Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 11 July 2012

SETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

DAP 'undang' bantahan rakan


KUALA TERENGGANU 9 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyifatkan ia suatu tindakan mengejutkan jika benar DAP berhasrat untuk bertanding bagi 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, ia pasti mengundang bantahan kerana setahu beliau, kesemua parti dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum mengadakan perbincangan berhubung hasrat tersebut.

Beliau menegaskan, DAP sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan Pas dan PKR mengenainya sebelum membuat keputusan tentang kedudukan serta jumlah kerusi yang akan ditandingi.

Harun juga menggesa DAP mendapatkan persetujuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan dan bukan bertindak bersendirian.

"Sebenarnya saya belum tahu pasal ini (hasrat DAP tanding 90 kerusi parlimen). Ini pertama kali saya dengar. Mereka (DAP) kena tanya rakan parti lain dulu lah (Pas dan PKR). Kena tanya Anwar Ibrahim dulu lah sama ada setuju atau tidak.

"Saya tak dapat jelaskan perkara ini sebab kita belum bincang lagi. Yang penting, ia kena bincang dulu sesama parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Yang pasti, ini bergantung kepada persetujuan Pas dan PKR dulu sebelum kita buat keputusan dan setakat ini, kita belum putus lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun menyatakan demikian sebagai mengulas hasrat DAP untuk bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU-13, seperti didedahkan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com.

Pendedahan blog tersebut turut mendapat sokongan daripada blog www.mykmu.net selain pisau.net. Berdasarkan pendedahan itu, Pas pula akan bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi dan jumlah itu senasib dengan PKR yang juga diperuntukkan 66 kerusi.

Harun berkata, sekiranya DAP tetap dengan keputusan untuk bertanding di 90 kawasan Parlimen, ia akan mengundang bantahan daripada rakan parti lain dalam pakatan pembangkang.

Sebaliknya, tegas beliau, DAP perlu akur dengan permintaan serta tuntutan daripada Pas atau PKR atas semangat 'setiakawan' dalam satu pakatan.

''Pakatan (pembangkang) bukan macam dalam BN. Kita belum ada keputusan muktamad lagi. Tapi kalau mereka (DAP) teruskan juga hasrat itu dan kita tak setuju, mereka kena akur (kehendak Pas dan PKR)," ujarnya.

Ditanya sama ada hasrat DAP itu membuktikan parti itu akan menjadi 'tulang belakang' dan dominan apabila pakatan pembangkang memerintah kelak, Harun bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

KOMEN : TAK PAYAHLAH NAK MENYALAK BUANG AIR LIOR BASI PADA DAP, MEREKA PEDULI APA DENGAN PAS DAN PKR, SELAMA INI PUN MEREKA BERTANDING SENDIRI SEBELUM TERUJUDNYA PARTI KENCING RAKYAT INI (PKR). MEREKA NI SAMA-SAMA SUKA MAIN BELAKANG...

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH PASRAEL BARU TAU CMNE RASENYE KENE LIWAT DGN SI PELIWAT DAN KOMUNIS BROO. TP DIORANG TAK KESAH PON SBB PONGGONG DIORANG DH KEBAS. TAKDE RASE APE HUHUHUHU