Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 7 December 2015

Tunku Abdul Jalil mangkat

HANIZA HASSAN 
DAN AZIZI MAJID | 06 Disember 2015 1:10 AM


KENANGAN ... Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memimpin anakandanya Tunku Abdul Jalil menuju ke kereta selepas majlis penyampaian anugerah 'International Sailing Federation (ISAF) President Development Award 2014' di Istana Bukit Serene, pada 24 November 2014. Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan sumbangan Tunku Abdul Jalil kepada pembangunan sukan pelayaran di Malaysia. – Bernama




JOHOR BAHRU 5 Dis. - Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pukul 7.11 malam ini.

Kemangkatan Allahyarham diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu sidang akhbar khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak di Bukit Timbalan di sini pukul 9.30 malam.

Abdul Rahim berkata, jenazah Allahyarham akan disemadikan di sebelah makam nendanya iaitu Almarhum Sultan Iskandar Sul­tan Ismail esok di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini selepas solat zuhur.

"Malam ini juga jenazah Allahyarham akan diiring ke Istana Besar dan disemayamkan di bilik jenazah sebelah singgahsana istana berkenaan. Malah, malam ini juga, Jabatan Agama Islam Johor akan mula bacaan tahlil dan al-Quran di bilik jenazah itu," katanya.

Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 merupakan anak keempat daripada enam beradik.

Allahyarham yang menghidap kan­ser hati tahap empat pernah menjalani pembedahan di hos­pital swasta di Guangzhou, China tahun lalu.

Tambah beliau, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan putera-puteri baginda akan mengiringi jenazah Allahyarham dari Istana Besar ke Makam Diraja Mahmoodiah yang terletak kira-kira tiga kilometer.

Menurut Abdul Rahim, orang awam boleh memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi, manakala pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari adalah bagi orang kenamaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua bendera di negeri ini akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula tarikh kemangkatan Allahyarham.

"Tempoh berkabung bagi orang awam adalah selama tiga hari manakala kerabat adalah seminggu. Bagaimanapun esok tidak dikira sebagai cuti umum," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-abdul-jalil-mangkat-1.166006#sthash.f3ZlACHA.dpuf


No comments: