Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 17 July 2012

PM ajak rakyat bagi idea


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Majlis Penutup Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang penuh warna warni malam semalam.Ketibaan beliau disambut dengan aturcara majlis yang unik apabila dijemput berbasikal mengelilingi trek stadium bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Kemeriahan majlis itu turut disaksikan puluhan ribu rakyat Pahang yang mula mengisi tempat duduk stadium berkapasiti 40,000 penonton itu seawal pukul 6 petang.

KUALA LUMPUR 16 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat negara ini mengemukakan sebarang cadangan serta idea yang bernas bagi Bajet 2013.

Beliau berkata, sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab membentangkan Bajet 2013, adalah amat penting rakyat diberi peluang untuk turut sama berkongsi pandangan terutama cara terbaik meletakkan negara di hadapan sama ada dalam bidang sosial mahu pun ekonomi.

Beliau berkata, antara topik tumpuan yang boleh dibincangkan adalah kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat seharian.

“Tahun ini kita akan menyediakan sebuah platform untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013. Perbincangan ini akan berlangsung secara dalam talian (blog 1Malaysia) bermula hari ini hingga 29 Julai.

“Platform ini juga merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan input mereka bagi pertimbangan Kementerian Kewangan," katanya menerusi blog 1Malaysia di http://1malaysia.com.my, hari ini.

Najib berkata, pembentangan Bajet 2013 dijadualkan pada 28 September nanti.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, pada masa ini kurang daripada 10 peratus daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai.

Oleh itu katanya, cabaran utama bagi kerajaan adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan.

“Untuk mencapai matlamat ini, kita juga perlu memberi tumpuan terhadap rangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita sudah membuat permulaan yang kukuh di mana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku," katanya.

Justeru, beliau berkata, bagi mengekalkan momentum tersebut, kerajaan memerlukan sumbangan idea daripada semua rakyat Malaysia.

“Saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini. Anda boleh mulakan dengan klik di sini (melayari blog 1Malaysia).

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap dapat menerima idea-idea baru yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia," katanya.

KOMEN : BAJET UNTUK RAKYAT BOLEHLAH BERKONGSI IDEA DENGAN PM, BAJET PAKATAN RAKYAT HARAM SATU HARAM PUN AKU TAK FAHAM... SEMOGA BAJET 2013 LEBIH MENYELURUH DAN SEMUA PERINGKAT RAKYAT MENDAPAT MAFAATNYA...

1 comment:

Anonymous said...

bajet membebankan rakyat dgn pelbagai kenaikan kos brg2 keperluan...p la mabukkk...semuanya hampehhhhh