Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 2 July 2012

Kehadiran Guan Eng cetus kekecohan



PERHIMPUNAN aman Perkasa bertukar kecoh apabila salah seorang daripada anggota mereka didakwa diserang dari belakang oleh ahli parti pembangkang di hadapan kompleks MPPP, Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU 30 Jun - Sekumpulan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke kawasan mereka di Teluk Bahang, di sini.

Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi bagi menyatakan tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Guan Eng yang dikatakan tidak telus dan menindas rakyat, khususnya orang Melayu. Kumpulan itu juga membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan seperti Guan Eng Rasis dan Guan Eng hanya pandai perkudakan semua bangsa.

Mereka turut melaungkan perkataan Guan Eng penipu!

Bagaimanapun perhimpunan aman itu bertukar menjadi kecoh gara-gara seorang lelaki dipercayai penyokong pembangkang yang turut serta dalam rombongan Ketua Menteri itu menyerang seorang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Akibatnya, kedua-dua kumpulan itu bertegang leher hingga berlaku tolak-menolak di antara satu sama lain sehingga nyaris mencetuskan adegan tumbuk menumbuk. Bagaimanapun, suasana tegang itu berjaya dilerai dan dikawal oleh polis.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin percaya kekecohan itu sengaja ditimbulkan oleh pembangkang bertujuan memburuk-burukkan imej pertubuhan berkenaan.

"Saya lihat ia seakan-akan dirancang supaya masyarakat memandang serong terhadap Perkasa, sekali gus melabelkan kami sebagai samseng. Kami berkumpul di sini sejak awal pagi dan tiada apa-apa kejadian buruk berlaku sebelumnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Guan Eng hari ini menghadiri program di Kompleks Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini.

Sebelum ke kompleks berkenaan, Guan Eng sempat meninjau pasar awam yang terletak bersebelahan.

Bagaimanapun, kehadiran Setiausaha Agung DAP itu turut disambut oleh kira-kira 50 orang penduduk dan ahli Perkasa yang berhimpun seawal 7.30 pagi lagi.

Sebaik sahaja tamat program di kompleks berkenaan, Guan Eng sekali lagi ke pasar awam tersebut atas alasan mahu melawat sebuah gerai yang tidak sempat dilawatinya sebelum itu.

Ketika itulah insiden kekecohan berlaku di antara dua kumpulan terbabit.

Akibat insiden tersebut, satu laporan polis dibuat oleh ahli Perkasa di Balai Polis Teluk Bahang.

KOMEN : BIASALAH ELEMEN KEGANASAN KAN SINONIM DENGAN PUAK PEMBANGKANG NI... MACAM PENGGANAS KOMUNIS KAN...

No comments: