Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 7 December 2015

PAU 2015 : Lagu ‘Melayu Bersatu’ mampu semarak semangat perpaduan

07 Disember 2015 2:36 AM


AB RAUF YUSOH memantau raptai sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 6 Dis – Lagu ‘Melayu Bersatu’ dipilih menjadi lagu tema Perhimpunan Agung UMNO 2015 bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan perjuangan dalam kalangan ahli parti.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, lagu berkenaan telah dinyanyikan pada perhimpunan berkenaan tahun lalu, namun telah diberi nafas baharu yang akan dipersembahkan oleh kumpulan koir Fakulti Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun ini.

“Lagu tersebut akan menjadi tema pada Perhimpunan Agung UMNO 2015.

“Penghayatan seni kata lagu ini boleh membakar semangat sekali gus menyerapkan obor perpaduan dan perjuangan dalam kalangan ahli yang hadir pada perhimpunan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis raptai penuh Perhimpunan Agung UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung persiapan perhimpunan, Ab Rauf berkata, persediaan berjalan lancar dan kini berada pada tahap 90 peratus.

“Lebih 500 petugas yang terdiri daripada kakitangan Ibu pejabat UMNO, sukarelawan dan lain-lain kakitangan termasuk perbarisan sayap yang terdiri daripada 150 anggota Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO terlibat menjayakan raptai penuh yang dijalankan di luar dan dalam dewan.

“Aturcara akan berjalan seperti biasa dimulakan dengan ketibaan Timbalan Naib Presiden dan isteri dan diikuti dengan ketua-ketua sayap sebelum menyambut ketibaan Presiden parti,” katanya.

Menurutnya, program kemudian disusuli dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan pemeriksaan perbarisan sebelum diteruskan dengan acara-acara dalam dewan.

“Ini merupakan latihan terakhir bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar kelak.

“Namun buat julung kalinya kita telah mendapatkan khidmat dari kumpulan koir UiTM yang dibarisi oleh 32 siswa dan siswi untuk mengadakan persembahan pada upacara perasmian perhimpunan tahun ini.

“Apa pun kita berharap cuaca akan berada dalam keadaan baik dan tidak hujan pada hari berkenaan,” ujarnya.

UMNO akan mengadakan perhimpunan agungnya pada tahun ini bermula pada 8 hingga 12 Disember ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lagu-8216-melayu-bersatu-8217-mampu-semarak-semangat-perpaduan-1.166434#sthash.At12DqkV.dpuf


No comments: