Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 23 July 2012

Bonus Aidilfitri kakitangan awam dipertimbang


MINGGUAN MALAYSIA
22/7/2012
SEBAHAGIAN daripada penerokawati Felda Chini gembira sambil menunjukkan cek durian runtuh Felda sebanyak RM5,000 seorang untuk isteri peneroka yang disampaikan oleh Najib Tun Razak pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Ba hagian Pekan, Pahang, semalam. - BERNAMA

PEKAN 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang menimbang kemampuan kewangan sebelum memutuskan mengenai permintaan bonus kakitangan awam sebelum Aidilfitri ini.

Perdana Menteri yang tersenyum apabila diajukan soalan tersebut berkata, keputusan berhubung perkara itu perlu berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

"Itu nantilah, kita tengok buku kira-kira dulu. Namun apa-apa keputusan mesti berdasar kemampuan kerajaan," katanya.

Ditanya seterusnya sama ada kerajaan dalam kedudukan berkemampuan membayar bonus kepada kakitangan awam, Najib sekali lagi sambil ketawa kecil berkata:

"Itulah kita tengah semak dulu"

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Terdahulu, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Jentera Pilihan Raya UMNO Bahagian.

Pada 16 Julai lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) mengemukakan tuntutan bonus sempena Aidilfitri ini.

Sementara itu, ditanya laporan mengatakan lebih 50 peratus senarai calon yang dikemukakan parti komponen Barisan Nasional (BN) telah ditolak seperti disiarkan sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam, Najib berkata, perkara itu masih dalam semakan.

Katanya, soal calon termasuk yang dikemukakan UMNO juga masih belum dimuktamadkan.

"Kita hanya muktamadkan soal calon bila sampai masanya nanti. Maka semuanya (yang dilaporkan) bersifat spekulasi. UMNO pun kita masih tengok, semak dan belek lagi," jelasnya.


No comments: