Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 20 July 2012

AIR : KRONIKNYA DI SELANGOR...

Jawatankuasa Khas ditubuh


KUALA LUMPUR 19 Julai - Satu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan bagi menangani isu air yang semakin kritikal di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan selepas mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung cadangan yang diutarakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk catuan air dan pengumuman kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mengambil alih Syabas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pemeliharaan dan Kecekapan Tenaga 2012 anjuran Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan negeri yang mahu merombak barisan pegawai pengurusan kanan Syabas melalui tindakan campur tangan ke atas pentadbiran syarikat tersebut.

Menurut Fah Kui, terlalu banyak kenyataan yang mengelirukan dikeluarkan berhubung isu air sehingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan penduduk.

"Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh semua orang, terutamanya di Selangor sehingga timbul banyak kekeliruan. Dengan mewujudkan jawatankuasa khas ini, kita dapat meneliti serta membuat keputusan daripada semua aspek," ujarnya.

Katanya, selepas bermesyuarat, jawatankuasa tersebut akan memaklumkan cadangan serta keputusan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Ini jawatankuasa Kabinet, selepas mengadakan perbincangan serta penelitian yang penuh, kami akan umumkan kepada kerajaan negeri pendirian kita. Andainya perlu khidmat nasihat atau pandangan, kita akan tanya mereka," katanya.

Mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu di Putrajaya dijangka diadakan Isnin ini yang turut dianggotai oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan bekas menteri yang juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

KOMEN : PUNYALAH TERUK SAMPAI TERPAKSA TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS BAGI MENGATASI MASALAH AIR DI SELANGOR KERANA TERLEBIH PANDAI DAN BODOHNYA KERAJAAN PKR SELANGOR YANG MEMERINTAH... AIR TERAWAT DENGAN AIR AMPANGAN PUN TAK TAHU NAK BEZAKAN... INILAH JADINYA BILA SIBINGAI FIKIR DIA TAHU SEMUA...

1 comment:

Anonymous said...

KHALID LEMBU MMG NK MNYUSAHKAN RAKYAT BROO..SELANGOR BYK KAW INDUSTRI DAN PENDUDUK KAT KLANG PUN PADAT..DAH TENTU BYK BEKALAN AIR DI PERLUKAN..BILA AIR KT KAW TADAHAN SMAKIN SUSUT DAH TENTU AIR YG TERAWAT PUN KURANG..KLU KHALID LEMBU NK MATI KERING LANTAK KE DIA LER..TP JGN NAK HERET RAKYAT MATI KERING MCM DIA SUDA KEHKEHKEH