi indah Anwar sudah berakhir dan takdir menentukan beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri. Sebagai muslim, Anwar perlu percaya kepada takdir Tuhan dan gunalah masa yang ada untuk membaiki diri," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140710/po_01/Wan-Azizah-dicabar-nyatakan-pendirian#ixzz372NVwrsc  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Huru-hara jika kepemimpinan lemah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin, Menteri-Menteri Kabinet bergambar dengan 84 peserta Program Felo Perdana anggota Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 9 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, situasi sesebuah negara itu akan menjadi huru-hara jika barisan kepemimpinannya lemah dan tidak berkesan.

Mengambil analogi kekalahan besar 1-7 Brazil kepada Jerman dalam separuh akhir Piala Dunia FIFA 2014 awal pagi ini, Perdana Menteri berkata, pertahanan Brazil berada dalam keadaan kucar-kacir dan berkecamuk ekoran ketiadaan pemimpin yang mampu mengawal permainan dengan baik.

"Mengapa saya mulakan ucapan dengan menyentuh apa yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Dunia antara Brazil dan Jerman?

"Apabila saya melihat apa yang berlaku kepada pasukan Brazil terutama sekali barisan pertahanan mereka yang berada dalam keadaan kucar-kacir dan berkecamuk, saya dapat simpulkan ini berkaitan dengan kelemahan kepimpinan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada anggota Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Program Felo Perdana merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, dengan penganjuran kali kedua ini, 84 peserta terdiri daripada mahasiswa serta graduan di bawah 30 tahun telah terpilih untuk menyertainya.

Najib berkata, jika perkara tersebut boleh berlaku kepada sebuah pasukan bola sepak bayangkan nasib sebuah negara yang tidak mempunyai kepemimpinan berwibawa.

"Iaitu pemimpin yang mempunyai visi, yang mempunyai komitmen, yang menjiwai aspirasi rakyat jawabnya nasib sama seperti pasukan bola sepak Brazil," katanya.

Terdahulu, ketika awal ucapannya, Perdana Menteri secara berseloroh mengucapkan takziah ke atas kekalahan Brazil dan mengucapkan tahniah kepada Jerman atas kecemerlangan pasukan negara itu yang cukup mengagumkan.

Menyentuh mengenai program Felo Perdana, Najib berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melakukan proses siap siaga mengenai soal kepemimpinan dalam kalangan barisan generasi akan datang.

"Ini juga merupakan satu persediaan secara terancang supaya apabila sampai masanya kita akan mempunyai ramai barisan pemimpin yang terlatih serta terdedah dengan pengalaman yang akhirnya mampu membawa obor kepe-mimpinan negara ke tahap yang lebih tinggi.

"Program ini juga telah mendapat sambutan cukup menggalakkan yang mana pada program pertama bilangan pemohon lebih kurang 600 tetapi kali ini sebanyak 1,400 telah memohon dan daripada jumlah itu 84 daripadanya telah terpilih," ujarnya.

Sambil menyifatkan 84 orang itu sebagai terbaik beliau berkata, mereka akan mendapat pengalaman yang amat berharga sepanjang menjalani latihan amali bersama anggota Kabinet dalam tempoh antara enam minggu hingga enam bulan.

"Tiada tempat lebih baik bagi mendapatkan pengalaman berharga ini selain dapat menjalani latihan bersama anggota Kabinet serta kepemimpinan negara dan saya harap itulah akan menjadi kesimpulan yang akan diperoleh setelah program ini berakhir," ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan kepada semua peserta bahawa kejayaan tidak hanya bergantung kepada segulung ijazah sahaja tetapi kematangan berfikir, bertindak dan berinteraksi juga menjadi elemen penting bagi membolehkan seseorang itu mencapainya.

"Semuanya ini boleh diperoleh melalui pengalaman dan oleh itu saya berharap gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik mungkin," kata Najib.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140710/dn_02/Huru-hara-jika-kepemimpinan-lemah#ixzz372HILYPG  © Utusan Melayu (M) Bhd 


putra merdeka: Alamak..!

putra merdeka: Alamak..!: Lu Fikir La Sendiri..! Malaysia's Leader Clueless Like Spanish Football Team Well Najib predicted that Spain would win the ...

Wednesday, 9 July 2014

Kutukan Dewata: BELANG DAP KAFIR HARBI MAKIN TERSERLAH,DAH TERANG ...

Kutukan Dewata: BELANG DAP KAFIR HARBI MAKIN TERSERLAH,DAH TERANG ...

WORLD CUP 2014 - Demichelis mahu sekat hajat Van Gaal, Belanda


Martin Demichelis (kanan) membalas kepercayaan jurulatih Argentina, Alejandro Sabella apabila mengekang pergerakan penyerang-penyerang Belgium dalam perlawanan suku akhir pada Sabtu lalu. - REUTERS

SAO PAULO - Setelah kembali diberi tempat dalam skuad Argentina, pemain pertahanan, Martin Demichelis kini berharap dia dapat memusnahkan impian Piala Dunia bekas jurulatihnya, Louis van Gaal menjelang pertembungan menentang Belanda pada separuh akhir esok.

Pemain pertahanan Manchester City berusia 33 tahun itu tidak diberi peluang langsung beraksi sehinggalah dia dipanggil untuk perlawanan suku akhir menentang Belgium di Brasilia Ahad lalu.

Dibayangi bek tengah, Federico Fernandez yang sering menjadi pilihan jurulatih, Demichelis menyinar sewaktu digandingkan bersama Ezequiel Garay ketika membantu Argentina melangkah ke separuh akhir.

Sementara fokus utama terarah kepada Lionel Messi, dan keupayaannya membantu skuad Argentina yang pada anggapan ramai hanya merupakan sebuah pasukan yang memiliki kekuatan sederhana untuk memburu gelaran, Demichelis serta rakan sepasukan di benteng pertahanan pula memikul peranan besar untuk menyekat serangan berbahaya Belanda.

Dia cukup arif dengan ancaman yang bakal hadir daripada Arjen Robben yang merupakan bekas rakan sepasukannya di Bayern Munich, dan perancangan taktikal pula diterapkan Van Gaal yang juga jurulatihnya sewaktu bersama kelab Jerman itu ketika mereka melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-juara pada 2010.

Malah, Demichelis menyifatkan Van Gaal merupakan pengurus yang hebat dan cukup yakin dengan kaedah yang digunakannya, jadi pemain itu amat menyedari tentang tugas berat bakal digalasnya.

Namun, dia juga baru sahaja menikmati kepulangannya beraksi di pentas antarabangsa selepas tiga tahun gagal berbuat demikian.

"Kepulangan ini amat bermakna buat saya. Ini merupakan satu ganjaran kepada mereka yang telah banyak membantu saya," katanya selepas melakar kemenangan ke atas Belgium, yang merupakan penampilannya yang ke-39 di pentas antarabangsa sejak beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk Albiceleste pada 2011.

Sering menjadi pilihan sewaktu Diego Maradona menjadi peneraju yang menyaksikan Argentina dibelasah Jerman 4-0 pada suku akhir Piala Dunia 2010, dan menyangka kariernya di pentas antarabangsa sudah pun berakhir selepas melakukan kesilapan yang menyebabkan Albiceleste diikat keputusan seri 1-1 dengan Bolivia pada November tahun berikutnya.

"Itu merupakan satu kesilapan yang amat besar. Saya tidak pernah melakukan kesilapan sebegitu dalam perlawanan. Berdepan pengalaman menyaksikan reaksi penyokong ekoran kesilapan yang dilakukan, saya berasa menanti cukup lama untuk permainan itu berakhir dengan suasana yang tidak selesa bercampur dengan perasaan sedih," kata Demichelis kepada majalah Argentina, El Grafico sebulan selepas perlawanan tersebut. - AFP

Piala Dunia: Mueller terkejut, anggap Jerman menang ‘gila’















Thomas Mueller

BELO HORIZONTE: Peledak berbisa Jerman, Thomas Mueller mengakui terkejut selepas kemenangan ‘gila’ 7-1 pasukannya menundukkan Brazil untuk melangkah ke final Piala Dunia. 

“Perkara ini tidak pernah dijangka,” kata bintang kelab gergasi Jerman, Bayern Munich itu selepas membantu skuad negara merakamkan kemenangan ke atas tuan rumah yang mengejutkan tontonan global, awal pagi tadi. 

“Secara jujur, saya tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Saya tidak boleh mempercayainya. Ia sesuatu yang amat gila. Saya bermain dengan amat baik hari ini.”

Begitupun, Mueller tidak mahu terbawa-bawa dengan kemenangan itu sebaliknya menggesa rakan sepasukan supaya fokus pada aksi final di Stadium Maracana yang dijadual berlangsung awal pagi Isnin ini. 

“Kini kami perlu mengharunginya berhabis-habisan sekali lagi. Kami perlu bekerja keras untuk mendapatkannya.” 

Mueller meledak jaringan pembukaan ketika menentang Brazil yang juga gol kelimanya dalam edisi kali ini. 

Pada 2010, Mueller turut berkongsi anugerah penjaring gol terbanyak dengan lima gol bersama pemain Sepanyol, David Villa dan pemain Belanda, Wesley Sneijder. 

Jerman yang memburu kejuaraan ketiga Piala Dunia akan menunggu lawan sama ada Argentina atau Belanda yang akan ditentukan awal pagi esok. - AFP

WORLD CUP 2014 - Tumbang dalam 18 minit

Belo Horizonte (Brazil): Jerman cipta sejarah baru piala dunia apabila menumpaskan Brazil 7-1, dan memusnahkan impian tuan rumah dalam 18 minit untuk ke perlawanan akhir, di Estadio Mineirao, Belo Horizonte, awal pagi ini.

Penyerang Jerman, Miroslav Klose turut cipta sejarah apabila memadam rekod penjaring terbanyak piala dunia, Ronaldo dengan 16 gol keseluruhan.

Thomas Mueller memulakan pesta gol pada minit ke-11, diikuti Klose pada minit ke-23, Toni Kroos (m24 dan m-26) manakala jaringan Sami Khedira menyusul di minit ke-29 sebelum pemain simpanan, Andre Schuerrle, meranapkan impian Brazil pada 69 dan 79.

Muller membuka jaringan apabila menolak masuk gol pembukaan selepas menerima hantaran sepakan sudut.


FOTO Getty Images


Bagi persaingan kali ini, jurulatih Luiz Felipe Scolari, meletakkan pemain 21 tahun, Bernard bagi menggantikan Neymar.

Dante pula masuk menggantikan ketua pasukan Brazil, Thiago Silva yang tidak dapat bermain kerana dua kad kuning manakala Luiz Gustavo kembali di posisi tengah menggantikan Paulinho.

Bos Jerman, Joachim Loew pula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap kesebelasan utamanya yang menumpaskan Perancis 1-0, pada pertemuan separuh akhir.

Klose mengetuai barisan serangan yang kemudianya memperoleh jaringan yang menempatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.

BRAZIL: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo, Luis Gustavo, Fernandinho, Hulk, Oscar, Bernard, Fred

JERMAN: Manuel Neuer; Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Toni Kroos; Thomas Mueller, Miroslav Klose, Mesut Ozil.

PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX)


WORLD CUP 2014 - Van Persie mahu tambah gol


KETUA pasukan dan penyerang Belanda, Robin van Persie (kanan) berlari dalam sesi memanaskan badan bersama rakan sepasukan di Rio de Janeiro kelmarin. - AFP

SAO PAULO - Satu sahaja yang dimahukan oleh penyerang Belanda, Robin van Persie menjelang pertemuan dengan Argentina pada Rabu ini iaitu menamatkan kemarau jaringan dalam pusingan kalah mati di kejohanan utama.

Jaringan menerusi tandukan terbang oleh pemain Manchester United itu ketika menentang Sepanyol masih menjadi topik perbualan hangat oleh para peminat namun semenjak detik itu, Van Persie gagal menemui sentuhan jaringan.

Menjaringkan dua gol ketika berdepan Sepanyol ketika menang besar 5-1, dia meledak satu lagi gol ketika menang 3-2 dengan Australia namun selepas 225 minit, Van Persie bagaikan hilang sentuhan jaringan.

Digantung semasa berdepan Chile, dia digantikan pada minit ke-76 pada pertemuan dengan Mexico dan terpaksa menonton dari bangku simpanan apabila melihat pemain yang menggantikannya, Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti yang melayakkan Belanda ke pusingan seterusnya.

Semasa bertemu Costa Rica di suku akhir, dia gagal menyudahkan sebarang peluang, malah salah satu percubaannya pada masa kecederaan berjaya dihalang oleh Yeltsin Tejeda sebelum dia membantu pasukannya menjaringkan gol dalam sepakan penalti penentuan.

Jika keadaan itu berterusan, bekas penyerang Arsenal itu akan meneruskan rekod sekadar menjaringkan gol di peringkat kumpulan, seperti dalam Piala Dunia 2006 dan 2010.

Pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah menyuarakan tekad untuk menjadi penjaring gol terbanyak kejohanan selepas dua kejohanan namun dengan baki dua lagi perlawanan, dia ketinggalan tiga gol di belakang James Rodriguez bagi Anugerah Kasut Emas.

Dalam Kejohanan Eropah 2008, dia meledak dua gol di peringkat kumpulan sebelum kalah kepada Rusia di suku akhir manakala di Euro 2012, dia hanya mampu menjaringkan satu gol ketika Belanda terkandas di pusingan awal.

Kekecewaan itu pasti mengganggu minda Van Persie namun dia berkata: "Piala Dunia ini bukan berkisar pada Robin van Persie semata-mata namun sejauh mana sesuatu pasukan itu mampu beraksi dengan baik.

"Saya menyukai kejohanan besar sebegini namun saya tidak perlu diberikan perhatian selalu."

Persiapan Van Persie bagi menghadapi Piala Dunia sedikit terganggu apabila mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat enam minggu, malah dia hanya bermula sekali sahaja bersama Manchester United.

Menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan dengan Ecuador dan Ghana, dia kemudian diketepikan dalam tiga perlawanan seterusnya.

"Kami adalah skuad yang terdiri daripada 23 pemain dan suasana di dalam pasukan cukup harmoni, saya tidak mempunyai sebarang alasan terhadap prestasi pemain dalam skuad ini," kata pengurus Belanda, Louis Van Gaal. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140709/sl_04/Van-Persie-mahu-tambah-gol#ixzz36wBUrQca  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Robben atau Messi? Siapa lebih hebat!


Kiri Arjen Robben, Lionel Messi

SAO PAULO - Bekas jurulatih Belanda, Bert van Marwijk bertaruh Arjen Robben bakal beraksi lebih cemerlang berbanding Lionel Messi apabila Oranje menentang Argentina (4 pagi esok waktu Malaysia) untuk merebut tiket ke final Piala Dunia.

Kontroversi merebahkan badan yang menyelubungi Robben dalam penampilannya di Brazil bagaimanapun tidak mampu menyembunyikan fakta bahawa bintang Bayern Munich itu merupakan penyerang paling berkesan dan konsisten yang dimiliki Oranje.

Perkara itu membuatkan van Marwijk yakin bahawa Belanda mempunyai senjata ampuh menjelang pertemuan dengan Messi dan Argentina di sini.

"Argentina mempunyai Messi dan kami memiliki Robben. Terus terang saya katakan, saya rasa pemain yang lebih baik adalah Arjen.

"Bila saya melihat Robben pada temasya ini, saya perlu mengakui bahawa saya sedikit cemburu. Terdapat perbezaan besar berbanding 2010,'' kata van Marwijk yang merupakan jurulatih Belanda pada Piala Dunia edisi lalu di Afrika Selatan kepada stesen televisyen Belanda, NOS.

Van Marwijk berkata, empat tahun lalu, Robben cedera dalam perlawanan persahabatan menentang Hungary sebelum bermulanya temasya di Afrika Selatan.

"Dia bermain dalam kecederaan sepanjang temasya itu berlangsung dan tidak dapat beraksi dalam keadaan cergas 100 peratus. Namun tahun ini dia tidak dapat dihentikan,'' katanya.

Malah, Van Marwijk percaya, jika Robben cergas sepenuhnya dan menunjukkan prestasi terbaik, dia mampu membawa perbezaan kepada Belanda ketika mereka kalah kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir 2010.

Robben masih dihantui dengan kegagalannya untuk menjaringkan gol pada perlawanan akhir itu selepas percubaannya digagalkan Iker Casillas dalam situasi satu lawan satu semasa masih dalam masa perlawanan sebenar.

"Kegagalan sebahagian daripada sukan ini. Namun ia akan menjadi sebahagian daripada saya dan sebahagian daripada karier keseluruhan hidup saya,'' kata Robben.

Dengan prestasi semasa Robben, ramai percaya bahawa Belanda mampu memenuhi impian menjuarai Piala Dunia selepas gagal dalam tiga aksi final sebelum ini.

Bekas pemain antarabangsa Belanda yang juga jurulatih semasa PSV Eindhoven, Philipp Cocu berkata, pemain berusia 30 tahun itu sedang berada pada prestasi terbaik dalam hayatnya.

"Dengan Robben, pasukan ini tidak mempunyai sebab untuk takutkan Argentina. Kami dengan jelas mempunyai lebih banyak kualiti berbanding skuad Amerika Selatan itu.

"Bila saya melihat bagaimana Arjen berlari dalam minit-minit akhir semasa perlawanan menentang Costa Rica... ia amat luar biasa,'' katanya kepada majalah Voetbal International. - AFP




BADUT RAKYAT: TEMBOK BESAR TASIK #SHAHALAM !!! APA JADAH SEMUA N...

BADUT RAKYAT: TEMBOK BESAR TASIK #SHAHALAM !!! APA JADAH SEMUA N...: Sekiranya anda datang ke Shah Alam,anda akan dapat melihat projek pembinaan tembok yang sedang dijalankan di sekeliling Tasik Shah Alam....

Penduduk Islam di Kiruna, Sweden berpuasa 20 jam sehari


Fatima Kaniz (kiri) bersama ibunya berbuka selepas menjalani ibadah puasa selama 20 jam di Kiruna, Sweden. - AGENSI

KIRUNA, Sweden 8 Julai - Kira-kira 700 orang penduduk Islam di sebuah bandar perlombongan di sini, terpaksa menjalani ibadah puasa selama 20 jam selepas kawasan berkenaan mengalami fenomena matahari terbit selama 23 jam.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, fenomena tersebut berlaku setiap tahun antara 28 Mei hingga 16 Julai, iaitu dua pertiga tempoh Ramadan pada tahun ini.

"Saya bersahur pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) ketika matahari terik. Saya meletakkan dua helai langsir di dalam bilik, namun cahaya matahari tetap masuk dan menganggu masa tidur saya," kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Ghassan Alankar.

Oleh kerana tiada sebarang ketetapan dikeluarkan berhubung masa bersahur dan berbuka di kawasan berkenaan sebelum ini, penduduk di kawasan itu menggunakan empat jadual waktu dunia untuk berbuka puasa antaranya Mesir.

Namun, bagi mengelak sebarang kekeliruan, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) mengeluarkan nasihat supaya penduduk menggunakan waktu berbuka di ibu negara Stockholm yang terletak kira-kira 1,240 kilometer selatan Kiruna.

"Di Stockholm terdapat waktu siang dan malam," kata Setiausaha Agung (ECFR), Hussein Halawa berhubung keputusan fatwa berkenaan selepas beliau mengalami sendiri pengalaman berpuasa di Kiruna.

Seorang penduduk, Idris Abdulwhab berkata, berdasarkan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh ECFR, penduduk akan berpuasa selama 20 jam sehari.

"Saya tidak kisah sama ada 15, 25, atau 45 jam sehari kami harus berpuasa, asalkan ibadah ini diterima oleh Allah," jelasnya sambil menambah sebagai manusia, berpuasa dalam jangka masa waktu yang panjang begitu menguji kesabaran.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140709/lu_03/Penduduk-Islam-di-Kiruna-Sweden-berpuasa-20-jam-sehari#ixzz36w214dNW  © Utusan Melayu (M) Bhd 



TENGGARA is SOUTHEAST: 13 MEI??? ....

TENGGARA is SOUTHEAST: 13 MEI??? ....: Apa nak kecoh sangat anak cucu pendatang keturunan kuli batak British nak mencabar keberanian orang Melayu? Bagi aku, ini semua jen...

Tuesday, 8 July 2014

F1 - Detik emosi Hamilton di gelanggang sendiri

2014/07/08 - 03:18:16 AM


Hamilton sebak di podium selepas memenangi GP British.Silverstone: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mengharungi detik penuh emosi ketika menjuarai perlumbaan Formula Satu kesembilan di hadapan penyokong sendiri pada Grand Prix British dan kemenangannya itu kembali merapatkan persaingan kejuaraan dengan rakan sepasukan, Nico Rosberg. 

Rosberg gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami masalah kotak gear namun kejayaan kelmarin menjadi kemenangan kedua diraih Hamilton di hadapan penyokong sendiri sepanjang kariernya. 

Ekori rapat 

Kegagalan Rosberg menamatkan perlumbaan buat kali pertama musim ini juga menyaksikan kedudukannya sebagai pendahulu dengan 165 mata, semakin dirapati Hamilton yang kini mengumpulkan 161 mata. 

“Ia menjadi perlumbaan yang cukup sukar,” kata Hamilton. Saya merasai apa harapan penyokong dan sudah mengecewakan mereka termasuk pasukan serta diri sendiri. 

“Mengenai perlumbaan ini, saya cuba menjadikan segala kekurangan dan perkara negatif itu kepada yang lebih positif dan itu sentiasa menjadi keutamaan saya.” 

Keputusan itu menyaksikan Hamilton menaiki podium selaku juara buat kali kelima musim ini. - REUTERS 
INFO: Kedudukan F1 2014 
Pemandu 
1 Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 165 mata 
2 Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 161 
3 Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull 98 
4 Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari 87 
5 Valtteri Bottas (Finland) Williams 73 
6 Sebastian Vettel 70 
7 Nico Hulkenberg63 
8 Jenson Button 55 
9 Kevin Magnussen 35 
10 Felipe Massa 30 

Pasukan 

1 Mercedes 326 
2 RedBull - Renault 168 
3 Ferrari 106 
4 Williams-Mercedes 103 
5 Force India - Mercedes 91 
6 McLaren-Mercedes 90 
7 STR-Renault 15 
8 Lotus-Renault 8 
9 Marussia-Ferrari 2

WORLD CUP 2014 - Jerman gembira dengan peranan Ozil


Mesut Ozil

SANTO ANDRE - Staf kejurulatihan Jerman menangkis kritikan terhadap Mesut Ozil semalam dan berkata mereka berpuas hati dengan peranan baharunya dalam pasukan.

Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini bermain di bahagian tengah sistem 4-2-3-1 Jerman, mencuri perhatian dengan beberapa gol yang hebat dan hantaran bola yang menarik.

Bagaimanapun, selepas kekalahan pahit pada separuh akhir Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, jurulatih Joachim Loew telah memindahkan Ozil ke bahagian sayap dalam formasi 4-3-3 yang diterapkannya.

Pembantu Loew, Hansi Flick menolak andaian bahawa permainan Ozil teruk di Piala Dunia ketika ditanya tentang peranan pemain itu sewaktu sidang akhbar semalam.

"Kami nampak dengan lebih jelas daripada awak.

"Mesut bermain di posisi yang berlainan sekarang daripada sebelumnya dan dia mempunyai tugasan yang lain sekarang. Dia mempunyai kemahiran hebat apabila mendapat bola dan prestasinya meningkat seiring dengan kejohanan.

"Kami sangat berpuas hati dengan Mesut. Dia memberi keyakinan kepada pasukan apabila dia membawa bola dan sentiasa bersedia untuk membuat hantaran," katanya kepada wartawan.

Kreativiti Ozil kadang-kala disekat ketika dalam beberapa perlawanan yang melibatkan faktor fizikal di Brazil tetapi dia menunjukkan dia boleh meningkat apabila menghadapi tekanan.

Ozil menjaringkan gol kemenangan Jerman 2-1 pada masa tambahan ketika menentang Algeria dan membantu pasukannya fokus terhadap corak permainan serta pengawalan bola dan hantaran bola yang tepat.

Flick juga berkata, Ozil memerlukan masa untuk cergas sepenuhnya selepas mendapat kecederaan di Arsenal.

"Awak perlu ingat yang dia cedera ketika bermain untuk Arsenal dan dia masih belum mencapai tahap permainan seperti sebelum ini. Tetapi kami berpuas hati dan jika jurulatih berpuas hati, itu adalah yang paling penting," tambah Flick. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140708/sl_06/Jerman-gembira-dengan-peranan-Ozil#ixzz36qUFV3vj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Brazil minta Thiago Silva dibebas


PENGADIL Carlos Velasco Carballo dari Sepanyol menunjukkan kad kuning kepada Thiago Silva (kanan) sewaktu perlawanan suku akhir antara Brazil dengan Colombia di Fortaleza pada Jumaat lalu. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Brazil mencetuskan kontroversi menjelang aksi separuh akhir Piala Dunia dengan menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan hukuman yang menyebabkan ketua pasukannya, Thiago Silva tidak dapat bermain dalam pertemuan dengan Jerman (4 pagi esok waktu Malaysia).

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) berkata, mereka mahu FIFA membatalkan kad kuning yang diberikan kepada Silva semasa perlawanan suku akhir menentang Colombia.

CBF dalam satu kenyataan mendakwa, kad kepada Silva itu 'diberikan secara tidak adil' dan pemain pertahanan itu sepatutnya dibenarkan bertemu Jerman dalam perlawanan di Belo Horizonte nanti.

Persatuan itu pada masa sama mahu FIFA melancarkan siasatan ke atas 'kekasaran ganas' pemain Colombia, Juan Zuniga yang mengakibatkan penyerang sensasi mereka, Neymar tidak lagi dapat bermain pada temasya di Brazil.

Zuniga telah memohon maaf atas kekasaran itu namun menegaskan tidak berniat untuk mencederakan pemain lawan.

Sekiranya rayuan Brazil ke atas penggantungan Silva ditolak, Selecao bakal kehilangan dua pemain penting dalam pertemuan menentang Jerman selepas kecederaan dialami Neymar.

Perlawanan Rabu ini merupakan pertemuan kedua dalam sejarah Piala Dunia antara Brazil dan Jerman selepas kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Jepun yang dimenangi Brazil.

FIFA sementara itu mengesahkan pengadil Mexico, Marco Rodriguez yang mengadili perlawanan antara Uruguay dan Itali semasa perlawanan peringkat kumpulan akan menjadi pengadil perlawanan antara Brazil dan Jerman itu. - AFP



 

WORLD CUP 2014 - Zuniga diancam bunuh


KOMBINASI gambar menunjukkan Juan Zuniga (kiri) mengasari Neymar dan pemain pertahanan Brazil, Marcelo (kanan) menjerit meminta bantuan sewaktu perlawanan suku akhir Piala Dunia antara Brazil dengan Colombia di Stadium Castelao, Fortaleza pada Jumaat lalu. Kekasaran itu menyebabkan Neymar tersingkir daripada baki Piala Dunia akibat kecederaan tulang belakang. - AFP

RIO DE JANEIRO - Pemain Pertahanan Colombia yang menyebabkan Neymar mengalami kecederaan tulang belakang telah menerima beberapa ancaman bunuh serta cacian berbentuk perkauman daripada para penyokong Brazil.

Beberapa mesej berbentuk perkauman telah dilontarkan kepada Juan Zuniga sebelum perlawanan itu tamat apabila terdapat segelintir peminat menggelarkannya 'monyet dan hamba', malah ada yang memberi ugutan bunuh kepada pemain itu.

Malam semalam, pegawai pasukan Colombia segera menghantar pulang pemain itu ke negara mereka kerana bimbangkan keselamatannya selepas pasukan itu kalah 2-1 kepada Brazil pada suku akhir.

Serangan berbentuk penghinaan dilontar kepada pemain itu selepas dia melakukan terjahan kasar terhadap Neymar sehingga mengalami patah tulang belakang namun Zuniga segera memohon maaf dan berkata dia tidak bermaksud untuk melakukannya.

Namun peminat dikhuatiri melakukan rusuhan jalanan sekiranya Brazil tersingkir menentang Jerman di pusingan separuh akhir esok (waktu Malaysia).

Seorang peminat, Thalyta menulis 'Saya berasa sangat marah kerana Neymar berusaha keras, sekarang monyet dari Colombia telah merampas kejayaan dia. Lelaki hodoh hitam ini perlu ditembak'.

Terdapat satu imej di twitter menunjukkan dua budak perempuan memegang pisau dapur sambil tertera perkataan: "Mana Zuniga, mari bunuh dia".

Peminat Brazil turut mencari gambar anak pemain itu yang dimuat naik dua minggu lalu. Zuniga telah mengunci akaunnya supaya tidak boleh diakses.

Beberapa lelaki pula kelihatan begitu marah dan membuat isyarat jari mereka merentasi kerongkong masing-masing.

Dan seorang lagi penyokong Brazil berkata: "Hitler awak secara rasminya dimaafkan jika awak bangkit semula dan bunuh Zuniga."

Sebelum ini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyampaikan mesej anti perkauman dengan mengadakan hari anti diskriminasi.

Pemain, pada perlawanan Brazil menentang Colombia dan Perancis bertemu Jerman membaca kenyataan tersebut manakala sepanduk anti perkauman digantung di tempat duduk stadium.

FIFA disalahkan dalam insiden berkenaan selepas gagal mengambil tindakan berikutan masalah perkauman yang melibatkan peminat dari Mexico, Rusia dan Croatia. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140708/sl_02/Zuniga-diancam-bunuh#ixzz36qRZ0G9H  © Utusan Melayu (M) Bhd 




WORLD CUP 2014 - Pertembungan juara terbanyak


PEMAIN-pemain Jerman membuat larian memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan di Porto Seguro semalam dalam persediaan untuk menghadapi Brazil. - REUTERS

BELO HORIZONTE - Jerman akan bersemuka dengan permainan keras Brazil apabila dua gergasi bola sepak dunia bertentang mata di padang separuh akhir (awal pagi esok waktu Malaysia) dengan pasukan tuan rumah bertekad untuk memenangi kejuaraan kali ini buat penyerangnya yang cedera, Neymar.

Ketiadaan Neymar, dan ketua pasukan Thiago Silva, dalam perlawanan itu juga dijangka tidak mengurangkan bahang perlawanan, dengan jurulatih Jerman, Joachim Loew mahu membalas dendam kekalahan mereka kepada Brazil dalam perlawanan akhir 2002.

Pengendali Brazil, Luiz Felipe Scolari sudah melaungkan amaran awal bahawa pasukannya mahu meraih kemenangan ke atas Jerman biarpun tanpa Neymar bagi membolehkan tuan rumah hanya selangkah lagi untuk meraih kejuaraan keenam.

Bagi pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger ketiadaan Neymar pada pertemuan kali ini bukan sesuatu yang menggembirakan mereka.

"Perlawanan pasti menjadi lebih menarik andai Neymar dapat beraksi kerana dia adalah antara pemain terbaik dunia.

"Kami juga sedar bahawa Brazil akan berusaha keras untuk mendapatkan kemenangan untuk dihadiahkan kepada Neymar yang tidak dapat beraksi hingga tamat kempen Piala Dunia 2014.


PEMAIN pertahanan Brazil, David Luiz (bawah) terjatuh setelah menjadi 'mangsa' gurauan rakan-rakan sepasukannya ketika mereka menjalani sesi latihan di Teresopolis semalam. - AGENSI

"Brazil yang ada kini tidak sama dengan yang dahulu, corak permainan mereka juga telah berubah.

"Permainan mereka kali ini lebih agresif dan awak perlu lebih berhati-hati, begitu juga pengadil perlawanan," kata Schweinsteiger.

Sementara itu, skuad Brazil ketika ini dalam proses perubahan percaturan pemain bagi menggantikan Neymar dan Silva yang digantung perlawanan.

Pemain Brazil, Willian memberitahu ketiadaan Neymar mungkin mengganggu sedikit corak permainan pasukannya dalam misi mendapatkan kemenangan ke atas Jerman.

"Peranan yang ada pada Neymar amat penting buat pasukan ini dan bermain tanpanya membuatkan kami sedikit sukar.

"Kami tahu kualiti yang kami ada. Kami juga amat sedih kerana kehilangannya namun kami perlu menjadi lebih kuat untuk merealisasikan impian kami untuk menjuarai Piala Dunia kali ini," kata Willian. - AFP




WORLD CUP 2014 - Krul selamatkan Belanda


PEMAIN-pemain Belanda mengerumuni Tim Krul (lima dari kiri) selepas penjaga gol itu berjaya menghalang sepakan penalti Costa Rica buat kali kedua untuk kemenangan pasukannya pada suku akhir Piala Dunia di Salvador semalam. - AFP

BRASILIA - Penjaga gol gantian, Tim Krul muncul hero Belanda selepas skuad Oranje mengetepikan cabaran Costa Rica dalam aksi suku akhir Piala Dunia menerusi penalti penentuan semalam, sekali gus menempah pertemuan dengan Argentina.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengejutkan penonton di Stadium Fonte Nova di Salvador apabila membawa masuk Krul untuk menggantikan Jasper Cillessen pada penghujung masa tambahan selepas 120 minit perlawanan berkesudahan dengan keputusan 0-0.

Tindakan van Gaal itu nyata membuahkan hasil selepas penjaga gol Newcastle itu menyelamatkan dua penalti Costa Rica yang diambil oleh Bryan Ruiz dan Michael Umana, sekali gus melayakkan Oranje ke separuh akhir menentang Argentina di Sao Paulo Khamis ini.

Belanda hanya pernah memenangi satu perlawanan menerusi penalti penentuan dalam lima percubaan mereka pada kejohanan-kejohanan besar sebelum ini.

Bagaimanapun pengambil sepakan penalti Belanda, Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Dirk Kuyt langsung tidak membuat kesilapan untuk menyempurnakan kesemua sepakan itu, menewaskan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Sejurus tamat perlawanan itu Van Gaal berkata, pertukaran penjaga gol telah dirancang awal dengan menyifatkan Krul mempunyai peluang yang lebih baik dalam penalti penentuan.

"Setiap penjaga gol mempunyai kualiti tertentu dan kami rasakan dia mempunyai peluang yang lebih baik dan rekod cemerlang dalam menyelamatkan penalti. Kami telah membincangkan perkara itu dengan Krul bagaimana Costa Rica akan mengambil penalti mereka dan turutan mereka. Oleh itu dia telah bersiap sedia.

"Nasib baik berkesan kerana sekiranya rancangan itu tidak menjadi sudah pasti saya membuat keputusan yang silap,'' kata van Gaal.

Drama sepakan penalti penentuan bermula selepas perlawanan sengit yang menyaksikan Belanda yang menguasai perlawanan untuk jangka masa panjang gagal menjaringkan gol.

Percubaan-percubaan Sneijder paling hampir menemui gol selepas dua kali sepakannya menggegarkan palang pada permainan masa sebenar dan masa tambahan.

Kemenangan itu menjadikan Oranje mengulangi rekod pertemuan sengit mereka dengan Argentina dalam aksi Piala Dunia selepas pertemuan pada aksi akhir 1978 yang dimenangi pasukan Amerika Selatan itu.

Argentina mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh 24 tahun semalam selepas jaringan tunggal Gonzalo Higuain sudah cukup buat pasukannya menyingkirkan Belgium. - AFP




WORLD CUP 2014 - Argentina, Belgium ulang pertemuan 80-an


ARGENTINA yang terlalu mengharapkan Lionel Messi untuk mencipta peluang dan jaringan gol berdepan masalah jika bertemu Belgium, pasukan yang dilihat semakin meningkat prestasinya.

BRASILIA - Argentina kini dalam misi untuk melepasi halangan peringkat suku akhir Piala Dunia untuk kali pertama sejak 1990 dan mereka akan berdepan cabaran getir daripada pasukan yang diberi gelaran ‘kuda hitam’, Belgium sekali gus mengulangi sejarah pertemuan mereka pada 1986.

Para penyokong pasukan Amerika Selatan itu juga tertanya-tanya sama ada Lionel Messi mampu membawa pasukan itu untuk menjulang trofi kejuaraan bagi edisi kali ini seperti yang dilakukan Diego Maradona pada 1986.

Selepas kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu pada pusingan separuh akhir Piala Dunia 1986 dengan Argentina menang 2-0 menerusi jaringan Maradona, pertemuan yang berlangsung esok (waktu Malaysia) ini dilihat akan mengulangi semula pertembungan klasik yang berlaku di Mexico City.

Kebijaksanaan Messi sebelum ini dilihat memadai untuk Argentina mengatasi Bosnia, Iran, Nigeria dan Switzerland tetapi tidak pasti sama ada cukup untuk melepasi halangan Belgium yang dilihat bertambah baik dalam setiap perlawanan.

Argentina memerlukan kepelbagaian dalam kaedah menyerang selain penambahan pemain di bahagian itu sekiranya mereka mahu menamatkan penantian selama 24 tahun bagi melangkah ke pusingan separuh akhir buat kali pertama.

Pertemuan menentang Switzerland di dalam saingan kalah mati merupakan kemenangan atas dasar kegigihan apabila Angel Di Maria akhirnya memecahkan kebuntuan pada masa tambahan bagi menyudahkan hantaran Messi.

Pasukan kendalian Alejandro Sabella menghabiskan dua jam untuk memecahkan benteng pertahanan Switzerland dengan menggunakan pendekatan sama iatu melibatkan gerak kerja Messi, Di Maria dan Ezequiel Lavezzi yang berlari ke arah pertahanan sebelum melakukan hantaran silang untuk Gonzalo Higuain.

Perkara itu menyaksikan Messi terpaksa memulakan setiap gerakan sendiri selain menyaksikan dirinya terpaksa mendapatkan bola untuk tujuan itu.

Persembahan Messi jauh berbeza jika dibandingkan dengan rakan sepasukannya di bahagian serangan yang dilihat tidak begitu berkesan. Higuain dan Rodrigo Palacio masih belum menjaringkan gol manakala Sergio Aguero sudah pulang akibat kecederaan manakala Di Maria kerap kehilangan bola sebelum menjaringkan gol pertama ketika menentang Switzerland.

Belgium yang akan membuat penampilan pertama di peringkat suku akhir sejak kali terakhir pada 1986 sememangnya mengimpikan kemenangan selepas tiga kejayaan di peringkat kumpulan dan persembahan yang lebih menyakinkan ketika menewaskan Amerika Syarikat pada saingan kalah mati.

Jurulatih Marc Wilmots berkata, pasukannya banyak belajar selepas menyaksikan perlawanan melibatkan Switzerland.

"Kami tidak akan tertumpu kepada Messi tetapi kami mencabar Argentina sebagai sebuah pasukan. Switzerland menunjukkan cara untuk menentang mereka, mereka menunjukkan perlawanan yang hebat.

"Saya lihat Argentina beraksi dengan tiga pertahanan tengah, dua pertahanan bergerak naik dan Di Maria diberi kebebasan untuk bergerak tetapi saya lihat ada ketidakseimbangan dalam pasukan itu," katanya.

Pemain pertahanan Vincent Kompany percaya pasukannya mampu mengatasi Argentina.

"Sekiranya mereka berniat untuk bermain permainan menyerang, kami memiliki peluang yang baik ke atas mereka," katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140705/sl_01/Argentina-Belgium-ulang-pertemuan-80-an#ixzz36qJ2UylF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tidak mustahil 13 Mei 1969 berulang - TPM


MUHYIDDIN Yassin menyerahkan bantuan kepada anak-anak yatim pada majlis penyerahan zakat, bantuan dan berbuka puasa di Masjid Jamek Haji Yaakob, Lenga dekat Pagoh, Muar, semalam.

PAGOH 4 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu. (Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di Masjid Jamek Haji Yaakob, Lenga, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh; ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed dan Naib Presiden Bank Rakyat Wilayah 4 (Melaka/Johor), Azman Abd. Aziz.

Dalam majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan zakat perniagaan daripada Bank Rakyat berjumlah RM100,000 kepada surau dan masjid serta fakir miskin dan anak yatim di daerah ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan antara kaum diburukkan lagi apabila media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita tidak benar selain ditokok tambah kepada umum.

Menurutnya, rakyat perlu menapis sebarang berita atau khabar angin yang didengar menerusi Internet kerana tidak semua yang disampaikan adalah benar malah kerajaan tidak dapat mengawalnya secara keseluruhan.

Muhyiddin berkata, apabila perbalahan tidak dapat dibendung, maka akan berlaku kucar-kacir kerana hubungan antara kaum tidak seperti dahulu apabila mereka saling tidak mempercayai dan mencurigai antara satu sama lain.

"Saya sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana nak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa nak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan sedang memikirkan pendekatan terbaik iaitu dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kaum dan agama dalam satu majlis untuk sama-sama membincangkan masalah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mahu negara ini menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di negara Islam seperti Syria, Iraq, Mesir dan Libya.

Dalam perkembangan lain, beliau mahu umat Islam di negara ini sentiasa bersatu-padu dan kembali kepada ajaran agama yang sebenar dalam usaha menangani pelbagai cabaran pada masa kini.

Katanya, cabaran dihadapi umat Islam bukan sahaja dicetuskan oleh orang bukan Islam malah umat Islam sendiri terutamanya mereka yang ingin mengembangkan pemikiran, ideologi dan fahaman bertentangan.




WORLD CUP 2014 - Van Persie cedera, Belanda gelisah


PENYERANG yang juga ketua pasukan Belanda, Robin van Persie (tengah) bermain dengan beberapa kanak-kanak sewaktu sesi latihan pasukannya di Rio de Janeiro semalam. - AFP

RIO DE JANEIRO - Belanda mungkin beraksi tanpa penyerang berbisa mereka, Robin van Persie semasa perlawanan suku akhir Oranje menentang Costa Rica (Ahad ini waktu Malaysia) selepas pemain Manchester United itu dipercayai mengalami kecederaan paha sejurus selesai menjalani satu sesi latihan di kem latihan mereka di sini semalam.

Penyerang berusia 30 tahun itu, yang merupakan watak penting dan harapan jurulatih Louis van Gaal untuk memenangi Piala Dunia pertama mereka, dilihat meninggalkan kem latihan dengan kaki ditampal pelekat khas.

Belanda berdepan cabaran Costa Rica dalam aksi suku akhir di Salvador dan Oranje amat berharap van Persie dapat cergas sepenuhnya.

Mail Online melaporkan, pemain sayap, Arjen Robben pada masa sama dilihat tidak menyudahkan sesi latihan mereka kelmarin dan hanya melakukan beberapa latihan memanas badan di tepi padang.

Satu daripada latihan yang dibuat Robben adalah ujian ketahanan kepantasan yang difahamkan salah satu cara bagi mengelak pemain Bayern Munich itu daripada jatuh di atas padang.

Van Persie telah menjaringkan tiga gol sepanjang temasya ini berlangsung dan van Gaal mungkin berharap untuk melihat aksi pemainnya itu sekali lagi dalam aksi di Stadium Fonte Nova.

Selepas kemaraan dramatik mengatasi Mexico 2-1 menerusi dua gol lewat permainan, skuad Oranje dilihat berada dalam keadaan santai menjelang pertemuan dengan pasukan Los Ticos sebelum kecederaan membabitkan van Persie.

Dengan keadaan van Persie masih menimbulkan keraguan, Belanda mungkin boleh bergantung harap kepada penyerang Klaas-Jan Huntelaar untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.

Penyerang kelab Schalke di Jerman itu membuat penampilan pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian ketika menentang Mexico dan hanya membuat tujuh sentuhan bola termasuk menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti.

Pemain tengah, Nigel De Jong sementara itu dilihat menjalani proses pemulihan semasa sesi latihan itu selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang memaksanya berehat antara dua hingga empat minggu. - AGENSI