Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 December 2015

Perhimpunan Agung UMNO 
2015 sedia buka tirai hari ini

08 Disember 2015 1:25 AM

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran perwakilan, pemerhati, tetamu dan orang ramai sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-69 yang bermula hari ini.

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Perhimpunan Agung UMNO 2015 sedia membuka tirainya esok apabila persiapan untuk penganjuran perhimpunan tersebut hampir siap sepenuhnya termasuk berhubung soal kawalan keselamatan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, hampir 90 peratus kerja-kerja menyediakan kelengkapan terma­suk gerai, pameran dan sebagainya selesai dan akan mula beroperasi esok.

Tambahnya, bagi tahun ini, kawalan keselamatan akan diperketatkan bagi mengelak sebarang kekacauan yang boleh mengganggu perjalanan perhimpunan apabila beratus ribu orang dijangka hadir.

Katanya, antara bentuk kawalan yang ditambah baik berbanding sebelum ini adalah akses masuk ke Dewan Merdeka yang hanya diberikan kepada perwakilan dan pemerhati yang menerima surat jemputan.

“Tahap keselamatan dipertingkatkan melalui proses yang sama seperti tahun lalu. Namun, terdapat kawasan yang dulunya dibuka kepada pemerhati luar dihadkan kali ini kepada para perwakilan dan pemerhati yang diberi surat jemputan untuk masuk Dewan Merdeka.

“Kawalan yang diperketat tersebut tidak menyusahkan kemasukan perwakilan sebaliknya memudahkan pihak penganjur me­ngawal selia apa yang berlaku di dalam de­wan,” katanya yang ditemui semasa tin­­jauan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ab. Rauf berkata, pihaknya me­­ne­rima kehadiran penyokong kepada mana-mana pemimpin namun mereka perlu mematuhi adab dan tatasusila UMNO yang diterap selama ini.

“Kita tidak menghalang sekiranya mereka mahu datang sebagai tanda sokongan kepada pemimpin. Kami alu-alukan kedatangan mereka tetapi perlu mengikut tatasusila UMNO serta tidak melakukan kekecohan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, Pusat Dagang­an Dunia Putra (PWTC) telah dipenuhi dengan gerai manakala ruang pameran mula dipasang.

Begitu juga persiapan bilik media yang sedang sibuk diurus oleh petugas agensi masing-masing.

Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-69 itu akan menyaksikan penglibatan sebanyak 2,792 perwakilan dari seluruh negara dan dijangka lebih 200,000 pengunjung akan hadir di PWTC sepanjang persidangan lima hari itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perhimpunan-agung-umno-8232-2015-sedia-buka-tirai-hari-ini-1.166814#sthash.64x9ABIU.dpuf

No comments: