Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 10 July 2012

Mahathir persoal tindakan Kit Siang


DARI UTUSAN MALAYSIA
10/7/2012
Dr. Mahathir Mohamad bersama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azah Aziz ketika hadir majlis pengebumian tokoh budayawan itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan mengisytiharkan 'niat' untuk melawan legasi yang digelarnya sebagai 'Mahathirisme'.

Jelas Dr.Mahathir, beliau sendiri tidak memahami erti 'Mahathirisme' tetapi ia jelas merupakan sesuatu yang menakutkan dalam pemikiran Kit Siang.

''Saya tertanya-tanya mengapa Kit Siang begitu takut kepada saya? Ketakutan beliau yang terbaru adalah tentang apa yang beliau sebut sebagai 'Mahathirisme'. Jadi beliau telah mengisytiharkan niatnya untuk melawan 'Mahathirisme'.

''Sebenarnya 'Mahathirisme' mati selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran daripada saya pada 2003. Beliau mengubah UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan begitu banyak sehingga tidak lagi menyerupai institusi yang saya tahu. Saya juga terpaksa 'meletakkan jawatan' daripada UMNO,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas kenyataan Kit Siang menerusi blognya, http://blog.limkitsiang.com yang mahu menentang 'Mahathirisme'.

Dr. Mahathir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah individu yang rapat dengan beliau dan memiliki pasukan penasihat serta polisi-polisi tersendiri.

''Ya saya aktif berkempen untuk UMNO dan BN. Ini adalah kerana ia masa untuk saya 'bayar' balik kepada UMNO dan BN. Saya menjadi Perdana Menteri kerana UMNO dan BN sokong saya. Saya terhutang budi. Rasa terhutang budi itu ditunjukkan dengan cara membantu UMNO dan BN diterima rakyat dan menang.

''Sudah tentu dalam menyokong UMNO dan BN, saya juga akan membantu anak saya, Datuk Mukhriz Mahathir. Apabila saya menjadi Perdana Menteri dahulu, saya tidak membenarkan anak-anak saya aktif dalam politik,'' tegasnya.

Ujarnya, jika Najib memilih Mukhriz sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, beliau akan turut membantu berkempen untuk Mukhriz termasuk calon-calon BN atau UMNO lain.

''Kit Siang juga membantu anaknya, Lim Guan Eng sehingga menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru, saya tidak ambil kisah sama ada beliau mahu memusnahkan 'Mahathirisme' atau tidak. Ia hanya tindakan sia-sia kerana 'Mahathirisme' adalah khayalan beliau semata-mata,'' tambahnya.

KOMEN : BUKAN APA, CINA RASIS NI DENGKI SANGAT KAT TUN. M.. SEBAB WALAUPUN DAH BERSARA TAPI MASIH MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT... DIA YANG TAK PENCEN-PENCEN PUN ORANG DAH TAK PANDANG DAN MAHU MENYOKONG... SEBAB TU DIA CUBA NAK LAWAN LAGENDA TUN M...TAPIKAN APA SUMBANGAN LKS NI PADA NEGARA  YA ????

1 comment:

Anonymous said...

KIT SIYAL PATUT TANYE DIRI SENDIRI APSAL DIA BIARKAN ANAK DIA BERGELUMANG POLITIK RASIS DAN DIA PLAK SBG PUNAISIHAT RASIS ANAK DIA. BAPAK RASIS ANAK PUN RASIS SAME KEHKEHKEHKEH